Aku Asma... Daku menulis kerana tak ingin memori zaman kecilku dilupakan sabit peningkatan usia
Sabtu, 18 Januari 2014
otak dijajah fahaman sekular apabila
otak dijajah fahaman sekular apabila
1) melihat pembangunan itu dengan berdirinya bangunan tinggi2
2) kemajuan boleh dicapai dengan majunya teknologi dan gadjet
3) islam hanya dalam urusan adat istiadat
4) undang2/siasah(politik) tidak mengikut syariat islam
jika ini yang kita persepsikan sebagai pembangunan, lantas apa bezanya kita dengan masyarakat barat??? apa beza islam dan kafir??? negara uncle sam maju dgn teknologi tapi nilai modal insan hancur.. pelacuran, pembunuhan, rompakan bersepah sini sana, apakah itu yang dinamakan pembangunan??? pembangunan mereka pembangunan fizikal dan sementara...
pembangunan sebenar apabila melihat pada pembangunan modal insan masyarakat... rasulallah semasa mula2 memasuki kota madinah, rasulallah tak bina bangunan segah putrajaya atau white house kecuali masjid bagi tujuan ibadat.... rasulallah berdakwah memantapkan akidah penduduk dahulu sebelum mula mentadbir madinah..
# boleh check sendiri cara pemikiran kita samada sekular, komunis, liberal atau islam
Jumaat, 17 Januari 2014
hadis tentang diam dan hikmahnya
Rasulullah saw bersabda, "Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah, sesungguhnya banyak bercakap akan menyebabkan hati menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah ialah mereka yang berhati keras".
(HR Tirmizi)
Rasulullah saw pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut/lidah dan kemaluan.
(HR. Tirmidzi)
HIKMAH DIAM:
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya” (Riwayat Abu Naim)
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Kata-kata hikmah:
1. Banyak diam tidak semestinya bodoh. Banyak Cakap tidak semestinya cerdik, Kerana kecerdikan itu buah fikiran . Orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap.
2. Menasihati orang yang bersalah itu tidak salah, yang salah ialah memikirkan kesalahan orang lain.
3. Kalau orang menghina kita, Bukan Kita terhina. yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan pesanku biarpun satu ayat . ”
Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu kerana senyum itu adalah satu sedekah .. Insya’Allah
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
p/s: kata orang, banyak cakap banyak salahnya. kurang cakap maka banyak berfikirnya.
habib syech assegaf - subhanallah lirik
سُبْحَانَ الله
(Maha Suci Allah)
رَبِ انِيِ ياَذَا الْصِفاَتِ الْعَاِيَه * قَاِيمُ باِلْفِنَا اُرِيدُ عَطِيهَ
Wahai Tuhanku yang Memiliki sifat Yang Maha Tinggi, Aku berdiri dengan penuh mengharapkan pemberian
تحَتَ باَبِ الرَجَا وَقَفْتُ بِذُلِي * فَاَعْشِنِي باِلقَصْدِ قَبْلَ الَمَنِيَه
Di bawah pintu pengharapan, aku berdiri dengan kehinaanku. Maka, bantulah aku untuk mencapai hasrat sebelum datangnya kematian
وَالرَسُوْلُ الكَرْيِمُ باَبُ رَجَانِٔي * فَهُوَ جَوْشِيْ وَغُوثُ كُلِ البَرِيَه
Dan rasul yang mulia itu adalah harapanku, Dialah penolongku dan penolong semua manusia
فَاَغِثْنِيْ بِهِ وَبَلِغْ فُؤَ اَدِيْ * كُلَ ماَ يَرْ تَجِيْهِ مِنْ اُمْنِيَه
Maka, bantulah dan sampaikan kemahuan hatiku, Terhadap segala pengharapan yang di cita-citakan
وَاْجمَعِ الشَمْلَ فِي سرُوْرِ وَنُوْرِ * وَاْبتِهَاجِ بِالطَلْعَةِ اِلهَاشِمِيَه
Himpunkan segala fitrah dalam suasana keriangan dan sinar cahaya, Serta kegembiraan dengan tatapan wajah al-Hasyimiyyah (Nabi Muhammad)
مَعَ صِدْقِ الاِقْبَالِ فِيْ كُلْاِ أَمْرِ* قَدْ قَصَدْنَا وَالصِدْقِ فِي كُلِ نِيَه
Bersama segala kepercayaan yang mendalam di setiap pekara, Yang telah kami hasratkan dan kejujuran pada setiap niat
رَبِ فَا سْلُكْ بِنَا سَبِيْلَ رِجَالِ * سَلَكُوْا فِي التُقَيْ طَرِيْقَأ سَوِيَه
Wahai Tuhanku, berilah kami peluang untuk menempuh jalan bersama orang-orang bertaqwa
وَاهْدِنَا رَبَنَا لِمَا قَدْ هَدَيِتَ السَادَةِ العِارَفِيْنَ أَهْلَ اَلمِزيَه
Wahai Tuhanku kami, tunjuklah hidayag seperti yang telah Engkau berikan kepada orang-orang Istimewa yang mengenali-Mu
وَاجْعَلِ العِلْمَ مُقْتَدَانَا بِحُكْمِ الذَوْقِ فِيْ فَهْمِ سِرِ مَعْنَيْ الَمِعَيه
Jadikan ilmu itu sebagai pemimpin kami dengan perasaan yang mendalam bagi memahami rahsia makna kebersamaan
وَاحْفَظِ القَلْبَ اَنْ يُلْمَبِهِ الشَيْطَانُ وَالنَفْسُ وَالْهَوَيْ وَالدَنِيَة
Peliharalah hati dari disakiti oleh syaitan, hawa nafsu dan kelekaan dunia
Wallahu 'Alam
ya allah kami mencari redhamu maka ampunilah kami selalu
Selasa, 14 Januari 2014
Tanda-tanda orang yang berakal - HAMKA
1.Orang yang berakal, luas pandanganya kepada sesuatu yang menyakiti atau yang menyenangkan
Pandai memilih perkara yang memberi manfaat dan menjauhi yang akan menyakiti. Dia memilih mana yang lebih kekal walaupun jalanya sulit daripada yang mudah didapati padahal rapuh. Sebab itu mereka memandang keutamaan akhirat lebih daripada keutamaan dunia. Lebih mereka utamakan kegembiraan kesopanan daripada kegembiraan hawa nafsu. Mereka menimbang biarlah susah menempuh suatu perkara yang sulit asal akibatnya baik daripada perkara yang mudah namun akibatnya buruk. Mereka tetap mengharap dan tetap takut, tetapi tidaklah ketakutanya itu perkara yang bukan-bukan, tidak pula harapanya itu kepada hal yang tidak-tidak. Pandanganya luas, ditimbang sebelum dikerjakanya. Sebab mengharapkan keutamaan dengan tidak mempergunakan pemandangan adalah pekerjaan sia-sia
2.Orang yang berakal, selalu menilai dirinya. Menilai harga diri ialah dengan menilik hari-hari yang telah dilalui, apakah dipergunakan kepada perbuatan-perbuatan yang berguna dan hari yang masih tinggal kemanakan pula digunakan. Kerana murah atau mahal harga diri, baik waktu hidup, apalagi setelah mati ialah menurut jasa yang telah dibuat pada setiap hari yang dilalui itu. Dia sedar bahawa hari yang telah habis digunakan untuk yang tidak perlu itu tidaklah akan dapat ditebus lagi. Maka dihitung sebaik mungkin dari setahun ke setahun daripada bulan ke bulan apakah hasil kerjanya buat kemasalahatan dirinya sekurang-kurangnya atau kemasalahatan kepada masyarakat.
3.Orang yang berakal itu selalu membantah dengan dirinya. Mereka akan selau berfikir bahwa akan menghukum sesuatu kejahatan itu merbahaya, merugikakan dan mencelakakan. Manakala mereka akan menghukum bahawa kebaikan itu menguntungkan, membawa kemenangan dan membuahkan hasil. Lantaran dengan akal memperingati sebegitu mudah baginya mengelas bahaya dan celakanya, gementar badannya dan timbul takut melampaui batas itu.
4.Orang yang berakal selalu mengingati kekurangan diri. Jika perlu mereka akan tuliskan segala kekurangan diri didalam sebuah buku peringatan setiap hari, baik pada kekurangan agama atau pada akhlak kesopanan. Peringatan itu diulang dan buku itu kerap kali dilihat dan direnung bagi mencari ikhtiar mengubah segala kekurangan tersebut. Jika perlu segala kekurangan tadi ditulis dengan dakwat merah. Dilihatnya kebaikan orang lain dipujinya dan bercita-cita ingin menirunya selangkah demi selangkah. Orang yang berakal memilih rakan yang lebih baik daripadanya supaya dapat ditiru budi pekertinya dan mempelajari lebih mendalam akan agamanya. Atau dicarinya rakan yang sama tingkatannya supaya dapat saling kuat menguatkan. Tidak ada karib atau kerabat yang lebih setia melainkan sahabat yang menyokong dan membantu menbesarkan hati dan memberanikan kita didalam menempuh sesuatu perbuatan baik. Hati yang tadinya lemah akan menjadi kuat apabila disogok kawan.
5.Orang yang berakal tidak berduka cita apabila ada cita-citanya di dunia yang tidak sampai atau nikmat yang meninggalkanya. Diterima apa yang terjadi dengan tidak ada rasa putus asa malahan terus menerus berusaha. Jika rugi tidak cemas dan apabila berjaya tidak pula berbangga. Kerana cemas merendahkan himmah dan bergembira menghilangkan timbangan.
6.Orang yang berakal selalu ingin bersama dengan orang yang berakal juga. Kerana tanpa teman yang sama-sama berakal maka lemahlah ia dan apabila dapat bersama makan dia tahu dimanakah kekuranganya.
Empat ketika yang selalu dijaga oleh orang yang berakal:
• Ketika bersama tuhanya
• Ketika menilik dirinya sendiri
• Ketika membuka rahsianya sendiri pada sahabat yang setia, dia akan menceritakan aib, dan celanya supaya dapat mendapat nasihat dan dapat menunjukkan kepada sahabatnya itu sifat sebenarnya
• Ketika dia berseorangan sambil duduk menjawab dengan dirinya sendiri menanyakan mana yang halal dan mana yang haram, mana yang jahat juga mana yang baik.
Maka empat ketika ini adalah masa yang paling penting diantara empat ketika itu. Kerana jiwa dan hati mesti ada satu saat yang wajib diistirehatkan.
Orang yang berakal merindui hanya 3 perkara:
• Menyediakan bekal untuk hari kemudian
• Mencari kelazatan buat jiwa
• Menyelidiki erti hidup
7.Orang yang berakal tahu membezakan manusia kerana itu ia tidak canggung bergaul dengan sesiapapun. Manusia dibahagi kepada dua, pertama orang awam(orang kebanyakkan). Setiap lisanya dijaga dan setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya dibatasinya. Kerana hanya jauhari mengenal manikam!... kedua orang khawas (orang-orang utama). Dengan mereka dia merasa nikmatnya ilmu. Kepada yang sama dia bandingkan. Masanya tidak ada terbuang. Dalam 1000 manusia , 999 termasuk dalam golongan pertama. Hanya seorang sahaja yang termasuk didalam golongan kedua. Dari yang seorang itu di dalam 1000 , itulah dapat dicari pendapat yang jitu, persahabatan yang setia, nasihat yang jujur, keteguhan dan persaudaraan. Itulah rahsia kata hikmat: “kawan ketawa ramai, kawan sedih sedikit sekali.
8.Orang yang berakal memandang besar setiap kesalahan itu. Walaubagaimanapun masalah tersebut dimata orang lain namun bagi dirinya ia tidak mahu mengambil remeh akan sesuatu kesalahan. Kerana bila sekali ia memandanag remeh sesuatu kesalahan makanya kesalahan yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ia tidak akan nampak bahawa kesalahan itu sesuatu yang besar atau tidak dapat lagi membezakan diantara kesalahan kecil mahupun besar. “sehari selembar benang, lama kelamaan menjadi sehelai kain. Analoginya hikayat seorang nakhoda kapal yang membiarkan sehelai papan yang dimakan anai-anai termasuk didalam dinding kapal. Padahal dari sebab tercampur papan yang sehelai itu di dalam papan yang lain, itulah yang kelaknya akan menyebabkan kapal karam. Sememangnya pada asalnya perkara yang kecil jualah yang bisa menimbulkan bahaya yang besar. Orang yang mati dibunuh nyamuk lebih banyak berbanding mereka yang mati dibaham harimau.
9.Orang yang berakal sedar bahawa dianatara akal dan nafsu tidak ada persetujuan. Kehendak nafsu biasanya manis dipangkal dan hambar dihujungnya manakala kehendak akal pahit dipangkal namun manis dihujungnya. Sebab itu mereka lebih suka berpahit-pahit dahulu bermanis-manis kemudian! Jika dia menghadapi sesuatu pekerjaan ragu-ragu atau jalan yang bersimpang yang belum dapat menentukan ia, lalu ditanyakan hatinya manakah yang lebih cocok? Dan nafsu itulah yang dijauhinya. Tidak ia suka bercakap dengan orang yang akan mendustakannya. Tidak dia meminta kepada orang yang ditakuti tidak mengabulkan permintaanya. Tidak suka berjanji orang yang pemungkir dan tidak mengharap daripada orang yang tidak dapat diharapkan
10.Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan itu tiada faedahnya. Banyak berduka akan mengeburkan akalnya, tidak pula ia bersedih kerana kesedihan tidak pula memperbaiki perkara yang telah terlanjur dan banyak bersedih mengurangi akal. Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit. Menyediakan payung sebelum hujan. Namun jika sakit jua dia tidak perlu risau kerana bersamanya sudah ada ubat dan jika hujan juga dia tidak perlu risau kerana ditanganya sudah ada payung. Dengan ini tidak pula ia kecewa melainkan sabar dan rela lantas dicarinya usaha untuk mengatasi. Orang yang berakal tiada tempat yang ia takutkan melainkan Allah. Jika timbulnya takut dengan tiba-tiba, diselidikinya apa yang menyebabkan dia takut. Dari salahnyakah atau hanya dari rendahnya himmahnya?
11.Orang yang berakal tidak menjawab sebelum ditanya. Tidak pula menjawab pertanyaan lebih daripada mesti, supaya jangan dikatakaan orang: Tidak pandai memegang rahsia, tidak berpenaruhan, thufaili. Tidak pula menghinakan orang lain kerana orang yang menghinakan raja-raja maka rosaklah dunianya, orang yang menghinakan orang alim maka rosaklah agamanya dan orang yang menghinakan kawan-kawanya maka rosaklah maruahnya
12. Orang yang berakal tidaklah tersembunyi bahagian cela dirinya. Orang yang lupa memandang aib dirinya akan lupalah kepada kebaikan orang lain. Maka lupa akan aib diri itu adalah bencana hidup yang sebesar-besarnya. Kerana kalau kita tahu atau lengah dari aib kita sendiri, tidaklah timbul usaha untuk membongkar uratnya. Bertambah lama dia bertambah tumbuh di dalam jiwa, maka meranalah jiwa laksana limau yang dikalahkan benalu
13. Orang yang berakal pergi ke medan perang dengan senjata. Berbantah dan bertukar fikiran dengan cukup alasan. Berlawan dengan kekuatn, kerana dengan akallah tercapai hidup, dengan budi teranglah hati, dengan pikiran tercapai maksud dengan ilmu ditaklukkan dunia
14. Orang yang berakal pandai membandingkan yang belum ada dengan yang telah ada, yang belum didengar dan yang sudah didengar. Umurnya yang telah tinggal dibandingkannya dengan yang telah pergi. Yang belum tercapai dengan yang belum tercapai. Setiap pekerjaan tidaklah diukurnya dengan wang atau emas. Sebab harta datang dan pergi, mendahului kita. Tetapi akal tetap dan bekasnya kekal, walaupun badan tubuh masuk liang lahad.
15. Orang yang berakal hidup buat masyarakatnya dan bukan buat dirinya sendiri.
isi dipetik daripada sebuah buku karangan buya hamka bertajuk 'falsafah hidup' cetakkan ke2 tahun 1999... fuhh dah lama kot buku ni, semoga berguna insyallah...
Surah Qaf ayat 18
Firman ALLAH SWT:
“Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatatnya).” (Surah Qaf ayat 18)
Ulasan Ayat :
1. Ayat ini telah mengingatkan kita bahawa ALLAH itu ada pekerja-pekerjanNYA yang tidak pernah lalai daripada melakukan tugasnya, dan sesungguhnya setiap perlakuan kita sentiasa dicatat sekalipun satu patah perkataan. Maka kita hendaklah menjaga lisan kita daripada perkara-perkara yang merosakkan pahala kita atau dianjurkan kepada kita untuk berdiam daripada bercakap pada perkara yang sia-sia.
2. Mengutamakan diam dan sedikit berbicara merupakan satu tanda kesempurnaan akal. Sebaliknya banyak berbicara terutamanya dalam perkara-perkara yang tidak berguna menjadi bukti ketidaksempurnaan dan kelemahan akal.
3. Kebanyakkannya dari kaum perempuan dan kanak-kanak termasuk banyak dikalangan golongan yang paling suka berbicara. Ini kerana orang yang memiliki pertimbangan dan akal yang sempurna melihat bahawa ucapan sebagai perkara yang memeberatkan dirinya, bukan sebaliknya. Oleh kerana itu berat untuk berucap sehingga ia jarang bercakap.
4. Manakala orang yang lemah akal ialah orang yang memiliki lisan yang sangat ringan. Ucapan-ucapan yang keluar dari mulutnya, seolah-olah ucapan tersebut sentiasa berda di hujung bibirnya.
5. Setiap individu hendaklah membiasakan diri untuk sentiasa memperbetulkan diri dan menjaga lisannya, mengekangnya, memikirkan setiap kalimat yang akan diucapkan serta memikirkan akibatnya.
6. Ingatlah, satu kalimat yang keluar dari mulut kita kadang kala boleh menyebabkab kita berdosa kerana terkadang melukakan hati seseorang, sehingga boleh menyebabkan pahala kita hilang.
7. Untuk mengenali seseorang itu, maka lihatlah melalui percakapanya, begitu juga dengan diri kita sendiri, kita boleh mengoreksi diri kita, setiap hari apakah yang kita sering perkatakan? Perkara apa yang kita sering perbincangkan? Urusan apakah yang kita sering tuturkan? Semoga kita semua terpelihara daripada sifat-sifat yang tercela. “ Banyak bercakap itu mematikan hati”-Al Hadis-
8. “ Kebaikkan itu terkandung dalam 3 perkara:
1) Setiap perkara yang dilihat tanpa mengambil iktibar itu adalah sia-sia,
2) Setiap kali diam tanpa berfikir itu adalah lalai
3) Setiap percakapan tanpa zikir maka itu adalah lagha.-Saidina ALI-
ali imran: 14
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang dingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga) ~ ali imran: 14
manusia berkehendak kepada makan, manusia berkehendak kepada hidup bekeluarga, manusia berkehendak kepada harta benda untuk kelansungan hidup tapi INGAT di akhirat kelak kita akan disoal dihadapan allah taala cara bagaimanakah kita mengendalikan fitrah tersebut....
ucapanku yang tak seiring dengan perbuatan
Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.
Aku kata aku ingin mendekatiMu, Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini, Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata, Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal. Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau, Kerana aku insan yang dinodai dosa.. Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.”
sungguh istiqamah itu sesuatu yang sangat sukar, hanya iman yang jitu sahaja yang mampu membantu diri untuk kekal istiqamah
kata-kata baginda nabi selalu sahaja membuatkan aku seolah-olah terpujuk
'Allah tak pelik kalau manusia selalu melakkukan kesalahan kerana ia tahu sifat hambanya yang sangat lemah, yang peliknya adalah apabila sudah tahu salah tapi enggan bertaubat'
muhasabah diri selalu...
Ahad, 5 Januari 2014
nilai seorang wanita
Al Khawarizmi, seorang ahli Matematika Muslim ditanya tentang wanita terbaik ... Dia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 di belakang 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada. Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ’0′ belaka.
maka boleh la nyanyikan lagu najwa latiff.... kosong~~ kosong~~ kosong
Jumaat, 20 Disember 2013
sanah helwah asma
Sanah Helwah bermaksud selamat ulang tahun kelahiran..Sanah Helwah asma ucap ku buat diri sendiri...
Menyambut ulang tahun kelahiran bermaksud meraikan juga usia ku yang semakin singkat, bertambah hari maka berkuranglah juga umur ku didunia ini, dalam fikiran aku yang tersurat sememangnya aku gembira dengan penambahan umur, aku juga mendapat ucapan ulang tahun daripada rakan-rakan taulan namun di sebalik yang tersiratnya pula memberi petanda bahawa dekat pula aku dengan kematian.
Dihitung segala amalan aku sepanjang hari, minggu, bulan dan tahun, aku kira belum cukup untuk melayakkan aku ke syurga allah yang sangat mahal itu.... Namun aku ada misi dan azam diulang tahun aku yang ke 22 ini dan misi aku ini akan aku cuba laksanakan semampu aku sebelum memasuki ulang tahun aku yang 23 tahun hadapan
misiku:
1. berusaha mengumpul duit ke mekah untuk mengerjakan umrah atau haji
2. berusaha menjadi pekerja dan pelajar yang baik
3. berusaha menjadi anak yang baik
4. mengembara di beberapa buah negara
5. berusaha menjadi perawat yang baik
6. berusaha menjadi manusia yang berguna untuk islam, keluarga dan masyarakat
7. menolong mereka yang memerlukan dan aktif dalam NGO
8. nak kumpul duit beli kamera NIKON DSLR
*kalau boleh nak kawen muda
hehehe..... insyallah, doakan saya ya kawan =)
Khamis, 19 Disember 2013
sebenarnya apa benda yang kita cari dalam hidup ini?
ADA orang serabut kepala pakai KERETA MEWAH tapi berhutang.
ADA orang hidup selesa pakai KERETA KECIL tapi dibayar cash
ADA orang RUMAH BESAR tapi hidup tak aman
ADA orang RUMAH KECIL tapi rasa bahagia
ADA orang GAJI 3,000 sebulan tapi rasa macam tak cukup
ADA orang GAJI 1,200 sebulan tapi rasa macam lengkap keperluan hidup
ADA orang ANAK SEDIKIT tapi rasa membebankan
ADA orang ANAK RAMAI tapi mereka membanggakan ibu bapa
Kita selalu merungut diberi gaji yang kecil
Kita selalu memandang hina mereka yang miskin
Kita selalu riak dengan usaha yang sedikit
Kita selalu berbangga dengan kemewahan diri
Sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ini??
Aku pernah bertanyakan satu soalan kepada seorang kawan, tentang cita-cita dan siapa dia 10 tahun akan datang. Sebenarnya aku sengaja tanyakan dia begitu kerana aku ingin tahu apa matlamat hidupnya. Dalam kata-kata dan ucapan dia mengagumkan aku dan ayat terakhir sekali buat aku ingat dia sampai sekarang katanya: 'yang saya cari itu redha allah'
kata-katanya buat aku tersentap dan berfikir, sebenarnya kemahuan kita banyak namun pada akhirnya apa sahaja pekerjaan yang kita lakkukan seharusnya kita dahulukan redha allah, selalu soal diri kita, apa allah redha dengan pekerjaan yang kita lakkukan
Seharusnya dan sebenarnya yang kita cari itu adalah redha allah, bukanya redha manusia
Aku sayang semua sahabat-sahabat aku kerana allah, lelaki dan perempuan itu sama sahaja tidak pula aku bandingkan, sayang aku kerana aku ingin memiliki sayang allah... semoga allah merahmati sahabat aku yang sorang ini Ameen.
di suatu petang
Petang tadi sengaja aku jalan-jalan ke pekan Jitra untuk nak beli hadiah manalah tahu kalau ada barang yang elok dan sesuai untuk aku hadiahkan kepada kawan-kawan aku yang lahir di bulan disember ni dan juga kepada seorang kawan baik aku yang baru melahirkan baby girl. Aku dah aku ishtiharkan padanya yang aku akan menjadi ibu angkat anaknya. Anak dia itu bererti anak aku juga.
Aku pun menghentikan my lovely baby myvi dekat tepi jalan, parking penuh dohh... Aku yang berpakaian tak semegah mana dengan T-shirt, seluar track dan tudung berjalan macam orang nak cari gadoh menuju ke tingkat 3 bangunan ANEKA... first tempat yang akan aku tuju sudah semestinya kedai buku, aku perhatikan sekitar kawasan kedai dan buku-buku macam tak best dan aku pun keluar terus menuju ke kedai cenderahati.. aku pusing sana sini perhatikan jika ada barang yang sesuai untuk aku jadikan hadiah dan poskan kepada mereka. Puas aku belek namun tiada satu pun yang berjaya menambat hati aku.
Aku pun keluar dan nak balik... masa aku tengah berjalan nak balik tu aku perhatikan ada sebuah pusat game yang dipenuhi dengan anak muda melayu khususnya sedang leka dengan game yang di tandingkan.... Terus timbul rasa sedih yang teramat sangat dalam hati kecil aku melihat anak muda kita sebaya adik aku memenuhi kawasan permainan video tersebut, tu belum termasuk pusat karoke dan pusat snuker lagi.. dan sememangnya ramai anak muda bangsa aku yang memenuhinya
Hati kecil aku berkata, 'Ya allah bertapa sia-sianya hidup mereka, hidup tidak bermanafaat buat diri sendiri dan agama mereka'
Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Kata Nabi Daud singkatnya umur itu umpama masuk rumah pintu depan keluar pintu belakang. ada riwayat menyatakan baginda hidup lebih drp 900 tahun...... tak takut kah mereka pada pandangan allah dan murka allah?? tak pernahkah mereka berfikir apa allah redha mereka begitu??
Wahai sahabat,
Carilah pahala untuk bekalan hidup diakhirat, moga-moga bila kita balik disoal di padang mahsyar nanti ada jawapan apabila allah bertanyakan: "apa yang dah kita dah buat untuk islam?" "apa semasa hidup kamu, kamu sudah menjalani hidup sebagi seorang islam yang sebenar?? "masa muda kamu sudah kamu habiskan kemana??" ... Jangan pula kita balik bertemu dgn allah taala dalam keadaan bankrup, dalam keadaan kosong tanpa amal,... nauzubillah
cuba bayangkan kita mati dalam keadaan lalai dalam mengingati allah, selalunya manusia mati dalam keadaan kelaziman yang dia lakkukan, mati dalam tidur sambil dengar lagu di earphone, mati dalam keadaan berzina, mati merempit, mati masa tengah karoke, mati ditembak kerana merompak, mati kemalangan, mati tengah berjoget, mati minum arak atau mati dalam sujud... fikir-fikirkan lah
orang perempuan selalunya jarang menggunakan akal untuk berfikir, jesteru wahai kaum seperti aku, gunakanlah akal untuk berfikir, banyakkan diam daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah dan menyakiti orang lain, tuntutlah ilmu dan lazimilah guru... insyallah berkat
kesedihan itu hanya allah saja yang tahu, mungkin perasaan ini seakan sama sebagaimana yang baginda nabi rasa tentang umatnya, .... 'ya rasullah syafaatkan kami'
Sekadar peringatan buat diri sendiri juga agar tidak terus terleka dengan dunia yang sementara dan tidak menjanjikan apa-apa kesenangan
JAUHILAH PERKARA YANG SIA-SIA
Ahad, 8 Disember 2013
Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih
Assalamualaikum
As-Salam
Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D
Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6
Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour
hikmah 'tiada jodoh'
Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni kan..
"Dah takde jodoh..."
Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:
Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.
Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,
"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah.
Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.
Dengan kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.
Pada Tuhan tak pernah-pernah diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.
Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.
Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam-macam sebab lagi. Itu cumalah asbab.
Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.
After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?
Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,
"Cukuplah Allah bagiku."
Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,
"Kun Fa Yakun."
Putuslah.
Berakhirlah.
"Kembali sujud pada-KU!"
Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang kau lebih perlukan?
Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."
Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja
Ya allah didalam mencari redha-Mu terkadang aku merasa cukup susah, payah dan lelah... Namun ya tuhan dalam kepayahan itu engkau masih berikan aku kesempatan untuk terus mengingatimu walau dalam keadaan leka dan hina..... Ya tuhan aku hamba-Mu yang hina, pandulah aku untuk menuju cinta mu yang abadi
Ahad, 1 Disember 2013
sahabat ingatlah daku dalam doamu
Sahabat-sahabatku sekalian bacalah sejenak..
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.
Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:
"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersamNANTI.i di Syurga-Mu"
SAUDARAKU..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..
Kekalkanlah PERSAUDARAAN kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga & jalan-jalan kebaikan.
WAHAI SAUDARAKU SEKELIAN
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahad, 24 November 2013
hari yang mendebarkan sudah berlalu... tapi
Hari yang dinantikan sudah sampai namun hari yang mendebarkan itu sudah pun berlalu.....
AKU KECEWA.... AKU KECEWA..... AKU KECEWAAA!!!!!
DAH DUA MINGGU AKU BERTUNGKUS LUMUS FOKUS KEPADA HAFALAN SAMPAI TAK MAKAN DAN MINUM (menipu), NAMUN TERNYATA AKHIRNYA AKU GAGAL JUGA MENYUDAHKAN AYAT YANG TERAKHIR KERANA TERLUPA...
punya lah aku semangat tadi ni datang awal ke kelas semata-mata yakin dapat menyudahkan hafalan tapi bila sampai di meja pentasmek tu, terus hilang habis dan lupa apa yang ada dalam kepala.... geramnya allah saja yang tahu, sebabnya ketaq terlampau sampai parkinson la sat tadi ni
memoir yang melucukan tadi ni, ada la seorang rakan seperguruan aku ni asal jumpa muka aku terus dia tanya asma dah hafal habis?, ish saya takut la sat lagi lupa bila jumpa muka ustaz... minta-minta tak ada apa la noh.... dalam duk ketaq kepala lutut tu dia lah yang mula-mula berjumpa dengan ustaz. dah tu hafal sampai habis pula sampai satu buku.... hamboiiiii tadi kata ketaq kepala lutut, taw taw dia dah perabih hafalan sedas sampai satu buku.... cisss mangkuk tingkat betoii!!!
tapi yang bagusnya dia ni bila selesai hafalanya terus sujud syukur sebab dah lepas semua.... jadi terpegun aku tengok dia tadi, aku tak hebat macam tu rasanya, hebat usaha dia sampai katanya tak tidur malam dia menghafal sampai satu buku
aku pula tak sampai satu buku pun, cuma separuh sahaja... itu lah peristiwa yang mengecewakan bagi aku pada hari ini.... so aku terpaksa postpone pada hari yang lain pula dan lagi berat kerana hari yang ditangguh itu adalah hari yang sama dimana ujian herba diadakan... dah la kena hafal dah tu kena hafal nama-nama herba lagi.... MATAINA IKAU (bahasa sungai)
ada lagi 3 minggu untuk aku buat persiapan, diharap usaha aku tidak lagi sia-sia, semoga allah bantu.. kalau tak memang tak boleh konvo la aku bulan 12 nanti di langkawi
AKU NAK KONVO JUGAK OIIIIII......!!!!!
dalam waktu terdekat ini aku tak rasa yang aku akan aktifkan semula FB mahupun twitter aku tapi kalau blog aku akan aktif juga mungkin sekadar nak kongsi life aku yang tak berapa nak ohsem pon... mungkin sehingga aku selesai mengingat semula semua yang aku dah lupa barulah aku akan mula.... kawan2 kalau nak cari tu just call fon atau mesej la ehh
Jazakallahu khairan kathira sahabat, aku sayang kamu kerana allah!!
thankz sebab sudi klik dan baca entri ni
Khamis, 21 November 2013
nak OFF pesbuk 3 hari...
Assalamualaikum readers, secret admire, kawan-kawan, roomate dan semualah
PENGUNGUMAN PENTING!!
BAHAWASANYA AKU BERMULA DARIPADA SEKARANG AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KEGIATAN AKU YANG BERKAITAN DENGAN INTERNET UNTUK BEBERAPA HARI KERANA AKU BAKAL MENGHADAPI UJIAN HAFAZAN PADA HARI SABTU INI..
DENGAN INI AKU TIDAK AKAN MENGUPDATED SEBARANG STATUS FB (aku dah deactive dah pon) SEHINGGALAH SELESAI TEMPOH UJIAN TERSEBUT
hahaha ..... pengunguman ni macam la penting sangat kan, macam la ada orang yang caring sangat pasal aku... ahh gasak la orang nak cakap apa yang penting aku nak fokuskan kepada hafalan aku yang cuma tinggal dua jenis lagi..... mohon hampa semua doakan saya lancar hafalanya na kalau dak tak leh konvo la saya ni .... ameenn
aku ni kalau bab menghafal straigh dalam buku sememangnya lembab siket, so aku akan tulis semula ayat tu dan terjemahan maksudnya.... alhamdulillah aku tiada masalah dengan menterjemah balik ayat even tak la pro sangat prosak ada lah.... aku jenis yang kena buat peta minda atau kena buat kotak macam ni baru nak ingat... tulisan pulak tu kena besar-besar nanti klau aku lupa tengah jalan aku akan bayangkan bentuk tulisan tu... sememangnya kaedah visual dan audio yang aku belajar dalam kelas psikologi aku dulu ni ada bagusnya kan
debaran mula terasa, minta-minta la bukan pentasmik yang lepas, kalau tak memang salah banyak la bacaan aku.... semuanya diambil kira termasuklah tajwid dan fasohah .... huhh so scary merry
DOAKAN AKU SEMUA!!!
debaran mula terasa, minta-minta la bukan pentasmik yang lepas, kalau tak memang salah banyak la bacaan aku.... semuanya diambil kira termasuklah tajwid dan fasohah .... huhh so scary merry
DOAKAN AKU SEMUA!!!
bolehkah manusia menguasai jin?
sebenarnya manusia tidak mempunyai sebarang kelebihan ghaib sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Ini kerana sabit sebuah sirah dan hadis rasullah pernah diganggu syaitan semasa baginda sedang solat. Baginda nabi sudah membacakan ayat-ayat al-quran namun syaitan tersebut masih degil. Lalu baginda nabi mencekek leher syaitan tersebut dengan kuat sehinggakan terkeluar leher sehingga belakang tangan dan rasullah merasa sejuk diatas tangan. Selesai sahaja baginda solat baginda melempar syaitan tersebut dan berkata 'celakalah' sebanyak 3 kali... lalu para sahabat bertanya apakah yang telah baginda lakkukan dan mengapa berkata demikan.. lalu jawab baginda nabi: 'Jika bukan kerana aku menghormati hak saudaraku sulaiman nescaya sudah aku kerat-kerat mereka dan biarkan dia menjadi mainan kanak-kanak madinah.
didalam islam hanya ada seorang sahaja yang allah kurniakan kelebihan dalam menguasai jin, memenjarakan jin, membunuh jin dan sebagainya. Orang itu adalah baginda Nabi Sulaiman as kerana Nabi Sulaiman pernah memohon doa kepada allah untuk dapat menguasai bangsa jin, angin, binatang dan manusia. selain baginda sudah tidak ada lagi melainkan kerja-kerja tukang sihir.
Rasullah sendiri tidak melakkukanya kerana menghormati nabi sulaiman, mengapa pula kita sebagai umatnya tidak mencontohi baginda?
'Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman.' [surah Al-Naml ayat 15]
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api Neraka. [surah saba ayat 12]
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [albaqarah 102]
waallahu'lam jangan percayakan kata-kata saya tapi percayalah apa yang dijelaskan oleh al-quran dan hadis.. panduan sepanjang zaman
Rabu, 20 November 2013
betul ke jin mengetahui alam ghaib?
Kalau lah anda pernah dengar bahawa seseorang itu boleh mengetahui alam ghaib melalui jin:-
sebenarnya Jin itu tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib sebenarnya pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput lalu jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah wafat.
Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina. [surah saba ayat 14]
didalam ayat ini jelas menyatakan bahawa manusia mahupun jin tidak tahu sama sekali akan alam ghaib. Jika ada orang yang menyatakn bahawa beliau bisa ke alam ghaib itu sememangnya jika sabit ayat al-quran ini jelas bahawasanya dia berbohong dan rekaan semata-mata untuk menyakinkan mereka yang mendengarkan dan memujinya hebat
waallahu'lam
Amalan-amalan kebatinan yang mengelirukan
Berkaitan dengan amalan kebatinan, didapati bahawa antara mereka yang banyak terlibat dalam hal kebatinan ini adalah sebahagian pengamal silat. Bahkan apabila dirujuk kepada fatwa, didapati bahawa banyak aliran silat yang difatwakan sebagai haram kerana amalan dan pengamalanya menyalahi aqidah islam yang sebenar. Sebagai contoh dalam fatwa yang diwartakan oleh jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) menyenaraikan ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahap diri (kuasa ghaib) seperti yang diajarkan dan diamalkan oleh Nasrul Haq, Budi Suci Sejati, Jawa Faradin, Silat Sunda pukulan ghaib, Tusuk Hikmat, Ilmu kebatinan, Potong Maya, Naluru, Kaula, Haqqulah, Silat pukulan Jarak Jauh, ilmu tenaga dalam hikmat dan seumpamanya adalah menyeleweng daripada aqidah islam yang sebenar
Selain itu, terdapat juga amalan kebatinan yang melibatkan penggunaan zikir-zikir dan amalan tertentu. Contohnya mempelajari 'ilmu isim'. Dalam satu persoalan yang dikemukakan pada ruangan agama akhbar Mingguan Malaysia, terdapat seorang lelaki yang menyatakan bahawa beliau mempelajari ilmu isim iaitu menyeru nama-nama syeikh-syeikh tertentu yeng digabungkan dengan ayat-ayat al-quran. Selepas diamalkan, beliau mendapati sesuatu yang menggerakkan badannya sehingga memberi kelebihan kepada dirinya dengan kebolehan bersilat, boleh mengubati pesakit dan sebagainya.
Dalam kes yang lain pula, seorang pemuda mengatakan bahawa beliau satu jenis zikir setelah diijazahkan oleh gurunya. Kombinasi zikir tersebut adalah bacaan istigfar, dua kalimah syahadah, selawat, membaca surah al-fatehah dan dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, iba bapa, semua wali allah, rijalul ghaib, syeikh-syeikh, guru-guru serta kaum muslimin dan muslimat. Setelah beramal dengan zikir tersebut beliau mengalami keadaan sukar untuk melakkukan solat. Bahkan, beliau juga sukar untuk menuturkan kalimah 'Allahu Akbar', sukar membaca al-fatehah dan ayat-ayat al-quran yang lain seolah-olah terdapat sesuatu yang menghalang lidahnya membaca ayat-ayat tersebut dan menekan dadanya. Kemudian beliau juga sering mendengar bisikan-bisikan sama ada ketika solat atau di luarnya.
Demikian juga terdapat pandangan ulama menerangkan kesesatan tok guru latihan ilmu pertahankan diri atau silat, dimana antara perkara yang diharamkan oleh syarak dilakkukan adalah seperti:
1.Melalui kaedah mubai'ah yang disertakan dengan kalimah Qasam atau sumpah yang bertujuan untuk mendapat hikmat atau kejadian luar biasa
2. Melalui syarat seperti makanan, minuman, alatan senjata, pakaian, perkataan, perbuatan dan alatan bunyi-bunyian
3. Melalui petua-petua kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara luar biasa.
4. melalui petua-petua kaedah yang berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi atau doa-doa tanpa mengharapkan pertolongan allah SWT
5. Tidak tahu asal usul ilmu dan amalan yang dipelajari dan yang diajar kepada orang lain
waallahu'lam
sumber:
fatwa yang telah diwartakan, Nombor Rujukan: JAWI/A/145; PN. (PU) Akta/Enakmen: seksyen 41, Negeri:WP Kuala LUmpur.
laman web : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-dan-ilmu-kebatinan-tahap-diri-kuasa-ghaib-0
Akhbar mingguan Malaysia, Ruang Agama bertarikh 15 April 2001
buku Rawatan Penyakit Akibat Sihir Jilid 5. Tuan Guru Haron Din m/s114
Khamis, 14 November 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Pertama kali memasak
Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...
-
Ellis terkenal dengan terapi kaunseling Rasional Emotif Behavioural Theraphy(REBT). Terapi ini hanya sesuai bagi remaja kerana terapi ini...
-
Assalamualaikum readers Aku rasa ramai kat luar sana yang tak tahu nak guna twitter kan... kalau facebook tu tahulah... ok lah disini ak...
-
Assalamualaikum readers yang aku harapkan terus menerus menjengah teratak diari online aku yang tak seberapa nak awesome neyh teri...