1.Orang yang berakal, luas pandanganya kepada sesuatu yang menyakiti atau yang menyenangkan
Pandai memilih perkara yang memberi manfaat dan menjauhi yang akan menyakiti. Dia memilih mana yang lebih kekal walaupun jalanya sulit daripada yang mudah didapati padahal rapuh. Sebab itu mereka memandang keutamaan akhirat lebih daripada keutamaan dunia. Lebih mereka utamakan kegembiraan kesopanan daripada kegembiraan hawa nafsu. Mereka menimbang biarlah susah menempuh suatu perkara yang sulit asal akibatnya baik daripada perkara yang mudah namun akibatnya buruk. Mereka tetap mengharap dan tetap takut, tetapi tidaklah ketakutanya itu perkara yang bukan-bukan, tidak pula harapanya itu kepada hal yang tidak-tidak. Pandanganya luas, ditimbang sebelum dikerjakanya. Sebab mengharapkan keutamaan dengan tidak mempergunakan pemandangan adalah pekerjaan sia-sia
2.Orang yang berakal, selalu menilai dirinya. Menilai harga diri ialah dengan menilik hari-hari yang telah dilalui, apakah dipergunakan kepada perbuatan-perbuatan yang berguna dan hari yang masih tinggal kemanakan pula digunakan. Kerana murah atau mahal harga diri, baik waktu hidup, apalagi setelah mati ialah menurut jasa yang telah dibuat pada setiap hari yang dilalui itu. Dia sedar bahawa hari yang telah habis digunakan untuk yang tidak perlu itu tidaklah akan dapat ditebus lagi. Maka dihitung sebaik mungkin dari setahun ke setahun daripada bulan ke bulan apakah hasil kerjanya buat kemasalahatan dirinya sekurang-kurangnya atau kemasalahatan kepada masyarakat.
3.Orang yang berakal itu selalu membantah dengan dirinya. Mereka akan selau berfikir bahwa akan menghukum sesuatu kejahatan itu merbahaya, merugikakan dan mencelakakan. Manakala mereka akan menghukum bahawa kebaikan itu menguntungkan, membawa kemenangan dan membuahkan hasil. Lantaran dengan akal memperingati sebegitu mudah baginya mengelas bahaya dan celakanya, gementar badannya dan timbul takut melampaui batas itu.
4.Orang yang berakal selalu mengingati kekurangan diri. Jika perlu mereka akan tuliskan segala kekurangan diri didalam sebuah buku peringatan setiap hari, baik pada kekurangan agama atau pada akhlak kesopanan. Peringatan itu diulang dan buku itu kerap kali dilihat dan direnung bagi mencari ikhtiar mengubah segala kekurangan tersebut. Jika perlu segala kekurangan tadi ditulis dengan dakwat merah. Dilihatnya kebaikan orang lain dipujinya dan bercita-cita ingin menirunya selangkah demi selangkah. Orang yang berakal memilih rakan yang lebih baik daripadanya supaya dapat ditiru budi pekertinya dan mempelajari lebih mendalam akan agamanya. Atau dicarinya rakan yang sama tingkatannya supaya dapat saling kuat menguatkan. Tidak ada karib atau kerabat yang lebih setia melainkan sahabat yang menyokong dan membantu menbesarkan hati dan memberanikan kita didalam menempuh sesuatu perbuatan baik. Hati yang tadinya lemah akan menjadi kuat apabila disogok kawan.
5.Orang yang berakal tidak berduka cita apabila ada cita-citanya di dunia yang tidak sampai atau nikmat yang meninggalkanya. Diterima apa yang terjadi dengan tidak ada rasa putus asa malahan terus menerus berusaha. Jika rugi tidak cemas dan apabila berjaya tidak pula berbangga. Kerana cemas merendahkan himmah dan bergembira menghilangkan timbangan.
6.Orang yang berakal selalu ingin bersama dengan orang yang berakal juga. Kerana tanpa teman yang sama-sama berakal maka lemahlah ia dan apabila dapat bersama makan dia tahu dimanakah kekuranganya.
Empat ketika yang selalu dijaga oleh orang yang berakal:
• Ketika bersama tuhanya
• Ketika menilik dirinya sendiri
• Ketika membuka rahsianya sendiri pada sahabat yang setia, dia akan menceritakan aib, dan celanya supaya dapat mendapat nasihat dan dapat menunjukkan kepada sahabatnya itu sifat sebenarnya
• Ketika dia berseorangan sambil duduk menjawab dengan dirinya sendiri menanyakan mana yang halal dan mana yang haram, mana yang jahat juga mana yang baik.
Maka empat ketika ini adalah masa yang paling penting diantara empat ketika itu. Kerana jiwa dan hati mesti ada satu saat yang wajib diistirehatkan.
Orang yang berakal merindui hanya 3 perkara:
• Menyediakan bekal untuk hari kemudian
• Mencari kelazatan buat jiwa
• Menyelidiki erti hidup
7.Orang yang berakal tahu membezakan manusia kerana itu ia tidak canggung bergaul dengan sesiapapun. Manusia dibahagi kepada dua, pertama orang awam(orang kebanyakkan). Setiap lisanya dijaga dan setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya dibatasinya. Kerana hanya jauhari mengenal manikam!... kedua orang khawas (orang-orang utama). Dengan mereka dia merasa nikmatnya ilmu. Kepada yang sama dia bandingkan. Masanya tidak ada terbuang. Dalam 1000 manusia , 999 termasuk dalam golongan pertama. Hanya seorang sahaja yang termasuk didalam golongan kedua. Dari yang seorang itu di dalam 1000 , itulah dapat dicari pendapat yang jitu, persahabatan yang setia, nasihat yang jujur, keteguhan dan persaudaraan. Itulah rahsia kata hikmat: “kawan ketawa ramai, kawan sedih sedikit sekali.
8.Orang yang berakal memandang besar setiap kesalahan itu. Walaubagaimanapun masalah tersebut dimata orang lain namun bagi dirinya ia tidak mahu mengambil remeh akan sesuatu kesalahan. Kerana bila sekali ia memandanag remeh sesuatu kesalahan makanya kesalahan yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ia tidak akan nampak bahawa kesalahan itu sesuatu yang besar atau tidak dapat lagi membezakan diantara kesalahan kecil mahupun besar. “sehari selembar benang, lama kelamaan menjadi sehelai kain. Analoginya hikayat seorang nakhoda kapal yang membiarkan sehelai papan yang dimakan anai-anai termasuk didalam dinding kapal. Padahal dari sebab tercampur papan yang sehelai itu di dalam papan yang lain, itulah yang kelaknya akan menyebabkan kapal karam. Sememangnya pada asalnya perkara yang kecil jualah yang bisa menimbulkan bahaya yang besar. Orang yang mati dibunuh nyamuk lebih banyak berbanding mereka yang mati dibaham harimau.
9.Orang yang berakal sedar bahawa dianatara akal dan nafsu tidak ada persetujuan. Kehendak nafsu biasanya manis dipangkal dan hambar dihujungnya manakala kehendak akal pahit dipangkal namun manis dihujungnya. Sebab itu mereka lebih suka berpahit-pahit dahulu bermanis-manis kemudian! Jika dia menghadapi sesuatu pekerjaan ragu-ragu atau jalan yang bersimpang yang belum dapat menentukan ia, lalu ditanyakan hatinya manakah yang lebih cocok? Dan nafsu itulah yang dijauhinya. Tidak ia suka bercakap dengan orang yang akan mendustakannya. Tidak dia meminta kepada orang yang ditakuti tidak mengabulkan permintaanya. Tidak suka berjanji orang yang pemungkir dan tidak mengharap daripada orang yang tidak dapat diharapkan
10.Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan itu tiada faedahnya. Banyak berduka akan mengeburkan akalnya, tidak pula ia bersedih kerana kesedihan tidak pula memperbaiki perkara yang telah terlanjur dan banyak bersedih mengurangi akal. Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit. Menyediakan payung sebelum hujan. Namun jika sakit jua dia tidak perlu risau kerana bersamanya sudah ada ubat dan jika hujan juga dia tidak perlu risau kerana ditanganya sudah ada payung. Dengan ini tidak pula ia kecewa melainkan sabar dan rela lantas dicarinya usaha untuk mengatasi. Orang yang berakal tiada tempat yang ia takutkan melainkan Allah. Jika timbulnya takut dengan tiba-tiba, diselidikinya apa yang menyebabkan dia takut. Dari salahnyakah atau hanya dari rendahnya himmahnya?
11.Orang yang berakal tidak menjawab sebelum ditanya. Tidak pula menjawab pertanyaan lebih daripada mesti, supaya jangan dikatakaan orang: Tidak pandai memegang rahsia, tidak berpenaruhan, thufaili. Tidak pula menghinakan orang lain kerana orang yang menghinakan raja-raja maka rosaklah dunianya, orang yang menghinakan orang alim maka rosaklah agamanya dan orang yang menghinakan kawan-kawanya maka rosaklah maruahnya
12. Orang yang berakal tidaklah tersembunyi bahagian cela dirinya. Orang yang lupa memandang aib dirinya akan lupalah kepada kebaikan orang lain. Maka lupa akan aib diri itu adalah bencana hidup yang sebesar-besarnya. Kerana kalau kita tahu atau lengah dari aib kita sendiri, tidaklah timbul usaha untuk membongkar uratnya. Bertambah lama dia bertambah tumbuh di dalam jiwa, maka meranalah jiwa laksana limau yang dikalahkan benalu
13. Orang yang berakal pergi ke medan perang dengan senjata. Berbantah dan bertukar fikiran dengan cukup alasan. Berlawan dengan kekuatn, kerana dengan akallah tercapai hidup, dengan budi teranglah hati, dengan pikiran tercapai maksud dengan ilmu ditaklukkan dunia
14. Orang yang berakal pandai membandingkan yang belum ada dengan yang telah ada, yang belum didengar dan yang sudah didengar. Umurnya yang telah tinggal dibandingkannya dengan yang telah pergi. Yang belum tercapai dengan yang belum tercapai. Setiap pekerjaan tidaklah diukurnya dengan wang atau emas. Sebab harta datang dan pergi, mendahului kita. Tetapi akal tetap dan bekasnya kekal, walaupun badan tubuh masuk liang lahad.
15. Orang yang berakal hidup buat masyarakatnya dan bukan buat dirinya sendiri.
isi dipetik daripada sebuah buku karangan buya hamka bertajuk 'falsafah hidup' cetakkan ke2 tahun 1999... fuhh dah lama kot buku ni, semoga berguna insyallah...
sy ingin jd org yg berakal.. tq diatas perkongsian... :)
BalasPadaminsyallah.. keep trying yang paling penting kekal istiqamah =)
BalasPadam