Selasa, 30 April 2013

jangan kawen





"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali



Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.



Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"



Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang  dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.



Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu  menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya  untuk membelinya.



Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.



Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.



'habis  tu nak kawen dengan siapa?'

"kawen la yang selain daripada mereka..... kan ramai lagi kan yang baik"


sharing is caring ^____^v


Isnin, 29 April 2013

fahami dan memahami


Assalamualaikum...... 
 maaf entri ini berkisarkan tentang diri aku sendiri.... so jika anda rasa tidak penting
anda boleh buka tab baru dan kembali search ok sayang.....


Dalam dunia ni nak cari seseorang yang faham kita ternyata bukan senang,
 kenal lama pun kadang-kadang boleh lagi salah faham dengan kita,
 kadang-kadang aku sengaja nak buat gila sebab nak uji respon dia ...... 
ternyata itu cuma  palsu semata-mata, 
cuma sekadar nak ambil hati je semua tu...
 sumpah tak percaya dah lepas ni.... 


bukan nak kutuk sesiapa cuma geram siket dengan sikap dia yang begitu....
 tapi bila memikirkan semula, diri ini pun bukannya memahami
sangat orang, mungkin sebab tu kot tiada orang yang cuba faham tentang kegilaan diri aku ni.....
at least aku cuba memahami orang lain dan positifkan minda aku tentang dia dan sesiapa pun jua....


 betul kata orang tua-tua, individu yang kawannya tak ramai, mesti dia
punyai besties yang rapat dan individu yang ramai kawan kemungkinan besar tiada kawan baik..


aku dalam kategori yang kedua.... kategori yang mana aku ada ramai kawan tapi miskin
kawan baik/rapat...... nak dikatakan kawan yang baik ada juga tapi bukan 'rapat'.....
hidup aku ni banyak merantau dan berkelana..... punyai rumah namun lebih
suka berkelana...... ya aku lebih suka berpetualang dan mengembara....
memang adat pertualang kawannya dimerata-rata.......


prinsip aku berkawan biar beribu, bermusuhan tidak sama sekali.....
dan
biar susah diri sendiri janji jangan menyusahkan orang lain.....



kawan ku bersepah dimana-mana, semuanya aku jadikan kawan, tapi mentality side aku,
aku dah setkan aku tidak akan mudah terpengaruh dengan orang tapi orang itulah
yang sepatutnya terpengaruh dengan aku..... buktinya kawan-kawan ku yang berlainan negeri 
apabila bercakap dengan aku pasti mereka yang akan ikut rentak aku berbicara..... 
turut berdialek utara.....


tapi ada jugak kes yang aku terpaksa ikut rentak mereka ketika berbicara.....
bukan apa takut tak faham pulak nanti dialek pekat utara aku ini......
dan lagi  bukti mereka terpengaruh dengan aku adalah 
apabila keluar dengan aku mesti mereka malu alah dan akan bertudung, tak danya nak
bawak couple-couple segala bagai...... kerana aku tegas dalam hal itu...


well.... lelaki dan perempuan aku jadikan kawan tapi bukan bermaksud aku ni sosial...
itu tidak berlaku sama sekali..... aku tahu batasan berkawan.... tapi kalau ada
yang nak gatal dengan aku, itu bukan salah aku okey.....


kawan ku ramai  sangat...... baik yang suka bersosial mahupun alim ugama....
dalam kalangan aku ada dua tiga orang yang pernah melahirkan anak diluar nikah, yang
mengambil pil kuda, penagih dadah, penzina, kaki perempuan, kaki judi, kaki karaoke,
yang pernah ajak aku buat benda-benda yang tak sepatutnya pun ada nauzubillah....
tapi alhamdulillah  aku berpegang dengan prinsip, 

biar beribu batu aku berlayar, tali allah aku genggam sekuatnya...


ada juga yang baik akhlaknya, selalu baca alquran, ustaz dan ustazah, guru agama,
daie, pendakwah, orang masjid, hafiz dan hafizah alquran, ada juga yang bekerja dalam bidang
profesional seperti bidang kejuruteraan, akauntan  tapi dalam kategori budak baik.....
ada jugak spesis yang suka menganggur tapi aku kawan jugak dengan dia......
aku memahami perasaan pengganggur sebab aku pun pernah mengganggur jugak dulu.....


aku berkawan bukan dasar kecantikan,pangkat atau harta tapi aku berkawan kerana allah taala.....
 aku berkawan kerana tugas berdakwah/tabligh itu tugas setiap manusia....
jika kita merasakan jijik dengan orang yang ingin berubah, selamanya
mereka dalam kesesatan.....


cuba fikir amalan apa yang akan kita akan bawa apabila bertemu dengan allah nanti...???
cuba bayangkan di mahkamah allah nanti jika allah tanyakan kita, telah datang seorang
yang memerlukan bantuan kamu untuk berubah apakah yang telah kamu lakkukan...????
masa tu sekurang-kurangnya ada juga bukti untuk bela kita dikala itu


aku dekati mereka tidak lain dan tidak bukan semata-mata kerana ingin menyeru
amar maaruf nahi mungkar tapi dengan menggunakan cara aku sendiri.....
biar santai asalkan berkesan...... alhamdulillah berkesan


aku ambil  sirah nabi sebagai rujukan, rasulallah tidak pernah marah atau membenci manusia
walaupun yang datang kepadanya adalah penzina, kaki botol, pembunuh anak perempuan
dan macam-macam lagi..... jika rasulallah menolak mereka nescaya syiar islam tidak
akan berkembang pesat.......


diantara sebab kenapa aku ambil jurusan diploma psikologi adalah kerana ini lah....
niat aku ingin membantu generasi muda kita menuju kearah kebaikan, sebelum berdakwah aku kena kenal dahulu manusia baru lah aku boleh berdakwah mengikut keperluan dirinya....
setiap manusia mempunyai tahap mantality yang berbeza so kita kena berdakwah mengikut keperluan
individu.....


dalam sirah rasulallah, telah datang beberapa sahabat bertanyakan rasulallah amalan yang paling
afdal, jawapan rasulallah berbeza-beza sedangkan soalannya sama, jawapan 
 mengikut keperluan diri mereka... 


pergi lah kamu yang tidak pernah fahami aku, cuma sekadar menilai aku dari mata kasarmu....
aku tidak kisah pun, aku tahu siapa aku dan allah lebih tahu kerana dia yang menciptakan
diriku dan diri mu...... 

untuk yang perempuan sahaja yee... lelaki no way men

P/S: jangan mengaku memahami seseorang sedangkan itu sebenarnya nonsense..... SEKIAN 



merindui setiap detik untuk kesana..... ya allah murahkanlah rezeki kami... 
pilihlah kami untuk menjadi tetamu mu ya khalid





Rabu, 17 April 2013

tips putus cinta/kecewa


Assalamualaikum...

baru-baru ni asma dapat call daripada kawan lama asma...
dia call sebab nak luahkan sesuatu yang mungkin perkara tersebut bakal merosakkan
dirinya dia jika terus dipendam, masa tu dah pukul 1.32 pagi..... 
mula tu memang rasa nak marah, 'hang ni pasai pa aku mengantuk tau dak
esok dah la aku kheja, hang tak reti tengok jam ka budak.... haishh??'


tapi itu cuma dalam hati je lah.... dah  orang call asma layan je apa masalahnya dia call...
dia ngadu pada asma yang dia putus cinta... dek kerana rasa teramatlah kecewa dia sanggup
nak kelar tangan dia..... aduh  asma bila ada orang cakap macam tu, asma pon suspen la.....
asma suruh dia istiqfar bebanyak n bawak mengucap.......

asma mula berfikir mungkin ada ramai lagi individu yang berada diluar sana memerlukan
guide bagi menghilangkan rasa putus cinta/kecewa
so my friend check this out :


tips putus cinta :-


1. menangis sepuas-puasnya

menangis sebenarnya adalah satu terapi, menangislah sepuas-puasnya kerana selepas itu anda akan menjadi lebih kuat dan tabah ..... menangis jangan kerana ditinggalkan tapi menangislah kerana dosa yang pernah anda lakkukan  dahulu


2. baca al quran dan mentaddaburnya

buka kembali al quran. bacalah ia dan fahamilah isinya kerana disebalik kekecewaan yang anda alami adalah kerana anda menjauhi kalam allah... dan disebalik kekecewaan itu sebenarnya allah sedang berbicara kepada kita supaya kembali taat kepadanya.....


3.  disiplin

hakikatnya memang bukan senang untuk melupakan seseorang yang sudah berada dalam hati sejak sekian lama tapi anda boleh mencuba untuk melupakan dia, so jika anda ingin melupakan kekasih lama, anda mestilah mendisiplinkan diri dalam melupakan kenangan pahit tersebut....

analoginya disiplin disini asma analogikan seperti anda sedang berpuasa, start pukul 11 pagi anda tengok ada minuman atas meja.  contohnya milo ais, bila anda asyik menghadap milo ais tu dengan sendirinya anda memegang straw, bila anda mula memegang straw anda akan main-main sedut, bukan nak minum tapi sengaja nak menyedut.... saja gatal..... analoginya sebegitulah

 jika anda sendiri tidak dapat mendisilpinkan diri sendiri melupakan kekasih anda, asyik melayan kenangan lama, asyik memikirkan kekasih anda, asyik mendengar lagu-lagu yang membuai perasaan anda, asyik tengok cerita korea yang penuh dengan angan-angan, asyik termenung asma tegaskan disini


'YOU ARE THE TRUE PRISONER'

kamulah banduan hati yang sebenar..... so keluarkan diri anda daripada 
penjara hati.... move on kawan banyak benda lagi yang boleh difikirkan selain
masalah cinta haiyaaaaa 


4. rileks

cuba bawak bertenang, elakkan daripada risau yang berlebihan, caranya di dalam islam anda boleh membaca surah yang ke 94 di dalam al quran iaitu  surah al insyiroh.....  baca surah ini sebanyak 7 kali atau lebih secara ganjil, insyallah ketenangan akan dicapai.... anda juga boleh juga melakkukan perkara yang anda rasa sesuai bagi merilekskan diri.......


5. bersyukur

bersyukurlah dengan apa yang anda sedang miliki sekarang, syukur masih lagi diberi 5 deria rasa oleh allah, bersyukur masih mempunyai ibu dan bapa, atau bersyukurlah masih ada lagi insan yang baik yang menyayangi anda seikhlas hati, bersyukurlah dalam segala hal kerana pastinya ada hikmah disebalik peristiwa tersebut....


6. memaafkan 

walaupun agak sukar untuk menerima kenyataan bahawasanya hati ini sudah disakiti, memaafkan DIA adalah jalan terbaik untuk anda mulakan hidup yang baru tanpanya..... jangan berdendam..... kerana dendam bakal menghancurkan anda....

#pada sesetengah individu terutamanya perempuan sukar baginya jika kekasih lama bertukar menjadi sahabat.... apa-apa pun ianya terpulang kepada anda 


7. ubah fikiran

jika dahulu anda merasakan bahawaanya dialah jodoh anda yang terbaik, sila ubah persepsi anda SEKARANG.....!!!!! fikirkan bahawasanya dia bodoh kerana meninggalkan manusia sebaik anda...... 


8. ketawa

hilangkan rasa duka anda itu dengan ketawa, tontonlah sitkom senario ke, maharaja lawak ke atau apa-apa
sahaja yang boleh mendatangkan senyuman dibibir manis anda.....


9. keras hati

keraskan hati untuk tidak mahu  mengetahui lagi tentang DIA dengan cara padam segala mesej, number fon, block atau remove akaun social network DIA.. kalau dah susah sangat tutup je akaun social network anda tu.... 


10. menyendiri

mungkin ada orang kata individu yang baru putus cinta tidak sesuai menyendiri kerana dikhuatiri akan melakkukan perkara yang mungkin menyalahi agama dan akhidah.... namun dengan menyendiri anda akan dapat memikirkan semula jalan terbaik bagi anda melupakan DIA dan mula memikirkan masa depan anda....


11. Jual atau buang

jual atau buang barang-barang yang pernah diberikan oleh DIA kepada anda suatu ketika dahulu..... untuk apa disimpan jika ia boleh membuatkan anda semakin mengingati DIA sedangkan DIA sudah melupakan anda,...... jual lah kepada sesiapa yang sudi membeli

P/S: if anda dah jual barang kepunyaan DIA, wang yang anda perolehi hasil jualan barang tersebut anda boleh guna untuk shopping.... huh biar dia tahu rasa hehe   


12. tulis atas kertas

sediakan A4 dan anda tuliskan 10 kebaikan DIA dan 5 keburukan DIA..... anda akan dapat mengenalpasti sebab musabab kenapa anda perlu meninggalkan dia...... elakkan daripada menulis perkara yang sama


13. cuba sibukkan diri

menyibukkan diri disini bukanlah bermaksud kena kerja sampai 24 jam..... maksudnya setiap waktu anda isikan dengan melakkukan aktiviti yang berfaedah contohnya bersukan, menghadiri kuliah agama, beriadah, menziarahi kawan-kawan....... tapi AWAS...!!! cuba elakkan diri daripada melakkukan perkara yang sama sewaktu bersama dengan DIA dahulu


14. dengar lagu semangat

anda boleh mencuba mendengarkan lagu-lagu yang boleh menaikkan semangat anda.... contohnya lagu insyallah dendangan maher zain, nasyeed islamic dan sebagainya supaya anda lebih teransang untuk berubah...... AWASSS....!!!!! elakkan daripada mendengar lagu-lagu jiwang karat yang tidak memberikan sebarang faedah dalam diri anda a.k.a lagha .....


15. hindari daripada membuat keputusan yang besar

di permulaan putus cinta, anda dinasihatkan supaya tidak membuat keputusan yang besar yang mana kelak akan merugikan diri anda seperti perkahwinan dan sebagainya..... dek kerana kecewa anda sanggup menerima orang lain yang anda anggap apabila anda mengahwininya anda akan berjaya melupakan DIA, itu sama sekali bukan keputusan yang bijak...... ELAKKAN

berfikirlah sematang-matangnya akan keputusan yang anda bakal lakkukan tersebut bakal memberi kesan pada masa hadapan anda.....


16. berbicaralah dengan orang yang anda percayai

anda boleh mendatangi kaunselor untuk meminta nasihat daripada beliau tentang perkara tersebut atau anda boleh mendatangi tokoh agama yang diyakini dapat menjaga rahsia anda sekemas-kemasnya atau anda juga boleh menceritakan masalah anda kepada sahabat anda yang anda yakini dapat memberikan nasihat kearah kebaikan kepada anda

namun awas jika anda salah memilih kawan, andai kata suatu hari anda mempunyai krisis dengannya, kemungkinan besar dia akan menggunakan masalah anda sebagai senjata untuk menjatuhkan anda suatu hari nanti.......

disini asma nasihatkan adalah lebih baik meminta nasihat daripada tokoh agama ataupun kaunselor.....


17. eratkan hubungan silaturrahim

keluar la dengan kekawan lama anda, pergi makan-makan ke, memancing ke, berbasikal ke, jogging dan sebagainya lah..... lakkukan semula aktiviti yang dahulunya anda suka buat bersama teman anda dan nikmatilah keseronokkan tersebut.......


18. komplimen dengan diri sendiri

hargailah diri anda, hargailah individu yang berada disekeliling anda, hargailah alam sekitar, pokoknya hargailah apa yang ada dihadapan mata anda..... insyallah jiwa anda akan terubat dengan sendirinya



 doa untuk anda yang kecewa

allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya 
(surah Ar-Ra'ad ayat 39)

caranya adalah letakkan tapak tangan pada dahi atau dada anda kemudian baca ayat
diatas. setelah selesai membaca ayat ini genggam tapak tangan kemudian 
buat isyarat membuang....
(darussyifa)



sahabat readers yang asma kasihi, ingatlah bahawasanya setiap kekecewaan yang 
kita alami itu sebenarnya tarbiah daripada allah, secara halus allah berbicara kepada kita
tentang keikhlasan..... allah sedang menguji kita apakah kita redha akan sesuatu yang dipinjamkan 
kepada kita cuma untuk sementara..... tak kurang juga sebagai kaffarah dosa kita yang dahulu
mensyirikkan allah... syirik yang asma maksudkan disini adalah syirik meletakkan kecintaan kita kepada
 manusia melebihi cinta kita kepada allah..... setiap keterlanjuran yang telah kita lakkukan, memohon ampunlah kepada allah  kerana sesuangguhnya hanya allah tempat kita memohon pertolongan



sebesar mana pun dosa yang telah kita lakkukan ingatlah bahawasanya rahmat
allah teramatlah luas 


andai kata dosa kita setinggi gunung jangan dilupa bahawasanya rahmat allah itu seluas lautan








Ahad, 14 April 2013

kerja oh kerja


Assalamualaikum 

hmmm.... dah agak beberapa hari asma tak updated cerita dalam blog asma ni
banyak sangat  kerja yang nak kena buat, maklumla orang bujang dan belom ada komitmen lagi,
so kerjalah yang jadi keutamaan sekarang.... bila dah kerja sedikit sebanyak akan lupa
segala masalah yang hinggap di kepala otak suci ku ini..... kerja seolah2 dah jadi suami asma kot
buat masa sekarang........ mungkin asma ni dalam kategori workholic kelas kedua..... 


bila dah kerja tu kekadang sampai demam, pastu kena tambah air.... aish aku paling 
benci jarum..... tapi bagi asma bila jatuh sakit itu jadi kepuasan bagi asma sebabnya
ada kesan....
 maksudnya kerja ni memang asma suka buat dan bila dah buat i never leave it as long as i can...



minat asma dalam fotografi tak pernah dilupakan as long as i can..... snap snap snap siket kawasan 
uitm perlis



masjid an nur, selalu solat dekat sini.... tenang rasa dan rasa best sangat
sebab selalu buat solat jemaah



bangunan HEP 


ada meriam la.... sempoiii


simpang siur berbukit bukau uitm nih.... 


bagunan al farabi yang menempatkan kelas dan bilik kuliah



dewan seri semarak


lipan getah.... haha punya la tak dak kerja, duk pi stepla keliling getah huhu



bajet gaya macam GTO.... naik moto no jem



bersama fazelin.... cantik mata dia, suka asma tengok



bersama dengan team work asma.... suka bekerja dengan team yang sempoii
kekadang boleh hilang stress bila dengar cerita diorang....
nampak macam muda lagi cik kak dalam gambar ni tapi rupanya dah kawen...
aishhh asma yang bujang ni pulak nampak macam dah kawen.....
tak boleh jadi nihh nak kena gi spa la nampaknya huhuhu.....




bersama prof izzi.... rupanya dia adalah pensyarah disini.....
asal jumpa dia mesti nak ikut belakang dia...... gila dah aku nihh hehehe
hari tu selisih dengan dia, asma ternampak dia jalan sengat so asma tegur prof....
prof cakap terseliuh..... sempoii prof masa bercakap pon nampak tersenyum
nak try la cakap sambil tersenyum macam prof.... =)

maaf encik janaidi terpotong pulak gambar encik hehe



student diploma yang tengah berperang dengan kertas2 matematik.....
asma kalau bagi soalan mate memang garu kepala la tapi cuba bawak mai
kertas sejarah, tamadun, sains yang tu i teror la.....
nak buat macam mana memang bukan otak mate......
tapi asma salute la diorang ni memang tekun jawab exam sampaikan ada 
yang tertidur dalam hall..... huhuhu


#rasanya lepas nih nak update pasal pilihan raya ke-13 la pulak....... nak ambik gambar
suasana PRU13..... dah 5 tahun asma tunggu kedatangan hari ni...


jumpa lagi di entri yang akan datang 

tataaaa~~~~~


Sabtu, 6 April 2013

aku mamai......


Assalamualaikum readers sekalian....


OLA.......  asma nak tanya korang pernah mamai tak??? mesti pernah kan...
semua orang mesti akan pernah mamai punya lah...... mamai adalah perbuatan yang berlaku 
di alam bawah sedar kita dimana kita mengatakan atau melakkukan sesuatu diluar kawalan kita....



ok la nak jadikan cerita tadi asma tidur tengah hari, sebelum tu asma cakap la kat adik minta dia kejutkan
asma selepas setengah jam sebab asma nak siap pergi kerja... *sabtu pun kena kerja daa
lepas setengah jam, adik asma kejutla asma...

'weh emma bangun... kata nak pi kheja'

ntah macam mana ntah boleh pulak asma jerkah budak tu.....

'hang cakap elok-elok sikit jangan duk bohong aku'

adik asma balas: 'aku cakap betoi la nih, kepala hotak hang, tadi hang suruh aku gerak hang'

asma pun terjaga sebab dengar dia marah balik.... terkepil-kepil biji mata asma
pandang dia.... apasal dia marah aku...???  bahahha.... rupanya asma mamai....  masa tu asma mimpi
tengah buat bisnes, customer tak nak bayar so dia bagi macam-macam alasan....


itu lah lain kali jika nak tidur tengah hari, lebih baik niat qailullah barulah dapat pahala
dan tak mimpi yang bukan-bukan..... huhuhuhu


hehehehe........ bahaya juga situasi nih, mujur tak pegang parang, kalau tak
rasanya dah lama aku tetak budak tu kihkihh...... sweet dreams



asma minat gilerr dengan fahrin ahmad  tapi belom pernah lagi mimpi dia.... oh abang fahrin ku kikihh...


^___^V






Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...