Rabu, 27 Februari 2013

Malu Sebakul


Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME
(ayat blogger  fakhruru)


hehe... bukan apa cam best je ayat dia, so aku pon kopipes la...... hehe kredit untuk dia sebab 
memang aktif dalam dunia blogging.....  


Al-kisah terjadilah sebuah kisah dimana berlakunya kisah dan kejadian ini semasa aku
nak gi hantar kawan aku ke stesen bas, coz dia nak balik negeri dia bercuti katanya....


Kisahnya bermula apabila aku parking keta dekat parking lot, time tu tinggal 2 minit setengah je
lagi bas nak jalan, bas dia pukul 8.30 malam, aku pon drive dah macam org gila dah
takut dia ketinggalan bas huhuu..... dia pun satu hal, dah tahu bas pukul 8.30 pukul 8.00
baru nak pakai tudung, aduii na......


aku pun parking la dekat sebelah keta ni, sebelah kiri ada keta, tapi sebelah kanan kosong..
then aku pun buka la bonet nak keluarkan barang2 dia tu termasuklah
pinggan, cawan, budu, kicap mudim, beg tentera dia tu, aduh dah macam nak gi
camping dah aku tengok dia bawak bekal......


aku pun dengan baik hati ni tolong la angkat beg bagasi dia tu.... mak aiii bawak batu ka apa....
berat sungguh laaaa beg dia ni..... mujur beg tu ada roda, klau tak memang boleh patah tulang belulang
aku nihh... hehehe saja buat terouk...... aku pun lock alarm keta (utk keselamatan)

berjalan la kami ke kaunter tiket untuk buat pengesahan tiket dan no plat bas tu...
setel semua tu, dia pon naik la bas.... mujur bas tu tunggu klau tak memang menangis la hang kat
stesen bas tu.... makkkkk sop sop sop ='(


setelah dia pon selamat naik bas dan sesi berpelukkan dan plot melambai tangan (biasala pompuankan)
pastu aku pun nak balik la..... lupa nak cakap kami pergi berempat, yang nak balik tu
sorang je, yang teman tu 3 orang... huhuhu bukan apa takut jugak nak balik
sesorang, almaklumla time tu dah malam, so terpaksala bawak hulubalang-hulubalang beta untuk
menjadi peneman.....


lepas tu bila nak balik dan sampai je kat keta, aku tekan la unlock alarm... bunyi.....
aku pun bukak pintu..... 'eh pasai pa nih'...... tekan 2 kali lagi.... buka pintu lagi....
tak bolehh...... 'weii hang pasai pa tak mau bagi aku masuk ka'.... tekan lagi lock....
'ehh ada bunyi, tapi awat ketat,... ini mengundang kemarahan'....... aku pun dengan
hangat ati menyepak pintu keta...' buka la weyyy'

pastu datang la mamat ni entah daripada mana.....' cik ni keta saya cik.... keta cik kat sebelah'


perrrrghhhhh aiseyy men malunyaaa, rona merah muka aku........ 'owh'..... terkepil-kepil bijik mata
aku tahan maluu.... 'eh sori-sori ^__^||  hehe.....ingatkan keta saya tadi' maap lerr.....


aku pun dengan slumber badaknya masuk dalam kate sambil  tersengah kat brother tu....perrgghh
hensem jugak mamat nih, tapi sayang dia dah ada bini arrr........

aku pun drive keta meluncur keluar parking lot.... dalam keta tu, pecah perut kami gelak..
adoiii macam mana la boleh salah keta.... yang seronok tu sorang pon tak perasan
itu keta orang lainn, almaklum la keta sama jenama, sama warna,
parking pulak sebelah menyebelah, waktu malam pulak tu....
 mak aiiii kesalahan ini sukar dimaafkan diatas kelakuan tidak sopan itu...
 by the way peristiwa ini akan jadi kenangan buat kami sampai bila-bila


bila ingat balik, gelak tak habih kot.... hakhakhak (malu sebakoii)

ingat lama owwww bila nak naik keta, aku akan pastikan keta tu memang keta aku.....
ku kuatiri kejadian lama kembali berulang dan pisang berbuah dua kali

~~~peaceyall~~



lebih kurg macam ni kot cara kami parking keta





Selasa, 26 Februari 2013

Menjemput Bidadari




Lirik Menjemput Bidadari 

Bila yakin telah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Segera kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkan aku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu, mengisi hari
mengisi hari..




bidadari itu bermaksud isteri didunia....... lirik ni pada aku
sangat mendalam maksudnya.... dah jadi ringtone aku dah huhuhu



Selasa, 12 Februari 2013

Azalia yang ku cinta




Ku lihat bintang-bintang.....
Tersenyum saksikan kau merekah.....
Sang kumbang datang, hap, hap, hinggap perlahan.....
Bunganya merekah berkembang kembang..

Warnamu merah-merah....
Semerah danau di katumiri....
Aku melangkah tu, wa, ga, mendekati.....
Betapa indahnya ku suka.....

Reff :

Detik-detik waktuku kian berlalu....
Tak jemu aku memandangnya.....
Detak-detak jantung ku berdenyut selalu....
Ku jatuh hati memetiknya......
Azalia kau bunga yang ku cinta.....


bunga azalia cantik kalau dipandang...
kawaiii....suka sangat lagu neyh.... just cerita pasal bunga,
tapi best.... if korang suka dengan lagu neyh... nampaknya kita mempunyai 
taste yang sama =)



Saliyah atau Azalea adalah jenis tanaman berbunga dari keluarga Ericaceae dan genus Rhododendron yang tumbuh di wilayah beriklim dingin. Azalea tumbuh di sebagian besar Asia Timur dan Amerika Utara. Bunganya berkembang pada awal musim panas di bulan Jun dan pada musim gugur menggugurkan dedaunannya, terutama pada spesis Amerika. 

Spesis Azalea asia memiliki daun yang hijau sepanjang tahun.

Azalea dikembangkan sebagai tanaman hias yang popular. Pada habitat liar, ia biasa tumbuh 
di hutan dan wilayah berhawa dingin. Warna bunganya ada banyak variasi seperti merah, kuning, 
putih, pink, dan ungu. 


Di Amerika Utara sendiri terdapat lebih dari 50 jenis spesis azalea.
Akar azalea dangkal dan hidup paling baik pada tanah asam yang subur di tempat yang agak teduh. Pada stamen azalea yang panjang terdapat kelopak bunga yang mengandung serbuk sari.

bunga ni ada juga di tanam di kawasan katumiri, bandung jawa barat, indonesia


aku pun bukan faham sangat spesis bunga ni... cuma cukup sekadar menghargai
bunga yang super kawaiii macam neyh.... anugerah dan ciptan allah sudah pasti cantik


#macam dalam slot kat TV3 kan (slot azalea)


sumber: Encik Google
 lagu by Ali Sastra
lirik by Aden edcoustic


lelaki super awesome




lelaki super awesome adalah lelaki acuan al-quran


Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi... ..
Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,

Lelaki Acuan Al-Quran ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku memohon pdMu Ya Allah,
Engkau terimalah segala amalku, doaku, taubatku
Ku pohon pdMu semoga aku akan tergolong
dalam golongan hambaMu yang soleh...
Ku pohon pdMu Ya Allah
semoga Engkau merahmati hidup aku sekeluarga
Semoga kami semua tergolong di kalangan
wanita dan lelaki acuan al-Qur'an..
Amin...Amin...Amin...
Ya Robbal Alamin...




P/S = Lelaki yang super awesome macam ni memang susah nak cari sementelah kita sendiri pun bukannya baik sangat... selidiki lah diri sendiri macam mna... susah nak cakap sebab diri sendiri je yg tahu tahap keimanan masing-masing.... Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur :26)


Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti? dan ingatlah kawan dan diriku sendiri bahawasanya janji allah itu pasti benar, allah tak pernah memungkiri janjinya,... yang selalu mungkir janji ni kita tapi bukan sang pencipta...


kalau dapat  pasangan baik itu bonus bagi kita.... tapi klau tak ini mungkin cubaan dan ujian bagi diri kita....
selalunya dalam cerita melayu banyak kes2 yang macam ni... am i right???

Wallahu A'lam..... semoga ada kebaikannya yg kita bakal perolehi bersama insyallah =)



Jumaat, 8 Februari 2013

keajaiban sesudah menikah

Assalamualaikum readers semua.... hope good good sahaja insyallah


hah tajuk kali ni tentang keajaiban orang kawen nih... sebenarnya benda nih la yg 
aku perhatikan dalam perhubungan diantara kakak aku aina dan 
abang aku sofi bersama pasangan mereka.....


perrggghhh lain beb..... caya la memang lain bak hang
kat mana hat lainnya tu..??? ok meh sini aku senaraikan keajaiban
yang aku perhatikan sepanjang beberapa bulan lepas depa kawen nih...
ok bebeh check this out...


Kelainan kakak aku

1. Kalau dulu pukul 10 tengah hari baru bangun, tapi sekarang sebelum subuh dah bangun 

2. Kalau dulu lepas solat subuh dah mula tarik selimut balik... tu pon kalau tak keja (qada tidoq katanya) tapi 
    sekarang dah bangun sediakan sarapan(orang kedah sebut menyorok)

3. Peliknya bila dia tanya aku macam mana nak buat kek coklat kukus... aku memang teror buat kek tu hehe
    kalau dulu haram dia nak tahu macam mna nak buat benda tu... tetiba pulak rajin nak buat (buang tebiat)

4. Agak pemurah dah sekarang nak berbelanja.... klau dulu haram nak belanja puihh.... kedekut haji bakhil
    nak minta dia belanja pon macam nak mintak sedekah....

5. Selalu ada kat rumah..... kalau dulu pantang ja ada masa terluang mesti dah lesap dia dengan keta dia... 
    tapi sekarang dah lekat dah kat rumah (tunggu suami balik katanya).... 

6. Kalau dulu aku bebas menonton tv, sekarang dah tak bebas dah tu pon sebab dia ada sama... aku nak
    tengok cerita lain dia nak tengok benda lain... last2 aku sorok remote hahaha *akai jahat

7. Kalau dulu tak peduli sangat dengan orang lain, sekarang semua benda dia tahu (mungkin sudah berjangkit
    dengan sindrom jaga tepi kain orang)

8. Kalau dulu pekat loghat kedahnya..... la ni dah pelet ke el la pulak.... "abang dah makan ke? abang nak
    makan ape? abang nak air kelape tapi letak nyok lebih"...... puiihhh kalau dah makan belacan kuala kedah
    tu  tak yah la berangan macam makan keju.... hahaha maklum la suami dia org luar 




Kelainan abang aku 

1. Sama macam kakak aku, sekarang dah tak lokek berbelanja..... hari tu dia ada belikan aku handbeg dan 
    sehelai baju t-shirt... kalau dulu macam susah nak keluar belanja... nak kumpul duit buat belanja kawen
    katanya....

2. Sikit punya gentlement dengan kakak ipar aku, aku pun terkejut.... kuis kuis daun atas tudung... amboii

3. Kakak ipar demam, dia sanggup keluar malam2 semata2 nak belikan cool fever.... fuyoooo

4. kalau dulu haram nak turun masuk dapur , sekarang dah rajin masuk dapur.... aishhh

5. selalu komplain kalau ada sampah, sekarang dah tahu buang sendiri

6. Sering kali aku yang diminta gosok baju dia kalau nak ke masjid (menci menci menci).... tapi sekarang 
    aku dah boleh rilekz muahahha....

7. Paling best bila nak keluar shopping "ema hang nak apa ambik la aku bayaq".... perrrggghhh ayat tu yang
    aku selalu tunggu2 hihihi



pelik habaq hang.... beza owww kalau dulu ngan sekarang... mungkin inilah
yang dikatakan rezeki selepas kawen..... dan yang seronoknya
aku buleh tumpang senang sekali....

abang pun dah ada rumah sendiri kat ke el, so dia ada la ajak aku stay kesana
untuk dua tiga hari..... macam best pulak bunyinya
member aku pun banyak dekat sana, buleh la round2 ke el tengok KLCC.... 
waaa  tak sabar tak sabar tak sabar... aku pon dah lama tak
jejakkan kali kat ke el sana tu..... 


tengok mereka teringin pulak nak kawen.... puiiiih wekkkkk
gataiiii noh..... hahaha
aku normal kot mestila terasa nak juga benda2 macam nih hehehe

wahai readers doakan aku yerr  (O_<)




Isnin, 4 Februari 2013

ciri orang yang mencintai kamu



Ciri-ciri ni  wujud hampir 99 peratus pada orang yang mencintai kamu dalm diam
so, kalau DIA ada melakkukan perkara ini pada
kamu maka hargailah dia kerana insan sebegini sukar 
dicari dimana-mana




1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintaikamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. Dia cuma nak lihat kebahagian kamu sahaja walaupun bukan bersama kamu..

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...