Rabu, 13 November 2013

cara guna twitter bagi mereka yang baru buka akaun



Assalamualaikum readers

Aku rasa ramai kat luar sana yang tak tahu nak guna twitter kan... kalau facebook tu tahulah... ok lah disini aku nak ajaq hampa semua cara nak guna twitter tapi fahaman facebook... hah macam mana tu? maksud aku cara penggunaan facebook dan bagaimana untuk diaplikasikan semasa guna twitter... ok meh tengok sini aku tunjukkan istilah yang berbeza tapi penggunaannya sama



welcome to my astronomy twitter


twitter = facebook

HOME = NEWS FEED
@CONNET = NOTIFICATION
#DISCOVER = bar ni adalah bar hashtag
ME = PROFIL atau kalau nak tengok tweet-tweet yang lepas
TL = TWEET LIST
RT = RETWEET
REPLY= KOMEN
RETWEET=SHARE
FAVOURITE=LIKE
DM(directed messege, ada gambar mcm sampul surat)= PM(personal messege)
EXPAND = yang ni macam kalau korang nak tengok tweet2 yang dah di komen dan mention atau lanjutan drp tweet..... alah senang sebut macam conversation la

yang lain tu sememangnya korang boleh tahu sendiri fungsinya, mampoih la kalau nak habaq semua, pandai2 la hampa nak guna ambooiiii melampao nihh....


Dalam twitter ni korang tak semestinya bila dah follow seseorang tu so diorang pon wajib follow korang. benda ni terpulang la samada diorang tu nak follow balik ke tak.. dalam perkara ni twitter tak sama dengan FB. kalau dalam FB tu bila korang dah accept bermaksud korang akan saling dapat info diantara satu sama lain kan..... tapi selalunya kalau yang mesra alam tu memang diorang akan follow balik.... kalau korang nak minta diorang follow korang balik so korang boleh mention nama dengan menekan '@' kemudian nama pengguna tu contohnya: @asmanaini09 follow me back =).... atau korang boleh buat ayat tak malu siket cth: sy dah follow awak, boleh awak follow saya balik wink wink ^__^ ..... atau ayat2 yang sememangnya batak followers


fakta dalam twitter ni kalau korang nak tahu kebanyakkan penggunanya atau twitterian (nama gelaran bagi pengguna twitter) adalah budak sekolah...

kelemahan twitter ni satu jelah kot. dia punya tweet limit tu sampai 140 aksara je.... kedekut betolll  

perkara yang annoying tu bila ada twitterian yang sikit-sikit nak tweet, tak keluar  rumah tweet, nak tengok tv tweet, nak terberry pon nak tweet jugak euww....

kebanyakkan ahli politik, artis, ahli sukan, salebriti diantara penggunanya

sememangnya twitterian ni suka cakap sorang2 macam aku jugak,merepek tak ketahuan hala

ayat-ayat lucah dan makian dah jadi kebiasaan twitterian so kalau korang tak tahan sila deactive akaun twitter anda atau block je orang tu macam kes lana nordin, retis seksi tu


so pesanan aku disini kita main tweet leklok na jangan duk bagi ayat maki sana maki sini, ada pulak kes maki mak bapak sendiri dan islam lepas tu dapat banyak followers..... itu batak followers namanya ada faham??? jangan duk tweet ayat nonsense la nohh, buat malu mak bapak dan keturunan ja....

follow la hakku ni asmanaini09 sebagai syarat untuk ilmu tu dapat berkat



12 ulasan:

  1. dulu masa mula2 buka akaun twitter, mmg blur je.. apa fungsi twitter ni sebenarnya.. skrg dah paham sikit2.. hehe

    BalasPadam
  2. Kenapa bila daftar akaun twitter ada PIN? Nk letak PIN apa?

    BalasPadam
  3. dah follow blog dan twitter..jangan lupa follow saya balik...
    Baru kenal apa iti tweet..kuikui..buat malu company sahaja saya nie...
    http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Macam mana nk bukak balik gmbr2 yg org post dkt wall diorg ye tnpa kita kena tekan link tu? Taw x? Dulu sblom ubah kat setting, kita akn auto dpt tgk setiap gmbr2 yg di post, tp lepas g setting tekan apa ntah(lupa) terus xde gmbr2 dia tukar jd link ja, law mk tgk gmbr tu kena tekan link baru dpt tgk, payah la, taw x mcm mana nk balik pada asal semuLa? Tq

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Sesuai dan ramai dah buat. Lagi mudah tempek pada twitfemes yg ramai reply. Mcm fb la kalau ramai komen kita tempek pada komen tu.

      Padam
  6. Saya baru nk berjinak2 guna twitter konon untuk bisnes..tp smpai tak blh nk catch up lg..kdg2 stress juga.

    BalasPadam

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...