Khamis, 3 April 2014

Pentingnya Sanad Ilmu


Ada yang bertanya kepadaku.."kalau mencari ilmu melalui internet dan buku2 sahaja, tak boleh kah?"
Ana tak kata tak boleh..tapi lihat kepada kata2 seorang ulama' Ahlul Sunnah Waljamaah ini iaitu Imam Abdullah Ibn Al Mubarak pernah berkata yang bermaksud :
"Sanad adalah sebahagian dari agama, kalaulah tidak ada sanad maka semua orang akan berbicara dengan apa yang mereka kehendaki"..
Sanad adalah mata rantaian ilmu..andai tiada mata, mana mungkin ilmu itu brjalan dengan betul..apabila ilmu tidak berjalan dengan betul, maka amal lagilah bertambah tidak betul..maka sesatlah itu..wal iyya dzubillah..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dia (Nabi Muhammad S.A.W) diajari oleh Malaikat yang sangat kuat (Malaikat Jibrail)".
(Surah An-Najm ayat 5)

Kenapakah Allah tidak terus sahaja memberi ilmu kepada Rasulullah S.A.W?
Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..
Sesungguhnya gerak geri, perbuatan dan segalanya dari Rasulullah S.A.W itu sunat di contohi atau wajib di contohi..
Maka, carilah ilmu dan pelajarilah ilmu dari "guru" yang "ahlinya"..
Kemudian, beramalah di dalam dalam kehidupan kamu..
wallahua'lam.

Selasa, 1 April 2014

SEJARAH 'APRIL FOOL'




Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga.
Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.
Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar.
Apabil mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya



apa-apa pun april fool adalah haram untuk disambut.. sekian



AKHLAK & SIFAT-SIFAT SEORANG PIMPINAN



 Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Firman Allah swt :



يدَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ الْحِسَابِ



Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)



Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).



Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW, tindakan utama yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah sebagai pengganti Rasulullah SAW.



Sifar-sifat Seorang Pemimpin



1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong dan lain-lain.



2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya menganalisa pelbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Ia mestilah bukan seorang yang kerap lupa(pelupa) atau tertutup pemikirannya.



3. Mesti bersifat dan berakhlak lemah-lembut, berbelas kasihan dan mudah berurusan. Pimpinan akan terdedah kepada pelbagai ragam manusia. Oleh itu pimpinan perlu memudahkan urusan manusia lainnya dan jangan menjauhkan dan menjarakkan diri daripada pergaulan dengan masyarakat.



4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Alangkah bahayanya ke atas jamaah jika terdapat pimpinan yang penakut dan bertindak membuta tuli. Dasar keberanian ialah ketetapan hati dan kepercayaan terhadap Allah serta kosong hati dari sifat wahan, iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Keberanian yang dituntut ialah berterus terang dalam menyatakan kebenaran, menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan, dan berlapang dada.



5. Tawaddhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Kesombongan adalah penyakit yang menyebabkan hati tertutup untuk didekati. Inilah penyakit yang paling sukar diubati oleh pimpinan.



6. Menunaikan janji dan perjanjian. Akhlak ini adalah antara akhlak yang paling dituntut ke atas umat Islam secara umum dan bagi mereka yang bekerja dalam jamaah secara khusus. Akhlak ini akan mewujudkan suatu suasana kerja yang damai, penuh dengan kepercayaan, ketenangan dan kerjasama. Menunaikan janji adalah suatu tuntutan agama dan mengingkari janji akan memahatkannya sebagai calon ‘munafik’.



7. Sabar. Pimpinan adalah golongan yang paling banyak diuji dengan perkara kesabaran. Pimpinan perlulah golongan yang paling banyak bersabar di dalam menghadapi karenah ahli-ahli dalaman serta ancaman luaran. Kerana kesabaran pimpinan akan menjadi ukuran kepada anggota bawahan untuk terus cekal dan istiqamah dalam perjuangan.



8. Suci diri dan mulia. Antara ciri-ciri seorang pemimpin adalah orang yang mampu mengawal diri daripada mengikut tuntutan hawa nafsunya dan keseronokan dunia. Ia perlulah mampu mengawal diri dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh orang bawahannya.



9. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri.  Pemimpin perlu bersikap adil dan saksama. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya dan membuat keputusan dengan adil walaupun ia akan merugikan dirinya sendiri.



AKHLAK DAN ADAB SEORANG PENGIKUT

Di sini secara ringkas dibentangkan adab dan akhlak seorang pengikut:



1. Beriman dan rajin beribadah

2. Mengutamakan kepentingan jamaah lebih daripada dirinya dan memberikan komitmen sepenuhnya.

3. Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh jamaah.

4. Beriltizam dengan kefahaman yang betul dan menyeluruh terhadap Islam.

5. Menjadi orang yang setia(tidak khianat) dan amanah terhadap tugas yang diberikan.

6. Menguatkan diri dengan jihad di jalan Allah.

7. Melatih diri untuk berkorban di jalan Allah dengan diri, harta, masa dan tenaga.

8. Merasa hormat (thiqah) terhadap pimpinan dan sesama ahli yang lain serta merasa kasih sayang terhadap sesama ahli yang lain.

9. Sentiasa peka dengan suasana sekeliling.



Rujukan :

- Model Kerajaan Islam (Y.B Dato’ Haji Haron Taib)

-  Pra Syarat Kemenangan Kita ( Ustaz Hj Nasruddin Hassan At Tantawi)

-  Manhaj Daurah Tadribiyyah

- Jalan Da’wah : Antara Qiyadah dan Jundiyyah. Mustafa Masyhur. Dewan Pustakan Fajar.Shah Alam: 200

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...