Jumaat, 30 Disember 2011

Teknik-teknik kaunseling

      Teknik kaunseling paling berkesan apabila sesebuah teknik itu dirancang secara sistematik dan teratur dengan menyesuaikan sesuatu situasi atau masalah yang dibawa oleh klien dengan teknik-teknik yang sesuai. Dengan bantuan teknik-teknik tertentu, kebolehan klien menyatakan perasaan tulen mengenai dirinya, orang-orang lain, serta apa yang dipercayainya akan menolong beliau memahami dan menerima diri sendiri. Dalam pemilihan teknik ini kaunselor akan menggunakan sepenuh kebolehan dirinya untuk memilih beberapa teori kaunseling yang mengandungi beberapa set teknik di dalamnya. Berdasarkan pemilihan inilah, maka seseorang kaunselor itu akan cuba menggunakan set teknik kedalam sesi kaunseling.
      Teknik ini adalah bagi bertujuan membantu klien mencapai kesedaran kendiri tentang keupayaan dan kelemahan dirinya. teknik ini juga menggalakan kliennya meneroka masalah. Penggunaan teknik yang tertentu dapat membantu kaunselor dalam melihat dan mengenalpsti masalah klien.

9 teknik dalam proses kaunseling:

1. Telling the story (bercerita)
2. Focussing (memberi fokus)
3. New perspectives (perspektif baru)
4. New scenario (senario baru)
5. Critique (kritikan)
6. Choice and commitment (pilihan dan komitmen)
7. Brainstorming strategies (strategi sumbang saran)
8.Action (bertindak)


    

Rabu, 26 Oktober 2011

belajar bahasa jepun


PERBUALAN DALAM BAHASA JEPUN

Ohayou gozaimasu - selamat pagi
Konnchiwa - selamat tgh hari
Konbanwa - selamat malam
Oyasuminasai - selamat mlm(diucapkan sblom tido)
Tadaima - sy dh balik
Okaerinasai -slmt pulang
Itadakimasu - diucapkan sblom makan
Gochisousamadeshita - diucapkan slps makan
Irasshaimase - slmt dtg
Ittekimasu - sy pegi dulu dan akan pulang
Wakarimasu - sy faham
Wakarimasen - sy x faham





Selasa, 25 Oktober 2011

cabang ilmu psikologi


salam semua,

    selamat bertemu kembali, dah lama rasanya tak menuliskan. hmmm dalam masa sebulan nih dah puas rasanya kot bercuti kat rumah je. ari tu ada rombongan sekolah kakak aku ke KL & MELAKA. ikut budak sekolah jadi pengiring je. setelah sekian lama duk tak buat apa kat rumah nih asma rasa nak kongsikan apa yang ada dengan semua pembaca. baiklah, oleh kerana asma 'student pcychology' rasanya nak kongsikan sedikit kepada anda serba sedikit tentang ilmu psikologi ni. kadang-kadang ada orang kata yang ahli psikologi ni boleh tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati orang, maksudnya boleh baca la gerak geri/hati orang lain la konon. pastu macam berlagak pandai banyak la depa punya cekadak, boleh pulak nak ambik tahu dan selesaikan  masalah orang lain kan. bukan setakat hampa semua ja dulu asma pun rasa benda yang sama jugak tapi bila dah belajar-belajar barulah tahu apa yang dikatakan dengan ilmu psikologi.


     Sebelum asma cerita serba sedikit tentang teori nih rasanya tak lengkap kalau tak cerita tentang sejarah asal usul timbulnya ilmu psikologi ni. sebutan yang betul bagi psikologi adalah (saikologi). dah terbuang huruf p pada pangkal perkataan macam jugak perkataan tsunami disebut (sunami) aha dah hilang huruf kat pangkal perkataannyakan. psikologi adalah gabungan perkataan yang berasal dari perkataan yunani 'psyche' dan 'logos' yang bermaksud ilmu jiwa. tapi banyak tokoh yang tidak sepakat tentang perkara ini. mungkin kerana berlainan ideologi. matlamat psikologi adalah untuk memerihal, meramal, memahami dan mengawal tingkah laku manusia.

        Dari segi memerihal, seseorang akan menyatakan mengenai sesuatu tingkah laku yang sedang dilihat, diketahui dan difahami olehnya. Faham apa yg terjadi dan bagaimana ia terjadi. Dari segi meramal pula, kefahaman manusia mengenai hukum sebab dan akibat (cthnya jika sesorang berhadapan dengan sesuatu situasi, maka dirinya akan membentuk tingkah laku tertentu) ia akan membawa kepada beberapa andaian atau ramalan awal. Mengawal adalah aspek terpenting jika matlamat psikologi.

       Matlamat akan tercapai apabila, jika ramalan telah pun diketahui maka adalah menjadi kewajipan manusia utk mengawal tingkah laku yg akan terbentuk kepada tingkah laku yg sesuai dengan norma masyarakat kini.

cabang ilmu psikologi:

Psikologi Klinikal :
- merawat penyakit jiwa, kecelaruan mental dan tngkah laku tidak normal.
- lazimnya mengdiagnosis tingkah laku dan personaliti manusia melalui inventori-inventori tertentu.

Psikologi Kaunseling :
- melibatkan sesi kaunseling kepada individu yang menghadapi masalah jiwa yang tidak begitu berat (masih lagi waras untuk berfikir).
- akan bersemuka dengan individu yang menjadi klien kepada kaunselor.

Psikologi Pendidikan :
- penting di Malaysia terutama bagi bakal pendidik memahami tingkah laku murid.
- dibincangkan melalui latihan perguruan, ko-kurikulum, penilaian pelajar dan penyesuaian   pelajar di tempat pengajian.

Psikologi Eksperimen :
- melihat kepada pembelajaran, motivasi dan persepsi.
- tujuannya – baiki mutu kehidupan.

Psikologi Industri :
- mengkaji dan menilai tingkah laku manusia di alam pekerjaan.
- analisis punca-punca produktiviti.
-diperlukan di bahagian sumber manusia.

Psikologi Perkembangan :
- memberi pemerhatian serius kepada perkembangan kanak-kanak  yang merangkumi faktor fizikal, emosi, mental dan sosial kanak-kanak  hinggalah ke umur tua mereka.

Psikologi Sosial :
- kaji semua aspek tingkah laku manusia dlm bentuk kelompok serta melibatkan perhubungan dan interaksi sesama manusia.

Psikologi Personaliti :
- setiap manusia ada personaliti disebabkan psikologi. memberi perhatian berat ke atas diri setiap individu.

Psikologi Kuantitatif (nombor) :
- memahami personaliti manusia.
- melihat dan menilai (tingkah laku, sifat, trait, personaliti manusia dan kecerdikan).
- amat efektif dan mengunakan alat-alat penilaian yg sesuai bagi memahami jiwa serta tingkah laku manusia.

 Psikologi forensic
-Mengenal pasti tahap kesedaran, emosi dan mental penjenayah sebelum dijatuhi hukuman.



Unit Kerjaya dan Kaunseling (UKK) UiTM, Perlis....
 tempat aku praktikal dulu




#ALLAH anugerahkan kita dengan begitu banyak kelebihan dan kebolehan terutamanya akal. jadi gunakanlah akal kita untuk perkara yang berfaedah.



Isnin, 24 Oktober 2011

POKOK SEMALU PUN TAHU MALU..PERINGATAN UNTUK WANITA.


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
      Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
     PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
   KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
    KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali yang
    KEEMPAT, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.






Rabu, 12 Oktober 2011

hijab bukan sekadar tudung

assalamualaikum dan salam sejahtera,

  Pada pandangan asma lah kan hijab ni bukan saja sekadar tudung kepala yang digunakan oleh kebanyakkan wanita muslim tak kira di malaysia atau dimana-mana sahaja lah kerana asalkan jika dia adalah wanita islam dia wajib menutup aurat, kadang-kadang tertanya adakah wanita bukan muslim tidak wajib menutup aurat? soalan ini asma tanyakan kepada ustaz asma yang paling senior masa dekat sekolah dulu. ustaz yazid cakap yang sebenarnya semua perempuan yang sudah baligh diatas muka bumi ni wajib menutup aurat sebab sudah baligh sebagaimana yang di sarankan nabi dan allah dalam alquran kalau tak salah dalam surah an-nisa' ayat 53(kalau salah tolong bagi tahu eh kawan2). tetapi kenapa orang bukan islam tidak bertudung? asma tanya balik pada ustaz yazid. uztaz cakap diorang wajib cuma diorang bukan mukallaf sebab tu la diorang tak pakai hijab.


   sebenarnya hijab ni bukan sahaja bermaksud tudung kepala. hijab ni boleh jadi hijab kita dengan benda ghaib(samiyyat). dalam kehidupan kita ni sebebarnya kita berkongsi  hidup denagn makhluk lain yang juga sama-sama hamba allah yang hidup di tempat yang sama tapi berlainan alam (bukan alam sedar, tak sedar & separa sedar macam teori psikoanalisis tu eh). so bila hijab nih terbuka mungkin akan bagi kesan yang besar kat kita contahnya tak boleh tidur malam sebab selalu nampak muka hodoh/buruk mengacau kita tiap hari hahahaaahhhaaa..........nak buat ibadat pon tak boleh kan.

Rabu, 5 Oktober 2011

Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat


Empat perkara menguatkan badan


  • makan daging
  • memakai haruman
  • kerap mandi
  • berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan:


  • banyak makan bahan yang masam
  • selalu cemas
  • banyak minum air ketika makan
  • banyak berkelamin (bersetubuh)


Empat perkara menajamkan mata:


  • duduk menghadap kiblat 
  • bercelak sebelum tidur
  • memandang yang hijau
  • berpakaian bersih    


Empat perkara merosakkan mata:


  • memandang najis
  • melihat orang dibunuh
  • melihat kemaluan
  • membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran:


  • tidak banyak berbual kosong
  • rajin bersugi
  • bercakap dengan orang soleh
  • bergaul dengan para ulamak








Jumaat, 30 September 2011

konvoi ke terengganu

salam,

      hahahaha....akhirnya sampai jugak aq ke kuala terengganu, selama nih tak pernah la plak aq termimpi nak ke sana. tapi akhirnya sebelum aq tamatkan zaman belasan tahun ku ini aq berjaya jgak ke sana dan yang paling best bila aq berkonvoi dengan kawan2 naik kereta. mula2 tu memang la berkonvoi tapi lepas tu dah jadi perlumbaan la plak bila ada kawan aq cuba nak memotong keta aq, aq pon apa lagi press minyak la x mau kalah....hahaha bukan apa cuma takut kena tinggal,......destinasi kami yang pertama adalah rumah kawan sekelas aq hanif namanya...mak dia bkan main sporting la, kitorg makan tengahari kat umah dia, pas tu kami bertolak ke masjid kristal, subhanallah berkilaunya masjid nih. sempat jugak aq tunaikan solat zohor n tahiyatul masjid....


                  masjid kristal.....hah amacam cantik arkkk...


perjalanan diteruskan dengan destinasi kedua kami iaitu ke muzium negeri terengganu, penat weh keliling muzim tu, besar teramat huh, keluasan muzium ni aq anggarkan 20 ekar tanah, besar tu aiseyman.... masuk kena rm 5 kira boleh la, masuk sblom pkol 3 kluar pukul 5 tu pon x habis lagi keliling muzium....bwu dalam muzium blom kawasan luarnya lagi termasuk kawasan  tapak arkeologi, dalam muzium tu saja dah tiga tingkat lenguh jugakla kaki ini melangkah...

hah buat apa tu sorg2 g-erk  

konvoi diteruskan lagi dengan berjalan ke kg cina, tapi x best sangat la sebab pi waktu siang, org sana kata kat kg cina ni best kalau pegi waktu malam,....huhuhu x da rezki da sbb kami dah nak balik dah, sblom balik kami singgah ke gerai kerupok lekor haji su, pasar payang, UNISZA, UMT dan last sekali kami singgah unttuk berhari raya di rumah kak nabila rakan sekuliah kami masa sem 1 dulu....


ok la dah tak tahu nak tulis apa dah,....sorry la kalau x best mna pon cerita aq ni, biasalah bila dah lama pergi barulah nak refresh balik, hmmmm jadi macam nih la...apa2 pon aq tinggalkan cket pic kami ahli konvoi.... kepada geng konvoi yang lain sori la pic korang kecil la...x fix sorry


depan pintu geleri petrolium tingkat 3


walaupon masing2 dah lenguh kaki tapi bila nak bergambar masing2 tak nak lepaskan. memang gila posing la termasuklah aq ni hah, yang penting bagi pose terbaik..sesuai la dengan imej baju kurung kami nih hah...


atas jambatan 



depan pintu muzium


dalam masjid selepas selesai solat



ya allah kalau ada rezeki lagi izinkan aq pergi lagi ke sana...amin

Khamis, 29 September 2011

jangan salahkan sesiapa

JANGAN SALAHKAN MATA KALAU TAK NAMPAK,
JANGAN SALAHKAN HATI KALAU TAK MENGERTI,
JANGAN SALAHKAN TAFSIRAN KALAU TAK TAHU MENILAI,
JANGAN SALAHKAN IBU MENGANDUNG KALAU TAK SEDAR DIUNTUNG.

BUKA MATA BUKA HATI
TEPUK DADA TANYALAH IMAN

Rabu, 28 September 2011

11 pemikiran tak rasional Albert Ellis


Ellis terkenal dengan terapi kaunseling Rasional Emotif Behavioural Theraphy(REBT). Terapi ini hanya  sesuai bagi remaja kerana terapi ini agak keras dan tak sesuai dijalankan keatas kanak-kanak dan orang tua. Kaunselor yang pasif dan tidak suka berdebat tidak sesuai untuk mengambil pendekatan ini seperti terapi rogerian. Menurut Ellis manusia meletakkan perkataan 'mesti' dan 'patut' sebagai sesuatu yang perlu dilakkukan.

Ellis telah mengemukakan 11 pemikiran tidak rasional (Sabariah Siron, 2005) yang menggangu sistem kepercayaan manusia iaitu:

1. Adalah sangat perlu seseorang itu dikasihi dan disayangi oleh orang yang signifikan.
2. Adalah perlu seseorang itu lengkap, cekap dan berjaya dalam semua perkara.
3. Sesetengah orang adalah jahat dan kejam. Orang sebegini seharusnya dihukum dan dipersalahkan yang setimpal dengan kesalahannya.
4. Adalah lebih senang lari daripada kesulitan dan tanggungjawab daripada menghadapinya.
5. Setiap perkara yang terjadi sepatutnya mengikut apa yang dirancang. Adalah teruk dan malang apabila sesuatu perkara yang terjadi tidak seperti yang diharapkan atau diimpikan.
6. Manusia tidak berupaya untuk mengawal diri kerana kesengsaraan yang berlaku disebabkan oleh faktor-faktor luaran atau diluar kawalan individu.
7. Peristiwa masa lalu dalam kehidupan individu menentukan tingkah laku manusia dan ianya tidak dapat diubah.
8. Jika sesuatu perkara itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya seseorang itu mengambil berat dan sentiasa berwaspada sepanjang masa untuk mengelakkan segala kejadian yang tidak diingini.
9. Individu seharusnya bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat.
10. Seseorang itu sepatutnya mengambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain.

11. Selalunya ada jawapan yang betul dan tepat kepada sesuatu masalah.



  



Sabtu, 27 Ogos 2011

MENANTU VS MERTUA

Salam sahabat pembaca,

       kawan-kawan hari nih rasanya nk kongsi cket hadis yang asma pegang sampai saat ini. kisahnya bermula  pada suatu ketika, seorang sahabat pernah mengadu kepada Rasullah tentang perangai/perihal ibunya yang tajam lidahnya kepada Rasullah s.a.w " apakah yang harus kami lakukan kepada ibu yang kata-katanya selalu menyakitkan hati, ya Rasullah?' lalu Rasullah menjawab "sekiranya ibumu itu memotong-motong dagingmu sekalipun, belum terbayar seperempat daripada haknya keatas anak-anaknya. Tidakkah kamu tahu bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu".

  Demikian juga jika kita berkata uhh sekalipun kepada mak kita adalah sama sekali tidak boleh u all. bagi asma, mak adalah seorang yang paling berjasa dalam hidup asma, kerana banyak membantu asma tunjuk cara jalan arah hidup asma saat asma buntu kemana arah tuju asma yang seterusnya terutama sekali bila asma baru lepas SPM. Asma juga bukanlah sempurna sangat sampai tak pernah buat salah pada mak asma...cuma bila ter....terrr.....jerrr  almaklumlah anak remaja la katakan biasala remaja darah tengah panas.....rasa nk sembuq ja kat sapa2 sampai  tak kenai orang hehehehe........ tapi bila dah meningkat dewasa ni rasanya dah sedar sikit akan dosa pahala nih, mana yang boleh dan mana yang tak bleh kita lakkukan.....dalam hadis nih asma dpt pengajaran yang apa-apa pon yang asma buat klau tak mendapat redha mak, asma sama skali  takkan berjaya..sebab tak diringi redha allah....hmmmm........mohon pada allah agar asma dipertemukan dengan jodoh yang baik,taat,soleh dan bertanggungjawab kerana dgn jodoh yang baik ini lah akan lahir anak-anak yang taat sebagaimana si DIA.....huhuhuhu sapa tu ??????    (MR.S*****) 

#tak  puas hatila tengok semua sinetron indon sebab smuanya membelakangkan keluarga.......dah la boring pastu tak bleh blah plak..........takleh aku tegok citer stereotipe macam  nih...sakit hati la.......jiwang takjadi huhhhhhh






Isnin, 22 Ogos 2011

masjid korg aderr....x derr pyalah

salam,
Hari nih nk kogsi sikit la pasal moreh....bkan apa sebut pasal moreh nih aq jadi terpikior naperr kat tempat aku ada tapi kat tempat aq tengah study x derr smua nih(bachok kelantan)......maybe sebab tempat aku nih ramai penduduk sebab tu la berbaloi untuk bagi moreh(ayer hitam,kedah).....tapi x logik juga klau ramai penduduk lagi la susah sebab kena buat banyak juadah ....al musyikilnya x kan sebab x cukup bajet kot...tapi klau x cukup bajet  buat apa letak tabung klau x da satu habuk pon dalam tu....xkan lah masa sembahyang jumaat x da seorang pon yang sedekah......hmmmmmm  what everlah, ada aq kesah...???? tapi apa yang aku nak kongsikan disini adalah apabila pada tanggal 20 ogos 2011 bersamaan dengan 20 ramadhan 1431 yang lalu juadah moreh bukan juadah la barang dapur yang aq dapat mase aq nk balik dari solat terawih adalah sebungkus kopi......lain drp yang lain la masjid aq nih....aq pon x tahu tapi bila mak aq tunjuk yang mak dapat sebungkus gula, setin laici, sebotol air gas n mcam2 lg aku jadi kagum, pelik, x percaya pun ada....ehhh betolll kerrr.... bolehhh kerrr....???(ayat upin ipin).....tp apa yang buat aq rase nk menulis tentang cerita moreh nih sebab pada tggal yang disebut td aq dapat sebungkus kopi tu yang aq rase pelik tu  bukan ada apa2 pon hehehehe.....dan pada tanggal tu la firstly aq pergi terawih pada tahun ni bukan sebab aq malas tapi sebb asrama aq tu jauh dengan masjid maklumlah dalam hutan.... apa pun kopi tu aq nk rasmi mase aq nak study 3 mggu lg nak exam nih.......gampateeee asma


Khamis, 18 Ogos 2011

3 Perkara Asas Memilih Makanan Halal Dan Suci


PERTAMA : mencari dan mengambil makanan yang halal dan baik untuk keperluan fisiologi.Firman Allah:“Wahai sekalian manusia ! makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah : 168)
KEDUA: Dilarang berlebih-lebihan memenuhi keperluan kehidupan.Firman Allah :“Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-arang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf:31)
KETIGA: Bersyukur atas nikmat Allah supaya tidak menjadi kufur.Firman Allah:‘Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya.” (Surah Saba:15)

Sabtu, 30 Julai 2011

JEJAKA TERHEBAT N KACAK

Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
 Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.

Khamis, 14 Julai 2011

DEAR DIARY,
   
     hari nih  aku terasa best sangat bila aku ada tegur roomate aku supaya rajin-rajin lah solat...x ingatkah hang akan azab yang bakal diterima jikalau x solat...nauzubillahimin zalik...dan bila aku bagi ceramah ciket kat dierr....alhamdulillah dia dah mula solat...aku doakan semoga dia terus solat hingga akhir hayatnya aminnnn...


                                                                                                                            yang benar,
                                                                                                                              emma                              

Selasa, 5 Julai 2011

lamaran dari palestine

Dalam kedinginan air cond di bilik  kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan  berwajah kearaban. Hatiku
tertanya-tanya, “dari mana pulak minah arab ni?”. Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu  hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya,tiba-tiba pensyarah sudah ada di depan.Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran  ekonomi, Professor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa
kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku
apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas
kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi.

“Assalamualaikum”, sapaku.
“waalaikumsalam warahmatullah”, jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis.
“Kamu boleh cakap melayu tak?”, tanyaku dalam nada yang kurang yakin.
“Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu”, jawab gadis dengan
Bahasa Melayu yang lancar. Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu
gadis arab ini.
“Oh ya, nama saya Afanizam”.
“Nama saya Siti Hawa dari palestin”.
Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari palestin. Sebuah negara yang menjadi perhatianku kerana kerakusan penceroboh dari bangsa yahudi. ini buatkan aku ingin bertanya lagi.
“Kat sana tiada universiti ke?”.
“Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan Israel”, jawab Siti Hawa dalam nada yang
sedih.
“Negara kamu sekarang tengah bergolak, apa peluang perkerjaan kamu di sana
selepas habis belajar ?”
“Memang kami tidak ada peluang tetapi sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan tuntutan islam supaya mencari ilmu, kan menuntut ilmu tu satu ibadah, betul tak?”.
“Betul. Betul”. jawabku sambil tersenyum.
“Sebenarnya saya sungguh simpati dengan nasib saudara-saudara kita di sana, dan saya
menyokong apa jua gerakan untuk membebaskan bumi Palestin dari pencerobohan Israel”.
“Terima kasih, saya begitu hargai sokongan kamu dan masyarakat disini.Sebenarnya kami bukanlah pengganas seperti yang didakwa, malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh israel”.
“Keluarga kamu macam mana?”, tanyaku lagi.
“Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban dalam satu serangan tentera Israel”.
“Oh, saya minta maaflah. Semoga kamubersabar”.
“Tak apa, saya redha dengan apa yang terjadi, eh sabtu depan kampus ada majlis keamanan sejagat untuk palestin, kamu datanglah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kami”.
“Insya-Allah”, jawabku.
“Oklah, saya minta diri dulu kerana ada kelas”, pinta Siti Hawa.
“Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik”.
“Terima kasih”, balas Siti Hawa sambil mempamerkan senyuman yang manis.Sejak pertemuan itu aku amat tertarik dengan perwatakan Siti Hawa, aku lihat  dia seorang yang gadis yang lemah lembut  tetapi cekal dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.


________________________________________________________________________


Pada majlis keamanan sejagat untuk  Palestin kelihatan begitu ramai sekali mahasiswa yang datang, menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Palestin  mendapat perhatian dari mahasiswa pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam lautan mahasiswa itu, bebola mata ku mencari-cari seorang yang bernama Siti  Hawa, namun dalam lautan manusia begini memang susah untuk mencari seseorang.Tepat pukul 9.00 malam majlis pun bermula. Ketika itu aku dapat rasakan kedinginan ‘air cond’ dewan besar ini telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan  berapi yang penuh semangat dari dua orang panelis yang mengecam keganasan  Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon bapak pengganas tu tahu tentang majlis ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar untuk membedil dewan besar ini. Bila tiba panelis ke-3 aku agak terkejut.Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah seorang panelis yang mewakili rakyat
palestin dalam majlis itu. Aku lihat gadis palestin ini berucap dengan begitu bersemangat dan telah memukau ribuan mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala pengalaman dibumi  Palestin diceritakan dengan begitu menyayat sekali sehinggakan ada mahasiswi yang menangis.
Dan itulah kali pertama aku melihat airmata Siti Hawa. Air mata jernih yang
memancarkan seribu penderitaan umat islam Palestin.





Pagi jumaat ini aku hanya ada satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku terus keluar untuk bersarapan. Dalam perjalananku ke Restoran Maulana untuk bersarapan tiba-tiba ada satu suara memberi salam.

“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam. Eh ustaz, minum ustaz”
“Ana baru minum tadi.
Ni ana dapat
maklumat ada kenduri lepas jumaat ni kat Masjid Ar-Rahman”.
“Kenduri? kenduri apa tu ustaz?”.
“Untuk membantah keganasan Rejim Israel.kalau tak ada apa anta datang la”.
“Insya-Allah ustaz”.

dengan membawa kain serban aku menuju ke Masjid Ar-Rahman untuk bersolat jumaat
di sana. Tengah hari itu kelihatan jemaah begitu ramai sekali yang terdiri daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang sehingga ada yang terpaksa membuat saf  jemaah di luar. Sebaik sahaja solat selesai para pimpinan mahasiswa memberikan ucapan yang berapi-api membidas kekejaman Israel yang disambut dengan laungan takbir dan kecaman terhadap Rejim Zionis.Kami bersiap untuk berarak dari masjid secara aman
dengan membawa pelbagai kain rentang.Antaranya tertulis, “Hidup islam hancur
Israel!”. Aku pun mula menutup mukaku dengan kain serban seperti pejuang Hamas dan memakai ‘winbreaker’ untuk menghadapi kemungkinan ditimpa ‘hujan asid’. Belum pun kami melangkah, telah kedengaran bunyi dari hailer.

“Dalam masa 5 minit kamu semua diminta bersurai!”
“perhimpunan ini adalah tidak sah mengikut  akta polis”
“Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama”
“saya ulangi bersurai sebelum pihak kami mengambil tindakan”.
di depan kami FRU telah bersiap sedia dengan belantan dan perisai. Yang amat menggerunkan sekali, sebuah lori water canon dengan muncung meriamnya dihalakan
ke arah kami bersedia untuk menurunkan ‘hujan asid’ pada bila-bila masa. Dalam keadaan yang agak gawat ini, pimpinan mahasiswa meminta kami semua bertenang
sementara mereka berbincang dengan pegawai polis untuk mendapat kebenaran
berhimpun. Selepas beberapa minit berbincang kami tetap tidak dibenarkan untuk meneruskan perhimpunan dan nampaknya kami terpaksa mengakhiri perhimpunan dengan bacaan doa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Tetapi belum sempat  bacaan doa dihabiskan kedengaran bunyi loceng
diikuti semburan air dari lori water canon. Keadaan menjadi semakin gawat.Ada yang cabut lari menyelamatkan diri dan ada yang bertahan situ. Laungan takbir bergema dalam suasana yang gawat itu

“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
Barisan FRU mula mengejar dan membelasah sesiapa sahaja yang ada di depan mata
mereka. Sekalipun orang itu tidak tahu-menahu tentang demonstrasi itu.
Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh ‘hujan asid’. Dalam kesamaran, mataku
terpandang seorang muslimat yang telah diperlakukan dengan begitu kasar oleh anggota FRU hingga tudungnya hamper tertanggal. Aku begitu marah dan dengan nekad terus menghyunkan topi keledar ke arah anggota FRU tersebut sehingga anggota FRU tersebut tersungkur. Aku membawa muslimat itu lari ke tempat yang selamat. Bila keadaan reda baru aku perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku selamatkan itu adalah Siti Hawa.

“Eh, kamu ke Siti Hawa?”, aku bersuara dengan termengah-mengah.
“Masya-Allah, kamu rupanya yang selamatkan saya”, Siti Hawa juga terkejut.
Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis lalu aku bertanya.
“Kenapa kamu menangis?”.
“Saya menangis bukan kerana sakit dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh sedih kerana sebuah negara yang didakwa sebagai negara islam sanggup mengasari orang  yang  berhimpun untuk membantah kekejaman Rejim Zionis”.
terkedu bila aku dengar kekesalan yang diluahkan oleh Siti Hawa itu. Itu belum lagi aku ceritakan tentang pasukan kriket Israel yang ditatang, rakyat yang membantah pula diterajang pada tahun 1995.




Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah hampir 2 tahun dan ini adalah hari terakhir aku dapat bertemu dengannya.Hari ini aku bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku pendamkan selama hampir dua tahun.
“Apa rancangan kamu selepas ini?”.
“Insya-Allah selepas ini saya akan balik ke negara saya, Saya telah dilamar disana dan saya telah menerima lamaran itu”.

Aku hanya tersenyum mendengar katanya itu tetapi dalam hatiku amat kecewa
kerana gadis Palestin ini telah dilamar orang. Sayang sedalam-dalam sayang,bunga yang ku puja akan sunting orang.Namun begitu aku redhakan hati ini dan berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan harinya aku mengiringinya ke lapangan terbang.
“selamat tinggal wahai sahabatku,hulurkanlah doa untuk perjuangan kami disana, saya akan tetap merindui kamu”.

Itulah kata-kata terakhir yang keluar dalam mulut Siti Hawa sebelum dia berlepas. Hari itu juga ku lihat lambaian terakhir darinya dengan wajahnya yang begitu berseri-seri dan
bercahaya sekali. mungkin itulah gambaran kegembiraannya yang akan pulang ketanah airnya dan akan berumah tangga  dengan pemuda yang dikasihinya.






Sudah sebulan berlalu, aku menjadi pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Namun begitu aku tetap merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan dengannya dahulu dia ada memberi nombor telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis yang akan menjadi isteri orang.Hari ini cuti hujung minggu, namun aku tetap bangun awal pagi. Mungkin kerana kebiasaan aku sejak menuntut di universiti lagi. Pagi itu aku tidak bercadang untuk kemana-mana, aku hanya berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan aku membaca surat khabar. Aku terus membuka halaman berita antarabangsa kerana bagiku berita-berita dalam negeri adalah tidak adil dan tidak beretika.Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur apabila terbaca satu tajuk berita yang
berbunyi, “Seorang lagi serikandi Palestin yang bernama Siti Hawa telah melakukan operasi syahid di pos kawalan tentera Israel dengan meletupkan diri sendiri”. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baca. Rupa-rupanya maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu adalah lamaran untuk berjihad dan mencapai syahid. Dalam masa yang sama
isyarat SMS dari telefon bimbitku berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya ianya adalah
SMS dari Siti Hawa yang tertulis, “sebenarnya saya juga mencintai kamu, tetapi saya lebih mencintai Allah dan rasulNya”. Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Aku yang selama ini tidak pernah menangis kerana mempertahankan keegoanku kini
menangis tanpa mempedulikan alam sekeliling ku. Selepas solat aku menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada arwah dan berdoa semoga arwah diberikan syahid yang tertinggi oleh Allah.

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...