Ahad, 28 Oktober 2012

Pencipta peta dunia





Jika ditanya siapa penemu benua Amerika? Tentu jawapan yang terlintas adalah Christopher Columbus  yang sangat terkenal sebagai pelaut / pelayar dan pedagang yang pertama kali menemui benua tersebut. Namun, apakah itu benar?

Pelbagai catatan sejarah dan penemuan-penemuan yang berhasil dikumpulkan oleh para sejarahwan terungkap bahawa telah ramai orang dari benua Eropah juga pernah sampai bersama hasil dagangan meraka ke benua tersebut. Banyak sejarahwan yang berdebat bahawa para pedagang dari negeri Chinalah yang pertama kali menjejakkan kaki di benua Uncle Sam tersebut pada abad ke-11.

Namun terlepas daripada bukti-bukti dan perdebatan yang panjang, tahukah anda bagaimana mereka menyeberangi lautan yang maha luas tersebut. Dari perjalanan mereka tersebut maka tersingkaplah peta-peta yang terus berevolusi berdasarkan pengamatan para pelaut yang turun temurun, dan untuk pertama kalinya peta dunia terlengkap dibuat pada tahun 1513.

Beliau adalah seorang pelaut bernama Piri Reis yang membuat para peneliti dan sejarahwan mengaguminya. Tidak hanya kagum dengan bagaimana hasil pemetaan tersebut dapat digambarkan, akan tetapi para ahli satelit sendiri pun merasa terkejut dengan model pemetaan yang dibuat oleh tokoh Muslim tersebut.

Walaupun lokasi yang tepat dari kelahirannya tidak diketahui, namun diyakini bahawa Piri Reis lahir di suatu tempat di wilayah Uthmaniyah Turki. Gurunya, Kamal Reis, awalnya adalah seorang pelaut, teapi kemudiannya dilantik sebagai Laksamana di laut Mediterranian.

Bahkan hasil perbandingan dengan fotografi dari angkasa luar yang dilakukan menggunakan satelit saat ini memiliki bentuk yang sangat mirip. Mulanya para sejarahwan tidak percaya akan bukti keberadaan peta tersebut. Di peta yang terlihat jelas hanyalah kawasan Laut Timur Tengah.

Sementara kawasan lainnya seperti benua Afrika dan Amerika sama sekali tergambar sangat berbeza. Setelah gambar hasil satelit Zaman moden ini dipadukan dengan peta kuno karya Muslimin berbangsa Turki tersebut sangat nyata kebenarannya bahawa gambar yang diilhamkan di atas kulit rusa berukuran 90×65 sentimeter tersebut benar-benar digambarkan lengkap dan cukup teliti.  Para ahli satelit sendiri pun merasa terkejut dengan model pemetaan yang dibuat oleh tokoh Muslim tersebut.

Hal lain yang menakjubkan tentang peta Piri Reis ini adalah catatan tulisan tangan pada peta  seperti iklim, haiwan-haiwannya, serta suku-suku di suatu wilayah. Piri menyebutkan pada catatannya, warna dari jenis bulu burung, bagaimana bulu-bulunya digunakan oleh suku setempat, dan burung-burung yang dimakan oleh orang-orang di sana.

Dalam catatannya pun, Piri Reis menyebutkan bahawa dunia tidak datar (padahal pada masa itu, masih memiliki pemahaman bahawa dunia itu datar). Petanya begitu sempurna dengan akurat tentang pantai-pantai Afrika, Asia dan Mediterranian.

Perkara yang masih misteri adalah dari peta Piri Reis ini mengenai  peta Antartika di pesisir Amerika Selatan. Penggambaran peta Antartika ini begitu sempurna, jika dibandingkan dengan peta Antartika sekarang ini, dan ditemukan persamaannya antara peta Antartika Piri Reis dengan Peta Antartika Moden yang dibuat pada abad ke-20.

Hal ini membuat para ilmuwan bertanya-tanya. Begitu sempurna gambaran peta antartika Piri Reis, seolah-olah pada era Piri Reis hidup dan membuat peta itu, tidak ada ais sama sekali yang menutupi Antartika!

Piri Reis menggambarkan dan menuliskan catatan begitu akurat tentang kandungan tanah antartika, jenis tanah, mahluk yang hidup di dalamnya. Padahal saat ini, permukaan Antartika diselimuti oleh ais yang tebalnya mencapai 5 kilometer.  Ilmuwan  bertanya-tanya, daripada peta manakah ia memperoleh pengetahuan ini, atau daripada siapakah dia mendapatkan pengetahuan menakjubkan ini?

Mengingat teknologi ketika itu tidak memungkinkan manusia mampu menggali ais sedalam 5 km untuk mengetahui jenis tanahnya.

Penemuan kuno tersebut memberikan bukti bahawa memang ilmu kemajuan zaman dahulu sudah sangat maju dalam bidang astronomi. Tidak boleh disangkal tetapi bukti-bukti lain beserta keajaiban dunia yang ditinggalkan semasa pemerintahan masa lalu menunjukkan bahawa ilmuwan pada masa itu menguasai ilmu pengetahuan dengan sangat baik dan menyamai peralatan canggih yang dimiliki oleh manusia zaman moden ketika ini.

Meski sejarahwan masa sekarang tidak mengetahui bagaimana Piri Reis menggambarkan peta dunia tersebut dengan sangat menakjubkan, namun Piri Reis mengungkapkan semasa hidupnya bahawa peta tersebut berhasil dibuat dari penyatuan beberapa peta yang dibuat oleh para pelancong dari pelbagai negara. Ia menggunakan 34 sumber yang berbeza.

Karya tersebut berasal dari zaman Alexander sebanyak 20 peta, 8 peta daripada karya ahli geografi Muslim, 4 peta dari Portugis dan 1 peta daripada Columbus.

Piri Reis yang memiliki kesungguhan belajar yang tinggi, membuatnya memahami secara mendalam ilmu  katografi (ilmu membuat peta) dan Geografi. Pada  tahun 1513, Piri Reis menghasilkan buku pertamanya yang merupakan hadiah untuk Suleiman I, raja kerajaan Uthmaniyah ketika itu.

Buku tersebut dicetak sekali dalam hidupnya dan sekali setelah kematiannya. Pada tahun 1555, ketika Piri Reis berusia 90 tahun dan hidup di Mesir, ia dihukum pancung kerana tidak menyokong pemerintah Uthmaniyah.

Beberapa abad kemudian, iaitu  abad ke-19, Menteri Pendidikan Turki mengarahkan Gustav Deissmann, seorang ahli teologi dari Jerman, untuk mengumpulkan semua barang-barang di Istana Topkapi, Istanbul, Turki. Ketika itulah ditemukan  selonggok gulungan peta yang diyakini dihasilkan oleh Piri Reis.

Pada tahun 1929, salah satu peta tersebut dibawa keluar, dicuri  oleh ahli teologi tersebut. Gustav Deissmann menghubungi ahli sejarah orientalis, yang kemudian memperakukan bahawa peta tersebut  sebagai bahagian daripada peta dunia yang dihasilkan oleh Piri Reis.


Isnin, 15 Oktober 2012

Split Personality Disorder


Ingatkah anda pada sebuah novel fiksyen berjudul Strange Case of Dr. Jekyll and Mr. Hyde? Ya, novel yang ditulis oleh Robert Louis Stevenson dan diterbitkan di United Kingdom pada 1886. Ia adalah sebuah novel masterpiece mengenai seorang doktor bernama Dr. Jekyll yang tubuhnya dihuni oleh `seorang’ lagi personaliti pembunuh bernama Mr. Hyde. Mr. Hyde muncul selepas Dr. Jekyll meminum bahan kimia uji kajinya.

Novel berkenaan adalah sebuah fiksyen Split personality (Personaliti berpecah), iaitu seorang manusia yang mempunyai dua personaliti berbeza, baik dan jahat. Ertinya, pada satu masa, Dr. Jekyll hidup sebagai manusia yang baik dan suka membantu masyarakat, tetapi pada masa yang lain, watak Mr. Hyde pula menguasai dirinya. Jekyll akhirnya tidak mampu mengawal Mr. Hyde lagi, sampailah `si pembunuh’ itu membunuh dirinya sendiri.

Dari sudut perubatan jiwa, Split personality disebut juga Dissociative identity disorder (kecelaruan jati diri/identiti disociatif – DID). Split personality atau DID ini adalah sejenis masalah psikiatrik yang menyebabkan seseorang individu itu menampilkan satu lagi atau lebih personaliti (alte ego) dalam dirinya. Personaliti itu muncul akibat individu berkenaan berada dalam keadaan tertekan. Ketika itulah, semasa dia dalam keadaan seperti bermimpi dan separuh sedar, watak/personaliti berkenaan muncul dan melakukan apa yang dikehendakinya.

Individu terbabit tidak menyedari apa yang berlaku. Mereka hanya sedar selepas alte ego terbabit `pergi’, tekanannya berakhir, dan identiti/personaliti asalnya kembali ke dalam diri.

Satu lagi masalah psikiatrik/jiwa yang hampir serupa dengan Split personality adalah Multiple Personality Disorder (Kecelaruan personaliti berganda –MPD). Berbeza dengan Split personality, MPD berlaku terhadap seseorang individu yang terlampau trauma akibat penderaan fizikal, emosi serta seksual yang dialami pada zaman kecilnya.

Trauma keterlaluan itu membuatkan individu berkenaan mencipta personaliti-personaliti tertentu berdasarkan umur-umur tertentu. Antara contoh klasik penghidap MPD ini ialah seorang wanita Chicago, Amerika Syarikat (AS) bernama Karen Overhill. Ketika usianya baru 29 tahun, Karen mempunyai 17 personaliti lain di dalam dirinya. Personaliti-personaliti itu berusia dua hingga 34 tahun, lelaki dan wanita, kulit putih dan hitam, serta berbagai watak, kebolehan, hobi dan pekerjaan.

Apabila tertekan, personaliti-personaliti berbeza itu akan menguasai dirinya dan Karen tidak sedar apa yang berlaku. Ketika itulah Karen bertindak mengikut sifat personaliti-personaliti terbabit. Setiap personaliti itu pula mempunyai sifat dan watak mereka yang berbeza antara satu sama lain. Doktor terpaksa mengambil masa selama 20 tahun untuk merawatnya.

Satu lagi contoh ialah seorang perogol bersiri di Ohio, AS, bernama Billy Milligan. Akibat semasa kecilnya sering didera secara seksual oleh bapa tirinya, Billy hidup dalam keadaan trauma. Keadaan jiwa yang bercelaru serta trauma itu menyebabkan Billy mencipta sekurang-kurangnya 22 personaliti lain di dalam dirinya bagi menangani tekanan tersebut.

Antara personaliti-personaliti halusinasinya itu ialah pelukis bernama Tommy yang baru berusia 16 tahun, remaja lelaki berusia 14 tahun bernama David, lelaki Inggeris berusia 22 tahun bernama Arthur yang mampu bertutur bahasa Arab dengan lancar, pencuri Serb-Croat bernama Regan dan gadis lesbian berusia 19 tahun bernama Adalana.

Personaliti-personaliti seperti Phil, Kevin, Walter serta April pula adalah `personaliti halusinasinya’ yang bertanggung jawab melakukan jenayah seperti mencuri, rogol, mendera serta membunuh, hinggalah dia ditahan polis pada 1978 dan kemudian dimasukkan ke hospital mental.

Di atas tadi adalah contoh-contoh tulen mereka yang menghidap Split personality dan MPD. Tetapi, ada juga manusia yang berpura-pura menghidap gejala tersebut untuk menutup segala kejahatan, kezaliman dan jenayah yang dilakukannya. Salah seorang daripada mereka ialah John Wayne Gacy.

Pada siang hari, Gacy menampilkan dirinya sebagai anggota masyarakat kelas menengah yang sopan, suka tersenyum serta peramah. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, juga pengurus cawangan restoran Kentucky Fried Chicken di Waterloo, Iowa. Kepada penduduk sekitar, Gacy merupakan contoh lelaki yang dihormati dan berhemah. Gacy juga disayangi kerana sering menjalankan kerja-kerja sukarela serta menghiburkan kanak-kanak yang terlantar di hospital dengan pakaian badutnya.

Tetapi pada malamnya, Gacy adalah Mr. Hyde si raksasa pembunuh. Dia memikat budak-budak lelaki, kemudian meliwat serta membunuh mereka. Jenayah yang dilakukan itu akhirnya memakan diri dan Gacy dipenjarakan. Setelah dibebaskan 18 bulan kemudian, Gacy berkahwin, mempunyai anak dan aktif dalam bidang politik pula. Dia dianggap antara bintang muda politik yang mempunyai karisma tersendiri.

Bagaimanapun, itu semua pura-pura sahaja. Di sebalik perwatakannya yang ramah, sopan serta suka membantu, Gacy sebenarnya adalah penjenayah merbahaya. Seorang demi seorang lelaki dan wanita dijadikannya mangsa, diliwat, dirogol, kemudian dibunuh dengan kejam.

Apabila ditangkap pada 1978, polis menemui hampir 30 mayat di dalam bilik rahsia dan juga sekitar rumahnya. Sewaktu dibicarakan di mahkamah, Gacy memberitahu hakim bahawa dia menghidap Split personality. Kata Gacy, semua kes penderaan dan pembunuhan yang dihadapkan kepadanya itu sebenarnya dilakukan oleh Jack, personaliti yang sering menguasai dirinya.

Bagaimanapun, mahkamah dan para doktor tahu, itu cuma helah dan temberang Gacy saja, untuk melepaskan dirinya.  Pada 1984, Gacy si lelaki peramah, suka membantu dan mempunyai karisma dalam bidang politik itu akhirnya mati selepas menjalani hukuman suntikan beracun.

Pembaca sekalian, sebenarnya ramai lagi penjenayah yang cuba menipu dengan mengatakan diri mereka menghidap Split personality. Antaranya ialah William Heirens yang digelar Pembunuh Gincu, yang mendakwa semua tuduhan bunuh yang dihadapkan kepadanya sebenarnya dilakukan oleh alte agonya yang bernama George Murman.

Ted Bundy, pembunuh bersiri yang dihukum mati di kerusi elektrik adalah satu lagi contoh Dr. Jekyll dan Mr. Hyde yang paling klasik. Lelaki ini mempunyai penampilan diri yang menarik, sopan dan terpelajar. Tiada siapa menyangka, bekas penuntut University of Utah dalam jurusan undang-undang dan menjadi bintang baru untuk Parti Republikan itu sebenarnya telah membunuh hampir 100 orang mangsa!

Ringkasnya di sini, individu yang mempunyai masalah Split personality dan Multiple personality Disorder adalah individu yang merbahaya. Watak serta personaliti mereka boleh bertukar dalam sekelip mata, mengikut keadaan dan kehendak mereka.

Paling merbahaya lagi adalah manusia yang tidak menghidap Split personality atau MPD, tetapi berwatak seperti orang yang menghidap kecelaruan psikiatrik tersebut. Mereka ini bijak berpura-pura dan berlakon. Ada waktunya, mereka mempamerkan diri sebagai orang yang baik, tetapi pada waktu yang lain, mereka bertindak sebagai manusia  kotor.

Pada suatu ketika, individu yang mempunyai sifat Split personality dan MPD ini berlakon sebagai seorang yang jujur, ikhlas serta tulus, tetapi pada waktu yang berbeza, di persekitaran yang berbeza dan ketika berada di hadapan kelompok yang berbeza, mereka bertukar watak menjadi manusia hipokrit, khianat serta pembohong.

Manusia ini juga kalau memerlukan dirinya berlagak alim, mereka mampu melakukannya dengan baik sekali. Mereka akan tampil dengan watak zuhud, takutkan Ilahi dan memetik ayat-ayat al-Quran serta hadis dengan fasih sekali. Mereka boleh berdiri sebagai imam dan memberi tazkirah dengan tawaduk.

Tetapi keluar sahaja dari premis ibadat, mereka boleh menukar watak kepada individu yang seolah-olah tidak beragama. Mereka melakukan maksiat, rasuah dan berseronok-seronok seperti semalam ketika mereka menjadi manusia warak, tidak pernah berlaku dan tuhan itu tidak wujud sama sekali.

Individu yang bersifat seperti manusia Split personality ini sangat bijak memainkan perasaan orang. Mereka mampu menguasai jiwa dan psikologi manusia lain melalui kebolehan bertutur serta bahasa badan yang memukau. Mereka juga mampu memanipulasi keadaan dan bijak pula melepaskan diri dengan licik.

Manusia yang bersifat seperti penghidap Split personality dan MPD ini memang berbahaya. Lebih berbahaya lagi kalau mereka menjadi ahli politik kerana ahli politik seperti ini sanggup melakukan apa sahaja. Siang hari, mereka akan menuturkan kata-kata tulus, jujur dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Tetapi pada malam hari, mereka bertukar menjadi manusia hipokrit yang sanggup menggadai dan menjual agama, bangsa dan negara demi mencapai cita-cita politiknya.

Tolong jauhi ahli politik Split personality dan MPD ini. Mereka bijak menipu dan memangsakan orang lain, hatta terhadap orang-orang yang menyayangi diri mereka sendiri. Awas, ahli politik jenis ini adalah Dr. Jekyll dan Mr. Hyde yang sebenar-benarnya.





Sumber rujukan:  Ma'rof Redzuan, Haslinda Abdullah(2008)Psikologi, Universiti Putra Malaysia


# Jangan fikir boleh menipu manusia lain selamanya. Namun jika benar berubat la....Moga kekawan dapat manfaat daripada bingkisan ini >_<




Jumaat, 12 Oktober 2012

Kecelaruan personaliti menurut DSM-IV


           Kecelaruan personaliti boleh didefinisikan sebagai ketidakstabilan dan ketak suaian trait personaliti yang menyebabkan gangguan. Ia juga merupakan satu pola tingkah laku  yang telah lama ada dalam diri seseorang dan melencong daripada kebiasaan budaya. Dari segi diagnosisnya, kecelaruan personality terbahagi kepada4 rumpun iaitu :

Rumpun 1 : Aneh dan Eksentrik
Rumpun 2 : Dramatik dan Emosional
Rumpun 3 : Kerisauan dan Ketakutan
Rumpun 4 : Individu ini mmpunyai hampir kesemua ciri-ciri rumpun 1,2 dan 3

Kecelaruan Rumpun I : Aneh & Eksentrik
Paranoid

            Kecelaruan personaliti ini menunjukan tahap syak wasangka dan sangat mencurigai orang lain. Individu yang paranoid biasanya memandang serong dan menganggap motif orang lain sebagai jahat terhadapnya. Mereka ini sangat obses dan tidak mempercayai orang lain dan sukar untuk berkongsi rahsia dengan orang lain.  Selain itu, mereka yang paranoid selalu sahaja bersangka buruk kepada orang lain , cemburu buta, dan berasa seperti setiap masa ada sahaja orang mengkhianatinya. Contoh paranoid :- "Rasa seperti terancam dengan ajakan jiran rumah untuk makan bersama. Merasakan jirannya seolah-olah ada muslihat atau niat jahat."

Schizoid

            Schizoid atau skizod adalah sama. Ejaan sahaja beza, skizoid ini menunjukkan kecenderungan untuk bersendirian dan kurang menunjukan reaksi emosi. Mereka seperti ini biasanya tidak banyak bergaul dan tidka mempunyai ramai kawan. Ini disebabkan mereka sentiasa mengelak untuk perhubungan rapat. Disebab kurang reaksi emosi, individu skizod didapati sukar untuk menzahirkan perasaannya. Mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan dan tidak kisah mengenainya pun. Sama ada marah, gembira ataupun sedih ia seperti biasa sahaja. Ada sesetengah kes, mereka ini sayang terhadap haiwan tetapi kurang terhadap manusia.

Schizotipal

            Schizotipal adalah lebih komplek berbanding skizod dan paranoid. Ini kerana schizotipal seperti pakej yang agak lengkap dimana individu yang mengalaminya kemungkinan besar mengalami skizophernia + paranoid + skizod. Tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri khusus dimana mereka ini akan mengalami ganguan persepsi dimana ia lebih jelas terkesan kepada tingkahlaku yang ditunjukkan. Tingkahlaku dan penampilan aneh. Kepercayaang aneh, pemikiran aneh dan pertuturan aneh. Mereka juga risau terhadap sosial. Walaubagaimanapun, schizotypal ini lebih jelas semasa di peringkat awal dewasa.

Kecelaruan Personaliti Rumpun II : Dramatik & Emosional
Anti-Sosial
Individu yang anti-sosial tidak menghormati hak orang lain dan tidak suka untuk mematuhi peraturan. Mereka ini cenderung untuk menipu, impulsif dan tedensi menjadi seorang penjenayah. Anti-sosial biasanya berpersonaliti agresif, tak bertangung jawab dan menyesal. Mereka juga kurang sentuhan emosi sehingga tidak mempedulikan keselamatan orang lain seperti merempit, membawa kereta dengan laju, dan perkara-perkara ekstrem yang membahayakan nyawa orang lain. Tingkahlaku anti sosial sukar diubah dan ini ianya ada kaitan dengan kesan trauma yang dialami semasa zaman kanak-kanak. Mereka juga cenderung kearah penyalahgunaan dadah dan terjebak dengan jenayah. Dalam kajian Lee Robbins (1966), yang mengambil masa 30 tahun mengenai tingkahlaku delinkuens kanak-kanak  berpunca daripada ibu bapa yang anti-sosial juga dan tidak ada disiplin yang ditetapkan di dalam rumah. Antara tingkahlaku yang dikategori sebagai anti-sosial termasuklah meniru dalam peperiksaan, plaragiat, rasuah, dan salahguna kuasa.

Histrionik
Ini merupakan kecelaruan yang sangat dramatik dari segi tingkahlaku dimana individu yang histrionik sangat-sangat emosional seolah-olah apabila melahirkan perasaan seperti lakonan drama. Ini kerana mereka mahukan lebih perhatian, suka dipuji dan pandai dalam memanipulasikan orang lain. Mereka yang histironik cenderung melihat diri sendiri sebagai mudah 'sociable', meransang dan menawan kepada orang lain. Walaubagaimana pun, mereka ini mudah untuk berasa bosan, mudah marah dan mudah teruja. Selain itu, mereka yang histrionik ini agak berlagak, suka menggoda dan suka mengadakan gosip mengenai perhubungan. Mereka juga tertarik dengan bidang kerja seperi model atau pelakon.

Narsistik
Ciri-ciri narisistik hampir sama dengan histrionik iaitu suka berlagak, tingkahlaku yang terlalu dramatik, suka dipuji, dan suka berdampingan dengan orang lain. Mereka ini juga tidak suka bergantung pada orang lain tetapi suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan kuasa. Ini disebabkan mereka amat mengidamkan kejayaan dan merasakan diri sungguh istimewa dan perlu disanjung. Dari aspek interpersonal,  mereka ini suka mencaci orang lain, sombong, terlalu mementingkan diri.

Sempadan (Boderline)
Kecelaruan sempadan atau boderline ini sebenarnya bermaksud kecelaruan dimana personaliti itu berada diantara garis sempadan psikosis dengan neurosis. Jadi tidak hairanlah jika kecelaruan personaliti jenis ini dilihat tidak mempunyai mood yang stabil dan konsisten. Dalam erti kata lain, individu dalam kelompok ini mempunyai imej kendiri yang bertukar-tukar. Kesan negatifnya membawa kepada tindakan untuk ke arah bunuh diri,  mencederakan diri sendiri, penyalahgunaan dadah, kaki judi dan makan dengan banyak. Antara individu popular yang mengalaminya termasuklah Hitler dan Marylyn Moore.  Mereka yang  mengalami kecelaruan sempadan (boderline) ini kerap merasa kekosongan dalam diri mereka dan seringkali memiliki bad mood.

Kecelaruan Personaliti Rumpun III : Kerisauan & Ketakutan
Pengelakan

            Kecelaruan personliti mengelak ini seringkali mengalami keterbatasan sosial. Individu dalam kategori ini menunjukkan neurotisme yang tinggi. Mereka dilahirkan dan dibesarkan sebagai pemalu dan takut kepada orang lain. Sangat sensitif kepada persekitarannya terutama dalam situasi yang mengacam mereka. Mereka juga biasanya berasa rendah diri dan rasa tidak berguna apabila membandingkan diri dengan orang lain. Antara faktor yang boleh dikaitkan adalah mereka ini semasa kecil suka menangis dan susah dijaga. Dan pengelakan cenderung kepada mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang kerap mengkritik dan merendah-rendahkan mereka. 


Obsesif-Komplusif

            Kategori ini menunjukkan ciri-ciri tak fleksibel, terlalu moral, dan percaya bahawa tidak boleh terlalu 'rasa seronok'. Individu yang obsesif komplusif terlalu mencari kesempurnaan sehingga tidak mahu memberi tangungjawab kepada orang lain. Selain itu, mereka ini begitu terperinci dan cerewet orangnya dan adakalanya disebabkan perkara kecil kerja tidak siap.  Seperti pengelakan, mereka juga mengelak terhadap perhubungan intim kerana terlalu terikat dengan peraturan diri yang ketat dimana bertujuan meningkatkan hargai diri dan mengawal diri. Ini juga disebabkan mereka kurang kemahiran interpersonal.


Kebergantungan  
            Kecelaruan jenis ini dimana seseorang itu tidak mampu membuat keputusan atau pilihan secara bebas. Individu yang bergantung kelihatan takut akan ditinggalkan dan berpisah. Ini menyebabkan mereka hanya mengikut sahaja keputusan orang lain. Faktornya dipasti sama ada keran genetik atau disebabkan persekitaran. Mengikut kajian, kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa lebih cenderung untuk mengalami kecelaruan ini, beitu juga dengan mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang terlalu melindungi. Lain-lain faktor yang mungkin termasuklah mempunyai adik beradik yang agresif terhadap dirinya sehingga dia menjadi tidak asertif (tegas diri).

Kecelaruan personaliti rumpun iv – individu ini mempunyai hamper kesemua ciri-ciri rumpun 1,2 dan 3.
Kecelaruan jenis keempat ini berbeza dari yang lain. Kadang2 individu itu mempunyai ciri-ciri yang bercampur antara setiap kumpulan di atas. Ada juga kecelaruan yang tiada dlm kategori lain.






# sebenarnya ada banyak lagi penerangan berkenaan dengan  dsm-iv ini..... penerangan yang asma berikan ini hanyalah rumusan daripada buku yang asma baca, tapi yang pasti bukan buku yang ini la, hebat la klau boleh baca buku setebal ini, he...belum mampu lagi.........diharap bermanfaat kepada kekawan semua =D







Khamis, 11 Oktober 2012

Diari sehari bersama DAW 5450



Assalamualaikum readers yang ku sayangi
hayp haypp..... this is base on the true story.... serius aku cakap
ni memang pengalaman aku dengan kekawan satu bilik..... 
diorang ni student Medical Assistant Officer (MA)
kalau dalam bahasa melayu ni mereka adalah  pembantu pegawai perubatan, mereka ni bawah
siket daripada doktor.... orang kampung panggil diorang ni dresa......  



Diari sehari bersama DAW 5450, Adilah dan Akma. Bermula kes jam 9.30 pagi sampai 6.38 petang. Cerita bermula apabila kawan aku ni akma dan adilah bakal keluar praktikal selama setahun, so bagi 
menghargai rakan sebilik aku yang memang tak lokek ilmu dan wang ni aku pun dah diorang ajak
keluar so aku pun dengan rasa senang hati join la diorang.....



Akma telah menyewa sebuah kereta produa kancil milik abang long(aku sebenarnya tak tahu apa ke namanya, dah orang panggil dia abang long so aku pun panggil abang long jgak la)... Abang long ni 
memang buka kedai kereta sewa pun... dan kereta sewanya memang tip top la
dari segi penjagaannya.... tapi kali ni kami dapat keta yang cermin depannya 
 retak dan radio pulak bisu..... kekuatiran mula menyelubungi diri



Pagi tu sebelum kami keluar 'dating' bertiga diorang minta aku tolong hantarkan barang-barang peribadi diorang ke rumah saudara Adilah di Besut.... so aku dengan baik hati ni pun menolong mereka menjadi driver.... dalam kami bertiga nih hanya aku seorang sahaja yang mempunyai lesen memandu.... Akma boleh memandu tapi tak da lesen yang ada 'lesen agung' katanya..... hehe  



setibanya kami disana, kami disambut ramah oleh tuan rumah... dah datang pagi so tuan rumah jamu kami makan free..... aku baru tahu kebiasaan orang besut memang suka makan makanan berat walaupun pagi, maksud aku diorang dah makan nasi even pukul 9 pagi... beza dengan aku yang jarang ambil
sarapan, tapi dah orang jamu, aku belasah je lah mana yang ada.....



lepas dah satel makan dan angkut barang simpan dalam rumah, kami pun nak angkat kaki cabut... selesai sesi salam menyalam so kami pun berangkat ke kota bharu.... diantara besut ke kota bharu mengambil
masa selama sejam perjalanan..... kalau daripada hostel aku ke kota bharu cuma 40 minit dan masa yang
diambil kami ke besut selama 20 minit perjalanan dengan kelajuan 90km/j


Sepanjang perjalanan ke kota bharu kami kena dua  kali kena road block. satu daripada polis muda hensem tapi mengada-ngada, sampai giliran kami kena check abang polis tu minta turunkan cermin kereta, 
aku pun turunkan la cermin..... dia tunduk sambil perhatikan kami, disebelah aku adalah adilah dan akma dibelakang, bermula la dialog kami:


polis: adik-beradik ke? (dia maksudkan aku dan adilah)
aku: aha adik-beradik (mentang-mentang la kami sama saiz)
polis: bak sini lesen..

(aku pun menyerahkan lesen aku kepada abang polis yang super hensem tu)

polis: hmmm.... bak sini kad pengenalan, awak sekali(merujuk kepada adilah)
         ehh.... ni bukan adik-beradik nih...... nah ambik balik.... ok awak boleh jalan
aku : aha memang kami bukan adik-beradik pun, cuma sedara seislam hehe..(mula cakap keling)
         terima kasih bang.....


selepas 20 minit perjalanan kami menemui road block kedua di depan pejabat jpj di simpang ke binjai,


masa turn kami berhenti kereta tu, aku bajet pak cik jpj ni mesti ramah tak macam abang polis tadi ngada-ngada.... sekali aku berhenti dan menurunkan cermin kereta, aku dengan rasa bahagia senyum kepada pakcik jpj tersebut sampai ke telinga, sekali pak cik tu balas dengan muka masam macam tin sardin kepek daa.... perrrggghhh terasa malu sebab senyum sorang-sorang.... bermula la dialog kami:


aku: Assalamualaikum encik..... ada apa buat road block hari ni?
pak cik jpj: tak ada apa, biasala dah kerja....
aku: owh....
pak cik jpj: ni kereta awak ni cermin gelap sangat ni, nanti bagi tahu suami kasi kurangkan tinted tu, kalau tak 
                 akan kena saman.....
aku : owh, aha yelah nanti saya bagi tahu suami saya minta dia kurangkan tinted keta ni sambil memandang
       adilah, terima kasih encik...



kami pun meneruskan perjalanan kami ke kota bharu, Kota bharu jam teruk, kami terperangkap dalam traffik selama sejam setengah.(aku pun tak tahu apa yang gempak sangat la kat kota bharu hari tu)...
destinasi pertama kami di kota bharu adalah Parkson, parkson adalah satu bagunan dengan pasaraya Giant.. sampai di sana aku pun sibuk mencari parking dah macam org gila bawak keta (2 kali pusing jalan yang sama...adoi na)


6. Dalam parkson terserempak dengan jejaka idaman malaya (iqram dinzly,piere andre,zaidi gerak khas,feroz khan,linda anak betong dan stu lagi artis saya tak tahu la apa ke nama dia tapi femes dengan ayat pelawok...pelawok filem hantu kak limah)..... sempat bergambar dengan piere andre n zaidi.

7. Tak tahu pulak diorang tengah shooting kat butik jefferson.

8. Sesat dalam parkson semata-mata nak cari kedai 'sox world' je (nk cri sarong kaki je pon)

9. Semasa nak cari jalan keluar ke parking lot, saya lalu skali lagi di butik jefferson dan terserempak lagi dengan iqram dinzly.  Bajet nak bergambar dengan dia tapi dia cbuk memilih baju.(dgn slumber rocknya dia salin depan kmi dan depan awek cun yang berkerja di butik itu. pastu kami terus cancel nak bergambar dengan dia ....... ceh hampeh betoi)

10. Bertolak ke kb mall, tetiba rasa dahaga la plak so kami pon ke food court tingkat atas. Terpaksa pulak beratur panjang hanya untuk secawan air yang berharga RM1.50(lenguh kaki kami doh).

11. Masuk Syarikat Muda Osman (SMO). Disebabkan saya suka sangat baca buku oleh itu saya ditinggalkan mereka sorang-sorang dalam smo (pandang kiri kanan tahu-tahu saya ditinggalkan sorang-sorang....huhuhuhu).  Masuk pulak popular terjumpa dengan sebuah buku yang saya dah lma cari...huhuhu novel pnyiasatan sherlock holmes.

12. (klimaks) masa on da way nak balik tetiba plak aii keta mampos tengah jalan, dah la tengah jam trafik light pulak yang tadi kitorang tunggu lama time tu la nak hijau. Depan hayaki n master skill, adoi na kena hon bertubi-tubi dengan keta belakang (amat memalukan).

13. Kami panik dan saya terus tekan butang kecemasan... tetiba datang dua orang hero menyelamatkan kami dengan menolak keta kmi ketepi (dah x thu nk letak muka ni kat mna). Thankz to abang hayaki, budi mu akan ku kenang sampai bila-bila.

14.setelah potkan keta ketepi.  check punya check rupanya minyak keta habis derrr  (padan muka sapa suruh isi mnyak 10 henggit klau dah tahu nak jalan jauh).

15. Saya dan akma ambil keputusan untuk jalan kaki sejauh 3 km mencari stesen minyak.(letih mcm nak tercabut kaki, pas tu lalu plak depan kubo,seram wehhhh...... nasib siang klau mlammmm aisey)

16. Alhamdulillah, keta berjaya dihidupkan. on da way balik tapi oleh kerana fobia masih ada kami sanggup tak  pasang aircond walaupun hujan (panas gila, peluh masin).

17. Lagi 6km je  lagi nak sampi hostel tetiba je radio yang tadi bisu tetiba bunyi dengan sendirinya.......(berhantu betol la DAW 5450).

18. Lastly kami dengan selamatnya menyerahkan keta pada tuanya.



amacam hensem tak dia ni...????

Petua menanggani darah gemuruh



Setiap daripada kita punya perasaan gemuruh, baik ketika berdepan dengan khalayak yang ramai atau pembentangan di hadapan ketua atau sesiapa sahaja. Sebenarnya perasaan gemuruh atau gementar ini adalah perkara biasa, tetapi jika keterlaluan dan di luar kawalan ia mampu menggugat prestasi anda di hadapan di ketua. Kebiasaannya ia datang ketika kita mahu melakukan perkara yang penting berkaitan kerjaya mahupun apa sahaja. Untuk mengelakkan ia menjadi sesuatu yang buruk, anda perlu bijak mengawal dan mengatasinya. Apa yang anda boleh lakukan ialah :


1. Sentiasa Bersedia
  Jika anda mempunyai pembentangan yang penting seeloknya anda lakukan sedikit persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan ketika sesi pembentangan yang akan bermula esok pagi. Tambahan pula jika anda akan mengetuai pembentngan tersebut. Anda perlu tahu siapa yang akan menjadi audien anda. Adakah ia disertai oleh orang penting(VIP) atau tidak. Ini ada membuatkan ada lebih bersedia dan dapat mengurangkan gementar di hati.


2. Bertenang 30 Minit Sebelum Berlangsung
  Bertenang seketika sebelum memulakan pembentangan dapat mengembalikan rasa positif dalam minda. Lakukan pernafasan yang betul dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Cara begini boleh mengembalikan degupan jantung kepada tahap yang normal. Kebiasaannya gementar akan lebih terasa apabila perasaan anda berada dalam gelisah. Setelah anda berasa lebih berkeyakinan jadi mulakanlah pembentangan anda di hadapan ketua dengan penuh rasa yakin. Sesekali jangan hilang kawalan terhadap perasaan gementar.


3. Menggambarkan Dengan Cara Yang Positif
  Gambarkan apa sahaja yang berlaku ketika sesuatu perkara itu berlangsung dengan cara yang positif. Elakkan memberi gambaran yang negatif kerana ia membawa kepada perasaan yang gementar apabila minda terbayangkan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun kebanyakan daripada kita lebih gemar membayangkan perkara negatif berbanding positif. Jadi ubah imaginasi anda mulai sekarang supaya perasaan gementar yang sentiasa menghantui anda akan hilang dengan segera supaya anda boleh melakukan pembentangan kertas kerja dengan lancar.


4. Memberi Lebih Tumpuan
  Cara lain untuk menghilangkan rasa gementar anda ialah dengan memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku sahaja. Jangan fikirkan mengenai perkara lain yang belum selesai. Contohnya sedang memikirkan pembentangan yang akan berlangsung pada petang hari sedangkan yang sedang dihadapi belum selesai. Pusatkan pemikiran pada tempat kejadian dan selepas selesai satu perkara barulah fikirkan yang lain pula.
Ini dapat menghilangkan rasa gemuruh dan gementar anda kerana perasaan ini datang disebabkan banyak perkara. Sama ada anda tidak bersedia ataupun terlalu banyak perkara yang berada di dalam minda anda.


5. Datang awal
  Datang awal ke tempat pembentangan sedikit sebanyak dapat menghilangkan darah gemuruh kerana jika anda datang lewat datang ke sidang, anda mungkin akan lebih berasa gementar.


6. Bertegur sapa
  Sebelum memulakan pembentangan anda cuba berbual-bual dengan rakan yang berada berdekatan dengan anda. Bincangkan isu yang simple  supaya anda tidak terfikirkan perasaan gemuruh anda.


7. Duduk sebentar
  Duduk di mana-mana kerusi dalam dewan dan cuba bayangkan yang anda sedang melihat diri anda sedang membuat pembentangan. Cuba imaginasikan anda yang sedang duduk di kerusi audien sedang melihat sesi pembentangan anda sendiri.


8. Nombor tengah
  Cuba elakkan mengambil angka giliran yang terlalu awal atau terakhir. Ini kerana jika anda berada yang pertama orang lain akan menjadikan anda sebagai contoh dan sebaliknya jika anda mendapat nombor terakhir anda mungkin akan lebih bertambah rasa gemuruh.


9. Elakkan pegang kertas
  Elakkan memegang kertas sebaliknya cuba mengingati setiap perkara yang anda bentangkan.  Ini dapat mengelak daripada audien mengetahui bahawa anda sedang gementar. Mungkin sesetengahnya akan mentertawakan anda tanpa anda sedari. 


10. Mulakan dengan lafaz Bismillah
  Doa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Mula dengan bismillah dan susuli dengan bacaan doa.





Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...