Rabu, 28 September 2011

11 pemikiran tak rasional Albert Ellis


Ellis terkenal dengan terapi kaunseling Rasional Emotif Behavioural Theraphy(REBT). Terapi ini hanya  sesuai bagi remaja kerana terapi ini agak keras dan tak sesuai dijalankan keatas kanak-kanak dan orang tua. Kaunselor yang pasif dan tidak suka berdebat tidak sesuai untuk mengambil pendekatan ini seperti terapi rogerian. Menurut Ellis manusia meletakkan perkataan 'mesti' dan 'patut' sebagai sesuatu yang perlu dilakkukan.

Ellis telah mengemukakan 11 pemikiran tidak rasional (Sabariah Siron, 2005) yang menggangu sistem kepercayaan manusia iaitu:

1. Adalah sangat perlu seseorang itu dikasihi dan disayangi oleh orang yang signifikan.
2. Adalah perlu seseorang itu lengkap, cekap dan berjaya dalam semua perkara.
3. Sesetengah orang adalah jahat dan kejam. Orang sebegini seharusnya dihukum dan dipersalahkan yang setimpal dengan kesalahannya.
4. Adalah lebih senang lari daripada kesulitan dan tanggungjawab daripada menghadapinya.
5. Setiap perkara yang terjadi sepatutnya mengikut apa yang dirancang. Adalah teruk dan malang apabila sesuatu perkara yang terjadi tidak seperti yang diharapkan atau diimpikan.
6. Manusia tidak berupaya untuk mengawal diri kerana kesengsaraan yang berlaku disebabkan oleh faktor-faktor luaran atau diluar kawalan individu.
7. Peristiwa masa lalu dalam kehidupan individu menentukan tingkah laku manusia dan ianya tidak dapat diubah.
8. Jika sesuatu perkara itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya seseorang itu mengambil berat dan sentiasa berwaspada sepanjang masa untuk mengelakkan segala kejadian yang tidak diingini.
9. Individu seharusnya bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat.
10. Seseorang itu sepatutnya mengambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain.

11. Selalunya ada jawapan yang betul dan tepat kepada sesuatu masalah.



  



1 ulasan:

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...