Rabu, 28 November 2012

pujaan hati

SALAM SAHABAT PEMBACA SEKALIAN


huhu..... hari ni rasa macam nak kongsi sesuatu dgn sahabat pembaca yang sudi ziarah asma punya blog yang tak seberapa ney..... eh apa benda tu ehh..... adoiiii lupa la pulak.............. hmmmmmm.......... oh dah ingat pujaan hati rupanya  *wink wink...

Hari tu ada la asma terdengar sebuah lagu ni dalam blog kawan asma..... bila dah dengar tu terus jatuh cinta la pulak dengan lagunya terus download lagu ni...... aduhh.... sedap jugak suara vokalisnya...... terus jadi pujaan hati ku..... hmm selalu jugak dengar lagu ni bila tgh memandu, lagu ni pon dah jadi lagu paberet asma dah, sebelom ni mana ada asma suka dgn lagu-lagu indon ni...... asma layan lagu nasyid jerr (cehhh...... bajet jerrr tu) hehe.... klau x cayer sedap suaranya cerr dengar dulu ok prenz...  tapi sebelom tu pause la dulu zikirnya nanti sambung balik..... huhu   daaa



pujaan hati by kangen band


Selasa, 27 November 2012

salah tanggap psikologi





Assalamualaikum  sahabat  pembaca sekalian, apa habaq hampa semua..? harap2 sihat selalu dalam kehendak-NYA insyallah….



          Hmm kali ni asma rasa nak kongsi la siket pasal salah tanggap tentang ilmu psikologi ni….. ish bukan apa hari tu ada la kawan asma ni cakap yang asma terlalu mengagungkan barat disebabkan mungkin dulu  asma  pernah ambil kos psikologi so dia ingat yang otak  asma ni dah memang dijajah oleh barat la kot…. Aiii bila dengar tu terasa sakit pulak hati titew tau, berdarah telinga ney. Mana taknya seseorang yang belum kenal sepenuhnya kita tetapi sudah menberikan persepsi sebegitu kepada kita…  rasa macam nak BELASAH orang ja hampa tau dak…..



          Okey  asma  boleh faham la mungkin disebabkan mereka tak tahu dan tak diberi pendedahan secara umum tentang ilmu psikologi ni so mereka dah salah anggap. Dalam psikologi ni ada banyak jenis teori yang  memang asal daripada barat seperti teori psikoanalisis, behaviorisme, humanistic, kognitif, dan banyak lagi. Dalam psikologi ni pula ada mazhab2 tertentu. Mazhab tu maksudnya pandangan2 ahli psikologi juga la. Seperti juga dalam islam ada mazhab2 tertentu seperti mazhab syafie, hambali, maliki dan hanafi. Ini mazhab ilmu  fekah. Klau mazhab bagi ilmu tauhid pula seperti jabariah, muktazilah, qadariah, ahli sunnah wal jamaah dan satu lagi lupa plak.



          Okey  stop pasal mazhab kita buka cerita pasal psikologi ni balik. Baiklah dalam psikologi ini kami didedahkan dengan teori dan bagaimana untuk mengaplikasikan teori tersebut kepada manusia. Sebagai contoh, teori tingkah laku(behaviorisme). Dalam teori ini  terdapat  2 komponen utama iaitu  pelaziman klasik dan pelaziman operan . Mari kita terjah satu  persatu ye…..




Pelaziman klasik



     Ivan Pavlov adalah antara pelopor  palaziman klasik. Dalam kajian yang dijalankan untuk menguji proses pencernaan terhadap anjing, Pavlov mendapati bahawa anjing tersebut telah mengeluarkan air liur walaupun tiada makanan diberikan dan menyimpulkan bahawa proses pembelajaran boleh berlaku dalam persekitaran yang disediakan. Okey peningkan….. dah tu apa kaitanya dengan manusia?? Okey kita tengok kajian yang lain pula yang dilakkukan oleh J.B Watson(1920). Kajian yang dilakkukan oleh beliau  berobjektifkan  bagi melihat ransangan ketakutan Little Albert terhadap tikus putih dan rambut putih…. Eh apa ke benda pulak ney??.... sabar- sabar cuba sabaq sat jangan duk kalut….. Little Albert ney adalah seorang kanak-kanak lelaki yang sangat sukakan tikus putih…. Baiklah,  kajian dilakkukan dengan menggunakan  ransangan  tidak terlazim iaitu bunyi loceng yang kuat dan digandingkan dengan ransangan yang dilazimkan iaitu tikus putih. Ia mengakibatkan  respon terlazim iaitu terperanjat dan rasa takut.



          Rasanya hampa semua dah peningkan. Ialah orang biasa mungkin susah nak faham siket (ceh macam la aku ni luar biasa sangat)…..tapi orang yang belajar psikologi mesti tahu benda ni sebab benda ni basic.  Teori ni menunjukkan bahawa emosi manusia boleh dipelajari dan boleh diubah dengan menggunakan  prinsip pembelajaran.



Okey asma bagi contoh:
Seorang perokok yang ingin menghilangkan tabiat merokoknya. So bagaimanakah caranya..??? sebab kalau kita nak hapuskan secara terus dengan tak bagi lansung benda tu ianya agak susah dan mungkin akan terjadinya kes2 mereka menghisap secara sembunyi2, hah siapa yang susah??… lainlah kalau dadahkan..,  baiklah caranya adalah dengan kita mengurangkan jumlah batang rokok. Seperti jika hari ini kita hisap 20 batang  esok kita kurangkan sebatang jadi 19, lusa kurangkan lagi jadi 18, tulat 17, tungging 16 dan berlarutan sampai seterusnya dia hilang terus gian nak merokoknya. Tetapi mestilah dengan secara berdisiplin dan sungguh2 tak nak buat….. di penjara kaunselor dah buat benda ni dan didapai berkesan…




Pelaziman operan



          Diperkenalkan oleh B.F Skinner dan teruskan menfokuskan kepada sebab dan akibat daripada satu tingkah laku. Dalam teori ini konsep peneguhan, hukuman dan pelupusan digunakan.
Ema masuk contoh teruih la sat gi hampa semua pening pulak… huhu..



Peneguhan: peneguhan adalah ganjaran yang diberikan kerana ada unsur keselesaan dan rasa senang. Contoh: 

‘ jika faris dapat 5A dalam UPSR mak bagi iphone sebijik’
atau
 ‘faris dapat 5A dalam UPSR. Wah pandainya anak mak’


#hampa nampak tak permainan psikologi disini… bertujuan meransang minat dan semangat manusia… iphone dan pandainya itu adalah peneguhan… peneguhan tak semestinya dalam bentuk material



Hukuman: merujuk kepada menambahkan ransangan yang menyakitkan atau tidak  selesa. Contohnya kena rotan selepas menghisap rokok



Pelupusan : merujuk kepada sesuatu tindakan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap. Contohnya  bagi mengurangkan tabiat tu dengan tidak memberikan sebarang respon kepada orang yang menyampuk atau membiarkan sahaja…. Orang kata buat dekkk jerr




# sebenarnya ada banyak lagi caranya dan tabiat manusia yang pelik tapi boleh dihilangkan melalui teknik yang sama cuma mungkin cara yang berbeza. Terapi behaviorisme ini sangat popular digunakan dalam penjara dan di pusat pemulihan.




# banyak lagi terapi dan teori yang ada dalam psikologi ni…. Cuma ini entri first asma buka cerita pasal benda ni….. okey nantikan entri asma yang seterusnya okey bebeh…..



#bukan nak mengagungkan  sangat terapi barat ni…….  Dinasihatkan  ambil yang baik sahaja bukan kesemuanya kerana ada juga yang kurang baik…… Cuma apa yang  asma nak sampaikan adalah gunakan akal untuk berfikir dan gunakan iman untuk menilai. Letakan dalam diri bahawa kuasa penyembuhan hanya kerana allah bukan kerana terapi atau ubat-ubatan. Terapi dan ubat-ubatan hanyalah alat dan pengantara tetapi yang memberikan  kesihatan adalah hanya allah sahaja, kita cuma hanya perlu ikhtiar….. salam sahabat =D

Khamis, 22 November 2012

13 Perkara Wanita Islam Perlu Jaga




 1  Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

 2  Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

 3  Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

 4  Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

 5  Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

 6  Muka dan Leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

 7  Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

 8  Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

 9  Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10 Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11 Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12 Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13 Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.





sumber dari CahayaIslam.net

Isnin, 19 November 2012

i pemalu u




MALU antara sifat terpuji yang melambangkan ketinggian budi pekerti Muslim dan ketebalan imannya. Sifat malu juga satu petanda membuktikan iman itu bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, sebaliknya mereka yang tidak mempunyai rasa malu bermakna sudah hilang imannya.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Malu dan iman itu adalah teman yang seiring jalan. Jika salah satu daripadanya terangkat (tiada), nescaya terangkat (tiada) juga yang satu lagi.” (Hadis riwayat Muslim)


Sebenarnya, malu adalah sifat semula jadi diciptakan Allah SWT pada setiap insan. Ia dapat diperhatikan apabila seseorang manusia kemerahan wajahnya atau pipinya akibat malu selepas dimarahi atau melakukan sesuatu yang kurang sopan.


Ada juga manusia bermuka tebal sehingga tidak menghiraukan apa dilakukannya. Orang itu tidak mempunyai perasaan malu di sudut hatinya. Sifat malu diberi kedudukan istimewa dalam Islam.


Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap agama ada tatasusilanya atau ciri-ciri istimewanya, maka untuk Islam ialah sifat malu.” (Hadis riwayat Malik)


Sehubungan itu, Sheikh Muhammad al-Ghazali dalam kitabnya Akhlak Muslim menjelaskan, dalam ajaran Yahudi pada zaman Nabi Musa AS ada ciri kekerasan dan dalam ajaran Masihi pada zaman Nabi Isa AS pula ada ciri kelembutan dan kelonggaran dalam kira bicaranya serta saling bermaaf-maafan.


Sementara Islam pula mempunyai sifat malu sebagai ciri keistimewaannya. Ringkasnya, sifat malu mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam sehingga dijulang sebagai satu simbol melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan seseorang Muslim, sekali gus mengisyaratkan betapa Islam adalah agama menganjurkan umatnya berakhlak mulia dan menjauhi sama sekali segala yang keji.


Rasulullah SAW adalah teladan terbaik dalam penampilan akhlak terpuji sehingga diperakui bahawa akhlak Rasulullah SAW terjemahan menyeluruh al-Quran. Sebenarnya, Rasulullah SAW adalah seorang yang amat pemalu dalam tingkah laku sehariannya.


Diriwayatkan oleh sahabatnya, Abu Sa’id al-Khudri yang bermaksud: “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu dan lebih pemalu daripada seorang anak dara dalam kelubungnya dan apabila Baginda melihat sesuatu yang tidak disukainya, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu melalui wajahnya.” (Hadis riwayat Muslim)


Justeru, wajarlah setiap Muslim menghiasi dirinya dengan sifat malu kerana sifat itu lambang kesempurnaan iman seseorang kepada Allah SWT. Lebih-lebih lagi, sifat malu mampu bertindak sebagai perisai atau benteng bagi seseorang Muslim terjerumus ke lembah kehinaan.


Malah, dengan sifat malu yang bertakhta kukuh dalam sudut hati berupaya memartabatkan individu Muslim sebagai Muslim yang kental imannya, luhur budi pekertinya, berdisiplin dan disenangi semua insan.


Sebaliknya, seandainya sifat malu terhapus dan tidak bertapak dalam hati seseorang, maka ia menjadi bibit virus atau penyakit yang mampu menggugat keimanan seseorang dan akhirnya dengan mudah terjerumus ke lembah kederhakaan kepada Allah SWT.


Mungkin ini bertepatan dengan peringatan keras Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Apabila Allah SWT kehendaki untuk membinasakan seseorang hamba, akan dicabut daripadanya perasaan malu. Maka apabila dicabut daripadanya sifat malu, dia akan dibenci orang dan bila dia dibenci orang, akan dicabut daripadanya sifat amanah. Apabila dicabut daripadanya sifat amanah, maka dia didapati sebagai seorang yang khianat dan dikhianati. Jika dia berada dalam keadaan yang sedemikian, akan dicabut pula daripada hatinya perasaan rahmat dan bila ia terjadi begitu, maka dia tidak akan berada melainkan dalam keadaan yang dilaknati dan dimurkai. Bila dia dilaknati dan dimurkai, bermakna terungkailah akhirnya tambatan Islam daripadanya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Akibatnya, berleluasa krisis sosial dan maksiat tanpa batasan dalam kehidupan manusia seperti diperhatikan dalam masyarakat hari ini. Kita melihat muda mudi tanpa segan silu bergandingan tangan dan berpelukan di khalayak ramai biarpun tidak mempunyai ikatan sah.


Malah, ada juga yang sudah terlanjur ke lembah perzinaan di mana akhirnya si gadis yang hamil terpaksa melakukan pengguguran terhadap anak yang dikandunginya secara haram.


Begitu juga, amalan rasuah yang semakin menjadi-jadi. Semuanya berpunca tidak lain tidak bukan kerana sifat malu tidak menjadi perhiasan wajib dalam diri seseorang Muslim. Pendek kata, sifat malu berupaya menghambat hawa nafsu dan menghalang daripada terjebak ke kancah kehinaan.


Sifat malu menurut kaca mata Islam ialah malu kepada Allah. Rasulullah menegaskan sabda yang bermaksud: “Malulah kamu dengan Allah dengan sebenar-benar malu. Kami (sahabat) menjawab: Sesungguhnya kami sememangnya malu kepada Allah, Alhamdulillah. Ujar baginda: Bukan itu ….. Malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu itu ialah dengan menyaring sesuatu yang memasuki kepala dan perut kamu, mengingati mati dan kehancuran tubuh badan (jasad) apabila memasuki kubur nanti. Sesiapa yang berkehendakkan akhirat, hendaklah dia tinggalkan perhiasan dunia yang berlebihan dan memilih kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang sementara. Maka sesiapa yang benar-benar melakukan yang sedemikian itu, sesungguhnya dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” (Hadis riwayat Tirmizi)


Individu Muslim yang bersifat malu adalah Muslim yang soleh dan bertakwa kepada Allah. Ibu bapa dan anak yang memiliki sifat malu mampu membentuk sebuah keluarga bahagia. Pemimpin bersama rakyat jelata sewajarnya bersifat malu bagi membentuk sebuah masyarakat bersih, harmoni dan sejahtera serta cemerlang dalam segala lapangan hidup.


Perlu diinsafi besarnya peranan sifat malu dalam kehidupan ummah sejagat sehingga ia dapat membentuk sebuah kehidupan harmoni dan sejahtera yang berada di bawah keredaan Ilahi dunia serta akhirat.



Sumber: surat khabar berita harian bulan ogos 2012

Selasa, 13 November 2012

kenapa jangan???


  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.


ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Tekan Share kepada rakan-rakan anda...


Sumber: kopipes pesbuk bcoz sharing is caring

Ahad, 11 November 2012

versi i love u




1.                Icelandic – Eg elska tig
2.                  Ilonggo – Palangga ko ikaw
3.                  Indonesian – Saya cinta padamu
4.                  Inuit – Negligevapse
5.                  Irish – Taim i’ ngra leat
6.                  Italian – Ti amo
7.                  Japanese – Aishiteru or Anata ga daisuki desu
8.                  Kannada – Naanu ninna preetisuttene
9.                  Kapampangan – Kaluguran daka
10.              Kiswahili – Nakupenda
11.              Konkani – Tu magel moga cho
12.              Korean – Sarang Heyo or Nanun tangshinul sarang hamnida
13.              Latin – Te amo
14.              Latvian – Es tevi miilu
15.              Lebanese – Bahibak
16.              Lithuanian – Tave myliu
17.              Luxembourgeois – Ech hun dech gaer
18.              Macedonian – Te Sakam
19.              Malay – Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
20.              Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
21.              Maltese – Inhobbok
22.              Marathi – Me tula prem karto
23.              Mohawk – Kanbhik
24.              Moroccan – Ana moajaba bik
25.              Nahuatl – Ni mits neki
26.              Navaho – Ayor anosh’ni
27.              Ndebele – Niyakutanda
28.              Norwegian (Bokmaal) – Jeg elsker deg
29.              Norwegian (Nyonrsk) – Eg elskar deg
30.              Pandacan – Syota na kita!!
31.              Pangasinan – Inaru Taka
32.              Papiamento – Mi ta stimabo
33.              Persian – Doo-set daaram
34.              Pig Latin – Iay ovlay ouyay
35.              Polish – Kocham CiÄ™
36.              Portuguese – Eu te amo
37.              Romanian – Te iubesc
38.              Russian – Ya tebya liubliu
39.              Scot Gaelic – Tha gra\dh agam ort
40.              Serbian – Volim te
41.              Setswana – Ke a go rata
42.              Sign Language – ,\,,/ (represents position of fingers when signing ‘I Love You’)
43.              Sindhi – Maa tokhe pyar kendo ahyan
44.              Sioux – Techihhila
45.              Slovak – Lu`bim ta
46.              Slovenian – Ljubim te
47.              Spanish – Te quiero / Te amo
48.              Swahili – Ninapenda wewe
49.              Swedish – Jag alskar dig
50.              Swiss-German – Ich lieb Di
51.              Surinam – Mi lobi joe
52.              Tagalog – Mahal kita
53.              Taiwanese – Wa ga ei li
54.              Tahitian – Ua Here Vau Ia Oe
55.              Tamil – Nan unnai kathalikaraen
56.              Telugu – Nenu ninnu premistunnanu
57.              Thai (to female) – Phom rak khun
58.              Thai (to male)  - Chan rak khun
59.              Thai Informal – Rak te
60.              Tunisian – Ha eh bak
61.              Turkish – Seni Seviyorum
62.              Ukrainian – Ya tebe kahayu
63.              Urdu – mai aap say pyaar karta hoo
64.              Vietnamese (to female) – Anh ye^u em
65.              Vietnamese (to male) – Em ye^u anh
66.              Welsh – ‘Rwy’n dy garu di
67.              Yiddish – Ikh hob dikh
68.              Yoruba – Mo ni fe
69.              Zazi – Ezhele hezdege
70.              Zuni – Tom ho’ ichema

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...