Rabu, 31 Julai 2013

sekadar perkongsian: sistem muamalah




bila sebut pasal 'akad' semua orang akan fikir pasal kawen/nikah, tapi tahukan anda bahawa dalam sistem jual beli atau muamalah juga ada akad dan tidak akan sah proses jual beli tersebut tanpa lafaz akad. contoh lafaz penjual: 'aku jual barang ini dgn harga ..... dibayar tunai' dan jawab pembeli 'aku beli barang ini tunai kerana allah taala'

sedar atau tidak sedar kita dipengaruhi dengan sistem dajjal dan perkara ini sudah lama kita di brainwash oleh yahudi cuma kita tak perasan kerana jahil hukum...... wah bagaimanakah itu???

1.)baik contohnya kita melakkukan pembelian secara online, barang dan duit itu kita tidak nampak secara realiti, hanya melalui gambaran pada screen komputer manakala proses jual beli juga secara atas angin maksudnya penjual dan pembeli saling tidak berjumpa.... disini juga terhapusnya sistem akad tersebut

2.) pembelian secara kad kredit... yahudi ni memang pandai bab nak mengbankrupkan golongan muda, walaupun kad kredit ia mempunyai limitasi atau had penggunaanya tapi dengan penggunaan kad ini secara tidak lansung akan mengajar terutamanya golongan muda  supaya membeli secara berhutang

3) kurangnya penggunaan emas/dinar/dirham.... kalau dulu pada zaman rasulallah sistem jual beli menggunakan dinar atau dirham. harga emas setabil, jika kita simpan emas maka andai kata sistem wang kertas di bank jatuh bankrup maka kita tidak akan jatuh bersamanya (nak cerita tak pandai tapi sy tahu)


andai kita nak selamat daripada di brainwash yahudi maka ikutilah sunnah bukalah alquran dan banyakkan membaca kitab karangan salafussoleh, kerana salafussoleh banyak dianugerahkah kepada mereka ilmu laduni yg tiada pada kita manusia biasa...

bukan tak boleh beli online tapi proses itu haruslah ada akad dan syarat2 jual beli itu kena lah sah dan ada barang ... sy sendiri pon ada jga beli online cuma klau bole fleksiblekan ia supaya ada lafaz akad, kan ada no fon tepon sajalah....

satu lagi ini penting apabila kita nak membeli adalah lebih baik beli dengan orang islam, sebab apa kalau kita beli dengan orang islam depa bayaq zakat, hasil zakat tu nanti boleh pada kita balik kan,.... takkan hampa xpernah minta zakat kot hehehe..



Selasa, 30 Julai 2013

kisah uwais al-qarni dan ibunya



Uwais al-Qarni adalah seorang daripada kalangan tabi’in yang hidup selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, dan dapat bertemu dengan para sahabat. Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa. Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah.

Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga sangat taat melakukan ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah SWT.

Rasulullah ﷺ pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali KaramAllahu wajhah (k.w.): “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”


Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah ﷺ menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah kata-kata Rasulullah ﷺ Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Setelah puas menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya mereka bertemu juga dengan Uwais al-Qarni.

Jika dilihat dari pandangan mata kasar orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal dan dianggap sebagai seorang yang kurang waras, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui..

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya bertompok putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Walaupun beliau seorang berpenyakit sopak, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya dan beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya dan setia menjaga ibunya yang sudah uzur dan lumpuh sampai beliau dewasa.

Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Makkah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Makkah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Makkah menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Makkah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’ iaitu sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun harganya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan yang sedemikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin tua dan uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah pondok (rumah kecil) di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat pondok untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas ‘Tilal’. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari ‘Tilal’ tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras. Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.

Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Makkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan sekitar 50 kilogram.

Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Makkah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Makkah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa ibu.”

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah SWT hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah SWT menyembuhkan tompok putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Namun kerana beliau takut masih ada dosa pada dirinya, beliau berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang tompok putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Maka, Allah SWT segera memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah ﷺ kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.

Disebut Rasulullah ﷺ kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan ditinggikan martabatnya di sisi Allah sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

Apabila Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ, mereka berdua pun meminta supaya Uwais mendoakan supaya dosa mereka diampunkan Allah SWT.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah ﷺ kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?”

“Kufah”, jawab Uwais.

Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”

Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.


Firman Allah SWT :
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
  “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.”  (Surah Al-Isra’, ayat 23) 
 .
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)




sumber : shafiqolbu


Rabu, 24 Julai 2013

tips terdesak tak nak keluar malam




jika anda kehabisan tenaga bateri AA (karbon shj) yg hampa beli kat kedai dgn harga RM1 tu telah kehabisan cajnya... kiranya klau hampa terdesak nak guna sesangat lakan, caranya pi ambik hammer ketuk kat beteri tu atau pun ketuk lah kat mana2 yg boleh kemekkan sedikit bateri tu (hempuk pun boleh gak) dan cuba pasang pada alatan yang anda gunakan, tengok sama ada boleh guna lg atau x. cthnya: lampu suluh, jam, mainan budak2 dan sebagainya la

#sharing is caring ^___^
#cer try cer try..... petua mak cik2 ni kekadang berkesan jugak





Selasa, 23 Julai 2013

Jom main catur





Assalamualaikum sahabat readers semua...
hye hye hye.....


siapa pernah main catur cer angkat tangan..... ehh aku sorang je ke yang pernah main catur???..
hak hak hak macam la aku nampak kan korang angkat tangan ke tidak.... huhuhu

 ish tetiba pulak puasa-puasa ni teringat kenangan zaman sekolah masa tingkatan 5 dulu ni,
dulu masa aku sekolah menengah aku selalu arr bawak catur main dalam kelas, masa tu kalau tak aku yang bawak mesti kak cik (farhana) yang akan bawak... catur yang kami bawak tu bukanya besar sangat, readers pernah tengok tak catur yang ada magnet kat bawah tu.... ala catur tu kecik je, ada la dalam saiz sebuah  kalkulator saintifik... hehe kami bawak yang kecik je so senang la kalau nak bawak main ke mana-mana kan sebab fleksible, klau kena rampas pon tak la rasa terkilan sangat.... tak padan dengan pengawas

 dulu masa sekolah aku selalu la beat dengan kak cik farhana, sebab diantara ramai-ramai kawan aku hanya dialah yang boleh challenge aku dalam main catur..... kekadang aku yang menang dan kekadang dia yang menang..... kami main sekadar suka-suka sahaja....


main catur ni is about strategies, macam mana kita nak tumpaskan pihak lawan itu kita kena ada strategi yang mantap, barulah boleh checkmate......

lama suda tak main catur rasanya dah 5 tahun dah tinggalkan benda tu, dah tak da strategi dah kot... starategi pon dah terkubur layu hahahahahahah......




ada ke sapa-sapa yang nak main catur dengan aku..????? jommm arrrr lama dah ni tak main, tapi mesti la ikuti syarat aku, syarat-syaratnya adalah:

1. lelaki atau perempuan 
2. berumur lingkungan 12 tahun hingga 25 tahun
3. belum pernah menyertai mana2 pertandingan(sama la dgn aku)
4. jujur dan bukan kaki kelentong
5. jangan kerap menang, kasi change la kat aku, dah lama tak main kot
6. berkebolehan main dam aji, bukan apa bila dah jemu asyik kalah je 
so bole la tukar main dam pulak kan



so ada ke yang berminat dengan syarat2 aku ni, kalau berminat jomm arrrr kita main.....
 hehehe just kidding










Isnin, 15 Julai 2013

cinta alat cinta matlamat



bila raja yang bernama HATI itu baik dalam kerajaan diri, soal cinta mudah diuruskan, soal cinta ini akan merujuk panduan tuhan kenal mana haram mana yang halal.... perasaan manis/nikmat itu takkan dapat diperolehi pada mereka yang tak biasa dekatkan diri dengan allah, misalnya: cepat-cepat  tunaikan ibadah bila tiba masa ibadat, selalu baca wahyu allah dan ternanti-nanti waktu untuk berdating 2/3 malam bersama allah


diantara manusia yang mendapat naungan allah di hari 'yaumalazilla illa zillih', hari dimana tiada naungan lain selain daripada naungan allah iaitu Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah


ramai orang menyatakan YA cinta yang sebenarnya adalah hanyalah cinta pada allah
namun hakikatnya berapa ramai  manusia  yang benar2 meletakkan cinta hakiki tu pada tempat yang sewajarnya yakni dalam hati hmmmm..... muhasabah diri selalu, kita manusia biasa tidak ada yang sempurna namun boleh berusaha untuk kearah kesempurnaan




boleh dengar ceramah ustazah fatimah syarha setiap malam selasa di radio ikim jam 10 malam




semoga ada kebaikan insyallah



9 jenis personaliti asas



Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.








Jawapan:

Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)


1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.


2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.


3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.


4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.


5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.


6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.



7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.


8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.


9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan






Khamis, 11 Julai 2013

Dear diari :ramadhan day 2 (suspicious log in detected)



dear diari......



siapa la pulak yang nak dajalkan aku ni, mujur la encik google cepat bertindak... alhamdulillah email, blog, you tube, twitter dan google massenger aku tak kena block.... oh ho my mr google mujur la kau hantar mesej  masuk ke inbox fon murah aku tu  menyatakan ada bahaya 'suspicious log in detected' so boleh la aku cepat-cepat bertindak dengan menukar password..... ntah bila masanya aku log in dekat emiriah arab bersatu ni  ntahh... 


haiii macam-macam la karenah manusia bila dah pandai it ni.... identiti orang pun nak dicurinya, nanti tak pasal-pasal bila kau buat jenayah orang lain yang kena tangkap.... woooo dah la link google aku ni  bersangkut paut dengan banyak portal, penting pula tu... kalau la dirampas orang mau tak ke nangis aku hilang banyak data, dokumen, gambar la segala bagai aduhhhh..... email cinta dari buah hati pun lesap camtu je aduhhh.... ehhh aku ada buah hati ke??? ehe rahsia maa....



hari ni akak dan abang ipar aku balik berbuka bersama kami sekeluarga, semalam kami bertiga je berbuka, malam ni dah bertambah 2 orang....  hmm sedih la pulak masatu aku mula la teringat kekawan kolej... masa belajar dulu selalu time nak berbuka je kami ramai-ramai berkumpul buat bulatan duduk sekali dan makan bersama... hmm rindu korang taw..... i miss my villa cempaka..


walaupun hostel kami tak semegah mana pon tapi ukhwah kami kuat, sampai sekarang kami masih berhubung even dalam FB... dah setahun berlalu tapi kami masih lagi boleh bergurau tanpa rasa janggal dan sentiasa terasa dekat diantara satu sama lain.... nak nangis rasa bila teringat kekawan  


ntah bila lagi boleh berjumpa  kalian dan berkumpul sama-sama.....ukhwah fillah ni kita mesti gengam sekuatnya wahai sahabat :)


mula la aku nak pasang lagu ni bila teringat kekawan


forheart - perlukah





Rabu, 10 Julai 2013

dear diari : ramadhan day 1 (tikus rumah)


DEAR DIARI......



Alhamdulillah syukur ramadhan hari pertama ini berlalu dengan baik,
syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya doa aku pada tahun lepas sudah termakbul jua...
Doa aku tahun lepas masa last ramadhan adalah supaya dapat bertemu lagi ramadhan pada tahun ini telah terlaksana.... alhamdulillah syukur sangat2



first of all hari ini aku kira salah satu dosa aku  sudah terhapus dek kerana seekor tikus.... ehh tikuss??? aha dek kerana seekor tikus rumah yang sederhana besar melintas atas kaki aku masa aku tengah basuh pinggan selepas sahur pagi tadi....... cisss nak dijadikan ceritanya selepas sahur pagi tadi aku angkat la pinggan atas meja makan tu, bajet macam nak basuh la pinggan-pinggan kotor aku tu.. masa  tu aku agak pelik la sebab selalunya bila aku duduk atas kerusi menghadap meja makan pasti akan ada si kucing hitam yang super garang mengiau minta sedikit makanan dihujung kaki aku.....

 so pagi tu masa nak sahur tikus tak sekolah tu berjaya menggantikan kucing hitam aku bermain2  atas kaki aku..... lepas makan aku angkat la pinggan masuk singki, then aku ambil la sabun dan jaring bajet macam nak basuh la, lepas tu aku terasa ada benda berhenti atas kaki aku aku ingatkan kucing tapi bila tengok bawah woiii tikus la aku apa lagi melompat macam tak cukup tinggi, time lompat tu pulak tersadung kepala lutut aku ni kat tombol kabinet,.... adoiiiii sakit woiiiii,,..... terasa sampai sekarang woooo


tu arr hadiah hari pertama ramadhan tahun ni....

masa berbuka tadi aku terasa nak minum air nira fresh daripada pokok nipah belakang rumah aku... tapi alik-alik tak jadi la pulak sebab bila fikirkan semula sunnah sebenarnya kita makan benda manis-manis setelah berbuka hmmm so aku ingat lepas terawih sajalah aku minum....

hidangan berbuka pun tak banyak sebab aku dah tegah mak beli makanan banyak-banyak... maklum la mak aku ni kategori  individu yang suka makan, hampir semua makanan dia nak belasah, aku jugak la yang selalu pesan minta mak jaga kesihatan.... yang peliknya mak kuat makan tapi badan aku pula yang makin membesar..... oh hoiiii sungguh merunsingkan


ok la esok la pulak menulis,... jom terawih


kalau kena gaya toreh air ni akan jadi lagi jernih taww.... hmmm dap dap



Sabtu, 6 Julai 2013

maher zain- ramadhan lirik



Aku adalah diantara peminat tegar lagu-lagu maher zain, tapi aku bukan peminat fanatik.....
 hampir kesemua lagu yang dinyanyikan beliau aku suka, seolah-oleh kena dengan jiwa aku ni yang sukakan keamanan.... dalam lagunya banyak lirik berberbentuk ketuhanan dan sangat harmoni apabila diperdengarkan .... lagi best kalau dimainkan didalam kereta rasa aman je perjalanan

ini lagu terbaru beliau menjelang ramadhan almubarak tahun 1434H




You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus:-
Ramadan Ramadan, Ramadan ya habib
(Ramadan, Ramadan, Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan, Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan, How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus

I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies

Corus

Oh Ramadan!



boleh download lagu via mp3  di sini index mp3 atau search free
video versi bahasa  malay version dan arabic version






Jumaat, 5 Julai 2013

Sajak buat mursi





Yahudi tersenyum riang, 
Bashar ketawa girang,
Saudi duduk senang,
Amerika tertawa wenang! 
Dan kau Mursi, mengenang-ngenang,
Nasibmu yang disepak terajang.

Dahulu ketika kau menang,
Membawa harapan rakyat yang malang,
Pabila si Firaun Mubarak kecundang,
Ramai yang bersorak riang,
Menepuk bahumu tanda sayang,
Berjanji bersamamu susah dan senang. 

Namun musuhmu nan petualang,
Tidak bisa duduk senang,
Melihat Mesir semakin garang,
Sempadan Palestin dibuka terang,
Syria tidak lagi dipandang,
Buat Yahudi jadi berang!

Perjuangan Islam kau canang,
Keadilan Islam kau perjuang,
Kalimah Allah kau gebang,
Kemuliaan agama kau tayang,
Ayat-ayat chentaNya kau pegang,
Seerah Nabi kau tak pernah curang! 

Itulah dosamu yang paling gampang,
Menjadi alasan dirimu diganyang,
Menjadi sebab dirimu diperang,
Musuh-musuhmu menunggu peluang,
Tidak sabar melihat dirimu kecundang,
Mereka merancang dan terus merancang. 

Makar jahat jadi belerang,
Adu domba sebagai senapang,
Bertubi-tubi kau diserang,
Walhal dirimu ikhlas berjuang,
Akhirnya kau terpaksa berundur belakang,
Musuh mambang terbahak riang!

Wahai Mursi jalan ini masih panjang,
Bersabarlah ini sunnah jalan pejuang,
Tatkala syaitan bersorak girang,
Malaikat di langit menangis terkenang,
Biar di dunia kau tidak menang,
Asal sorga menyambutmu senang!

Kami bermunajat dari belakang,
Tembakan doa kami layang,
Buatmu Mursi wahai abi sayang,
Dirimu terkorban menjadi bayang,
Buat masa hadapan yang lebih terang,
Islam mulia yang pasti menang!


semoga allah merahmati keatas kamu wahai pejuang islam


Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...