Sabtu, 16 September 2023

Pertama kali memasak

 

Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku'


Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bukanlah dari golongan senang. Kami miskin tapi tidaklah sampai melarat. masih boleh makan. Sehari  mak akan masak nasi dan lauk tengah hari, dan lauk itulah yang kami akan makan sehingga malam. Masa kecilku aku tak pernah dapat permainan. seingat aku tak pernah ada patung atau apa saja mainan yang dibeli di kedai. mainan aku macam budak lelaki. Kami berlari di bendang, kami main wau, kami main tempurung kelapa. Bila diingat kembali lucu rasanya. Masih aku ingat semasa umur aku 3 tahun, aku, enun dan tehah main masak-masak dalam tempurung nyoq. Aku ambik tempurung tu  pastu letak atas batu yang kami susun tiga. Masa tu ada telur ayam kampung baru ja lepas bertelur. Aku cari daun kering dan kayu ranting, aku kemudian cari guris api utk cucuh api dan pecahkan telur. Lepas beberapa minit telur tu pon jadi beku dan keras. Itulah pertama kalinya aku memasak. Masa tu tak tahu lagi kena letak minyak. Ya itulah kali pertama aku memasak.... mainan masak-masak kali masa kecil. 


Tempat yang selalu jadi port operasi kami tu ada dua. satu belakang rumah, dekat pokok buluh runcing tok nab. Satu lagi depan rumah sebelah poko belimbing bintang. Pokok belimbing tu jarang berbuah. Bila dia berbuah terus jadi buruk sebab kena tebuk dengan ulat. sebelah pokok buluh tu ada pokok lawa. Daun pokok tu macam daun pokok nyoq tapi jenis kecik. 


Aku duduk rumah tok nab sejak lahir. Tehah duk di jalan lot. Masa kecik aku selalu tidur rumah mak teh bariah. Mak teh ni garang dengan anak-anak. Bab sembahyang memang dia garang dengan anak-anak. Tu yang sepupu aku jadi tak tinggai sembahyang sejak kecik. Aku kalau tidoq rumah mak teh wajib bangun sembahyang subuh. Aku pernah dengaq mak cerita, mak teh bariah satu hari pernah baling baju depa ni atas jalan sebab depa tak lipat baju... uishh ganas. Rumah mak teh sentiasa kemas. Arwah mak pernah cakap yang masa kecik depa dulu ni, arwah tok yam (tok maryam) selalu bagi kerja kat mak teh bariah ni kemas rumah dan pada arwah mak ni buat masak makan. Jadi sebab tu lah mak suka memasak dan mak teh bariah suka berkemas. 


Moral yang aku dapat melalui mereka, tak kenal maka tak tahu. Kadang-kadang sesuatu perkara itu hendaklah kita alami sendiri barulah kita akan mengetahuinya. Itulah sebesar pengetahuan melalui pengalaman.






Selasa, 5 September 2023

Daku tak ingin memori ini dilupakan

 

Daku tak ingin semua memori zaman kecil aku ini dilupakan...


Bismillahirahmanirahim... lama sungguh daku tidak menulis didalam blog ini. Kini usia ku sudah mencecah 32 tahun. Sedang menjalani cuti semester 4. Ya aku sambung pengajian aku di Ijazah Sarjana Muda Psikologi UKM, Bangi. Salam kenal semua.


Hari ini, terdetik dihatiku untuk berkongsi rasa hati ku dan daku juga tidak ingin memori zaman kecil ku ini berlalu pergi. Aku rasa inilah penangan YB Sanusi Menteri Besar Kedah sekarang 2023. Meneruskan kerjanya setelah memang pilihan raya negeri ke-15. Parti PAS menang 33 kerusi dari 36 kerusi ADUN. Hebat PAS.


Sebentar tadi daku scroll tik tok. Dalam tik tok tu ada cerita pasal YB Sanusi ke mesir. Dalam ceritanya, katanya: dia rasa nak 'terajang' satu org ustaz ni yang main-main waktu belajar. Bapak orang ni capik. Hujung bulan pak dia ni seha pi jumpa YB nak minta sumbangan nak bagi duit kat anak di mesir nak belajar. Anak pulak main-main waktu belajar. Tak dan habis belajar lagi dah bawak balik bini mai rumah kat kampong nuh. Tak kata kat dia, aku pon geram gak dengar pon.


Memori aku zaman belajar, dulu tiap bulan aku call ayah minta duit buat belanja makan dan lain-lain masa diploma dulu. Duit PTPTN bukan dapat banyak pon rasanya dalam seratus lebih ja kot baki dia lepas tolak yuran dengan buku apa bala semua tu lakan. Ayah tak pernah tak bagi. ada ja duit dia bagi tak kurang RM200 kat aku tiap bulan. tapi hat aku heirannya  abang sopi mengaji muster, abg li buat degree, enon baru ambik diploma dan diyak tengah SPM. Kami adik-beradik lahir dekat-dekat. Kak ena dengan abang sopi beza setahun, abg sopi dgn abg li beza 2 tahun, aku pon beza dengan abg li 2 tahun. Sama juga enon dengan diyak pon 2 tahun. Beza umur kami tak jauh. Jadi masa kami belajar memang ayah struggle nak sara kami adik-beradik yang sambung belajar.


Aku terus call ayah, tapi ayah tak jawab. Tak lama lepas tu ayah call balik. tanya ayah dia duk buat apa sebab biasanya ayah asyik call ja dia duk mesyuarat kat masjid. Tapi kali ni ayah tengah bawak keta pi beli nasi kandar batu 9 kot. Lapar katanya. Sejak mak meninggal ayah pon tak berapa jaga bab makan minum dia. Ayah pon tak mau nyusahkan orang. Ayah beli bungkus ja tak makan kat kedai. segan katanya.


Aku tanya ayah: Ayah dulu masa ceq ngaji, ayah ada pinjam org ka? sebab seingat ceq ayah bela kami semua nak kena pakai duit tu? Abang pi buat muster UTM, Abang li kat INSANIAH ijazah Usuluddin, aku diploma dan adik aku tingkatan 6 dan baru masuk ngaji jugak. Diyak pon nak SPM kot masa tu. Ayah cakap 'yala, betoi la tu, tak kan ayah nak habaq kat hampa, hampa nak mengaji. Kes tu la ayah buka kedai jual cekelat depan rumah tu. Duit bendang beda hampa mengaji, duit joi cekelat tu beda beli ikan.' 


Ya allah sedih aku, itulah pengorbanan ayah pada kami semua adik-beradik. Andai saja orang tahu kami memang sudah dulu, mak guru agama. Masa tu gaji cuma Rm350 ja, ya.....siapa aku sekarang semua itu jasa kedua orang tua aku. Akan aku bersaksi di hadapan Allah bahawa, mereka sudah menjalankan tanggungjawab kepada kami dengan baik. Tempatkanlah mak dan ayah di maqam tertinggi disisi mu ya allah atas ihsan dan pengorbanan mereka kepada ku ini.


SUNGAI UDANG, MELAKA  05.09.2023





Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...