Selasa, 5 September 2023

Daku tak ingin memori ini dilupakan

 

Daku tak ingin semua memori zaman kecil aku ini dilupakan...


Bismillahirahmanirahim... lama sungguh daku tidak menulis didalam blog ini. Kini usia ku sudah mencecah 32 tahun. Sedang menjalani cuti semester 4. Ya aku sambung pengajian aku di Ijazah Sarjana Muda Psikologi UKM, Bangi. Salam kenal semua.


Hari ini, terdetik dihatiku untuk berkongsi rasa hati ku dan daku juga tidak ingin memori zaman kecil ku ini berlalu pergi. Aku rasa inilah penangan YB Sanusi Menteri Besar Kedah sekarang 2023. Meneruskan kerjanya setelah memang pilihan raya negeri ke-15. Parti PAS menang 33 kerusi dari 36 kerusi ADUN. Hebat PAS.


Sebentar tadi daku scroll tik tok. Dalam tik tok tu ada cerita pasal YB Sanusi ke mesir. Dalam ceritanya, katanya: dia rasa nak 'terajang' satu org ustaz ni yang main-main waktu belajar. Bapak orang ni capik. Hujung bulan pak dia ni seha pi jumpa YB nak minta sumbangan nak bagi duit kat anak di mesir nak belajar. Anak pulak main-main waktu belajar. Tak dan habis belajar lagi dah bawak balik bini mai rumah kat kampong nuh. Tak kata kat dia, aku pon geram gak dengar pon.


Memori aku zaman belajar, dulu tiap bulan aku call ayah minta duit buat belanja makan dan lain-lain masa diploma dulu. Duit PTPTN bukan dapat banyak pon rasanya dalam seratus lebih ja kot baki dia lepas tolak yuran dengan buku apa bala semua tu lakan. Ayah tak pernah tak bagi. ada ja duit dia bagi tak kurang RM200 kat aku tiap bulan. tapi hat aku heirannya  abang sopi mengaji muster, abg li buat degree, enon baru ambik diploma dan diyak tengah SPM. Kami adik-beradik lahir dekat-dekat. Kak ena dengan abang sopi beza setahun, abg sopi dgn abg li beza 2 tahun, aku pon beza dengan abg li 2 tahun. Sama juga enon dengan diyak pon 2 tahun. Beza umur kami tak jauh. Jadi masa kami belajar memang ayah struggle nak sara kami adik-beradik yang sambung belajar.


Aku terus call ayah, tapi ayah tak jawab. Tak lama lepas tu ayah call balik. tanya ayah dia duk buat apa sebab biasanya ayah asyik call ja dia duk mesyuarat kat masjid. Tapi kali ni ayah tengah bawak keta pi beli nasi kandar batu 9 kot. Lapar katanya. Sejak mak meninggal ayah pon tak berapa jaga bab makan minum dia. Ayah pon tak mau nyusahkan orang. Ayah beli bungkus ja tak makan kat kedai. segan katanya.


Aku tanya ayah: Ayah dulu masa ceq ngaji, ayah ada pinjam org ka? sebab seingat ceq ayah bela kami semua nak kena pakai duit tu? Abang pi buat muster UTM, Abang li kat INSANIAH ijazah Usuluddin, aku diploma dan adik aku tingkatan 6 dan baru masuk ngaji jugak. Diyak pon nak SPM kot masa tu. Ayah cakap 'yala, betoi la tu, tak kan ayah nak habaq kat hampa, hampa nak mengaji. Kes tu la ayah buka kedai jual cekelat depan rumah tu. Duit bendang beda hampa mengaji, duit joi cekelat tu beda beli ikan.' 


Ya allah sedih aku, itulah pengorbanan ayah pada kami semua adik-beradik. Andai saja orang tahu kami memang sudah dulu, mak guru agama. Masa tu gaji cuma Rm350 ja, ya.....siapa aku sekarang semua itu jasa kedua orang tua aku. Akan aku bersaksi di hadapan Allah bahawa, mereka sudah menjalankan tanggungjawab kepada kami dengan baik. Tempatkanlah mak dan ayah di maqam tertinggi disisi mu ya allah atas ihsan dan pengorbanan mereka kepada ku ini.


SUNGAI UDANG, MELAKA  05.09.2023





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...