Setiap daripada kita punya
perasaan gemuruh, baik ketika berdepan dengan khalayak yang ramai atau
pembentangan di hadapan ketua atau sesiapa sahaja. Sebenarnya perasaan gemuruh
atau gementar ini adalah perkara biasa, tetapi jika keterlaluan dan di luar
kawalan ia mampu menggugat prestasi anda di hadapan di ketua. Kebiasaannya ia
datang ketika kita mahu melakukan perkara yang penting berkaitan kerjaya mahupun
apa sahaja. Untuk mengelakkan ia menjadi sesuatu yang buruk, anda perlu bijak
mengawal dan mengatasinya. Apa yang anda boleh lakukan ialah :
1. Sentiasa
Bersedia
Jika anda mempunyai pembentangan yang penting seeloknya anda lakukan
sedikit persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan ketika sesi pembentangan
yang akan bermula esok pagi. Tambahan pula jika anda akan mengetuai pembentngan
tersebut. Anda perlu tahu siapa yang akan menjadi audien anda. Adakah ia disertai
oleh orang penting(VIP) atau tidak. Ini ada membuatkan ada lebih bersedia dan
dapat mengurangkan gementar di hati.
2. Bertenang
30 Minit Sebelum Berlangsung
Bertenang seketika sebelum memulakan pembentangan dapat mengembalikan
rasa positif dalam minda. Lakukan pernafasan yang betul dan tarik nafas
dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Cara begini boleh mengembalikan
degupan jantung kepada tahap yang normal. Kebiasaannya gementar akan lebih
terasa apabila perasaan anda berada dalam gelisah. Setelah anda berasa lebih
berkeyakinan jadi mulakanlah pembentangan anda di hadapan ketua dengan penuh
rasa yakin. Sesekali jangan hilang kawalan terhadap perasaan gementar.
3.
Menggambarkan Dengan Cara Yang Positif
Gambarkan apa sahaja yang berlaku ketika sesuatu perkara itu berlangsung
dengan cara yang positif. Elakkan memberi gambaran yang negatif kerana ia
membawa kepada perasaan yang gementar apabila minda terbayangkan sesuatu yang
buruk bakal berlaku. Namun kebanyakan daripada kita lebih gemar membayangkan
perkara negatif berbanding positif. Jadi ubah imaginasi anda mulai sekarang
supaya perasaan gementar yang sentiasa menghantui anda akan hilang dengan
segera supaya anda boleh melakukan pembentangan kertas kerja dengan lancar.
4. Memberi
Lebih Tumpuan
Cara lain untuk menghilangkan rasa gementar anda ialah dengan memberi
tumpuan kepada apa yang sedang berlaku sahaja. Jangan fikirkan mengenai perkara
lain yang belum selesai. Contohnya sedang memikirkan pembentangan yang akan
berlangsung pada petang hari sedangkan yang sedang dihadapi belum selesai.
Pusatkan pemikiran pada tempat kejadian dan selepas selesai satu perkara
barulah fikirkan yang lain pula.
Ini dapat menghilangkan rasa gemuruh
dan gementar anda kerana perasaan ini datang disebabkan banyak perkara. Sama
ada anda tidak bersedia ataupun terlalu banyak perkara yang berada di dalam
minda anda.
5. Datang
awal
Datang awal ke tempat pembentangan sedikit sebanyak dapat menghilangkan
darah gemuruh kerana jika anda datang lewat datang ke sidang, anda mungkin akan
lebih berasa gementar.
6. Bertegur
sapa
Sebelum memulakan pembentangan anda cuba berbual-bual dengan rakan yang
berada berdekatan dengan anda. Bincangkan isu yang simple supaya anda tidak terfikirkan perasaan
gemuruh anda.
7. Duduk
sebentar
Duduk di mana-mana kerusi dalam dewan dan cuba bayangkan yang anda
sedang melihat diri anda sedang membuat pembentangan. Cuba imaginasikan anda yang
sedang duduk di kerusi audien sedang melihat sesi pembentangan anda sendiri.
8. Nombor
tengah
Cuba elakkan mengambil angka giliran yang terlalu awal atau terakhir.
Ini kerana jika anda berada yang pertama orang lain akan menjadikan anda
sebagai contoh dan sebaliknya jika anda mendapat nombor terakhir anda mungkin
akan lebih bertambah rasa gemuruh.
9. Elakkan
pegang kertas
Elakkan memegang kertas sebaliknya cuba mengingati setiap perkara yang
anda bentangkan. Ini dapat mengelak
daripada audien mengetahui bahawa anda sedang gementar. Mungkin sesetengahnya
akan mentertawakan anda tanpa anda sedari.
10. Mulakan
dengan lafaz Bismillah
Doa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian
manusia. Mula dengan bismillah dan susuli dengan bacaan doa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan