Jumaat, 12 Oktober 2012

Kecelaruan personaliti menurut DSM-IV


           Kecelaruan personaliti boleh didefinisikan sebagai ketidakstabilan dan ketak suaian trait personaliti yang menyebabkan gangguan. Ia juga merupakan satu pola tingkah laku  yang telah lama ada dalam diri seseorang dan melencong daripada kebiasaan budaya. Dari segi diagnosisnya, kecelaruan personality terbahagi kepada4 rumpun iaitu :

Rumpun 1 : Aneh dan Eksentrik
Rumpun 2 : Dramatik dan Emosional
Rumpun 3 : Kerisauan dan Ketakutan
Rumpun 4 : Individu ini mmpunyai hampir kesemua ciri-ciri rumpun 1,2 dan 3

Kecelaruan Rumpun I : Aneh & Eksentrik
Paranoid

            Kecelaruan personaliti ini menunjukan tahap syak wasangka dan sangat mencurigai orang lain. Individu yang paranoid biasanya memandang serong dan menganggap motif orang lain sebagai jahat terhadapnya. Mereka ini sangat obses dan tidak mempercayai orang lain dan sukar untuk berkongsi rahsia dengan orang lain.  Selain itu, mereka yang paranoid selalu sahaja bersangka buruk kepada orang lain , cemburu buta, dan berasa seperti setiap masa ada sahaja orang mengkhianatinya. Contoh paranoid :- "Rasa seperti terancam dengan ajakan jiran rumah untuk makan bersama. Merasakan jirannya seolah-olah ada muslihat atau niat jahat."

Schizoid

            Schizoid atau skizod adalah sama. Ejaan sahaja beza, skizoid ini menunjukkan kecenderungan untuk bersendirian dan kurang menunjukan reaksi emosi. Mereka seperti ini biasanya tidak banyak bergaul dan tidka mempunyai ramai kawan. Ini disebabkan mereka sentiasa mengelak untuk perhubungan rapat. Disebab kurang reaksi emosi, individu skizod didapati sukar untuk menzahirkan perasaannya. Mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan dan tidak kisah mengenainya pun. Sama ada marah, gembira ataupun sedih ia seperti biasa sahaja. Ada sesetengah kes, mereka ini sayang terhadap haiwan tetapi kurang terhadap manusia.

Schizotipal

            Schizotipal adalah lebih komplek berbanding skizod dan paranoid. Ini kerana schizotipal seperti pakej yang agak lengkap dimana individu yang mengalaminya kemungkinan besar mengalami skizophernia + paranoid + skizod. Tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri khusus dimana mereka ini akan mengalami ganguan persepsi dimana ia lebih jelas terkesan kepada tingkahlaku yang ditunjukkan. Tingkahlaku dan penampilan aneh. Kepercayaang aneh, pemikiran aneh dan pertuturan aneh. Mereka juga risau terhadap sosial. Walaubagaimanapun, schizotypal ini lebih jelas semasa di peringkat awal dewasa.

Kecelaruan Personaliti Rumpun II : Dramatik & Emosional
Anti-Sosial
Individu yang anti-sosial tidak menghormati hak orang lain dan tidak suka untuk mematuhi peraturan. Mereka ini cenderung untuk menipu, impulsif dan tedensi menjadi seorang penjenayah. Anti-sosial biasanya berpersonaliti agresif, tak bertangung jawab dan menyesal. Mereka juga kurang sentuhan emosi sehingga tidak mempedulikan keselamatan orang lain seperti merempit, membawa kereta dengan laju, dan perkara-perkara ekstrem yang membahayakan nyawa orang lain. Tingkahlaku anti sosial sukar diubah dan ini ianya ada kaitan dengan kesan trauma yang dialami semasa zaman kanak-kanak. Mereka juga cenderung kearah penyalahgunaan dadah dan terjebak dengan jenayah. Dalam kajian Lee Robbins (1966), yang mengambil masa 30 tahun mengenai tingkahlaku delinkuens kanak-kanak  berpunca daripada ibu bapa yang anti-sosial juga dan tidak ada disiplin yang ditetapkan di dalam rumah. Antara tingkahlaku yang dikategori sebagai anti-sosial termasuklah meniru dalam peperiksaan, plaragiat, rasuah, dan salahguna kuasa.

Histrionik
Ini merupakan kecelaruan yang sangat dramatik dari segi tingkahlaku dimana individu yang histrionik sangat-sangat emosional seolah-olah apabila melahirkan perasaan seperti lakonan drama. Ini kerana mereka mahukan lebih perhatian, suka dipuji dan pandai dalam memanipulasikan orang lain. Mereka yang histironik cenderung melihat diri sendiri sebagai mudah 'sociable', meransang dan menawan kepada orang lain. Walaubagaimana pun, mereka ini mudah untuk berasa bosan, mudah marah dan mudah teruja. Selain itu, mereka yang histrionik ini agak berlagak, suka menggoda dan suka mengadakan gosip mengenai perhubungan. Mereka juga tertarik dengan bidang kerja seperi model atau pelakon.

Narsistik
Ciri-ciri narisistik hampir sama dengan histrionik iaitu suka berlagak, tingkahlaku yang terlalu dramatik, suka dipuji, dan suka berdampingan dengan orang lain. Mereka ini juga tidak suka bergantung pada orang lain tetapi suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan kuasa. Ini disebabkan mereka amat mengidamkan kejayaan dan merasakan diri sungguh istimewa dan perlu disanjung. Dari aspek interpersonal,  mereka ini suka mencaci orang lain, sombong, terlalu mementingkan diri.

Sempadan (Boderline)
Kecelaruan sempadan atau boderline ini sebenarnya bermaksud kecelaruan dimana personaliti itu berada diantara garis sempadan psikosis dengan neurosis. Jadi tidak hairanlah jika kecelaruan personaliti jenis ini dilihat tidak mempunyai mood yang stabil dan konsisten. Dalam erti kata lain, individu dalam kelompok ini mempunyai imej kendiri yang bertukar-tukar. Kesan negatifnya membawa kepada tindakan untuk ke arah bunuh diri,  mencederakan diri sendiri, penyalahgunaan dadah, kaki judi dan makan dengan banyak. Antara individu popular yang mengalaminya termasuklah Hitler dan Marylyn Moore.  Mereka yang  mengalami kecelaruan sempadan (boderline) ini kerap merasa kekosongan dalam diri mereka dan seringkali memiliki bad mood.

Kecelaruan Personaliti Rumpun III : Kerisauan & Ketakutan
Pengelakan

            Kecelaruan personliti mengelak ini seringkali mengalami keterbatasan sosial. Individu dalam kategori ini menunjukkan neurotisme yang tinggi. Mereka dilahirkan dan dibesarkan sebagai pemalu dan takut kepada orang lain. Sangat sensitif kepada persekitarannya terutama dalam situasi yang mengacam mereka. Mereka juga biasanya berasa rendah diri dan rasa tidak berguna apabila membandingkan diri dengan orang lain. Antara faktor yang boleh dikaitkan adalah mereka ini semasa kecil suka menangis dan susah dijaga. Dan pengelakan cenderung kepada mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang kerap mengkritik dan merendah-rendahkan mereka. 


Obsesif-Komplusif

            Kategori ini menunjukkan ciri-ciri tak fleksibel, terlalu moral, dan percaya bahawa tidak boleh terlalu 'rasa seronok'. Individu yang obsesif komplusif terlalu mencari kesempurnaan sehingga tidak mahu memberi tangungjawab kepada orang lain. Selain itu, mereka ini begitu terperinci dan cerewet orangnya dan adakalanya disebabkan perkara kecil kerja tidak siap.  Seperti pengelakan, mereka juga mengelak terhadap perhubungan intim kerana terlalu terikat dengan peraturan diri yang ketat dimana bertujuan meningkatkan hargai diri dan mengawal diri. Ini juga disebabkan mereka kurang kemahiran interpersonal.


Kebergantungan  
            Kecelaruan jenis ini dimana seseorang itu tidak mampu membuat keputusan atau pilihan secara bebas. Individu yang bergantung kelihatan takut akan ditinggalkan dan berpisah. Ini menyebabkan mereka hanya mengikut sahaja keputusan orang lain. Faktornya dipasti sama ada keran genetik atau disebabkan persekitaran. Mengikut kajian, kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa lebih cenderung untuk mengalami kecelaruan ini, beitu juga dengan mereka yang dibesarkan oleh ibu bapa yang terlalu melindungi. Lain-lain faktor yang mungkin termasuklah mempunyai adik beradik yang agresif terhadap dirinya sehingga dia menjadi tidak asertif (tegas diri).

Kecelaruan personaliti rumpun iv – individu ini mempunyai hamper kesemua ciri-ciri rumpun 1,2 dan 3.
Kecelaruan jenis keempat ini berbeza dari yang lain. Kadang2 individu itu mempunyai ciri-ciri yang bercampur antara setiap kumpulan di atas. Ada juga kecelaruan yang tiada dlm kategori lain.






# sebenarnya ada banyak lagi penerangan berkenaan dengan  dsm-iv ini..... penerangan yang asma berikan ini hanyalah rumusan daripada buku yang asma baca, tapi yang pasti bukan buku yang ini la, hebat la klau boleh baca buku setebal ini, he...belum mampu lagi.........diharap bermanfaat kepada kekawan semua =D







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...