Assalamualaikum,
Rasanya sudah lama aku tidak menulis sebarang entri untuk di poskan dalam blog aku ini.... hmmm maklumlah sibuk sangat dengan latihan praktikal aku di UiTM, Perlis sampai lupa sekejab pasal nak up date entri dalam blog ni. Lagipun x da cerita yang menarik sangat nak di kongsi. Ada tu adala cuma masa nak taip je terus hilang dalam otak suci aku ini...hah mengaku huhuhu.....
Dalam entri kali ni rasanya nak ditujukan kepada kekawan yang aku yang sentiasa dalam hati, walau jauh dimata ini namun, hati ku senentiasa terkenangkan perhubungan akrab kita..
Jujur wahai sahabat selama 2 tahun 3 bulan pengajian kita di sini (Kolej Islam Sains dan
Teknologi) aku merasai pelbagai pengalaman dan perasaan yang aku sendiri tidak
dapat aku gambarkan mahupun aku unkapkan dengan kata-kata. Banyak perkara yang
kita lalui bersama. Ingatkan kamu saat kita berada di semester 1 sehinggalah
habis semester 7. Kehilangan demi kehilangan teman seperjuangan kita satu demi
satu. Ada yang berhenti, ada yang kahwin,
ada yang extand dan yang paling menyedihkan adalah saat menerima kematian
sahabat kita Mohd Dzulhafizi Azrie.
Ingatkah kau tatkala malam kita sama-sama
menerima berita itu. Kita lansung tidak dapat melelapkan mata terkenangkan
nasib beliau yang sedang bertarung nyawa di klinik bachok. Aku kira disaat itu
akulah orangnya yang paling marah sekali kerana kebodohan dan kelambatan pihak
pengurusan klinik membawa arwah ke hospital. Disebabkan kelemahan mereka telah
menyebabkan arwah tidak dapat diselamatkan kerana mengalami luka dalaman dan
dalam masa yang sama lelah. Aku menyumpah-nyumpah pengurusan klinik. Tapi
akhirnya aku sedar bahawa ajal maut ditangan allah. Kita hanya mampu merancang
allah jua yang menentukanya. Aku masih ingat bahawa kita berkonvoi sebanyak 10
biji kereta menuju ke rumah arwah bersama pensyarah. Mata yang menitiskan air
mata ini usah dibilanglah memang laju. Kesedihan ditambah lagi ketika waktu itu
kita menyertai pertandingan choral speaking. Ketiadaan arwah yang ikut jua
menyertai pertandingan itu amat memilukan kita.
Ingat lagi ketika kita sama membuat
persembahan dan pada akhir persembahan aku memberikan ucapan dengan suara yang
sebak memohon audien mendoakan kesejahteraan arwah di sana. Mulanya kita ingin
membatalkan penyertaan tetapi kita teruskan jua kerana arwah pernah bilang yang
beliau ingin menjejakan kaki ke pentas final. Kita teruskan hajat arwah dan
alhamdulillah kita Berjaya mendapat tempat yang kedua, syukur. Sungguhpun bukan hadiah yang kita cari tetapi
sebagai tanda ingatan kita terhadap arwah dan bakal menjadi kenangan kita yang
terakhir terhadap dirinya.
Ingatkah lagi sahabat tatkala kita
sama-sama bergembira di Resort Permai, pantai telong? Aku pada saat itu cukup
letih dan pening dengan pelbagai tugasan
yang terpaksa aku lakkukan secara serentak. Jika aku tidak salah aku ada
5 perkara yang sama-sama penting untuk dilakkukan secara serentak. Aku lah yang
peling sibuk dalam kalangan kita. Aku cukup mencumburui kelapangan kamu. Tetapi
aku cuba untuk melakukan yang terbaik agar dapat memuaskan hati kalian. Aku cuba mencuri masa tidur ku bagi
menyiapkan aktiviti kita di sana. Tetapi aku cukup memuji kalian kerana sungguh
sporting dan memberi kerjasama kepada aku.
Ingat lagi disaat kita menerima kehadiran
anak baru yang membuatkan ramai yang terkejut termasuklah aku. Heheh…. Cumel
sekali budak kecil itu. Anak kita semua kan
Bagi diriku secara personaly aku amat
menghargai kalian kerana banyak menyokong aku dari belakang. Sewaktu
perlantikan aku sebagai Timb. Presiden persatuan pelajar psikologi, aku meraih
undian yang paling tinggi itu kerana provokasi kalian menyuruh intake lain
mengangkat tangan. Aku menang dengan majoriti undian. Aku kira waktu itu waktu
sukar bagi aku kerana memegang amanah adalah sesuatu yang amat berat sekali
untuk dilakkukan. Bermula saat itulah aku menjadi pelajar yang sangat sibuk.
Meeting tak berhenti. Aduh letih sekali.
Aku masih ingat ketika aku menyertai
pertandingan debat di antara kos. Kalian
jualah yang banyak menyokong aku sehinggalah aku sampai ke pentas final
seterusnya menjuarai pertandingan tersebut sebanyak 2 tahun berturut-turut.
Kalianlah yang menyokong aku dengan meriuhkan suasana. Sungguh tidak malu
hehehhe…… tetapi itulah yang menjadikan aku bersemangat untuk terus bercakap
dan bercakap lagi. Aku banyak turun berat badan disebabkan pertandingan ini. waaaaa.... i da kurus sekarang taw tapi x la slim sangat.... =P
Banyak sangat jika aku ingin ceritakan
semua sekali, saat kita BBQ di pantai irama bachok, join pertandingan koir,
sama-sama buat kain rentang untuk hari psikologi, meniru masa formatif(biasalah
student), dinner bersama pelajar psikologi KIST CT, join kempen membaca di
library kandis(ingatkan jauh la rupanya hmm… hampeh), kena kaunseling kumpulan
percuma oleh Pn. Irnida dan yang paling menyedihkan lagi apabila salah faham yang
berlaku di antara kita semasa semester akhir. Semuanya adalah kerana salah
faham yang pada akhirnya telah menyebabkan masam muka. Aku terpaksa menjadi
orang tengah bagi menenteramkam keadaan. Setelah aku selidiki dan mendengar
masalah dari 4 pihak maka aku tahu bahawa kesalahan ini bukannya terletak pada
kita. Semuanya salah faham.
Banyak sekali kisah kita bersama yang
mungkin aku tertinggal untuk diceritakan di sini. Apa sekalipun yang terjadi
pada masa lalu aku harapkan kita tidak putus hubungan. Kabel kita mesti kena
kuat. Buang yang keruh ambillah yang jernih. Jika ada antara kita memerlukan
bantuan segeralah hulurkan jika tidak mampu banyak sedikit pun jadilah sekadar
yang mampu sahaja. Jikalau ada jarum yang patah jangan disimpan di letakkan di dalam
peti, kalau ada silap dan salah janganlah disimpan di dalam hati. Sekian dari
aku yang menyayangi kalian seikhlas hati ini. PRESTOOOO....... =D
Bergambar masa kenduri kahwin rumah Nabila di Rantau Panjang
Masa ni kita lipat brosur ramai2 dgn muka masing2 sengal belaka....
kelas kita di Giat Mara....last day kot......x aci gambar aku x da....
mood nak exam semester akhir..... ohho go go chaiyuk
geng psikologi jun 10, jangan kita putus hubungan pulak..... kabel kita mesti kuat punya... kenang lah daku dalam doa kalian...... i'm gonna miss u olss =D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan