Assalamualaikum readers yang ku sayangi
hayp haypp..... this is base on the true story.... serius aku cakap
ni memang pengalaman aku dengan kekawan satu bilik.....
diorang ni student Medical Assistant Officer (MA)
kalau dalam bahasa melayu ni mereka adalah pembantu pegawai perubatan, mereka ni bawah
siket daripada doktor.... orang kampung panggil diorang ni dresa......
Diari sehari bersama DAW
5450, Adilah dan Akma. Bermula kes jam 9.30 pagi sampai 6.38 petang. Cerita bermula apabila kawan aku ni akma dan adilah bakal keluar praktikal selama setahun, so bagi
menghargai rakan sebilik aku yang memang tak lokek ilmu dan wang ni aku pun dah diorang ajak
keluar so aku pun dengan rasa senang hati join la diorang.....
Akma telah menyewa sebuah kereta produa kancil milik abang long(aku sebenarnya tak tahu apa ke namanya, dah orang panggil dia abang long so aku pun panggil abang long jgak la)... Abang long ni
memang buka kedai kereta sewa pun... dan kereta sewanya memang tip top la
dari segi penjagaannya.... tapi kali ni kami dapat keta yang cermin depannya
retak dan radio pulak bisu..... kekuatiran mula menyelubungi diri
Pagi tu sebelum kami keluar 'dating' bertiga diorang minta aku tolong hantarkan barang-barang peribadi diorang ke rumah saudara Adilah di Besut.... so aku dengan baik hati ni pun menolong mereka menjadi driver.... dalam kami bertiga nih hanya aku seorang sahaja yang mempunyai lesen memandu.... Akma boleh memandu tapi tak da lesen yang ada 'lesen agung' katanya..... hehe
setibanya kami disana, kami disambut ramah oleh tuan rumah... dah datang pagi so tuan rumah jamu kami makan free..... aku baru tahu kebiasaan orang besut memang suka makan makanan berat walaupun pagi, maksud aku diorang dah makan nasi even pukul 9 pagi... beza dengan aku yang jarang ambil
sarapan, tapi dah orang jamu, aku belasah je lah mana yang ada.....
lepas dah satel makan dan angkut barang simpan dalam rumah, kami pun nak angkat kaki cabut... selesai sesi salam menyalam so kami pun berangkat ke kota bharu.... diantara besut ke kota bharu mengambil
masa selama sejam perjalanan..... kalau daripada hostel aku ke kota bharu cuma 40 minit dan masa yang
diambil kami ke besut selama 20 minit perjalanan dengan kelajuan 90km/j
Sepanjang perjalanan ke kota bharu kami kena dua kali kena road block. satu daripada polis muda hensem tapi mengada-ngada, sampai giliran kami kena check abang polis tu minta turunkan cermin kereta,
aku pun turunkan la cermin..... dia tunduk sambil perhatikan kami, disebelah aku adalah adilah dan akma dibelakang, bermula la dialog kami:
polis: adik-beradik ke? (dia maksudkan aku dan adilah)
aku: aha adik-beradik (mentang-mentang la kami sama saiz)
polis: bak sini lesen..
(aku pun menyerahkan lesen aku kepada abang polis yang super hensem tu)
polis: hmmm.... bak sini kad pengenalan, awak sekali(merujuk kepada adilah)
ehh.... ni bukan adik-beradik nih...... nah ambik balik.... ok awak boleh jalan
aku : aha memang kami bukan adik-beradik pun, cuma sedara seislam hehe..(mula cakap keling)
terima kasih bang.....
selepas 20 minit perjalanan kami menemui road block kedua di depan pejabat jpj di simpang ke binjai,
masa turn kami berhenti kereta tu, aku bajet pak cik jpj ni mesti ramah tak macam abang polis tadi ngada-ngada.... sekali aku berhenti dan menurunkan cermin kereta, aku dengan rasa bahagia senyum kepada pakcik jpj tersebut sampai ke telinga, sekali pak cik tu balas dengan muka masam macam tin sardin kepek daa.... perrrggghhh terasa malu sebab senyum sorang-sorang.... bermula la dialog kami:
aku: Assalamualaikum encik..... ada apa buat road block hari ni?
pak cik jpj: tak ada apa, biasala dah kerja....
aku: owh....
pak cik jpj: ni kereta awak ni cermin gelap sangat ni, nanti bagi tahu suami kasi kurangkan tinted tu, kalau tak
akan kena saman.....
aku : owh, aha yelah nanti saya bagi tahu suami saya minta dia kurangkan tinted keta ni sambil memandang
adilah, terima kasih encik...
kami pun meneruskan perjalanan kami ke kota bharu, Kota bharu jam teruk, kami terperangkap dalam traffik selama sejam setengah.(aku pun tak tahu apa yang gempak sangat la kat kota bharu hari tu)...
destinasi pertama kami di kota bharu adalah Parkson, parkson adalah satu bagunan dengan pasaraya Giant.. sampai di sana aku pun sibuk mencari parking dah macam org gila bawak keta (2 kali pusing jalan yang sama...adoi na)
6. Dalam parkson terserempak
dengan jejaka idaman malaya (iqram dinzly,piere andre,zaidi gerak khas,feroz
khan,linda anak betong dan stu lagi artis saya tak tahu la apa ke nama dia tapi femes dengan ayat
pelawok...pelawok filem hantu kak limah)..... sempat bergambar dengan piere andre n zaidi.
7. Tak tahu pulak diorang tengah
shooting kat butik jefferson.
8. Sesat dalam parkson
semata-mata nak cari kedai 'sox world' je (nk cri sarong kaki je pon)
9. Semasa nak cari jalan keluar
ke parking lot, saya lalu skali lagi di butik jefferson dan terserempak lagi dengan iqram
dinzly. Bajet nak bergambar dengan dia tapi dia cbuk memilih baju.(dgn slumber rocknya
dia salin depan kmi dan depan awek cun yang berkerja di butik itu. pastu kami terus
cancel nak bergambar dengan dia ....... ceh hampeh betoi)
10. Bertolak ke kb mall,
tetiba rasa dahaga la plak so kami pon ke food court tingkat atas. Terpaksa pulak
beratur panjang hanya untuk secawan air yang berharga RM1.50(lenguh kaki kami doh).
11. Masuk Syarikat Muda Osman (SMO). Disebabkan saya suka sangat baca buku oleh itu saya ditinggalkan mereka sorang-sorang dalam smo (pandang kiri kanan
tahu-tahu saya ditinggalkan sorang-sorang....huhuhuhu). Masuk pulak popular terjumpa dengan sebuah buku yang saya dah lma cari...huhuhu novel pnyiasatan sherlock holmes.
12. (klimaks) masa on da way
nak balik tetiba plak aii keta mampos tengah jalan, dah la tengah jam trafik light pulak
yang tadi kitorang tunggu lama time tu la nak hijau. Depan hayaki n master skill, adoi na
kena hon bertubi-tubi dengan keta belakang (amat memalukan).
13. Kami panik dan saya terus
tekan butang kecemasan... tetiba datang dua orang hero menyelamatkan kami dengan menolak keta
kmi ketepi (dah x thu nk letak muka ni kat mna). Thankz to abang hayaki, budi mu
akan ku kenang sampai bila-bila.
14.setelah potkan keta
ketepi. check punya check rupanya minyak keta habis derrr (padan muka sapa suruh isi mnyak 10 henggit klau
dah tahu nak jalan jauh).
15. Saya dan akma ambil keputusan
untuk jalan kaki sejauh 3 km mencari stesen minyak.(letih mcm nak tercabut kaki, pas
tu lalu plak depan kubo,seram wehhhh...... nasib siang klau mlammmm aisey)
16. Alhamdulillah, keta
berjaya dihidupkan. on da way balik tapi oleh kerana fobia masih ada kami sanggup tak pasang
aircond walaupun hujan (panas gila, peluh masin).
17. Lagi 6km je lagi nak sampi hostel tetiba je radio yang tadi bisu tetiba bunyi dengan sendirinya.......(berhantu betol la DAW 5450).
amacam hensem tak dia ni...????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan