Jumaat, 27 September 2013

hanya amalan yang ikhlas diterima allah





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Keikhlasan seseorang tidak dapat diukur hanya dengan penglihatan mata kasar. Ianya bergantung kepada niat seseorang dalam melakukan satu-satu perkerjaan.



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a. katanya: Aku mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.



Kepentingan Hadith:
Hadith ini amat penting menjadi paksi putaran Islam, ia adalah asas kepada Islam atasnya bersandar segala hukum Islam, ini berdasarkan kata Ulamak; Abu Daud mengatakan hadith ini separuh dari Islam kerana agama terdiri dari lahir dan batin, niat adalah perkara batin. Kata Imam Ahmad dan al-Syafi’i; hadith ini satu pertiga dari agama, sebab kerja manusia terdiri dari hati, lidah dan anggota, maka niat salah satu darinya. Sebab itu ulamak memulakan karangan kitab mereka dengan meletakkan hadith ini dipermulaannya, al-Bukhari memulakan dalam Kitab Sahihnya, Imam Nawawi memulakan hadith ini dalam kitab-kitabnya Riyadzu Salihin, al-Azkar dan hadith empat puluh. Gunanya dimulakan dengan hadith ini untuk meperingati kepada setiap penuntut ilmu agar mengikhlaskan hati kerana Allah ketika menuntut ilmu dan beramal soleh.


Setiap tindakan perlu kepada keikhlasan sebagaimana ibadat-ibadat lain yang dikerjakan kerana keikhlasan hati dalam mengerjakan ibadah adalah menjadi syarat penerimaan ibadah itu oleh Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.


Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu."


Melihat zahir yang baik belum tentu membuktikan isi hati dan keikhlasan yang baik. Sebaliknya hati yang baik akan menzahirkan yang baik. Memberi makna setiap perkara baik itu di sisi Allah berdasarkan niat hati seseorang mengerjakan amalam baik tersebut.

Sesungguhnya ikhlas itu roh atau jiwa sesuatu amalan. Sesungguhnya sesiapa yang beramal tanpa keikhlasan di dalamnya maka amalan yang ditunaikan itu tiada mempunyai roh dan tidak diterima. Sabda Rasulullah s.a.w.


Maksudnya: "Allah tidak menerima amalan melainkan amalan yang dikerjakan dengan tulus dan ikhlas baginya dan bertujuan mendapat keredhaanNya".


Keikhlasan niat seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Saad bin Muaz yang tidak mempunyai rupa kecantikan telah di jamin oleh Rasulullah s.a.w. yang mana beliau adalah penghuni syurga. Tatkala mendengar seruan jihad dari Rasulullah s.a.w “Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”. Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang walaupun asalnya dengan bantuan sahabat lain beliau ingin membeli keperluan perkahwinannya. Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.



Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya yang pada asalnya di tolak oleh bapa si perempuan kerana rupanya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “di saat kematian Saad, bergegar arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.


Demikianlah kita, bagaimana keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu agar mendapat jaminan Allah menghuni syurga dengan rahmatnya tanpa niat suci bersih melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah s.w.t. Ramai yang melakukan kebaikkan hari ini, namun dapatkah kita menjamin kebaikan tersebut ada nilainya di sisi Allah s.w.t. Bersama lah kita membuang sifat mazmumah dan mengantikan dengan mahmudah, kerana sifat mazmumah adalah sifat buruk yang banyak menghalang keikhlasan seseorang berhadapan dengan perhitungan Allah s.w.t.


Sifat ikhlas meninggalkan kepuasan dan ketenangan pada pelakunya. Mana kala sebaliknya akan membuat jiwa tidak tenteram, tidak puas hati, serasa dia sahaja yang perlu buat demikian, bahkan suatu hari mahu orang akhirnya tahu apa yang telah di lakukan. Kepuasan orang tahu dan menyebut sebenarnya tidak akan mendatangkan ketenangan, bahkan meninggalkan azab kepedihan dan kegelisahan di hati yang tiada kesudahan. Maka, hari ini ramai yang di lihat masih tidak senang dan masih tidak puas hati bilamana masih ada yang mengomen akan keterampilan dirinya.


Sering di lihat, dari bergurau jadi bertengkar bila tersentuh tentang pakaian, keterampilan, saiz badan biarpun dalam suasana hari raya yang masih terasa erti sebuah kemaafan. Pemerhatian ini, biasa berlaku di mana pun. Mengambarkan nilai sebuah keikhlasan melakukan sesuatu pekerjaan, " niat" apa sebenarnya menjadi keutamaan.

Wallahu a'lam.


sumber blogger juliayacub  






orang pertama dalam islam



org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ????? kalau anak murid tanya, ternganga nak jawab..so simpan nota nih....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM -----------------------------------------------

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.







Ahad, 22 September 2013

Sabtu, 21 September 2013

tidak masuk syurga lelaki dayus




Firman Allah

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء
yang bermaksud: "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita ... (Surah An-Nisa', ayat 34)

Lelaki adalah pemimpin keluarga. Besar tanggungjawab yang perlu di pikul agar memastikan anak dan isteri nya sentiasa mengikut akan titah perintah Allah. Sayangnya hari ini, fenomena lelaki 'sporting' terlalu ramai hinggakan ada isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isteri menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah malahan bangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untuk memasuki syurga walaupun si suami rajin mengerjakan rukun Islam tetapi dalam masa yang sama suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun iman.



Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )


Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )



Dayus dan bacul satu perkataan yang pastinya mendatangkan kemarahan pada mereka yang terasa demikian. Namun begitulah hakikatnya pada sang lelaki yang tidak memperdulikan urusan keluarganya samada mereka ikut atau tidak perintah Allah. Bahkan sanggup menghantar dan mengambil anak isteri yang terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah. Samada berpakaian menjolok mata, bersalaman dengan lelaki yang ajnabi bahkan ada yang di angkut teman lelaki ke sana kemari. Bahkan ada juga suami yang rela isteri menumpang kereta jiran ke pejabat dalam keadaan berdua sahaja.

Paling menyedihkan kadang-kadang seorang bapa baru selesai solat atau kuliah di masjid, menghantar anak dengan moto yang berpakaian sangat seksi atau mungkin, sebahagian pinggang terkeluar dari baju dan seluar bila menunggang motor si ayah tadi. Tidakkan ianya sangat mencacat dan mencederakan kesucian islam itu sendiri, seorang ayah yang berkupiah, tergamak membawa anak yang menentang hukum Allah. Di mana kepimpinan seorang ayah yang bergelar lelaki..

Sedikit sebanyak, mari bersama kita fahami apa yang di maksudkan dengan dayus...

1) Sabda Nabi : -



وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)





Jumaat, 20 September 2013

Articles Of Faith - Talib Al Habib lirik



Assalamualaikum readers
Pernah dengar tak lagu dalam tanyalah ustazah? hah cari punya cari last2 aku jumpa jugak lirik dan lagu penuhnya... so ni cuma just nak kongsi dengan semua readers.. harap suka






Articles Of Faith - Talib Al Habib

amantu billahi wa mala'ikatihi
wa kutubihi wa rusulihi wa al-yaum al-akhiri
wa al-qadri khayrihi wa sharrihi min Allah
wa al-ba'si ba`d al-maut, la ilaha illa Allah

Faith is belief in Allah and the Messengers
The angels and the Final Day, and the holy scriptures
And to believe in destiny
That good and bad both come from Him
And the Resurrection; there is no god but Allah.

La ilaha illa Allah (x3), Muhammad Rasulullah

Allah is the creator of heaven and of earth
Nothing may compare with Him, He is the One alone
The prophets, best of humankind
Sent to all nations and all tribes
Last of all Muhammad, mercy to the worlds.

Formed of light and beauty, the angels of the Lord
To praise Allah, to help mankind,
Jibril brings the word.
The scriptures, all by Allah sent,
Torah, Psalms and Gospel then
The source of perfect guidance, the Glorious Quran.

The reckoning, the Final Day, when all will see their works
Remade in soul and body to stand before the Lord
With patience bearing every grief
With thankfulness for all blessings
We are content with destiny, the Will of Allah.

Faith is belief in Allah and the Messengers
The angels and the Final Day, and the holy scriptures
And to believe in destiny
That good and bad both come from Him
And the Resurrection there is no god but Allah




Rabu, 18 September 2013

surat dari penjara


Assalamualaikum readers yang aku harapkan terus menerus menjengah teratak diari online
aku yang tak seberapa nak awesome neyh


terima kasih sudi menjengah aku yang masih bertatih dalam dunia blogging, lama rasanya tak menulis.. dah mula sengal-sengal dah jari ni gatal nak menaip, tapi tak ada cerita yang best untuk dikongsikan... hmmmm tunggu je lah

tapi entri kali ni aku dah ada idea nak menulis...... hew hew hew

mula ceritanya tadi ni selepas solat zohor cadang nak rest kejab badan ni, aku ingat nak manja-manja siket la dengan tilam dan bantal aku tu sebab dah 3 hari aku tinggalkan mereka sebab ke rumah abang aku, saja nak jalan-jalan kholompo.... lama dah tak ke sana, tak da beza pon kholompo tu sama je macam dulu cuma yang makin bertambah tu puak bangla je lah yang makin ramai...... rrrrrrrr seram meih


masa baru je nak lelap mata ni ayah panggil turun.... 'lah ayah ni dah kenapa pulak'...
aku pon dengan perasaan malas dan mata stim pon turun la ke ruang tamu...
"ada apa yah?"
'ni hah ada surat dari penjara, buka cepat ayah nak tengok'


aku bila dapat je surat dari penjara turus buntang biji mata.... "aku ada buat salah ke?"
aku pun buka la sampul tu dan jeng jeng jeng~~~~

suratnya seperti begini.....


yeah surat dari penjara.... hohohoho


alhamdulillah aku diterima menjadi sebahagian daripada ahli sukarelawan koreksional penjara,
syukur alhamdulillah.... kerja sukarelawan memang kerjaya yang aku sangat minati, membantu sesama manusia adalah perkara yang aku idamkan sepanjang hidup...... koreksional berasal daripada correctional bermaksud pemulihan

permohonan ni aku dah minta sejak tahun lepas lagi, masa study sem 6 bersama kawan baik aku Amira dan Jierk. Untuk pengetahuan readers hanya Amira dan jierk sahaja kawan yang memanggil aku dengan gelaran kak yong.... hehe jierk aku tak heran sangat sebab dia pon dah jadi askar.... watlek, rasa nak gelak bila teringat kat dia klik sini , mira insyallah bakal menjadi seorang konstabel wanita aku doakan dia berjaya dapat kerjaya tu....


Seriously aku tak bajet  la pulak akan diterima jadi sukarelawan, tapi bila diterima tu rasa syukur sangat, hajat aku nak menolong insan malang tu akan tercapai juga...... aku apply ni pakai  kelayakkan aku dalam bidang psikologi 

ini baru langkah permulaan dan masih ada lagi langkah-langkah yang perlu aku panjat satu demi satu...


hah.... dalam gambar tu saje je aku tak edit alamat aku dalam surat ni..... mana la tahu kan ada yang berbesar hati nak kasi aku hadiah ke, surat ke, kad raya ke  kan senang dah ada alamat... so korang boley la hantar ehh aku tunggu taw, birthday aku 20 disember, hantar taw  muehehehe =)



mohon readers doakan kebaikan buat diri ku

'tidak akan kurang pahala seorang yang mendoakan orang lain melainkan beliau juga akan didoakan malaikat sama seperti keatas dirinya'






Rabu, 4 September 2013

sebab kenapa aku malas nak online facebook



Status:
best la pulak kalau boleh naik motor malam-malam sebab boleh cilok

pengomen 1: beb kau keluar malam ke? aku ingat kau alim...

pengomen 2: dasar perempuan tak tahu malu, harap kan bapak je orang masjid anak macam perempuan liar..

pengomen 3: perrghh hebat la kau beb, lepas ni aku boleh arr ajak kau lepak tempat yang selalu aku lepak

pengomen 4: confirm bohsia!!!!

yang tak komen tapi like tapi dalam hati : confirm perempuan ni tak leh buat bini, jenis yang suka keluar malam mesti bukan jenis perempuan yang baik-baik



situasi sebenar:  Aku baru lepas tengok citer KL gangster lepas tu sedang berimaginasi tengah bawak superbike. Bajet macam nak kongsi impian dengan friend facebook...




itu arrrrr diantara sebab kenapa aku naik meluat nak updated ststus atau nak on facebook. Actually ada banyak lagi sebabnya tapi inilah diantara sebab yang paling cuak kenapa aku malas nak online....  aku cakap A diorang faham B ... tiada yang betul-betul cuba faham situasi, atleast tanya la perkara yang sebenar apa dah jadi kan

yang kat atas ni contoh je taw, bukan betul pon

peaceyall    (-,-)v







Isnin, 2 September 2013

Masalah kaum muslimah dan pendakwahnya (daie)


Kaum muslimah pada generasi hari ini yang disebut sebagai generasi X-Y-Z, generasi FB dan internet yang banyak mengalami masalah dalam 'komitmen' hidup seperti perkahwinan, keibuan dan rumahtangga. Hal ini boleh diketahui melalui laporan yang datang dari pelbagai sumber yang menyebut tentang sikap mereka yang manja, cepat lemah semangat, mudah panik, tidak berani keluar dari zon selesa dan kuat pergantungan kepada orang lain atau tidak pandai berdikari.

Mereka juga terkenal sebagai golongan yang cepat putus asa, mudah berubah fikiran dan kurang adab atau kurang budi-bicara dan lemah kemahiran komunikasi dengan pihak yang lebih tua, berbeza dengan mereka (baik pendapat, idea atau situasi) atau lawan jantina. Golongan ini juga didapati mudah dan cepat atau dalam bahasa lain gopoh membuat kesimpulan, keputusan dan rumusan tentang sesuatu dalam hidup sehingga menyebabkan mereka mengalami banyak masalah semasa.

Malangnya, dalam keadaan begitu kaum muslimah hari ini, mereka tidak mendapat ubat dan rawatan yang betul dari pendakwah-pendakwah semasa:

1. Meletakkan batu asas atau dasar yang betul dalam program atau dakwah

Perubahan kaum muslimah di tanahair pada hari ini dari negatif atau kurang beragama -----> kepada kehidupan beragama tidak bermula atau tertegak di atas asas yang betul dan hal ini kurang diambil berat oleh para pendakwah dan pihak organisasi dakwah.

= Sebab seseorang itu mendapat hidayah boleh jadi apa sahaja. Seketul najis pun boleh menjadi sebab hidayah. Itu tiada masalah tetapi meletakkan asas dan dasar dalam dakwah untuk membawa perubahan kepada manusia itu kena melalui asas yang betul.
= Perubahan diri dan jalan mendekati agama mesti atas asas yang benar dan sahih seperti yang diseru oleh hadith Nabi Salallahualaihiwassalam,

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُوْلٍ
Tidak akan diterima solat tanpa bersuci dan tidak akan diterima sedekah dari (hasil) ghulul (khianat). [Riwayat Muslim] Wudhuk dan niat ialah asas bagi solat dan harta yang baik ialah asas kepada penerimaan sedekah. 


Kaum muslimah yang comel, gedik dan suka tayang muka buat tutorial pakai hijab di yotube pun kalau nak pakai tudung kena bermula dengan asas yang betul iaitu demi ketaatan kepada Allah, demi patuh perintah, demi syarak agar tak dibakar api neraka kerana percaya akhirat.

Kalau pakai tudung sebab ia nampak lawa, comel macam Wardina, Diana Amir, Heliza maka tiada pahala dari Allah, bahkan akibatnya merosakkan.

Contohnya : (Baca dengan minda 'High class')

- Memakai 'tudung' atau menutup 'aurat' kerana tertarik pada arus untuk kelihatan cantik dan terpengaruh dengan artis comel yang 'berhijrah'.

- Dakwah kepada kaum muslimah dipromosikan dengan gaya 'gedik' seperti latar belakang warna 'pink', manja dan penuh kejiwangan. Novel-novel Islamik-cintan, penceramah yang belum pernah basuh berak anak dan buat susu ditengah malam, flash-mob yang konon mesej Islamik dan seumpamanya.

- Dakwah seharusnya bermula dengan asas yang betul untuk melahirkan kesedaran dan peluang agar manusia dapat dekat dengan hidayah Allah melalui al-Quran dan as-sunnah.


Perhatikan ucapan Nabi Salalallahualaihiwassalam terhadap seorang anak muda yang masih kecil bernama Ibn Abbas RA dengan sabdanya ;

يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ
Wahai, anak kecil! Sesunguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat; jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu; jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapatkan Dia selalu di hadapanmu; apabila engkau minta, mintalah kepada Allah dan apabila engkau minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada-Nya. [Riwayat al-Tirmidzi].


Ramai kaum muda, pendakwah yang berfikiran singkat dan bersikap "Machiavellian" (matlamat menghalalkan cara) akan berkata : 'Apa salahnya, yang penting mesej atau info sampai, atau mereka akan kata, biarlah asalkan mereka (perempuan) berubah ke arah lebih baik.'

Aljawab,

Kata Ibn Mas'ud RA, Sesungguhnya Rasululluh salallahualaihiwassalam telah memberitakan kepada kami:

أَنَّ قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ

“Bahawa ada sekelompok orang, mereka membaca al-Qur'an, namun al-Qur’an itu tidak melewati kerongkong mereka.' [Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi]


Anak gadis yang gedik dan mempunyai pelbagai penyakit sosial ini apabila tidak dirawat dengan 'prosedur' yang betul kemudian para pendakwah pula buat program Islamik ala-ala gedik seperti seminar atau konvensyen muslimah yang gedik dan sebagainya untuk tarik minat anak gadis ini maka mereka (gadis) seterusnya akan 'terus set' di minda mereka tentang Islam dengan versi yang salah.

Anda mungkin berkata, kami hanya buat program adapun ilmu dan pengisian lain maka itu tanggungjawab muslimah tersebut untuk cari sendiri. Anda pun tahu bahawa antara masalah utama generasi muda hari ini ialah 'SPOON-FEEDING' dan mahu semuanya disuap ke mulut mereka. Lalu anak gadis ini akan dewasa, kahwin dan kemudian jadi pendakwah macam anda pula dan meneruskan ' vicious circle' (putar balik yang tak kemana) ini.

Anda mungkin akan petik ayat saya, 'Tak penting bagaimana kita bermula tetapi yang penting ialah bagaimana kita akan berakhir.' 

Benar, bermula kenal Islam di program gedik santai...belajar agama dengan ustazah yang anti-poligami dan penulis novel cinta, ikut usrah dan program Islamik syok sendiri dan hasilnya berakhir sebagai syuhadak di medan jihad seperti Syria dan Palestin dengan kempen boikot kurma Iran atau boikot McDonold. Atau nikah dengan lelaki jambu ala-ala bapuk yang berambut panjang tetapi melahirkan anak seperti Salahuddin al-Ayubi ???


Allah SWT berfirman:

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 

'Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.' [At-Taubah:19]

Sunnatullah mesti diikut kalau mahu pengakhiran yang baik !


2. Mengisi maklumat, dakwah dan info kepada anak gadis mengikut 'keutamaan' dan keperluan

Contohnya :

- Apakah faedahnya bercerita kepada kaum muslimah tentang kisah Rabiatul Adawiyah sekiranya isteri-isteri Nabi Salallahualaihiwassalam dan sejarah para sahabat wanita pun tidak diketahui oleh anak-anak gadis muslimah ?

- Bercerita soal kebebasan wanita dan hak-hak wanita sedangkan hukum Allah dan hak Allah yang menyebabkan mereka semua dapat hak tersebut tidak diajar ?

Cakap banyak konon gadis boleh letak syarat itu ini sebelum kahwin agar suami tak kahwin lagi dan sebagainya , sedangkan si gadis itu masih buat amalan syirik, kepala otaknya penuh najis jahiliyyah yang jika berlaku perang jihad maka mereka layak dijadikan tawanan dan gundik atau hamba abdi lalu dijual di pasar-pasar.

Hak Allah belum tertunai seperti aqidah, tauhid, hukum syarak, ketaatan kepada sunnah dan kewajipan sebagai muslimah untuk taat dan patuh pada kitab Allah.

Kata Syeikh Sulaymaan al-'Alwaan, pakar hadith daripada Arab Saudi.

التوحيد إذا لم يمارسه المسلمون عملياً في حياتهم لم تثمر كلماتهم ولا كتاباتهم ولا تصوراتهم ولم يحصل لهم التمكين

'Tauhid apabila tidak dilatih dan diamalkan oleh kaum muslimin dalam hidup mereka maka ianya tidak akan membuahkan hasil pada ucapan, penulisan dan pandangan mereka dan mereka tidak akan mencapai kekuatan.'


Bina dahulu kepatuhan sebelum kamu wahai ustazah dan pendakwah nak bercakap soal kebebasan dan hak-hak muslimah !



3. Gila angka dan jumlah peserta, lebih dari ghairah mahu menghasilkan kefahaman dan kekuatan ummah

Para pendakwah banyak sungguh yang gila angka dan jumlah peserta sebab nak memastikan program balik modal atau memberi keuntungan berbanding nak melahirkan peserta yang faham dan memberi kekuatan pada ummah. Malu mereka kalau peserta sedikit dan tak jumlahnya tidak ramai.

Sedangkan dakwah nabi salallahualaihiwassalam bermula dengan bilangan yang sedikit. Allah pula berfirman,

كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Berapa banyak yang terjadi bahawa golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." [al Baqarah : 249].

Kalian buat satu program hadith, panggil Maulana Asri dan Dr. Asri buat kuliah tentang fiqh muslimah, aurat, keibuan dan jemput Dr. Zaharuddin Abd Rahman cerita soal tanggungjawab isteri terhadap suami lebih baik dan menyelesaikan banyak masalah rumahtangga, kes sosial dari sekadar buat program syok sendiri yang menyebabkan kalian hanya berbangga dengan penyertaan ramai wanita dari seluruh negara tetapi memberi impak buruk dan kesan negatif kepada manusia.

Banyak lagi nak cerita tetapi cukuplah disini dahulu sebagai luahan bicara.


Oleh : Ustaz Emran Ahmad





Isnin, 26 Ogos 2013

jeans vs jubah : persepsi TLC (tudung labuh clan)


Pandangan sesetengah gengs TLC(tudung labuh clan), saja bg gelaran begini kepada diorang......

'ana tak suka la lelaki pakai seluar jeans atau short pant'
"kenapa pulak, menutup aurat jga apa, ok kecuali short pant la"

'ntah la ana tak suka tengok'
"pulak, dah tu hg suka tengok yang mana?"

'ana suka yang pakai kain atau jubah'
"oh macam tu, tapi kan yang pakai jeans pon bukan semuanya jahat kan"

'iyya betul, tapi yang pakai jubah tu nampak sedap mata memandang'
"macam ni lah kawan aku bagi satu analogi, satu hari lelaki yang pakai jubah dan pakai jeans ni naik moto sama-sama nak ke surau berjemaah, masa sampai satu selekoh ni tetiba datang kereta laju daripada arah bertentangan, diorang pon tak sempat nak break then terjatuh...... agak2 yang mana selamat"

'maksud awak?'
"errrr maksud aku, selamat daripada aurat terdedah, kalau pakai jeans sekurang-kurangnya aurat dia terselamat daripada terlihat sebab jeans tebal, berbanding kalau pakai jubah, kalau carik sah2 terdedah aurat kan"

'hmm betul juga tu'
"sesuatu perkara yang terlihat remeh barangkali membawa kebaikan kepada tuannya, kita ni tak boleh pandang rendah pada seseorang sekadar melihat fizikal semata-mata, sedangkan dalam hati kita tak tahu bagaimana rupanya........ positif kan minda dan cuba open minded sikit barulah kita akan nampak bahawa islam itu syumul dan meliputi kesemua aspek"




wahai wanita dirimu begitu berharga...

✿Perempuan yang tak cantik, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai manis..

✿Perempuan yang tak kaya, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai seorang yang redha..

✿Perempuan yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai seorang yg rendah diri..

✿Perempuan yang tak pandai, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai seorang ibu mithali..




Jumaat, 23 Ogos 2013

kenapa orang islam sembah kotak hitam?





Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah

Kafir: Baitullah tu apa?

Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.

Kafir: Allah ada dalam tu?

Muslim: Tak..

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?

Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...

Kafir: Kau sembah apa?

Muslim: Aku sembah Allah SWT.

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?

Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.

Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.

Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?

Kafir: Pernah.. selalu...

Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?

Kafir: Tengok perlawanan bola la.

Muslim: Di mana?

Kafir: Dalam TV la...

Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.

Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...

Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

Kafir: Jadi...?

Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?

Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...

Muslim: Peliknya...

Kafir: Sebab apa pulak pelik?

Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...

Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...

Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?

Kafir: Ya.. tak pelik

Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...

Kafir: Erk.. kau betul..

Semoga beroleh kefahaman dan manfaat.


sumber: salin dan tampal




Jierk masuk askar



Assalamualaikum sahabat blogwalking semua,

korang kenal jierk???... orangnya gelap2 siket, agak tinggi dan peramah.... kenal???
hahaha opkos la tak kenal sebabnya dia kawan aku dan bukanya kawan korang...


Jierk atau nama sebenarnya nur najihah binti sidek, muda setahun daripada aku.... kami berkenalan since sama-sama masuk kolej dan sekelas. Di hostel pon kami bersebelahan bilik, kiranya kami memang rapat juga lah......  kelmarin dia mesej aku dalam fb jemput aku datang rumah, katanya ada buat sedikit kenduri kesyukuran sambil makan laksa..... untuk kompom kan date tu aku pon mesej dan call je dia....


mula tu dalam kepala otak aku ni  terbayang kenduri yang bakal aku hadiri ni, 
'ish jierk ni ntah2 buat majlis bertunang  kot'

then aku pegi jelah kuala nerang tu, atleast bole erat silaturahim dan makan laksa paberet aku tu...... 
nahhh ambik kau sebenarnya kenduri tu adalah kenduri sempena dia bakal menjadi seorang aishkar melayu perempuan... wassey terkejut jugak aku masa tu, watlek tak pernah terlintas pon dalam kepala otak suci aku ni yang dia akan masuk askar melayu


tapi aku memang sedia tahu dia dan seorang lagi kawan baik aku amira memang suka kerjaya unit beruniform ni, tapi tak sangka pulak diorang serious...... walawey, jierk askar amira polis 

lepas ni dah tak da maknanya sudip dan kuali melainkan machine gun, senapang, pistol, m16, short gun, sniper, bom, periuk kera....... arrrrgggghhhhhh 


walau apa pon kerjaya yang mereka pilih, aku harap mereka akan melakkukan yang terbaik, berbakti untuk anak bangsa satu kerjaya yang mulia, bagi aku mereka lah hero negara....  aku sentiasa doakan kejayaan kekawan walau siapa pon mereka.....  yang mengaku atau tak mengaku aku tetap doakan jugak k,,


SEMOGA BERJAYA KAWAN!!!



belum apa2 dah sunburn kawan aku ni.... haha kejab je tu


entri kami berkonvoi bersama tekan sini






Rabu, 21 Ogos 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan



Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis

Isnin, 19 Ogos 2013

isi pidato erdogan




Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demonstran pro Mursi di Turki

1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.

2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.

3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.

5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?

6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.

7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?

9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.

10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.

11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.

12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.

13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.

14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

15. Mari do'akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.


sumber press: mesir kini



R4BIA




 Rabia ‬ adalah suatu simbol kepada keteguhan, kekuatan, perlawanan  dan persatuan bagi perindu kebebasan di seluruh dunia "

Mangsa yang berjumlah ribuan yang gugur di dataran Rabi'ah Al-Adawiyah atau yang dikenal juga dengan dataran Rab'ah telah memberi inspirasi kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan. Beliau memulakan simbol jari 4 untuk mengenang medan di mana para peserta aksi demonstrasi damai yang diserang secara represif oleh angkatan tentera mesir.

Jari yang menunjukkan angka empat itu sebagai erti dari Rabi'ah yang dalam bahasa Arab bermaksud 4. Rabi'ah Al-Adawiyah sendiri adalah nama seorang tokoh sufi wanita yang terkenal dengan kisah kecintaannya kepada Allah

Di laman sesawang sosial twitter, facebook dan juga profil picture di BlackBerry Messenger, Whatsapp atau pun Yahoo! Messenger simbol ini sudah dipakai secara meluas. Ini adalah simbol keberanian, simpati, dan tanda sokongan kepada rakyat yang menuntut haknya untuk dipimpin oleh pemimpin yang taat kepada Allah swt dan juga seorang hafiz Qur'an





Empat (rabi'ah) perkara dalam perjuangan menegakkan Islam:

1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.
4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami!

Semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di Dataran Raba'ah, Mesir!





Sabtu, 17 Ogos 2013

couple






Apabila tiba masanya..ditempat yang telah ditentukan..pada keadaan sudah ditakdirkan..mata bertentangan mata, hati akan merasa, lidah kelu berbicara..inilah saat bermulanya CINTA :)

Naluri manusia ingin hidup berpasangan. Fitrah ini secara semulajadi Allah anugerahkan dalam diri setiap manusia. Tiada siapa boleh menafikan perasaan ini.


Dalam kehidupan seharian, setiap individu sedikit sebanyak akan terkesan dengan faktor persekitarannya. Persekitaran mampu "membentuk" peribadi seseorang. Jika persekitarannya positif, ia akan membantu seseorang jadi lebih baik, begitu sebaliknya.



Setiap orang inginkan pasangannya dari kalangan orang yang baik. Jadi untuk dapatkan pasangan yang baik SYARATNYA: 
1) DOA minta jodoh orang baik. 
2) PERBAIKI diri jadi lebih baik. 
3) BERKAWAN dengan kawan - kawan baik. 
4) SENTIASA dalam persekitaran baik.

 InsyaAllah NIAT ikhlas mencari cinta kerana Allah SWT dengan CARA mengikut syariat, kita akan BERJAYA temui pasangan yang SOLEH / SOLEHAH & HENSEM / CUN  =)


Jodoh adalah rahsia ketetapan Allah, yang kita boleh pilih mengikut selera sendiri dengan cara usaha dan doa. Kekal usaha perbaiki diri, bersahabat dengan orang-orang baik, sentiasa dalam persekitaran baik, insyaAllah peluang jumpa yang baik lebih cerah. Paling penting doa dapat yang terbaik untuk kita berdasarkan ilmu Allah, bukan dari kacamata seorang hamba yang lemah kerana selalu tewas pada nafsu, lagi jahil ini


Dalam hidup banyak hajat ingin kita perolehi, antaranya jodoh yang baik. Caranya:
1) BERDOA minta pada Allah kerana segala2nya adalah milikNya. Sebagai tuhan yang Maha Pengasih, Penyayang lagi Bijaksana, Dia tunai permintaan sesuai apa terbaik untuk kita. 
2) USAHA sebagai hamba dengan perbaiki diri, berkawan & berada dalam persekitaran baik. Gabungan jaga hubungan dengan Allah (habluminallah), kemudian jaga hubungan sesama manusia (habluminannas) insyaAllah akan dapat yang terbaik. Syaratnya minta pada Allah terlebih dahulu, kemudian baru usaha berurusan sesama manusia


LELAKI: Carilah wanita yang dirinya bersedia dibimbing oleh kamu kerana dia akan melahir, mendidik anak & menarik kamu ke syurga@neraka. Fahamilah! Kamu dicipta BERPERANAN sebagai ketua.

WANITA: Carilah lelaki yang kamu rasa hormat padanya kerana dia akan jadi ketua keluarga & pembimbing kamu. Fahamilah! Kamu dicipta BERPERANAN sebagai pembantu lelaki.
Apabila masing2 FAHAM & BERPERANAN sesuai dengan tujuan diciptakan, suami tunai TANGGUNGJAWAB & isteri TAAT pada suami soleh, "you will live happily everafter"  =)


Semua manusia mencari BAHAGIA. Dalam perhubungan lelaki dengan perempuan, kebahagiaan hanya diperolehi setelah diijab kabulkan. Bagi pasangan yang BUKAN suami isteri, kalo pun yang dapat hanyalah KESERONOKKAN semata - mata. Rasa ini hadir pada saat & ketika perkara menyeronokkan itu BERLAKU. SESUDAH itu perasaan seronok tadi berlalu PERGI bersama perubahan masa. DITAKUTI perasaan seronok itu hanya TIPU DAYA syaitan semata - mata, yang kita ingat itulah dia kebahagiaan...


Cinta suatu perasaan suci. Namun harus DIPERIKSA: 
1) KERANA APA cinta itu? 
2) BAGAIMANA CARA bercinta? 
3) APA KESAN bercinta? 

Jika SEMUA jawapan tadi menjadikan kita HAMBA yang LEBIH BAIK, BENARLAH perasaan itu. Jika cinta itu HANYA membuatkan kita HANYUT dengan perasaan, yang betul jadi salah, yang salah jadi betul, itu BUKAN cinta..tapi NAFSU semata - mata  =(


Dalam mencari cinta kita sering terkeliru antara cinta sebenar atau nafsu semata - mata. Kembalilah kepada Pemilik cinta. Dia akan anugerahkan cinta yang membahagiakan, bukan cinta sia - sia.



Antara kehebatan Nabi Muhamad S.A.W, baginda berjaya mendidik para sahabatnya menyampaikan darinya walau 1 ayat. Sekarang tugas menyebarkan itu telah diwariskan kepada kita. Andai ada manfaat  bantu saya dalam menyebarkan kasih sayang baginda yang akhirnya membawa kita kepada mengagungkan Allah S.W.T :)



kredit untuk vlogger norhelmee


Jumaat, 16 Ogos 2013

kamu jenis pemikir otak kiri atau kanan?



Kunci kejayaan seseorang itu selain daripada kerja keras dan disiplin adalah mengetahui kemampuan diri yang dimiliki untuk dikembangkan. Setelah tahu mana saja kelebihan yang boleh dikembangkan, maka dengan mudah jalan akan terbuka dan ditemukan.

Nah, kelebihan tersebut ternyata sangat berhubungan erat dengan kerja otak kiri dan otak kanan. Mereka yang cenderung bekerja dengan menggunakan otak kiri sangat cerdas dalam hal menyusun dan penghitungan. Cocok bekerja di bidang pekerjaan yang berhubungan dengan penghitungan serta menyusun. Sedangkan mereka yang cenderung bekerja dengan otak kanan, lebih banyak gemar praktik dan bekerja di bidang yang berkaitan dengan seni.

Apabila saat ini anda sudah bekerja namun merasa tidak selesa dengan pekerjaan anda, boleh jadi anda salah memilih pekerjaan. Ayuh cari bidang pekerjaan sesuai dengan cara kerja otak anda...

Jawab beberapa pertanyaan berikut yang akan membantu anda menentukan apakah anda jenis si otak kanan atau si otak kiri.


1. Jika Anda diberi tugas untuk mengarang cerita/menulis, maka yang akan anda tulis adalah...

a. Menghuraikan sistem planet dan peredarannya

b. Menulis cerita bagaimana seekor gajah dapat menyelamatkan dunia


2. Menurut rakan anda, anda adalah seorang yang...

a. Akademiks dan terkenal selalu disiplin

b. Seseorang yang popular dan ramai kenalan


3. Di pagi hari, Anda memilih pakaian berdasarkan...

a. Apa saja, yang penting mudah dan praktikal

b. Seperti yang telah direncanakan semalam, karena ada acara yang spesial harus dihadiri


4. Kalau ada dua pekerjaan yang menanti, maka Anda akan...

a. Menyelesaikan satu terlebih dahulu sampai sempurna, baru menyelesaikan yang lain

b. Mengerjakan yang satu, apabila bosan mengerjakan yang lain, dan kembali ke pekerjaan semula. Yang penting tidak bosan.


5. Dalam produksi film, kira-kira Anda akan berperanan sebagai apa?

a. Pengarah gaya

b. Sebagai artisnya lah


6. Anda baru saja memenangkan sebuah tiket percutian selama seminggu ke pantai, Anda akan...

a. Mengajak serta kedua orang tua dan keluarga

b. Bercuti bersama teman-teman saja


7. Seseorang baru saja mengatakan bahwa Anda ini terlalu mementingkan penampilan. Maka Anda berpikir...

a. Iyya ke?

b. Iya mungkin iya. Kerana penampilan kan juga penting.


8. Dalam soal pilihan ganda, Anda akan...

a. Menelaah jawaban satu per satu kemudian baru memilih

b. Bingung memilih mana yang benar


9. Apabila Anda menonton film yang mengharukan maka Anda akan

a. Berkaca-kaca

b. Berusaha keras untuk tidak menangis


10. Saat berselisih pendapat dengan orang lain Anda akan

a. Mengeluarkan semua fakta yang ada

b. Berusaha memanipulasi keadaan dan membuatnya lebih dramatis



Cek jawaban Anda di sini. Apabila jawapan anda:

Kebanyakan A: Si Tipe Otak Kiri

Anda adalah tipe otak kiri, di mana Anda seorang pemikir yang praktis dan tak suka hal-hal yang mengangumkan Anda adalah tipe orang yang dikagumi karena kedisiplinan Anda. Anda sangat teliti dan tidak suka hal-hal atau barang yang kelam kabut. Anda akan menyelesaikan semua masalah yang ditemui satu per satu terlebih dahulu sebelum menyelesaikan masalah lain.

Anda sangat pandai dalam hal menganalisa serta menemukan jawapan akan sebuah masalah


Kebanyakan B: Si Tipe Otak Kanan

Anda seorang yang cuai dan seringkali bimbang/keliru saat berhadapan dengan banyak pilihan. Anda sering kurang yakin dan kurang tegas, serta mudah tergiur rayuan.

Anda lebih senang berangan-angan dan cepat bosan. Gemar mendengarkan cerita fiksion dan khayalan serta menyukai hal-hal yang berkaitan dengan seni. Anda juga suka tantangan serta kejutan. Anda orang yang moody, dan tidak suka berjuang pada satu hal saja saat mengerjakan sesuatu.





istilah bagi masalah psikologi abnormal







Psikologi didefinisikan sebagai kajian ilmiah mengenai perilaku dan proses-proses mental yang menyertainya. Psikologi adalah sebuah bidang ilmu pengetahuan yang mempelajari mengenai perilaku dan kognisi manusia. Dibawah ini ada saya kongsikan beberapa istilah yang digunapakai oleh ahli psikologi dan psikiatrik 


-Obesophobia adalah fobia atau rasa takut akan gemuk atau takut bertambah berat badan

-Sindrom Cortard adalah gangguan mental di mana penderita penyakit ini akan merasa bahwa ia sudah mati & tidak ada di dunia lagi

-Pentheraphobia adalah fobia atau rasa takut berlebih pada ibu mertua

-Necrophilia adalah suatu kelainan seks dimana seseorang lebih memilih mayat sebagai partner seksnya

-Sindrom Asperger adalah kesulitan dalam berkomunikasi dengan persekitaran, sehingga kurang begitu diterima

-Haptephobia / Haphephobia adalah fobia atau ketakutan akan disentuh.

-Celebriphilia adalah keinginan kuat yang tidak normal utk memiliki pertemuan romantis atau berhubungan seksual dgn seorang selebriti.

-Nyctophobia adalah fobia ketakutan terhadap kegelapan

-Cacophobia adalah fobia atau ketakutan akan rupa buruk(pecah rumah).

-Ailurophobia adalah fobia atau ketakutan akan kucing

- Ailurophilia adalah sebutan seseorang yang mempunyai rasa sayang berlebihan terhadap kucing

-Hypersomnia adalah Gangguan tidur yg keluhan utamanya iaitu kantuk yg berlebihan selama minima 1 bulan & tidur yg berkepanjangan(sindrom beruang kola)

-L-word Phobia adalah fobia / takut punya kekasih lagi kerana trauma di sakiti

-Technophobe adalah sebutan untuk orang yang menghindar / menolak teknologi baru

-Quidnunc adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru

-Atychiphobia adalah fobia atau rasa takut berlebih akan gagal / kegagalan

-Amaxophobia adalah fobia atau rasa takut berlebih memandu kereta atau motor

-Philophobia adalah fobia atau rasa takut akan merasakan cinta atau jatuh cinta

-Tonsurphobia adalah fobia atau rasa takut akan memotong rambut.

-Alliumphobia ketakutan berlebihan terhadap bawang putih

-Musicphile adalah sebutan orang yang ketagih mendengarkan musik

-Gamophobia adalah fobia atau rasa takut akan pernikahan dan berkomitmen

- Eccedentesiast seseorang yang menyembunyikan rasa sakit mereka di balik senyumnya

-Lygopobia adalah ketakutan akan kegelapan

-Athazagoraphobia adalah ketakutan akan dilupakan atau diabaikan

-Katsaridaphobia adalah fobia /takut pada lipas

-Frigensophobia adalah ketakutan bahawa memakai telefon boleh merosakkan otak

-Trauma Neurosis adalah gangguan yang terjadi pada saraf pusat (otak) individu, akibat benturan benda keras atau pemukulan di kepala.

-Coulrophobia adalah rasa takut pada badut

-Metathesiophobia adalah rasa takut terhadap perubahan

-Erotomania adalah jenis khayalan di mana orang yg bersangkutan percaya bahwa orang lain jatuh cinta dengannya padahal tdk sama sekali.

-Acrophobia  takut ketinggian, biasanya mereka akan rasa sangat tegang, mengeluarkan peluh dingin dan wajah menjadi pucat

-Emetophobia  adalah ketakutan akan rasa mual dan muntah, saat melihat seseorang mual dan muntah, maka kita pun akan ikut muntah.

-Pika (Pica) adalah sebuah penyakit kejiwaan yang menunjuk pada keinginan kuat utk memakan benda-benda yg bukan merupakan makanan

-Agyrophobia adalah fobia atau rasa takut berlebih akan menyebrang jalan

-Arctophile adalah sebutan seseorang yang mempunyai kesukaan / mengumpul patung beruang (teddy bears).

-Ambulophobia adalah fobia atau ketakutan akan berdiri dan berjalan

-Hypopituitarism adalah penyakit yang jarang berlaku dimana pesakit tidak membolehkan untuk merasakan cinta

-Misophonia adalah penyakit kelainan saraf, dimana penderita membenci suara orang sedang makan atau suara orang bernafas.

-Macrophobia adalah fobia / takut akan menunggu lama.

-Eremophobia adalah fobia / takut akan kesepian.

-Depresi adalah suatu perasaan kesedihan yg psikopatologis, yang disertai perasaan sedih, kehilangan minat dan kegembiraan. Kusumanto (1981)

-Eproctophilia adalah kelainan seksual dimana si penderita menyukai bau kentut pasangannya.

-Teratophobia adalah fobia atau takut melahirkan anak yang buruk / takut pada monster / takut orang berpenampilan buruk

-Taphephobia adalah ketakutan dikubur hidup-hidup

-Narkolepsi adalah gangguan tidur dimana seseorang boleh tiba-tiba tertidur saat melakukan aktiviti normal dan kebiasaan harian

-Sophophobia adalah fobia atau ketakutan akan belajar.

- Didaskaleinophobia adalah takut pergi / masuk ke sekolah.

-Talikogenic adalah sebutan untuk mereka yang terlihat menarik dari belakang

-Pistanthrophobia adalah fobia atau ketakutan untuk mempercayai orang karena pengalaman masa lalu yang negatif atau buruk.

-Textaphrenia adalah perasaan ketika kamu mendapatkan sms padahal sebenarnya tidak ada sms yang masuk

-Aurophobia adalah fobia atau ketakutan pada emas dan perhiasan.

-Cyberphobia adalah rasa takut terhadap komputer.

-Anthophobia adalah sebutan untuk seseorang yang takut Bunga

-Abibliophobia adalah fobia atau ketakutan terhadap kehabisan bahan bacaan

-Caligynephobia adalah rasa takut berlebihan terhadap wanita yang cantik, rasa takut ini mungkin muncul akibat pengalaman buruk dengan wanita cantik.

-Megalomania adalah suatu kecenderungan untuk menilai diri secara berlebihan atau menghargai diri melampaui batas

-Cherophobia adalah fobia atau rasa takut pada keriangan/kegembiraan

-Telephobia adalah fobia atau ketakutan akan membuat atau menerima panggilan telepon

-Biasanya anak kembar menciptakan bahasa mereka sendiri yang dikenal sebagai cryptophasia dan hanya mereka yang memahaminya

-Istilah untuk warna yang anda lihat ketika mata anda tertutup adalah Phosphene.

-Selenophobia adalah fobia atau ketakutan pada bulan

-Coimetrophobia adalah sebutan untuk orang yang takut pada Kuburan.




nak copy boleh tapi kasi kredit siket la ehh... =)




Jumaat, 9 Ogos 2013

Taktik perkenalan kendiri defensif



  Apabila identiti seseorang telah dipersoalkan atau dinafikan oleh orang lain, individu itu tersebut mungkin akan bertindak untuk mempertahankan identiti, atau memulihkan identiti yang telah rosak itu. Defensif ialah brtujuan mengembalikan identiti kepada yang asal. Tindakan kendiri secara asertif adalah bertujuan untuk membentuk identiti yang baru. Perkenalan kendiri secara defensif diperkenalkan akibat dorongan daripada kesan-kesan negatif yang sering dikaitkan dengan identiti yang telah rosak.

  Sebagaimana situasi: seorang professor yang membuat kesilapan dalam kuliahnya mungkin akan dipandang rendah oleh mahasiswa-mahasiswanya. Untuk menghalang reaksi negatif daripada orang lain, seseorang itu menggunakan taktik perkenalan kendiri defensive untuk tujuan mengelak atau membataskan kehancuran yang berkaitan dengan identity yang telah rosak itu. Melalui situasi tersebut, professor tersebut mungkin meminta maaf atas kesilapan yang berlaku.

Justifikasi

Justikasi adalah pernyataan yang memberi gambaran bahwa seseorang itu bertanggungjawab pada apa yang telah dilakukannya, tetapi individu tersebut meberikan alas an-alasan atau sebab-sebab untuk menutupi kerosakan identiti akibat perbuatannya itu. Justifikasi biasanya digunakan kerana seseorang individu mahu orang lain percaya bahawa matlamat adalah menghalal atau merasionalkan cara.
Penerangan tersebut bertujuan agar orang lain meletakkan sesuatu peristiwa dalam konteks yang lebih luas. Justifikasi bertujuan untuk menolong seseorang yang menggunakannya membebaskan diri dari merasa kejanggalan, dan memperbaiki identitinya yang telah rosak. Justifikasi bertindak sebagai dapat menyelamatkan air muka dan mengurangkan darjah reaksi negatif daripada orang lain. Penerimaan justifikasi boleh mengurangkan kemungkinan tindakan ganas daripada orang lain. Misalnya, rakyat mungkin tidak akan memberontak terhadap pemerintah kerana kenaikan cukai, sekiranya kenaikan cukai itu diberikan justifikasi yang dapat mereka terima, misalnya untuk tujuan pembangunan Negara dan membantu rakyat miskin.



Penyangkalan

Justifikasi atau alasan merupakan penerangan-penerangan lain yang terlebih dahulu dikemukan sebelum sesuatu kejanggalan iaitu dipanggil penyangkalan. Penyangkalan adalah satu taktik berbahasa(lisan) yang digunakan bagi menghilangkan terlebih dahulu keraguan-keraguan yang mungkin wujud akibat dari tingkah laku atau tindakan yang disengajakan. Dalam penyangkalan, seseorang individu memberitahu orang  lain tentang tujuan tingkah laku yang akan dilakukannya dengan harapan bahawa sesuatu impresi negatif, yang mungkin wujud boleh dibendung atau dihalang sebelum ia terbentuk. Sebagai contoh, seorang pelajar telah memberitahu ibu bapanya bahawa peperiksaan yang akan didudukinya itu terlalu sukar, di mana sebelum ini ramai pelajar yang telah mengambilnya telah gagal. Tujuan individu tersebut adalah untuk memberitahu ibu bapanya sekiranya dia gagal nanti, diatidak seharusnya dimarah.

Tingkah laku penghalangan kendiri

Tingkah laku penghalangan kendiri merujuk kepada satu taktik yang seseorang dengan sengaja membentuk halangan-halangan dengan tujuan menyukarkank pencapai sesuatu matlamat atau kejayaan dalam sesuatu tugas. Untuk memahami tingkah laku penghalangan kendiri ini, kita ambil satu contoh di mana prestasi seseorang dalam sesuatu tugas dipaercayai dapat mencerminkan kebolehannya melakukan tugas tersebut, tetapi diwaktu yang sama individu tersebut kuatir apa yang orang lain akan fikirkan tentang prestasinya nanti.

   Untuk mengatasi kekuatiran, individu ini membentuk atau mengada-adakan halangan –halangan yang mnyukarkan pencapaian matlamat dalam tugasnya itu, agar tugasnya dilihat sebagai lebih sukar. Melalui cara ini, orang lain yang menghakimi kebolehan dan prestasinya nanti, dap[at membuat penilaian yang positif terhadapnya. Maksudnya, sekiranya gagal dalam mencapai sesuatu matlamat, individu itu atau orang lain akan menyatakan bahawa kegagalannya itu disebabkan oleh halangan-halangan tersebut, tetapi sekiranya dia Berjaya walaupun adanya halangan-halangan tersebut, orang lain mungkin akan menyatakan bahawa individu tersebut berkebolehan.


    Dengan cara mencari halangan diri, dia menjadikan sebab kegagalan bukan kerana kelemahannya, dan dengan demikian dapat melindungi dirinya daripada artribusi negatif yang dibuat oleh orang lain. Sebaliknya jika Berjaya, dia dan orang lain dapat mengartribusikan sebab kejayaan itu akibat kebolehan istimewanya. Sebagai contohnya,seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan kognitif mengambil masa sedikit sahaja untuk belajar, sebaliknya lebih banyak masanya sengaja dihabiskan dengan berborak-borak bersama kawan-kawannya sebelum hari peperiksaan.

   Sekiranya mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan tersebut, pelajar tersebut akan mendakwa bahawa tndakannya berjumpa kawan-kawan adalah sebagai sebab yang mengganggu prestasinya dalam peperiksaan. Namun sekiranya prestasinya baik dalam peperiksaan, maka harga kendirinya akan bertambah, dan akan mendapat atribusi sebagai seorang pelajar yang bijak.


SITUASI PERTAMA: tingkah laku penghalang kendiri

 Babak pertama ini di mana terdapat 4 orang sahabat mahasiswa Kolej Islam Sains dan Teknologi berbicara tentang peperiksaan yang bakal mereka duduki keesokan harinya.
Siswi 1: assalamualaikum, korang sihat ke? Korang dah study ke? Esokkan dah exam.
Siswi 2: waalaikummussalam, aku dah study, tapi tak faham sangat la. Nota dah dia berterabur, tulisan  kecik pulak tu. Macam karangan, dah la masa mengajar bagi contoh yang sama dalam nota. Pening aku di buatnya.
Siswi 3: eh! Kau pun sama jugak, aku ingatkan aku yang lambat pick up, rupanya memang   pensyarah tu yang tak pandai mengajar.
Siswi 4: tapi aku rasa subjek ni memang susahla. Aku harap kita semua dapat jawab esok.
Semua siswi: aku pun harap macam tu jugak.

SITUASI KEDUA: penyangkalan

Selepas habis kuliah, ketika sedang berehat bersama keluarga.
Siswi 5 : assalamualaikum abah? Asma baru balik ni
Abah : waalaikumussalam, oh Asma dah balik. Mari sini sekejap abah ada benda nak cakap.
Siswi 5 : ada apa bah? Orang nak study ni, esok dah nak exam
Abah : oh iya ke, jadi macam mana dengan persediaan Asma untuk esok?
Siswi 5 : entah la bah, esok dah nak exam, tapi Asma dah baca buku tapi masih tak faham-    faham. Subjek tu memang susah la abah.
Abah : habis tu Asma tak ada buat study group ke dengan kawan-kawan yang lain?
Siswi 5 : alah abah senior kami yang dulu pun cakap memang subjek tu susah kalau lulus tu pun cukup-cukup makan je.
Abah : kalau begitu Asma buatlah yang terbaik. Abah harap Asma akan lulus dengan baik.

SITUASI KETIGA : setelah habis peperiksaan

Siswi 6 : hooray..!!!!!!! Alhamdulillah dah habis exam lega rasa
Siswi 7 : amboi seronok eh dah habis exam. Bagi kau susah tak exam tadi?
Siswi 6 : agak susah la jugak, saya tak tak jawab sampai habis, lagi pun banyak yang saya tak tahu nak jawab. Awak pula macam mana? Boleh jawab semua?
Siswi 7 : amboi tak boleh jawab pun boleh seronok eh.. saya Alhamdulillah boleh jawab semua walaupun susah tapi lebih baik saya jawab jugak daripada tinggal kosong dan tak dapat markah lansung. Baik tulis juga sekurang-kurangnya dapat markah kesian pun jadilah.
Siswi 6 : hahha….tunggu kita sama-sama kena repeat




Jumaat, 2 Ogos 2013

fitnah wanita







بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sering kita mendengar bahaya 3 "ta". Harta, tahta dan wanita. Paling melenturkan kelelakian seseorang adalah wanita. Dengan helah wanita ramai yang kecundang. Wanita yang tidak beriman sentiasa mencari-cari peluang untuk menonjol-nonjolkan diri pada lelaki lain dengan harapan diberi puji-pujian, di layani dengan penuh perhatian. Sikap inilah yang merosakkan nilai diri seorang wanita, tidak kiralah mereka telah menjadi isteri atau ibu seseorang.

Sikap suka memperaga, kini sudah menjadi amalan. Bermacam vitamin, pencuci muka, cream-cream kecantikan yang di ambil untuk tujuan tersebut. Tidak kurang yang tidak mahu bersembahyang, semata-mata rasa kerugian make up yang di tempek berjam-jam dimuka dengan nilai harga yang agak mahal, di rasakan rugi jika terkena air sembahyang. Inilah sikap yang bertuhankan hawa nafsu yang perlu di buang. Tidak cukup demikian, sebarang yang dipakai bukan lagi bertujuan menutup aurat mengikut yang di syariatkan. Selagi di laku oleh ramai orang, selagi itu mereka tidak merasa berdosa untuk turut sama melakukan. Maka lahirlah insan-insan, perempuan-perempuan yang suka memperagakan kerana masih ada yang tidak menjaga pandangan, masih ada yang suka memberi pujian.

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)


Hal ini jelas diperihat di dalam facebook semakin ramai yang mempamir berbagai-bagai gambar yang jelas bertentangan dengan apa yang di gariskan oleh syarak. Tepuk dada dan tanyai iman, atas dasar apa berbuat demikian..??

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am ayat : 32:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

ertinya:
”Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”


Sungguh ramai yang telah di lalaikan dengan perkara-perkara lagha yang sebetulnya boleh di elakkan. Justeru kerana sikap ingin menonjol dan mempamirkan inilah yang membuatkan semakin ramai yang tidak dapat mejaga hukum hakam, lebih-lebih di musim perayaan. Aurat tidak dijagakan, pergaulan tidak di kawalkan. Pakaian tidak lagi menutup aurat yang dijadikan pegangan, melainkan ingin menonjolkan bentuk-bentuk di badan.


Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً
ertinya:

”Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”



Ramai yang mempunyai mata, tetapi buta melihat kebaikan agama. Ramai yang mempunyai telinga tetapi di tulikan dari mendengar nasihat yang berguna, dan ramai yang mempunyai hati namun di matikan dari kejernihan iman dan taqwa. Dunia itu sendiri adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan itu ialah kesolehan para wanitanya. sebagaimana yang disabdakan oleh rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, maksudnya :

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Allahu a'lam.


sumber blogger juliayacub




Memori pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...