Isnin, 30 September 2013

signal untuk bangun tahajud


Assalamualaikum readers, 

segala puji bagi allah tuhan yang menciptakan langit dan bumi berserta seluruh isinya, Selawat dan salam keatas junjungan mulia nabi muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda...


Readers pernah tak korang mengalami perkara ini...
kadang-kadang punya lah allah nak bagi signal pada kita dengan sengaja allah kejutkan kita pagi-pagi buta dalam pukul 2-4 pagi suruh bangun gi tandas, kadang-kadang tu terasa dahaga kita pon bangun la gi buka peti ais cari air. Dan lepas tu ntah kenapa kita dah tak boleh nak tidur balik(selalukan jadi mcam tu).... baring atas katil pon ke kiri kekanan tetap tak boleh tidur.... pastu kita ni pon buka lap top online fb, kalau tak pon ambil remote buka astro tengok bola.... punya la TAK SEDAR DIRI!!! sebenarnya allah sengaja kejutkankan kita pagi-pagi buta semata-mata nak bagi peluang pada kita bertahajud, bermunajat, zikir untuk buat bekalan akhirat, tapi itu pon kekadang kita tak sedar lagi masyallah....

Dalam hidup ini,
punya lah banyak nikmat allah bagi tapi kita lansung tak tahu nak bersyukur, kalau pon berasa tak nak buat tahajud, apa ka nak salah gerakkan sedikit mulut tu beristiqfar.... itu pon dah kira aci lah... tahajud bukan susah, kita qada solat subuh yang lepas-lepas pon dah dikira tahajud

tapi kita ni bukan setakat berat nak buat tahajud, nak sebut la illaha ilallah pon kedekut... masyallah... sebab apa nak tahu??? maaf aku cakap sebab kita ni JAHIL AGAMA. Bahasa sedap sikit BODOH, sampai buta mata hati daripada melihat nikmat allah yang melimpah ruah... dikurniakan  mata, telinga, hidung, suara dan yang paling besar nikmat iman dan islam...

dah la kita amalan tak banyak, selalu bergaduh dengan orang, duk perang mulut maki orang tu, kutuk orang ni... ada pulak tu sengaja dajalkan orang lain demi keuntungan diri sendiri... tak usah la nak sebut satu-satu perkara aib sendiri sebabnya memang memalukan diri sendiri...


dalam sebuah hadis Riwayat al-bukhari dan muslim:

"Setiap umat ku diberi keampunan oleh allahSWT melainkan orang yang mujahirah. Yang dikatakan orang mujahiran itu ialah dia melakkukan sesuatu amalan yang aib pada malam hari, kemudian pada waktu pagi dalam  keadaan allah menutup keaibanya dia berkata, wahai polan aku telah melakkukan perbuatan itu dan ini malam tadi.. sedangkan allah SWT telah menutup aibnya pada malam hari, sebaliknya apabila pagi dia menghebahkan pula perkara yang allah telah tutupkan untuknya."



INGATLAH  sahabat hidup ini sementara, kesenangan, kegembiraan, kesihatan, umur, anak pinak, harta kita itu semua allah akan tanya diakhirat, ibaratnya seperti kata2 nabi idris dunia ni seperti 'masuk pintu depan keluar pintu belakang'. (betapa singkatnya hidup)

 Jika kita kaji kisah nabi idris, baginda dikurniakan umur yang panjang selama 950 tahun, ada setengah riwayat menyatakan selama 900 tahun, namun baginda masih menyatakan bahawa kehidupan didunia ini adalah singkat. Sementelahan, cuba pula kita fikir bagimanakah pula kita yang lahir di zaman kenabian muhammad SAW yang hanya panjang umurnya sekitar 50-60 tahun sahaja??  wahai sahabatku setiap apa yang telah kita miliki semuanya akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak, setiap deru nafas kita juga  akan disoal di hari akhirat, juga ianya hari  yaumallazilla illa zillih iaitu hari dimana tiada naungan lain selain daripada naungan allah...


aku bukanlah seorang yang baik ataupun alim, aku sekadar seorang hamba biasa yang senentiasa melakkukan dosa, hidup ku juga tidak pernah terlepas daripada melakkukan dosa...... tapi sebagai seorang hamba yang hina yang sentiasa mengemis rahmat allah apa aku masih perlu sombong dengan ilmu yang ciput ini??? apakah masih perlu aku bersuka ria dengan hidup yang sementara ini?? atau apakah tidak ada suatu jalan yang aku boleh salurkan untuk golongan muda seperti aku untuk dijadikan bekal tika aku mati kelak???


sentiasa menyesali diri yang hina..... hanya allah yang maha sempurna, tempat memohon pertolongan.... muhasabah diri selalu semoga kita semua diselamatkan daripada azab kubur yang maha dahsyat ..... ameen


'wahai reader mohon doa kalian buat diri ku, kerana aku yakin pada kekuatan doa'



Antara mengikut Islam atau mengikut perasaan




Ramai muslimah, terutamanya anak-anak gadis era internet menghadapi kes perceraian yang amat tinggi dan masalah rumahtangga. Punca perceraian no. 1 yang tertulis di dalam borang permohonan cerai di mahkamah Syariah ialah 'TIADA PERSEFAHAMAN'.

Kenapa tiada persefahaman ?

Aljawab, selagi tidak tinggal sebumbung, sekatil dan serumah maka amat susah dan mustahil bagi kita untuk mengenal peribadi seseorang apakah dia serasi atau tidak untuk menjadi pasangan kita.

Namun setelah tinggal bersama barulah mendapati suami tidak serasi dengan kita atau suami tidak memahami perasaan kita, suami tidak romantik, suami tidak seperti yang diharapkan, suami tidak seperti dalam novel 'Suami aku Ustaz', suami tidak seperti Syeikh Abd Rahman Sudais, suami tidak seperti Rasulullah salallahualaihiwassalam atau persis dalam hadith-hadith Nabi.

Ramai berkata, ingatkan suami sebelum kahwin begini....rupanya begitu...Ada pula yang berkata dulu sebelum kahwin, atau ketika awal-awal kahwin dia tak macam ini....bla2.

Bagaimana hendak mengelak hal ini dari terjadi ?

Justeru apakah mesti setiap lelaki dan perempuan itu berpacaran, ber'couple', tinggal serumah lalu baru dapat menilai apakah wujud keserasian, kesesuaian dan kebolehan untuk tinggal bersama ? Setelah terbukti dan puas hati barulah berkahwin ?

Itulah yang barat lakukan. Bersekedudukan selama dua-tiga tahun, setelah rasa serasi barulah mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Dalam Islam tidak boleh begitu. Memandang lawan jantina sahaja pun sudah tidak boleh lalu bagaimana mahu mengenali apakah si 'Dia' itu sesuai atau tidak untuk menjadi pasangan kita ? Tempoh percubaan tidak wujud dalam agama ini.

Firman Allah SWT ;

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” [Al-Israa : 32]


Bagaimana mahu buat untuk mengelakkan diri dari rasa tertipu ? terpedaya, tertindas dan tersilap memilih pasangan ?

Aljawab,

Islam datang membawa wahyu dari Allah yang memberitahu bahawa hidup kamu wahai wanita bukanlah untuk menjadi puteri yang dilayan manja. Tetapi Islam datang membawa janji bahawa kiamat itu benar, mati itu pasti dan setiap amalan dan perbuatan kamu akan dihisab dan diberi balasan.

Justeru ;

1. Kita memang tidak akan tahu sebelum bernikah apakah suami, bakal suami, pasangan kita itu serasi, sesuai atau tidak dengan kita. Sebaliknya kita disuruh berdoa, bertawakal dan kemudian berusaha memperbaiki hidup dan rumahtangga kita dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan al-sunnah. Justeru, kalau dapat suami yang baik dan serasi maka 'Alhamdulillah' dan jika tidak maka bersabar dan redha lalu berusaha memperbaiki hubungan dan menjadi isteri solehah sehingga suami itu mati atau diganti oleh Allah.

Asiah, walau bersuamikan Firaun masih sahaja masuk ke syurga.

Isteri Nabi Luth walau bersuamikan Rasul masih sahaja ke neraka.

Suami cuma wasilah, bukan matlamat utama. Kahwin sahaja dengan sesiapapun asalkan dia beragama, secara zahirnya berpegang kepada Islam maka itu sudah memadai. Serahkan bakinya kepada Allah untuk mengatur kehidupan dan masa depan yang kamu tidak tahu.

2. Barat dan orang kafir, meletakkan kepercayaan kepada diri mereka sendiri dan usaha mereka. Sebab itu mereka jadi gila, minum arak, hisap dadah atau ambil pil anti-stress apabila keadaan diluar kawalan mereka. Mereka tidak ada tempat pergantungan dan terpaksa berusaha sendiri untuk cari bahagia yang tak kunjung tiba.

3. Tidak payah jadi 'detective', penyiasat yang menyiasat latar belakang lelaki sehingga keterlaluan kerana itu bukan jaminan walau ianya boleh dijadikan 'guideline' kerana manusia boleh berubah dalam sekelip mata.

4. Jangan terlalu banyak berangan dan mengadu konon suami tidak memahami perasaan isteri, tidak mengambil berat dan tidak pandai jaga hati isteri kerana itu bukan JANJI dari Allah bahawa kamu akan dapat apabila bernikah. Sebaliknya Allah menjanjikan 'peluang', 'ruang', 'medan' untuk kamu mendapat bahagia, rahmat dan keampunan jika kamu dapat memanfaatkan perkahwinan dan berusaha membina rumahtangga mengikut syariat Allah.

5. Jangan tertipu pandang kebahagiaan orang lain kerana boleh jadi apa yang kita pandang itu cuma ilusi yang memperdaya. Kita nampak luaran orang lain bahagia rupanya mereka lebih menderita dan terseksa dari kita. Justeru bersyukurlah kerana kita masih punyai suami sedangkan ramai gadis dan wanita diluar sana yang tidak ada lelaki.

6. Sebelum menyalahkan 'tidak serasi, tidak sesuai, tidak sehaluan, tiada persefahaman' lebih baik kita muhasabah diri apakah benar untuk rumahtangga bahagia itu harus sehaluan, sefahaman dan satu fikiran ?

- Allah izinkan lelaki beriman menikahi wanita ahli kitab. Maksudnya lelaki Muslim boleh menikahi wanita Kristian dan Yahudi yang masih berpegang kepada al-Kitab. Ini lagi tiada persefahaman dan tiada keserasian tetapi kenapa Allah izinkan nikah juga ?

Aljawab, keserasian itu dibina, dibentuk dan kebahagiaan itu diperolehi dari hasil usaha kerja keras, bukan dapat percuma atau pakej sekali dengan akad nikah. Ramai berharap apabila bernikah maka pakej 'serasi, bahagia, romantik, sehaluan itu terus dapat sekali. Apabila tidak dapat maka mereka tidak mahu susah-payah jadi pilih bercerai agar tidak perlu berusaha memperbaiki hubungan mereka.

7. Setiap wanita yang bernikah, dia layak bahagia cuma jalan dan ujiannya tidak sama. Ada yang susah, ada yang senang dan ada yang perlu berjuang. Justeru sebelum menyalahkan orang lain maka hendaklah kita muhasabah diri, apakah perpisahan itu hanya satu-satunya jalan untuk mendapat keredhaan Allah ? Atau ianya cuma demi mahu menutup kelemahan diri dan lari daripada masalah ?


وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
“Janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Shaad : 26)


oleh ustaz Emran Ahmad


Ahad, 29 September 2013

soalan panjang tapi jawapan pendek

Soalan panjang, jawapan pendek :

1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.

2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-2.. bercinta sblm kawin haram.. bercinta selepas kawin.. halal.. pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

8. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-2. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. coz dah macam syirik pulak, Allah letak mana?


sumber:  salam hadrah


koleksi buku emma



Assalamualaikum readers

hmmm korang suka baca buku tak??? aku suka sangat baca buku taw..... aku mula suka baca buku ni since aku darjah enam lagi, first buku tebal yang aku baca adalah novel melayu... aku lupa apa ke nama judul buku tu.. tapi kalau muka kulit tu aku masih ingat lagi rupanya.... mungkin sifat suka membaca ni aku warisi daripada ayah... dulu ayah suka sangat beli paper setiap hari, kekadang metro kekadang tu berita harian... tapi since syarikat akhbar mempolitikkan segala isu dalam paper tu ayah pon dah malas nak beli dah paper... tapi ayah dah ubah  beli berita harian dan utusan kepada akhbar sinar.... sinar harian ni baru je beberapa tahun keluar dipasaran malaysia.....


itu cerita dulu la, zaman sekolah dulu ni memang aku suka baca novel cintan cintun nih... sebab tu lah karangan bahasa melayu aku selalu dapat A...


tapi sejak dua menjak ni aku dah macam malas sangat nak baca novel atau tangkap jiwang dengan mana-mana novel melayu yang ada dipasaran.... aku lebih suka membaca buku yang fully fakta dan buku yang betul-betul bagi ilmu dan bukan sekadar daripada imaginasi penulis semata-mata


aku dah berubah angin dengan membaca buku-buku tentang kupasan fatwa, buku falsafah hidup, buku tentang hukum hakam islam dan kaedah rawatan sesuatu penyakit oleh tuan guru haron din.... aku suka baca buku-buku macam tu sekarang..... pelik betul sebab dulu kalau buku-buku yang boring macam ni aku memang tolak ketepi awal-awal lagi...... hmm mungkin disebabkan faktor masa, umur, kematangan dan hormon kot hehehe......


aku pon dah paksa ayah beli almari buku kepada aku sebuah supaya senang nak menyimpan dan supaya buku tak mudah rosak ...


ini lah buku-bukunya....




judul buku yang aku baca:

1. Fatwa-Fatwa Kotemporer karya Dr. Yusuf Qardhawi
2. Akidah Kaum Terselamat karya Zainal Abidin Muhamad Al-Fathani
3. Kitab Jawabul Kafi karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah
4. Falsafah Hidup karya Buya Hamka
5. Shahih Bukhari jilid 1,2,3&4 daripada Imam Al Bukhary
6. Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-quran karya  Dr. Yusuf Qardhawi
7. I Want To Be A Writer karya Ummu Hani 
8. Syarah Al Hikam(jilid 1) karya Ibnu Athoillah As Sakandari
9. Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin
10. The Evolition Deceit karya Harun Yahaya



ada banyak lagi ni buku-buku aku sampai penuh dah almari.... itu belum termasuk komik detective conan, sherlock holmes, novel lama-lama, buku motivasi, buku tentang kisah-kisah nabi, kitab-kitab arwah tok wan, buku psikologi, inventori, koleksi mastika, koleksi bercakap dengan jin (tamar jalis) dan banyak lagi.... pokoknya memang banyak lah sampai rasa nak sedekah kat org lain je tapi sayang, buku tu dah lama dan memang dah tak ada dipasaran dah...

entri sekadar nak bercerita...

ya allah kelak aku akan disoal akan ilmu yang aku pelajari dan miliki adakah digunakan sebaiknya untuk masyarakat??? aku mohon  dipermudah urusan dunia dan akhirat..... 

readers mohon doa kalian juga buat diri ku, =)

aku percaya pada kekuatan doa kalian


Sabtu, 28 September 2013

Seni Membantah (humor)



1- Raja Faisal ditanya : Kenapa rambut jenggot anda hitam, tapi rambut kepala anda sudah putih ???

Beliau menjwab : Karena rambut kepalaku tumbuh 20 tahun lebih dulu dari jenggotku.

2- Al Mutanabby ditanya : Aku melihat anda dari jauh saya kira anda seorang wanita.
Beliau menjawab : Adapun saya melihat anda dari jauh saya kira anda laki-laki.

3- Mentri Inggris yang gemuk berkata kepada Bernard yang kurus : Kalau ada orang melihat anda, mereka akan menyangka bahwa negri kita sedang kena bencana kelaparan.

Orang kurus tadi menjawab : Kalau ada orang melihat anda, mereka akan tau apa yang menjadi sebab timbulnya bencana kelaparan itu.

4- Suatu hari Juha hadir ke sebuah kampung dan disapa oleh salah satu warga : Wahai Juha, saya tidak bisa mengenalimu melainkan ketika saya melihat keledaimu.

Juha menjawab : Memang sesama keledai itu saling mengenal satu sama lain.

5- Seorang suami melihat istrinya bersedih, maka ia berkata : Wahai istriku demi Allah engkau adalah wanita kedua tercantik yang pernah aku lihat.

Sang Istri menjawab : Lantas siapa wanita tercantik itu ???

Sang Suami menjawab : Wanita tercantik itu adalah engkau ketika sedang tersenyum.

6- Seorang lelaki melihat seorang wanita dan berkata kepadanya : Anda ini sangat rupawan sekali ya.

Sang wanita menjawab : Seandainya engkau tampan, niscaya aku akan mengatakan hal yang sama seperti yang engkau katakan.

Sang lelaki menjawab : Tidak apa-apa anda berbohong sebagaimana aku tadi juga berbohong.

7- Al Jahidz (lelaki buruk rupa) bertemu seorang wanita yang buruk rupa di Baghdad, ia pun berkata kepadanya : Dan ketika binatang buas digiring.

Sang wanita berkata : Ada orang yang menyindir saya dan melupakan wujudnya.

8- Ada seorang wanita tua yang sedang menggiring empat ekor keledai, tiba-tiba ada dua orang pemuda menghampirinya dan berkata : Selamat pagi wahai ibunya keledai.

Wanita tua tadi menjawab : Selamat pagi juga wahai anakku.

9- Seorang kakek tua yang sudah bungkuk punggungnya didekati pemuda yang ingin mengejeknya : Wahai paman berapa harga busur ini ???

Sang Kakek menjawab : Jika Allah memanjangkan usiamu, busur ini akan datang kepadamu dengan gratis.

10- Seorang badui makan daging kambing muda di hadapan pejabat dengan rakus, ia lalu ditanya : Kenapa anda makan dengan rakus seolah ibunya kambing akan menandukmu ???

Si Badui menjawab : Kenapa anda kasihan dengan kambing, seolah ibunya kambing itu yang menyusui anda.




sumber sayonara




Jumaat, 27 September 2013

hanya amalan yang ikhlas diterima allah





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Keikhlasan seseorang tidak dapat diukur hanya dengan penglihatan mata kasar. Ianya bergantung kepada niat seseorang dalam melakukan satu-satu perkerjaan.



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a. katanya: Aku mendengar Rasul Allah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala berdasarkan kepada apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.



Kepentingan Hadith:
Hadith ini amat penting menjadi paksi putaran Islam, ia adalah asas kepada Islam atasnya bersandar segala hukum Islam, ini berdasarkan kata Ulamak; Abu Daud mengatakan hadith ini separuh dari Islam kerana agama terdiri dari lahir dan batin, niat adalah perkara batin. Kata Imam Ahmad dan al-Syafi’i; hadith ini satu pertiga dari agama, sebab kerja manusia terdiri dari hati, lidah dan anggota, maka niat salah satu darinya. Sebab itu ulamak memulakan karangan kitab mereka dengan meletakkan hadith ini dipermulaannya, al-Bukhari memulakan dalam Kitab Sahihnya, Imam Nawawi memulakan hadith ini dalam kitab-kitabnya Riyadzu Salihin, al-Azkar dan hadith empat puluh. Gunanya dimulakan dengan hadith ini untuk meperingati kepada setiap penuntut ilmu agar mengikhlaskan hati kerana Allah ketika menuntut ilmu dan beramal soleh.


Setiap tindakan perlu kepada keikhlasan sebagaimana ibadat-ibadat lain yang dikerjakan kerana keikhlasan hati dalam mengerjakan ibadah adalah menjadi syarat penerimaan ibadah itu oleh Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.


Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu."


Melihat zahir yang baik belum tentu membuktikan isi hati dan keikhlasan yang baik. Sebaliknya hati yang baik akan menzahirkan yang baik. Memberi makna setiap perkara baik itu di sisi Allah berdasarkan niat hati seseorang mengerjakan amalam baik tersebut.

Sesungguhnya ikhlas itu roh atau jiwa sesuatu amalan. Sesungguhnya sesiapa yang beramal tanpa keikhlasan di dalamnya maka amalan yang ditunaikan itu tiada mempunyai roh dan tidak diterima. Sabda Rasulullah s.a.w.


Maksudnya: "Allah tidak menerima amalan melainkan amalan yang dikerjakan dengan tulus dan ikhlas baginya dan bertujuan mendapat keredhaanNya".


Keikhlasan niat seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Saad bin Muaz yang tidak mempunyai rupa kecantikan telah di jamin oleh Rasulullah s.a.w. yang mana beliau adalah penghuni syurga. Tatkala mendengar seruan jihad dari Rasulullah s.a.w “Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”. Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang walaupun asalnya dengan bantuan sahabat lain beliau ingin membeli keperluan perkahwinannya. Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.



Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya yang pada asalnya di tolak oleh bapa si perempuan kerana rupanya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “di saat kematian Saad, bergegar arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.


Demikianlah kita, bagaimana keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu agar mendapat jaminan Allah menghuni syurga dengan rahmatnya tanpa niat suci bersih melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah s.w.t. Ramai yang melakukan kebaikkan hari ini, namun dapatkah kita menjamin kebaikan tersebut ada nilainya di sisi Allah s.w.t. Bersama lah kita membuang sifat mazmumah dan mengantikan dengan mahmudah, kerana sifat mazmumah adalah sifat buruk yang banyak menghalang keikhlasan seseorang berhadapan dengan perhitungan Allah s.w.t.


Sifat ikhlas meninggalkan kepuasan dan ketenangan pada pelakunya. Mana kala sebaliknya akan membuat jiwa tidak tenteram, tidak puas hati, serasa dia sahaja yang perlu buat demikian, bahkan suatu hari mahu orang akhirnya tahu apa yang telah di lakukan. Kepuasan orang tahu dan menyebut sebenarnya tidak akan mendatangkan ketenangan, bahkan meninggalkan azab kepedihan dan kegelisahan di hati yang tiada kesudahan. Maka, hari ini ramai yang di lihat masih tidak senang dan masih tidak puas hati bilamana masih ada yang mengomen akan keterampilan dirinya.


Sering di lihat, dari bergurau jadi bertengkar bila tersentuh tentang pakaian, keterampilan, saiz badan biarpun dalam suasana hari raya yang masih terasa erti sebuah kemaafan. Pemerhatian ini, biasa berlaku di mana pun. Mengambarkan nilai sebuah keikhlasan melakukan sesuatu pekerjaan, " niat" apa sebenarnya menjadi keutamaan.

Wallahu a'lam.


sumber blogger juliayacub  






orang pertama dalam islam



org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ????? kalau anak murid tanya, ternganga nak jawab..so simpan nota nih....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM -----------------------------------------------

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.







Ahad, 22 September 2013

Sabtu, 21 September 2013

tidak masuk syurga lelaki dayus




Firman Allah

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء
yang bermaksud: "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita ... (Surah An-Nisa', ayat 34)

Lelaki adalah pemimpin keluarga. Besar tanggungjawab yang perlu di pikul agar memastikan anak dan isteri nya sentiasa mengikut akan titah perintah Allah. Sayangnya hari ini, fenomena lelaki 'sporting' terlalu ramai hinggakan ada isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isteri menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah malahan bangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untuk memasuki syurga walaupun si suami rajin mengerjakan rukun Islam tetapi dalam masa yang sama suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun iman.



Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )


Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )



Dayus dan bacul satu perkataan yang pastinya mendatangkan kemarahan pada mereka yang terasa demikian. Namun begitulah hakikatnya pada sang lelaki yang tidak memperdulikan urusan keluarganya samada mereka ikut atau tidak perintah Allah. Bahkan sanggup menghantar dan mengambil anak isteri yang terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah. Samada berpakaian menjolok mata, bersalaman dengan lelaki yang ajnabi bahkan ada yang di angkut teman lelaki ke sana kemari. Bahkan ada juga suami yang rela isteri menumpang kereta jiran ke pejabat dalam keadaan berdua sahaja.

Paling menyedihkan kadang-kadang seorang bapa baru selesai solat atau kuliah di masjid, menghantar anak dengan moto yang berpakaian sangat seksi atau mungkin, sebahagian pinggang terkeluar dari baju dan seluar bila menunggang motor si ayah tadi. Tidakkan ianya sangat mencacat dan mencederakan kesucian islam itu sendiri, seorang ayah yang berkupiah, tergamak membawa anak yang menentang hukum Allah. Di mana kepimpinan seorang ayah yang bergelar lelaki..

Sedikit sebanyak, mari bersama kita fahami apa yang di maksudkan dengan dayus...

1) Sabda Nabi : -



وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)





Jumaat, 20 September 2013

Articles Of Faith - Talib Al Habib lirik



Assalamualaikum readers
Pernah dengar tak lagu dalam tanyalah ustazah? hah cari punya cari last2 aku jumpa jugak lirik dan lagu penuhnya... so ni cuma just nak kongsi dengan semua readers.. harap suka






Articles Of Faith - Talib Al Habib

amantu billahi wa mala'ikatihi
wa kutubihi wa rusulihi wa al-yaum al-akhiri
wa al-qadri khayrihi wa sharrihi min Allah
wa al-ba'si ba`d al-maut, la ilaha illa Allah

Faith is belief in Allah and the Messengers
The angels and the Final Day, and the holy scriptures
And to believe in destiny
That good and bad both come from Him
And the Resurrection; there is no god but Allah.

La ilaha illa Allah (x3), Muhammad Rasulullah

Allah is the creator of heaven and of earth
Nothing may compare with Him, He is the One alone
The prophets, best of humankind
Sent to all nations and all tribes
Last of all Muhammad, mercy to the worlds.

Formed of light and beauty, the angels of the Lord
To praise Allah, to help mankind,
Jibril brings the word.
The scriptures, all by Allah sent,
Torah, Psalms and Gospel then
The source of perfect guidance, the Glorious Quran.

The reckoning, the Final Day, when all will see their works
Remade in soul and body to stand before the Lord
With patience bearing every grief
With thankfulness for all blessings
We are content with destiny, the Will of Allah.

Faith is belief in Allah and the Messengers
The angels and the Final Day, and the holy scriptures
And to believe in destiny
That good and bad both come from Him
And the Resurrection there is no god but Allah




Rabu, 18 September 2013

surat dari penjara


Assalamualaikum readers yang aku harapkan terus menerus menjengah teratak diari online
aku yang tak seberapa nak awesome neyh


terima kasih sudi menjengah aku yang masih bertatih dalam dunia blogging, lama rasanya tak menulis.. dah mula sengal-sengal dah jari ni gatal nak menaip, tapi tak ada cerita yang best untuk dikongsikan... hmmmm tunggu je lah

tapi entri kali ni aku dah ada idea nak menulis...... hew hew hew

mula ceritanya tadi ni selepas solat zohor cadang nak rest kejab badan ni, aku ingat nak manja-manja siket la dengan tilam dan bantal aku tu sebab dah 3 hari aku tinggalkan mereka sebab ke rumah abang aku, saja nak jalan-jalan kholompo.... lama dah tak ke sana, tak da beza pon kholompo tu sama je macam dulu cuma yang makin bertambah tu puak bangla je lah yang makin ramai...... rrrrrrrr seram meih


masa baru je nak lelap mata ni ayah panggil turun.... 'lah ayah ni dah kenapa pulak'...
aku pon dengan perasaan malas dan mata stim pon turun la ke ruang tamu...
"ada apa yah?"
'ni hah ada surat dari penjara, buka cepat ayah nak tengok'


aku bila dapat je surat dari penjara turus buntang biji mata.... "aku ada buat salah ke?"
aku pun buka la sampul tu dan jeng jeng jeng~~~~

suratnya seperti begini.....


yeah surat dari penjara.... hohohoho


alhamdulillah aku diterima menjadi sebahagian daripada ahli sukarelawan koreksional penjara,
syukur alhamdulillah.... kerja sukarelawan memang kerjaya yang aku sangat minati, membantu sesama manusia adalah perkara yang aku idamkan sepanjang hidup...... koreksional berasal daripada correctional bermaksud pemulihan

permohonan ni aku dah minta sejak tahun lepas lagi, masa study sem 6 bersama kawan baik aku Amira dan Jierk. Untuk pengetahuan readers hanya Amira dan jierk sahaja kawan yang memanggil aku dengan gelaran kak yong.... hehe jierk aku tak heran sangat sebab dia pon dah jadi askar.... watlek, rasa nak gelak bila teringat kat dia klik sini , mira insyallah bakal menjadi seorang konstabel wanita aku doakan dia berjaya dapat kerjaya tu....


Seriously aku tak bajet  la pulak akan diterima jadi sukarelawan, tapi bila diterima tu rasa syukur sangat, hajat aku nak menolong insan malang tu akan tercapai juga...... aku apply ni pakai  kelayakkan aku dalam bidang psikologi 

ini baru langkah permulaan dan masih ada lagi langkah-langkah yang perlu aku panjat satu demi satu...


hah.... dalam gambar tu saje je aku tak edit alamat aku dalam surat ni..... mana la tahu kan ada yang berbesar hati nak kasi aku hadiah ke, surat ke, kad raya ke  kan senang dah ada alamat... so korang boley la hantar ehh aku tunggu taw, birthday aku 20 disember, hantar taw  muehehehe =)



mohon readers doakan kebaikan buat diri ku

'tidak akan kurang pahala seorang yang mendoakan orang lain melainkan beliau juga akan didoakan malaikat sama seperti keatas dirinya'






Rabu, 4 September 2013

sebab kenapa aku malas nak online facebook



Status:
best la pulak kalau boleh naik motor malam-malam sebab boleh cilok

pengomen 1: beb kau keluar malam ke? aku ingat kau alim...

pengomen 2: dasar perempuan tak tahu malu, harap kan bapak je orang masjid anak macam perempuan liar..

pengomen 3: perrghh hebat la kau beb, lepas ni aku boleh arr ajak kau lepak tempat yang selalu aku lepak

pengomen 4: confirm bohsia!!!!

yang tak komen tapi like tapi dalam hati : confirm perempuan ni tak leh buat bini, jenis yang suka keluar malam mesti bukan jenis perempuan yang baik-baik



situasi sebenar:  Aku baru lepas tengok citer KL gangster lepas tu sedang berimaginasi tengah bawak superbike. Bajet macam nak kongsi impian dengan friend facebook...




itu arrrrr diantara sebab kenapa aku naik meluat nak updated ststus atau nak on facebook. Actually ada banyak lagi sebabnya tapi inilah diantara sebab yang paling cuak kenapa aku malas nak online....  aku cakap A diorang faham B ... tiada yang betul-betul cuba faham situasi, atleast tanya la perkara yang sebenar apa dah jadi kan

yang kat atas ni contoh je taw, bukan betul pon

peaceyall    (-,-)v







Isnin, 2 September 2013

Masalah kaum muslimah dan pendakwahnya (daie)


Kaum muslimah pada generasi hari ini yang disebut sebagai generasi X-Y-Z, generasi FB dan internet yang banyak mengalami masalah dalam 'komitmen' hidup seperti perkahwinan, keibuan dan rumahtangga. Hal ini boleh diketahui melalui laporan yang datang dari pelbagai sumber yang menyebut tentang sikap mereka yang manja, cepat lemah semangat, mudah panik, tidak berani keluar dari zon selesa dan kuat pergantungan kepada orang lain atau tidak pandai berdikari.

Mereka juga terkenal sebagai golongan yang cepat putus asa, mudah berubah fikiran dan kurang adab atau kurang budi-bicara dan lemah kemahiran komunikasi dengan pihak yang lebih tua, berbeza dengan mereka (baik pendapat, idea atau situasi) atau lawan jantina. Golongan ini juga didapati mudah dan cepat atau dalam bahasa lain gopoh membuat kesimpulan, keputusan dan rumusan tentang sesuatu dalam hidup sehingga menyebabkan mereka mengalami banyak masalah semasa.

Malangnya, dalam keadaan begitu kaum muslimah hari ini, mereka tidak mendapat ubat dan rawatan yang betul dari pendakwah-pendakwah semasa:

1. Meletakkan batu asas atau dasar yang betul dalam program atau dakwah

Perubahan kaum muslimah di tanahair pada hari ini dari negatif atau kurang beragama -----> kepada kehidupan beragama tidak bermula atau tertegak di atas asas yang betul dan hal ini kurang diambil berat oleh para pendakwah dan pihak organisasi dakwah.

= Sebab seseorang itu mendapat hidayah boleh jadi apa sahaja. Seketul najis pun boleh menjadi sebab hidayah. Itu tiada masalah tetapi meletakkan asas dan dasar dalam dakwah untuk membawa perubahan kepada manusia itu kena melalui asas yang betul.
= Perubahan diri dan jalan mendekati agama mesti atas asas yang benar dan sahih seperti yang diseru oleh hadith Nabi Salallahualaihiwassalam,

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُوْلٍ
Tidak akan diterima solat tanpa bersuci dan tidak akan diterima sedekah dari (hasil) ghulul (khianat). [Riwayat Muslim] Wudhuk dan niat ialah asas bagi solat dan harta yang baik ialah asas kepada penerimaan sedekah. 


Kaum muslimah yang comel, gedik dan suka tayang muka buat tutorial pakai hijab di yotube pun kalau nak pakai tudung kena bermula dengan asas yang betul iaitu demi ketaatan kepada Allah, demi patuh perintah, demi syarak agar tak dibakar api neraka kerana percaya akhirat.

Kalau pakai tudung sebab ia nampak lawa, comel macam Wardina, Diana Amir, Heliza maka tiada pahala dari Allah, bahkan akibatnya merosakkan.

Contohnya : (Baca dengan minda 'High class')

- Memakai 'tudung' atau menutup 'aurat' kerana tertarik pada arus untuk kelihatan cantik dan terpengaruh dengan artis comel yang 'berhijrah'.

- Dakwah kepada kaum muslimah dipromosikan dengan gaya 'gedik' seperti latar belakang warna 'pink', manja dan penuh kejiwangan. Novel-novel Islamik-cintan, penceramah yang belum pernah basuh berak anak dan buat susu ditengah malam, flash-mob yang konon mesej Islamik dan seumpamanya.

- Dakwah seharusnya bermula dengan asas yang betul untuk melahirkan kesedaran dan peluang agar manusia dapat dekat dengan hidayah Allah melalui al-Quran dan as-sunnah.


Perhatikan ucapan Nabi Salalallahualaihiwassalam terhadap seorang anak muda yang masih kecil bernama Ibn Abbas RA dengan sabdanya ;

يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ
Wahai, anak kecil! Sesunguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat; jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu; jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapatkan Dia selalu di hadapanmu; apabila engkau minta, mintalah kepada Allah dan apabila engkau minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada-Nya. [Riwayat al-Tirmidzi].


Ramai kaum muda, pendakwah yang berfikiran singkat dan bersikap "Machiavellian" (matlamat menghalalkan cara) akan berkata : 'Apa salahnya, yang penting mesej atau info sampai, atau mereka akan kata, biarlah asalkan mereka (perempuan) berubah ke arah lebih baik.'

Aljawab,

Kata Ibn Mas'ud RA, Sesungguhnya Rasululluh salallahualaihiwassalam telah memberitakan kepada kami:

أَنَّ قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ

“Bahawa ada sekelompok orang, mereka membaca al-Qur'an, namun al-Qur’an itu tidak melewati kerongkong mereka.' [Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi]


Anak gadis yang gedik dan mempunyai pelbagai penyakit sosial ini apabila tidak dirawat dengan 'prosedur' yang betul kemudian para pendakwah pula buat program Islamik ala-ala gedik seperti seminar atau konvensyen muslimah yang gedik dan sebagainya untuk tarik minat anak gadis ini maka mereka (gadis) seterusnya akan 'terus set' di minda mereka tentang Islam dengan versi yang salah.

Anda mungkin berkata, kami hanya buat program adapun ilmu dan pengisian lain maka itu tanggungjawab muslimah tersebut untuk cari sendiri. Anda pun tahu bahawa antara masalah utama generasi muda hari ini ialah 'SPOON-FEEDING' dan mahu semuanya disuap ke mulut mereka. Lalu anak gadis ini akan dewasa, kahwin dan kemudian jadi pendakwah macam anda pula dan meneruskan ' vicious circle' (putar balik yang tak kemana) ini.

Anda mungkin akan petik ayat saya, 'Tak penting bagaimana kita bermula tetapi yang penting ialah bagaimana kita akan berakhir.' 

Benar, bermula kenal Islam di program gedik santai...belajar agama dengan ustazah yang anti-poligami dan penulis novel cinta, ikut usrah dan program Islamik syok sendiri dan hasilnya berakhir sebagai syuhadak di medan jihad seperti Syria dan Palestin dengan kempen boikot kurma Iran atau boikot McDonold. Atau nikah dengan lelaki jambu ala-ala bapuk yang berambut panjang tetapi melahirkan anak seperti Salahuddin al-Ayubi ???


Allah SWT berfirman:

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 

'Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.' [At-Taubah:19]

Sunnatullah mesti diikut kalau mahu pengakhiran yang baik !


2. Mengisi maklumat, dakwah dan info kepada anak gadis mengikut 'keutamaan' dan keperluan

Contohnya :

- Apakah faedahnya bercerita kepada kaum muslimah tentang kisah Rabiatul Adawiyah sekiranya isteri-isteri Nabi Salallahualaihiwassalam dan sejarah para sahabat wanita pun tidak diketahui oleh anak-anak gadis muslimah ?

- Bercerita soal kebebasan wanita dan hak-hak wanita sedangkan hukum Allah dan hak Allah yang menyebabkan mereka semua dapat hak tersebut tidak diajar ?

Cakap banyak konon gadis boleh letak syarat itu ini sebelum kahwin agar suami tak kahwin lagi dan sebagainya , sedangkan si gadis itu masih buat amalan syirik, kepala otaknya penuh najis jahiliyyah yang jika berlaku perang jihad maka mereka layak dijadikan tawanan dan gundik atau hamba abdi lalu dijual di pasar-pasar.

Hak Allah belum tertunai seperti aqidah, tauhid, hukum syarak, ketaatan kepada sunnah dan kewajipan sebagai muslimah untuk taat dan patuh pada kitab Allah.

Kata Syeikh Sulaymaan al-'Alwaan, pakar hadith daripada Arab Saudi.

التوحيد إذا لم يمارسه المسلمون عملياً في حياتهم لم تثمر كلماتهم ولا كتاباتهم ولا تصوراتهم ولم يحصل لهم التمكين

'Tauhid apabila tidak dilatih dan diamalkan oleh kaum muslimin dalam hidup mereka maka ianya tidak akan membuahkan hasil pada ucapan, penulisan dan pandangan mereka dan mereka tidak akan mencapai kekuatan.'


Bina dahulu kepatuhan sebelum kamu wahai ustazah dan pendakwah nak bercakap soal kebebasan dan hak-hak muslimah !



3. Gila angka dan jumlah peserta, lebih dari ghairah mahu menghasilkan kefahaman dan kekuatan ummah

Para pendakwah banyak sungguh yang gila angka dan jumlah peserta sebab nak memastikan program balik modal atau memberi keuntungan berbanding nak melahirkan peserta yang faham dan memberi kekuatan pada ummah. Malu mereka kalau peserta sedikit dan tak jumlahnya tidak ramai.

Sedangkan dakwah nabi salallahualaihiwassalam bermula dengan bilangan yang sedikit. Allah pula berfirman,

كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Berapa banyak yang terjadi bahawa golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." [al Baqarah : 249].

Kalian buat satu program hadith, panggil Maulana Asri dan Dr. Asri buat kuliah tentang fiqh muslimah, aurat, keibuan dan jemput Dr. Zaharuddin Abd Rahman cerita soal tanggungjawab isteri terhadap suami lebih baik dan menyelesaikan banyak masalah rumahtangga, kes sosial dari sekadar buat program syok sendiri yang menyebabkan kalian hanya berbangga dengan penyertaan ramai wanita dari seluruh negara tetapi memberi impak buruk dan kesan negatif kepada manusia.

Banyak lagi nak cerita tetapi cukuplah disini dahulu sebagai luahan bicara.


Oleh : Ustaz Emran Ahmad





Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...