bila raja yang bernama HATI itu baik dalam kerajaan diri, soal cinta mudah diuruskan, soal cinta ini akan merujuk panduan tuhan kenal mana haram mana yang halal.... perasaan manis/nikmat itu takkan dapat diperolehi pada mereka yang tak biasa dekatkan diri dengan allah, misalnya: cepat-cepat tunaikan ibadah bila tiba masa ibadat, selalu baca wahyu allah dan ternanti-nanti waktu untuk berdating 2/3 malam bersama allah
diantara manusia yang mendapat naungan allah di hari 'yaumalazilla illa zillih', hari dimana tiada naungan lain selain daripada naungan allah iaitu Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah
ramai orang menyatakan YA cinta yang sebenarnya adalah hanyalah cinta pada allah
namun hakikatnya berapa ramai manusia yang benar2 meletakkan cinta hakiki tu pada tempat yang sewajarnya yakni dalam hati hmmmm..... muhasabah diri selalu, kita manusia biasa tidak ada yang sempurna namun boleh berusaha untuk kearah kesempurnaan
boleh dengar ceramah ustazah fatimah syarha setiap malam selasa di radio ikim jam 10 malam
semoga ada kebaikan insyallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan