Jumaat, 29 Mac 2013

tiada masa, sibuk dan busy is the same thing


Assalamualaikum blogwalking yang ku hargai selalu.....
apa habaq hampa semua sihat ka...??? sihat kot noh....
hasyemm.. atatatata (sambil mengelap hidung)......
cheq demam siket, sakit kepala baq hang almaklum la sat sat hujan sat sat panas...
cuaca pun dah tak menentu eeeehhhh.....


by the way asma nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada readers semua sebab
sudi memeriahkan blog asma ni..... sejak asma pos gambar cikgu ina dalam pesbuk, dan asma ada
cerita sedikit tentang kenapa asma kena rotan dulu pada entri yang lepas tetiba pulak trafik asma
naik mendadak dan  ada pulak dua tiga orang rakan blogger menyatakan yang dia suka 
cara penulisan asma yang agak santai dan melucukan katanya dan dia cakap dia suka...
asma tak pentingkan berapa followers tapi yang penting trafik tu padat dan sentiasa ada.....


trafik tu ada tapi since entri yang hari tu, asma boleh dapat lebih 100 orang dalam sehari


oh ho tenkiu taw..... huhuhu bakat terpendam..... dan ada rakan asma yang  bagi suggestion untuk buat sebuah cerita yang dia sendiri cadangkan situasinya.... 
hmmm basicly asma hanya akan menulis berdasarkan
pengalaman sendiri sahaja, tapi insyallah asma akan pertimbangkan dan akan cuba imaginekan situasinya,  tapi maybe lambat siket kot
sebab sekarang ni sibuk dengan kuliah dan kerja part time di UiTM perlis.... 



sebut pasal kuliah ni, rasa best sangat bila dapat berguru dengan orang alim ulama...
banyak ilmu yang asma dapat dalam kuliah termasuklah  tentang herba, rawatan penyakit rohani/jasmani, tentang ruqyah yang sesuai bagi sakit yang berlainan, sihir, kaunseling, perkara asas sebagai perawat
perubatan islam, santau, bekam dan cerita-cerita pengalaman tuan guru sendiri
semasa merawat pesakit.... sumpah best giler... dan tuan guru ustaz haron din rupanya lucu 
jugak orangnya, suka buat lawak spontan..... tapi bukan hanya ustaz sahaja yang mengajar
 ada ramai lagi sebenarnya tenaga pengajar import daripada darussyifa bangi yang tak kalah ilmunya....



kuliah ustaz haron din....

di UiTM pulak dalam sebulan ini memang padat jadual asma, maklumla bulan ini
adalah bulan peperiksaan bagi pelajar diploma/pra... so asma ditugaskan untuk menjaga 
student ni exam....... pehh habaq hang sekarang asma rasa sendiri perasaan kena kutip barang
orang jatuh, kalau dulu asma jatuhkan barang, pengawas akan kutip sekarang asma sendiri yang kena kutip..
macam-macam ragam student ni jawab exam, ada yang tidur dulu sebelum jawab exam,
ada yang baca doa sebelum jawab, ada yang sengaja panjangkan leher nak meniru, ada yang sengaja mengeliat, ada yang tertinggal slip exam, ada pulak yang bagi isyarat tangan 1,2 ,3.... bila kita
lalu belakang mahu kaw kaw dia terperanjat.... hehe


hampa tak payah nak kelentong la, taktik tu dah lama aku buat.... hahahhaa...
gatal hidung la konon


huh macam-macam gelagat... tapi tak semua la, ada dua tiga je yang
macam tu..... budak-budak sini bagus sebenarnya tapi tak tahula apa situasi
di dewan semarak..... dewan yang lebih besar dan menempatkan lebih 200 calon...
itu tugasan asma pada minggu depan....... 



huhuhu...... sepatutnya tak boleh ni nak snap-snap dalam bilik exam
tapi hampa diam-diam sudah la noh hehehe
(hanya untuk tatapan redears sahaja)...


buat masa ni asma terpaksa deactive sebentar facebook asma, bukan apa bila dah mula melayan
benda tu memang tak jadi nak buat benda lain...... nanti la bila asma dah selesai menghafal ruqyah pertama
asma akan on balik benda alah ni..... serius pengaruh kuat bebenor la pesbuk
dalam hidup asma, sekali layan mahu makan masa sampai ke malam, kekadang lupa nak makan..
adehh apa pon tak boleh.... kalau nak cari asma boleh je masuk twitter asma.....



walaupun asma belajar perubatan islam ni, hampa jangan risau, asma still macam dulu...
tak danya nak berubah.... orangnya sesempoi seperti dulu jugak..... berkawan kerana keikhlasan 
dan bukan memandang material atau pangkat semata-mata.... tak danya hebat mana pon
jangan risau asma bukannya budak pandai pon, sumpah asma cakap, ruqyah ni pon dah sebulan
asma hafal cuma 4 jenis doa je yang asma ingat, semuanya ada 34 jenis doa atau ruqyah... 
malas plus tak da masa itu sebabnya...


ok la jemu pulak aku menulis lelama.... tataaaa  *lambai tangan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...