Aku Asma... Daku menulis kerana tak ingin memori zaman kecilku dilupakan sabit peningkatan usia
Selasa, 19 Mac 2013
histeria dari sudut pandangan psikologi dan unsur ghaib
HISTERIA DARI SUDUT KESIHATAN PSIKOLOGI
*ditakrifkan sebagai gangguan kesihatan di mana tahap kesedaran orang yang terbabit berubah dan dia tidak ingat apa yang berlaku.
*Mangsa menunjukkan perilaku, emosi dan pemikiran yang tidak normal, berjangkitnya histeria ke khalayak ramai kerana golongan itu memiliki banyak persamaan seperti corak tekanan sama, contoh murid sekolah dan pekerja kilang; usia sebaya; lazimnya sama jantina
*merawat dengan cara menggunakan terapi hipnotis, terapi psikoanalisis dan dan terapi lain2 yang bersesuaian
HISTERIA DARI SUDUT UNSUR GHAIB:
*Berbeza dengan saka, santau atau sihir, histeria disebabkan makhluk halus yang tidak bertuan. Kebiasaannya makhluk itu merasuk mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang mengganggu atau merosakkan kediaman mereka seperti di pandang atau hutan.
*Jin atau makhluk halus ini merasuk dan mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan hilang kawalan diri.
*Jenis tekanan yang boleh mencetuskan histeria adalah bimbang keterlaluan (contohnya pelajar yang ingin mengambil peperiksaan); ketegangan terlampau yang tidak diluahkan (mangsa memendam tekanan dan perasaan marah tanpa diluahkan, contohnya mangsa buli atau teraniaya); menghadapi tekanan dalam keluarga yang berpecah belah dan berkonflik sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat kerja; tekanan dalam rumah tangga.
*Mereka yang memiliki kekuatan rohani jarang histeria selain kuat beribadat, sabar, tidak berputus asa.
*Bayi atau kanak-kanak turut histeria tapi mereka hanya meraung ketakutan dan jari mungkin menunjuk ke arah suatu arah. Lelaki yang histeria pula kelihatan seperti sedang amuk.
*Petua apabila berhadapan dengan histeria: asingkan pesakit daripada orang ramai; cuba azankan di telinga pesakit; baca surah al-Fatihah, ayat 115 hingga 116 dari surah al-Mukminun, ayat tiga qul dan tiupkan di telinga dan muka pesakit; jika ada air Yaasin, sapu atau semburkan ke muka pesakit.
*Apabila pesakit kelihatan sedar, suruh dia mengucap, jika tidak dapat mengucap, maknanya jin itu masih merasuknya. Baca juga doa Nabi Sulaiman supaya didengari pesakit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pertama kali memasak
Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...
-
Ellis terkenal dengan terapi kaunseling Rasional Emotif Behavioural Theraphy(REBT). Terapi ini hanya sesuai bagi remaja kerana terapi ini...
-
Assalamualaikum readers Aku rasa ramai kat luar sana yang tak tahu nak guna twitter kan... kalau facebook tu tahulah... ok lah disini ak...
-
Assalamualaikum readers yang aku harapkan terus menerus menjengah teratak diari online aku yang tak seberapa nak awesome neyh teri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan