Jumaat, 22 Mac 2013

pengalaman dirotan cikgu


Assalamualaikum readers.... hye hye hye...... hurmmmm


vrooommm..... vroooommm nak panas enjin kereta, jab lagi nak keluar dengan family 
makan nasi arab..... Yahoo akhirnya dapat juga makan, dah seminggu kempunan taw.....
tapi sebelum tu aku nak buat la satu kenyataan bahawasanya land lord seperti aku ini
pun pernah kena rotan dengan cikgu suatu ketika dahulu...... @___@


semalam bertarikh 21 march 2013, aku terbaca akan sebuah artikel dalam akhbar sinar edisi utara tentang
seseorang yang aku memang kenal sangat la dengan dia nih..... beliau adalah bekas guru bahasa melayu
dan sejarah aku masa aku tingkatan 5..... 



CIKGU NUR AZLINA BT ABU BAKAR
guru bahasa melayu dan sejarah Sekolah Menengah Agama Nurul Islam



masa mula terpandang tu, aku cakap  ' eh macam nak kenal.... eh cikgu ina la' aku pun baca la
artikel tu... rupa-rupanya cikgu ina dapat anugerah pelajar terbaik IPG sultan abdul halim, sungai petani,
wahhh tahniah la cikgu, mabroookkkkk...... terasa bangga la pulak sebab pernah berguru
dengan beliau.... aku pun apa lagi terus capai fon dan terus call beliau ucap tahniah.... katanya 
ini rezeki anak, cikgu ina bakal menimang cahaya mata keduanya insyallah
dalam bulan julai ini.....



korang nak tahu tak, dia ni lah satu-satunya cikgu yang pernah merotan aku
sewaktu tingkatan 5 dalam kelas sejarah... perrrggghhhh bila kena rotan tu memang
 ingat lama kot muka cikgu ni.... tapi yang peliknya dalam hati aku nih tak ada segelumit pun
rasa dendam ke apa ke pada dia, sebab aku tahu memang salah aku punnnn.....
dan aku ingat lagi ayat dia masa aku merayu jangan la rotan aku , cikgu cakap
"salah tetap salah, siapa suruh buat salah"

dah la kena rotan dalam kelas, malu aku dengan kekawan......

aku tak lupa kesalahan yang aku lakkukan dulu ni bukannya besar mana pun, cuma 
tak siap kerja sekolah je pon... kih kih kih..... ok la aku ngaku aku malas nak buat, 
tapi malas aku bersebab na, sebab nya aku dulu pemain bola jaring, so lepas habis waktu sekolah je
aku akan bersiap untuk training bola jaring, lepas training tu balik rumah
dah sah-sah la letih... cikgu pulak suruh salin nota sampai 10 muka surat...
memang kiouk la aku masa tu, baru je setengah perenggan dah stim mata (>___<)


tapi dek kerana rotan tu la aku start jadi rajin buat kerja sekolah sampai la exam SPM
dan subjek yang diajarkan cikgu ina aku dapat cemerlang bagi result SPM.......
lepas incident kena rotan tu aku terus jadi rajin nak buat kerja sekolah even bukan
subjek cikgu ina dan aku slalu menjadi orang pertama hantar kerja sekolah...
aku pun dah pandai bahagi masa antara kokurikulum dan akedemik...


itu lah kali pertama dan terakhir aku kena rotan masa zaman sekolah dulu....
bila ingat balik benda ni, aku rasa memang sangat berharga rotan cikgu tu, 
kalau bukan kerana rotan cikgu tu la aku takkan jadi 'orang' sampai masa sekarang dan
jika bukan kerana rotan cikgu tu la mungkin aku takkan buka akaun blog ni sebab
tak minat bahasa melayu......


apa-apa pun kepada bekas guru ku ini aku ucapkan 
'TERIMA KASIH CIKGU'  sebab sampai hati merotan saya.....


'JASA MU KAN KU KENANG WALAU DIMANA JUA KU BERADA'

LUV U CIKGU !!!!!!





sebahagian daripada tenaga pengajar nurul islam, ada lagi nih yang tak masuk gambar dan 
ada beberapa orang guru aku yang sudah meninggal dunia... cikgu akan ku kenang jasa
kalian walau dimana saya berada.....

mohon readers sedekahkan al-fatihah kepada ustaz omar bin syafie dan ustazah bariah yang
sudah kembali ke rahmatullah.... semoga mereka ditempatkan bersama dengan
para solihin  ameeennn..... =)






2 ulasan:

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...