Selasa, 25 Disember 2012

Gaya Pemikiran

Assalamualaikum sahabat blogwalker sekalian yang sudi ziarah blog asma...


        Hmm..... kali ni asma dapat permintaan daripada rakan blog asma yang minta asma letak entri baru pasal psikologi kognitif spesifik kepada pemikiran... baiklah dekat sini asma bagi penerangan pasal pemikiran manusia yang ramai tak tahu ciptaan allah yang paling hebat ni.... tahu tu memang tahu tapi nak bagi extra knowledge kepada blogwalker sekalian.... so check this out  (^^,)



PEMIKIRAN

     Dalam kehidupan seharian, individu sentiasa berfikir dalam membuat keputusan atau pilihan. Tak kirala sama ada nak pilih baju, nak beli ikan, nak cari calon suami/isteri, nak set tempat melancong ke apa ke kan semuanya memang kita perlu memikirkan dan menentukan aktiviti. Oleh itu pemikiran adalah penting dalam menentukan tingkahlaku dan kejayaan seseorang. Pemikiran adalah berkaitan dengan aktiviti mental yang berlaku dalam otak manusia. Pemikiran juga merupakan proses menyusun dan mempergunakan maklumat serta pengetahuan bagi bertujuan mencapai dan memenuhi sesuatu tujuan.

PROSES PEMIKIRAN: menghubungkan pelbagai idea, mengendalikan konsep dan membuat kesimpulan untuk mendapat pengertian baru daripada maklumat yang sedia ada. Semasa berfikir kita boleh menggunakan lambang seperti gambaran atau perkataan.

Pandangan tokoh- 

Ibnu Sina: Manusia adalah makhluk sebaik-baik kejadian, dikurniakan akal fikiran yang tidak terdapat pada makhluk lain.

Bruno(1966): pemikiran berlaku dalam 3 proses iaitu perolehan, perubahan dan pengujian. Ketiga-tiga proses ini berlaku secara serentak.

Dewey(1933): pemikiran berlaku dalam 4 peringkat iaitu ingin menyelesaikan masalah, membuat hipotesis, membuat deduksi dan menguji hipotesis. 


ARAS PEMIKIRAN: 1) Aras Khayalan 
                                   2) Aras Pemikiran Rasa Indah
                                   3) Aras perolehan Maklumat
                                   4) Aras Pemikiran Reflektif
                                   5) Aras Pemukiran Kreatif

Aras Khayalan: aras pemikiran yang peling rendah dimana kegiatan mental lebih cenderung berbentuk            melarikn diri dari dunia sebenar 

Aras Pemikiran Rasa Indah: pemikiran tertumpu kepada penghargaan terhadap nilai-nilai seni atau sukakan kepada kesenian

Aras Perolehan Maklumat: Tindakan mental berupaya meresap dan mengingati kembali sesuatu. Menyukai sesuatu yang baru dalam kenyataan dalam pengalaman-pengalaman baru.

Aras Pemikiran Reflektif: memberi tindak balas dalam menyelesaikan masalah dengan menberi pertimbangan dan mengingat semula semua pengalaman yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah.

Aras Pemikiran Kreatif: Aras yang paling tinggi dimana melibatkan aktiviti menyusun dan mengeluarkan pengalaman supaya idea-idea baru timbul seperti suka buat perkara atau benda yang luar kawalan atau benda yang baru.



JENIS PEMIKIRAN

  • Pemikiran kreatif - Berasal daripada perkataan latin iaitu Creare yang bermaksud 'membuat' dan daripada perkataan yunani yang bermaksud 'memenuhi'. pemikiran ini juga berkeupayaan menerokai pelbagai kemungkinan , menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai samaada bersifat abstrak, idea atau gagasan. 

         Antara cara pemikiran kreatif- 
         # membuat hipotesis - membuat pernyataan umum yang difikirkan benar bagi sesuatu perkara atau
            peristiwa.
         #mengitlak(penakulan) - membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan maklumat berdasarkan 
           pemerhatian
        #menganalogi - membuat pemahaman bagi memahami sesuatu yang abstrak dengan mengaitkan
          sesuatu konsep dengan konsep yang lain. dengan kata lain menyamakan/mencerita.
          contoh:- cikgu syanie gemuk seperti badak.
        #metafora - membuat gambaran mental atau bayangan mengenai sesuatu idea atau konsep.
          contoh:- Badak itu sudah datang (bermaksud cikgu syanie sudah datang).  


        Peringkat pemikiran kreatif-
        
         1) Persediaan - definisi masalah dikenalpasti, maklumat dan fakta dikumpulkan seberapa banyak
                                  yang boleh.
         2) Inkulasi - masalah difikirkan dan direnung oleh minda bawah sedar.
         3) Iluminasi - idea-idea asli  dan baru bagi menyelesaikan masalah terserlah dalam minda.
         4) Verfikasi - beberapa aktiviti dilaksanakan bagi melihat atau membuktikan sama ada apa yang
                              terserlah dapat menyelesaikan masalah yang sudah dikenalpasti.(pemikiran dilahirkan
                             dalam bentuk lukisan, penulisan, atau ciptaan seperti fesyen baju, kasut, jam dan lain-
                             lain)



  • Pemikiran kritis - merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai. individu ini mempunyai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.  
         Antara kemahiran:-
      
         #kemahiran mengelas - kemahiran mengumpul maklumat atau item yang mempunyai ciri-ciri, sifat
                                               dan kualiti yang sama.
        #menbanding dan menbezakan - mencari persamaan dan perbezaan sesuatu item atau objek.
        #mencirikan - mengenalpasti ciri-ciri, sifat kualiti yang ada pada item.
        #membuat urutan - menyusun item mengikut tertib.

  • Pemikiran penaakulan - berlaku apabila individu berupaya memproses maklumat yang diterima, menganalisis maklumat, menghuraikan dan membuat kesimpulan atau rumusan. Adalah pemikiran yang berada pada aras tertinggi dan ia boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu induktif dan deduktif.

  • Pemikiran strategik - banyak digunakan dalam organisasi dan ketenteraan. Juga diperlukan bagi menguruskan organisasi pendidikan, bilik darjah dan dalam proses pembelajaran. Satu cara berfikir dengan spesifik dan dapat dibezakan dengan jelas, memproses maklumat dengan menggunakan gerak hati dan kreativiti. contoh dalam proses ketenteraan seperti merangka plan baru buat serangan. individu yang memiliki pemikiran ini menggunakan minda bagi menghasilkan taktik untuk rancangan pada masa hadapan atau sebagai panduan menyelesaikan masalah, mencari makna, pemahaman dan penilaian.

  • Pemikiran reflektif - menggabungkanpelbagai idea berdasarkan pengalaman sedia ada bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul secara menyeluruh. juga disebut sebagai penyelesaian masalah iatu sebagaimana seseorang itu bertindak dalam menyelesaikan masalah.

          Antara langkah-langkah:-
          1) Mendefinisikan serta menganalisis masalah tersebut.
          2) Cara alternatif bagi menyelesaikan masalah
          3) Mengemukakan andaian2 awal yang memungkinkan masalah tersebut diselesaikan.
          4) Menguji andaian/ hipotesis supaya ada hanya satu jalan penyelesaian dicapai.



  • Pemikiran Celik Akal - Dikemukakan oleh ahli psikologi kognitif yang juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt iaitu Wolfgang Kohler (1925). pemikiran celik akal adalah pemikiran yang mana dapat menyelesaikan masalah secara mendadak atau tiba-tiba lengkap. Pemikiran ini berbeza pada setiap individu kerana ia amat bergantung pada keupayaan individu tersebut. Ia bergantung pada faktor umur, pengalaman dan pengetahuan sedia ada pada individu tersebut.



#Dah dua hari buat benda ni, cari info, semak balik nota-nota lama dan alhamdulillah dapat berkongsi ilmu dengan sahabat blogwalker sekalian, semoga info psikologi ni berguna pada sahabat sekalian dalam menilai kebesaran tuhan dengan anugerah pemikiran yang pelbagai kepada kita manusia biasa... bersyukurla say alhamdulillah



bcoz sharing is caring ^_^v


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...