Selasa, 1 Julai 2014

Betulkah syaitan dibelengu pada bulan ramadhan??





Dulukan masa aku kecik-kecik, aku ni penakut. Nak pergi tandas tu.. masyallah... bilik air rumah kampung dulu kan lagilah, ya allah dah la dekat luar. Gerun semacam ja weh. Masa tu lebih baik kencing atas tilam daripada pi tandas.. Bila bulan puasa ja mak aku mesti cakap, sebenarnya itu helah mak aku nak escape teman aku ke tandas,


"Alaaaa hang nak takut apa ema??. bulan-bulan puasa ni, takdak hantu haihh! setan semua dah kena tangkap. Kena ikat."


Aku pon percayala bulat-bulat. Memang aku berani gila. jalan mendabik dada tanda akulah paling berani pergi tandas sorang-sorang, berani sebab takda hantu time bulan puasa. Kerek gila mukakan. Pergi tandas tanpa rasa takut ada hantu skodeng. Mesti pernah punya, siapa yang mencicit lari balik dari surau ke masjid, mesti relax ja jalan sorang-sorang sebab tahu setan dengan hantu dah kena tangkap.


Tapi bila aku dah besar-besar galah ni, aku tertanya sendiri.. Betulka syaitan ni diikat? dibelengu bila kalanya tiba bulan Ramadhan. Lepas puas mencari, nah inilah kesimpulan yang aku buat.



Ada 3 pendapat tentang benarkah syaitan ini dirantai atau diikat atau dibelengu.


1) Syaitan tidak dibelengu atau diikat, tetapi masih bebas bergerak cuma terbatas dan terhad.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi saw telah bersabda: '"Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai @ dibelengu para syaitan"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)


Benarkah pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan para syaitan dibelengu?


Terdapat 2 pendapat,


Pendapat pertama dikemukakan oleh al-Hulaimi. Beliau mengatakan  “ada kebarangkalian bahawa maksud  “syaitan  dibelenggu” ialah  “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan  berzikir”.Ini boleh disamakan dengan ungkapan “dalam sistem diktator, rakyat ditutup mulut dan  digari”.Ungkapan ini membawa makna  “rakyat tidak sepenuhnya dapat bersuara dan bebas melakukan aktiviti yang dianggap menggugat  kerajaan” disebabkan sekatan undang-undang.

Pendapat kedua pula dikemukakan oleh al-Qadhi  ‘Iyadh.Beliau berkata : “Ada kebarangkalian ungkapan  “pembelengguan  syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan  manusia”.

Jadi kalau pendapat ini dijadikan pegangan, tak wujudlah kemusykilan mengapa masih wujud maksiat di bulan Ramadahan. Para syaitan tidak dibelengu tetapi masih bebas bergerak, cuma kemampuan aktiviti mereka untuk menggoda dan menghasut dalam serba kebatasan dan terhad.



2) Syaitan benar-benar dibelengu. ( pelampau syaitan )


Ada ulama' mengatakan bahawa, hanya sebahagian syaitan sahaja diikat iaitu pencuri berita-berita dari langait atau pelampau-pelampau syaitan. Kira ketua yang jahat sangat-sangatlah. (taiko setan) Ada juga yang mengatakan semua syaitan diikat.


Hadis yang dikeluarkan oleh Imam  Nasa’ie dari Abu Qilabah dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi  “…dan dibelenggu padanya(yakni pada bulan Ramadhan) pelampau- pelampau  syaitan”.


Hadis riwayat Imam  Nasa’ie ini memperincikan hadis riwayat Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari yang dibicarakan ini.Dalam erti kata lain, hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari datang secara umum.Ia hanya menyebut “dibelenggu  syaitan-syaitan” tanpa diperincikan.Manakala hadis Imam Nasa’ie ini datang dalam bentuk yang lebih detail, dimana dijelaskan jenis syaitan yang dibelenggu pada bulan Ramadhan.Oleh itu, hadis Imam  Nasa’ie ini-pada pandangan sebahagian  ulama’- dianggap sebagai pentafsir kepada hadis Imam Bukhari.



3) Semua syaitan diikat.


Imam Qurtubi berpegang kepada hadis Imam Bukhari di mana para syaitan diikat tanpa pengecualian. Namun di situlah timbulnya kemusykilan. Kalau dah semuanya kena ikat, macam mana ramai yang boleh lagi dengan selamba buat maksiat tanpa rasa segan silu?

Kemusykilan itu dijawab oleh Imam Qurtubi, “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan  manusia”.

Manusia sendiri mempunyai hawa nafsu yang boleh menyebabkan kita melakukan pelbagai perkara maksiat. Belakunya sesuatu maksiat bukanlah hanya disebabkan hasutan syaitan semata, tetapi dikait rapat dengan hawa nafsu manusia yang kotor. Ada orang cakap, selama 11 bulan nafsu berguru dengan syaitan, maka sebulan tanpa syaitan pun sudah boleh menjadikan nafsu itu raja dalam diri kita.Maka, dengan itu.. renung-renungkanlah. Segala maksiat dan kejahatan datangnya dari diri kita yang hina ini juga. Jauhkanlah sebaik mungkin, dengan hanya menyucikan hati InsyaAllah Nafsu yang selama ini tunduk pada syaitan akan beralah lalu menuju ke arah kebaikkan.


Kiranya kalau kita semua ni, lebih kepada ke arah pendapat Al-Qurtubi la kan? sebab seingat aku, dulu-dulu time sekolah memang belajar yang bulan puasa ni syaitan tak ada tapi nafsu ada. Aku selalulah kalau rasa nak minum time posa tu kan.. aku ingat, cikgu cakap setan takde.. yang tinggal nafsu dalam diri kita. Jadi yang jahat bukan setanlah tapi kalau aku minum maksudnya aku lah yang jahat. eeeiiiiissssshhhhh..... terus aku tak jadi minum. hee.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...