salam semua,
selamat bertemu kembali, dah lama rasanya tak menuliskan. hmmm dalam masa sebulan nih dah puas rasanya kot bercuti kat rumah je. ari tu ada rombongan sekolah kakak aku ke KL & MELAKA. ikut budak sekolah jadi pengiring je. setelah sekian lama duk tak buat apa kat rumah nih asma rasa nak kongsikan apa yang ada dengan semua pembaca. baiklah, oleh kerana asma 'student pcychology' rasanya nak kongsikan sedikit kepada anda serba sedikit tentang ilmu psikologi ni. kadang-kadang ada orang kata yang ahli psikologi ni boleh tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati orang, maksudnya boleh baca la gerak geri/hati orang lain la konon. pastu macam berlagak pandai banyak la depa punya cekadak, boleh pulak nak ambik tahu dan selesaikan masalah orang lain kan. bukan setakat hampa semua ja dulu asma pun rasa benda yang sama jugak tapi bila dah belajar-belajar barulah tahu apa yang dikatakan dengan ilmu psikologi.
Sebelum asma cerita serba sedikit tentang teori nih rasanya tak lengkap kalau tak cerita tentang sejarah asal usul timbulnya ilmu psikologi ni. sebutan yang betul bagi psikologi adalah (saikologi). dah terbuang huruf p pada pangkal perkataan macam jugak perkataan tsunami disebut (sunami) aha dah hilang huruf kat pangkal perkataannyakan. psikologi adalah gabungan perkataan yang berasal dari perkataan yunani 'psyche' dan 'logos' yang bermaksud ilmu jiwa. tapi banyak tokoh yang tidak sepakat tentang perkara ini. mungkin kerana berlainan ideologi. matlamat psikologi adalah untuk memerihal, meramal, memahami dan mengawal tingkah laku manusia.
Dari segi memerihal, seseorang akan menyatakan mengenai sesuatu tingkah laku yang sedang dilihat, diketahui dan difahami olehnya. Faham apa yg terjadi dan bagaimana ia terjadi. Dari segi meramal pula, kefahaman manusia mengenai hukum sebab dan akibat (cthnya jika sesorang berhadapan dengan sesuatu situasi, maka dirinya akan membentuk tingkah laku tertentu) ia akan membawa kepada beberapa andaian atau ramalan awal. Mengawal adalah aspek terpenting jika matlamat psikologi.
Matlamat akan tercapai apabila, jika ramalan telah pun diketahui maka adalah menjadi kewajipan manusia utk mengawal tingkah laku yg akan terbentuk kepada tingkah laku yg sesuai dengan norma masyarakat kini.
cabang ilmu psikologi:
Psikologi Klinikal :
- merawat penyakit jiwa, kecelaruan mental dan tngkah laku tidak normal.
- lazimnya mengdiagnosis tingkah laku dan personaliti manusia melalui inventori-inventori tertentu.
Psikologi Kaunseling :
- melibatkan sesi kaunseling kepada individu yang menghadapi masalah jiwa yang tidak begitu berat (masih lagi waras untuk berfikir).
- akan bersemuka dengan individu yang menjadi klien kepada kaunselor.
Psikologi Pendidikan :
- penting di Malaysia terutama bagi bakal pendidik memahami tingkah laku murid.
- dibincangkan melalui latihan perguruan, ko-kurikulum, penilaian pelajar dan penyesuaian pelajar di tempat pengajian.
Psikologi Eksperimen :
- melihat kepada pembelajaran, motivasi dan persepsi.
- tujuannya – baiki mutu kehidupan.
Psikologi Industri :
- mengkaji dan menilai tingkah laku manusia di alam pekerjaan.
- analisis punca-punca produktiviti.
-diperlukan di bahagian sumber manusia.
Psikologi Perkembangan :
- memberi pemerhatian serius kepada perkembangan kanak-kanak yang merangkumi faktor fizikal, emosi, mental dan sosial kanak-kanak hinggalah ke umur tua mereka.
Psikologi Sosial :
- kaji semua aspek tingkah laku manusia dlm bentuk kelompok serta melibatkan perhubungan dan interaksi sesama manusia.
Psikologi Personaliti :
- setiap manusia ada personaliti disebabkan psikologi. memberi perhatian berat ke atas diri setiap individu.
Psikologi Kuantitatif (nombor) :
- memahami personaliti manusia.
- melihat dan menilai (tingkah laku, sifat, trait, personaliti manusia dan kecerdikan).
- amat efektif dan mengunakan alat-alat penilaian yg sesuai bagi memahami jiwa serta tingkah laku manusia.
Psikologi forensic
-Mengenal pasti tahap kesedaran, emosi dan mental penjenayah sebelum dijatuhi hukuman.
Unit Kerjaya dan Kaunseling (UKK) UiTM, Perlis....
tempat aku praktikal dulu
#ALLAH anugerahkan kita dengan begitu banyak kelebihan dan kebolehan terutamanya akal. jadi gunakanlah akal kita untuk perkara yang berfaedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan