Khamis, 8 November 2012

Atheisme Psychology

 
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..... salam sahabat

     Ilmu psikologi sepatutnya menguatkan keimanan seseorang terhadap kewujudan tuhan. Ini adalah kerana ilmu psikologi adalah penjelajahan perasaan, batin, dan jiwa manusia. semakin kenal manusia kepada dirinya sepatutnya dia semakin dekat dengan Tuhanya. Pepatah arab ada menyatakan bahawa Man 'arafa nafsahu 'arafa Robbahu yang bermaksud siapa yang mengenal dirinya pasti mengenal tuhanya. Namun ada beberapa ahli psikologi sesat yang menggunakan alasan psikologi  bagi mengingkari akan kewujudan Tuhanya. Misalnya Sigmund Freud dan Ludwlg Van Feuerbach. Mereka adalah nama yang tidak asing lagi dalam psikologi malahan Sigmund Freud sendiri digelar sebagai tokoh psikologi terunggul dengan membawa aliran mazhab Psikoanalisis.


    Mereka adalah pakar psikologi Jerman pada abad ke sembilan belas. Mereka mengingkari  kewujudan tuhan dengan menggunakan alasan psikologi. Menurut mereka bertuhan adalah  jiwa keanak-anakan  yang dibawa sehingga dewasa. Menurut Freud ketika kecil manusia itu lemah. Dia mempunyai banyak kekurangan  bagi memenuhi keperluan sendiri. Contohnya meja itu tinggi bagi seorang anak kecil dan sukar baginya mencapai barang yang berada diatasnya. Kerusi juga dianggap berat dan tidak mampu untuk diangkat dengan kudrat kecilnya. Dia melihat ayahnya dapat melakkukanya, dia seterusnya menjadi kagum dan menganggap  bahawa ayahnya adalah maha kuasa. Pada ketika itu, menjadi sangat memerlukan ayahnya.

    Apabila anak kecil ini sudah dewasa dia menciptakan tuhan dalam mindanya. Tuhan yang disebut-sebut dalam doanya untuk memenuhi keinginan-keinginanya sama seperti sewaktu dia kecil dahulu sewaktu dia meminta-minta daripada ayahnya. Jadi menurut Freud tuhan itu adalah rekaan manusia semata-mata untuk dijadikan tempat meminta segala keinginanya. Freud mengingkari kewujudan tuhan dengan menggunakan alasan seperti itu. Agama menurut Freud dan Freuebach hanyalah cerminan keinginan manusia. Alasan ini menurut saya sangat bodoh sekali kerana bagaimanakah   caranya seorang yang sangat kecil dapat mengenal tuhanya. Nak pakai selipar pun terbalik sebab tidak tahu yang mana kanan dan yang manakah kiri inikan pula nak mengenal tuhan....bodoh gila.

      Makanya pengalaman psikologi yang digambarkan oleh Freud itu adalah sangat daif dan lemah. Cuba kita fikir sejenak bagaimanakah kanak-kanak yang tidak mempunyai  ibubapa atau anak yatim piatu yang sejak daripada kecil lagi sudah tiada ibu bapa namun apabila besar meyakini adanya tuhan? Adakah tuhan yang diyakini itu telah wujud secara semula jadi dalam diri mereka. Apakah tuhan yang diakui terlahir dalam benaknya adalah sekadar  bagi memenuhi keinginan-keinginanya, sama seperti sewaktu ia kecil dahulu sewaktu ia meminta tolong daripada ayahnya padahal dia tidak pernah ada ayah?

  Freud dan Freurbach sama-sama meyakini bahawa agama itu adalah cerminan keinginan manusia. Oleh kerana itu mereka  menyimpulkan bahawa agama itu adalah khayalan otak manusia semata-mata. Persoalanya adakah benar perkara ini? Khudrat manusia menghendaki keperluan jasmani dan rohaninya dipenuhkan  sebaik baiknya. Nafsu seks manusia menghendaki manusia dipenuhkan dengan wanita dimana-mana sahaja tanpa ada batasan atau larangan. Demikian juga nafsu perutnya.  Tetapi agama melarang manusia memenuhi kehendak nafsu tersebut dengan cara tanpa aturan yang sebegitu. Manusia dituntut  memenuhi tuntutan  perut dan seksnya dengan beberapa peraturan. Manusia diwajibkan menjaga dorongan seksnya kecuali dengan pasangannya yang sah melalui pernikahan. Manusia juga tidak boleh memenuhi perutnya bukan dengan makanan yang halal. Manusia diwajibkan untuk sembahyang, puasa, zakat, bersedekah dan itu bukanlah merupakan keinginan tetapi adalah satu tuntutan dan kewajipan bagi setiap manusia yang diajarkan oleh agama.

Andai benar agama itu merupakan keinginan manusia , mengapa ramai rasul-rasul yang menbawa agama itu bahkan hidup mereka menderita, disingkirkan, ditakut-takutkan malahan disakiti dan diugut bunuh serta terbunuh.  Jika agama adalah cerminan manusia, sepatutnya semua rasul-rasul itu diterima layanan yang baik oleh kaumnya, tetapi kenyataannya adalah sebaliknya. Adalah terpesong jika dikatakan agama adalah cerminan keinginan manusia.

    Dalam konsepsi Islam, tingkah laku adalah ekspresi jiwa manusia. Dari dulu manusia bertanya apa itu jiwa?  Ilmu yang berbicara tentang jiwa antara lain filsafat, tasawuf, dan psikologi. Kalau Psikologi yang lahir di Barat dimensinya hanya bersifat horizontal kerana asasnya adalah sekular. Sedangkan dalam Islam jiwa dibahas dalam konteks hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan Tuhan (habluminallah wa habluminannas). wallahu'lam


Sigmund Freud


 Ludwlg Van Feuerbach



#Sahabat pembaca sekalian, sebenarnya panjang lagi perbahasan tentang isu aties ini, saya belum memasukkan lagi  akan konsep Id, Ego dan Superego yang saya pernah belajar dahulu (dah habih blajaq bawu nak bukak buku balik). Entri ini adalah hasil pembacaan saya terhadap beberapa buah buku. Seorang sahabat saya dengan izin allah telah membuka hati saya untuk mengkaji semula apa yang telah saya pelajari dahulu. Kepada Cekli  terima kasih bebanyak awak.... =D


DAH BACA TU APA LAGI FOLLOW LA.....NAK KOPI PON BOLEH......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...