Sabtu, 21 September 2013

tidak masuk syurga lelaki dayus




Firman Allah

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء
yang bermaksud: "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita ... (Surah An-Nisa', ayat 34)

Lelaki adalah pemimpin keluarga. Besar tanggungjawab yang perlu di pikul agar memastikan anak dan isteri nya sentiasa mengikut akan titah perintah Allah. Sayangnya hari ini, fenomena lelaki 'sporting' terlalu ramai hinggakan ada isteri yang tidak menutup aurat dan suami pula tidak pernah menyuruh isteri menutup aurat sebagai mematuhi perintah Allah malahan bangga pula kecantikan isterinya yang mendedah aurat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka lelaki begini digolongkan sebagai lelaki dayus dan diharamkan oleh Allah untuk memasuki syurga walaupun si suami rajin mengerjakan rukun Islam tetapi dalam masa yang sama suami ini telah derhaka dan menolak tuntutan rukun iman.



Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )


Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )



Dayus dan bacul satu perkataan yang pastinya mendatangkan kemarahan pada mereka yang terasa demikian. Namun begitulah hakikatnya pada sang lelaki yang tidak memperdulikan urusan keluarganya samada mereka ikut atau tidak perintah Allah. Bahkan sanggup menghantar dan mengambil anak isteri yang terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah. Samada berpakaian menjolok mata, bersalaman dengan lelaki yang ajnabi bahkan ada yang di angkut teman lelaki ke sana kemari. Bahkan ada juga suami yang rela isteri menumpang kereta jiran ke pejabat dalam keadaan berdua sahaja.

Paling menyedihkan kadang-kadang seorang bapa baru selesai solat atau kuliah di masjid, menghantar anak dengan moto yang berpakaian sangat seksi atau mungkin, sebahagian pinggang terkeluar dari baju dan seluar bila menunggang motor si ayah tadi. Tidakkan ianya sangat mencacat dan mencederakan kesucian islam itu sendiri, seorang ayah yang berkupiah, tergamak membawa anak yang menentang hukum Allah. Di mana kepimpinan seorang ayah yang bergelar lelaki..

Sedikit sebanyak, mari bersama kita fahami apa yang di maksudkan dengan dayus...

1) Sabda Nabi : -



وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)



Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.


2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...