Assalamualaikum readers
hmmm korang suka baca buku tak??? aku suka sangat baca buku taw..... aku mula suka baca buku ni since aku darjah enam lagi, first buku tebal yang aku baca adalah novel melayu... aku lupa apa ke nama judul buku tu.. tapi kalau muka kulit tu aku masih ingat lagi rupanya.... mungkin sifat suka membaca ni aku warisi daripada ayah... dulu ayah suka sangat beli paper setiap hari, kekadang metro kekadang tu berita harian... tapi since syarikat akhbar mempolitikkan segala isu dalam paper tu ayah pon dah malas nak beli dah paper... tapi ayah dah ubah beli berita harian dan utusan kepada akhbar sinar.... sinar harian ni baru je beberapa tahun keluar dipasaran malaysia.....
itu cerita dulu la, zaman sekolah dulu ni memang aku suka baca novel cintan cintun nih... sebab tu lah karangan bahasa melayu aku selalu dapat A...
tapi sejak dua menjak ni aku dah macam malas sangat nak baca novel atau tangkap jiwang dengan mana-mana novel melayu yang ada dipasaran.... aku lebih suka membaca buku yang fully fakta dan buku yang betul-betul bagi ilmu dan bukan sekadar daripada imaginasi penulis semata-mata
aku dah berubah angin dengan membaca buku-buku tentang kupasan fatwa, buku falsafah hidup, buku tentang hukum hakam islam dan kaedah rawatan sesuatu penyakit oleh tuan guru haron din.... aku suka baca buku-buku macam tu sekarang..... pelik betul sebab dulu kalau buku-buku yang boring macam ni aku memang tolak ketepi awal-awal lagi...... hmm mungkin disebabkan faktor masa, umur, kematangan dan hormon kot hehehe......
aku pon dah paksa ayah beli almari buku kepada aku sebuah supaya senang nak menyimpan dan supaya buku tak mudah rosak ...
ini lah buku-bukunya....
judul buku yang aku baca:
1. Fatwa-Fatwa Kotemporer karya Dr. Yusuf Qardhawi
2. Akidah Kaum Terselamat karya Zainal Abidin Muhamad Al-Fathani
3. Kitab Jawabul Kafi karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah
4. Falsafah Hidup karya Buya Hamka
5. Shahih Bukhari jilid 1,2,3&4 daripada Imam Al Bukhary
6. Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-quran karya Dr. Yusuf Qardhawi
7. I Want To Be A Writer karya Ummu Hani
8. Syarah Al Hikam(jilid 1) karya Ibnu Athoillah As Sakandari
9. Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin
10. The Evolition Deceit karya Harun Yahaya
ada banyak lagi ni buku-buku aku sampai penuh dah almari.... itu belum termasuk komik detective conan, sherlock holmes, novel lama-lama, buku motivasi, buku tentang kisah-kisah nabi, kitab-kitab arwah tok wan, buku psikologi, inventori, koleksi mastika, koleksi bercakap dengan jin (tamar jalis) dan banyak lagi.... pokoknya memang banyak lah sampai rasa nak sedekah kat org lain je tapi sayang, buku tu dah lama dan memang dah tak ada dipasaran dah...
entri sekadar nak bercerita...
ya allah kelak aku akan disoal akan ilmu yang aku pelajari dan miliki adakah digunakan sebaiknya untuk masyarakat??? aku mohon dipermudah urusan dunia dan akhirat.....
readers mohon doa kalian juga buat diri ku, =)
aku percaya pada kekuatan doa kalian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan