Jumaat, 8 Mac 2013

Kad walimah tak diundang

Assalamualaikum readers yang ku sayangi...
 hye hye... hope u ols happy selalu, insyallah  @_<


hahahahahahaha........ kasi gelak dulu sebelum baca entri ni
bukan apa bila dah gelak,... baru la nanti hampa ada semangat nak baca
entri aku ni kan....


hmmmmm berbalik pada tajuk 'Kad walimah yang tak diundang' yang bakal
aku ceritakan ni ada kaitan dengan top up dan inai...
apakah itu...???? hehehe kasi suspen cket bohh....



begini kisahnya, dimana bermulalah kisah, dan ku dahului dengan kisah dikala itu
kisahnya adalah sangat membuat aku gelisah brapa banyak kisah daa......



sewaktu maghrib pada hari ini, jam dikala itu menunjukkan pukul 8.20 malam
aku yang dalam kegelisahan memikirkan kredit fon aku yang hampir nyawa-nyawa ikan
seolah-olah memaksa aku untuk membazirkan wang saku aku hasil jerit payah aku bekerja
sebagai buruh binaan (menipu) sepertinya mendesak aku untuk ke kedai top up
bagi menambah nilai pulsa celcom blue ku.... 


dalam kemalasan dan dalam masa yang sama memikirkan kebarangkalian
ORANG TU akan menghubungi aku sebelum tidur kerana selalunya ORANG TU memang akan
memberi tazkirah singkat kepada aku sebelum tidur sekadar buat renungan bersama  cewahh <3 



dalam rasa malas tu aku gagahi jugala kaki ini untuk start motor lagenda milik mutlak
kakak ku yang sepertinya sudah diwakafkan kepada kami sekeluarga.....


mula-mula tu aku rasa nak ke kedai yang paling dekat dengan rumah ku, sekali 
aku lupa malam ni ada pasar malam daa.... aduh maleih la pulak nak semakkan diri ditempat
super bising camtu, so aku pun mengambil alternatif lain ke kedai orang melayu islam di kerpan...
agak-agak dalam 3 minit utk ke sana dengan kelajuan 90 km/j.... 

aku pun masuk la ke kedai tu, ternampak la akak tu tengah tulis something atas kertas
bermulala dialog kami :-

akak: assalamualaikum selamat datang
aku: waalaikumussalam *sambil tersenyum

akak : ya dik nak apa? nak buh top up ka?
aku : ha lah memang nak buh top up pon, dah ni memang kedai top up kan  takkan la nak beli ikan pulak   
        hehehe....melawak ja kak noh

akak : hehe... nak masuk teruih ka atau nak pakai kad?
aku : masuk teruih la kak senang, kalau pakai kad sat gi nak kena gores dan menang pulak. bukan apa takut  
        menang ja hik.... =)

akak : ok adik tuleh ataih ni
aku : ataih ni kak kak? (saja buat peqakk) 
        ok dah siap......
        aik kak bila kawen (bajet dalam hati ingat nak pekena dia sebab dia pakai inai)
akak : aha saja pakai, seronok pulak tengok merah jari
aku : he... ada-ada ja lah kak ni
        *bila dah tulis no fon dan satel bayar top up. so aku pun bajet besar nak balik la, sekali hanya
          beberapa inci sahaja kaki ni nak keluar kedai tetiba akak kedai top up panggil.......
       : ada apa kak?
akak : nah ambik nih, nanti mai la nah, ajak family sekali.... mai ramai-ramai pun tak pa
aku : (aku pun merenung kad undangan walimatul urus yang kak tu kasi) laaa.... menikah sungguh ka, patut
        pakai inai, ingatkan saja pakai... tahniah kak, mabrook barakallahulakuma wabaroka alaikuma 
        wajama'alaikuma fil khair...... terima kasih untuk undangannya
akak : sama-sama, datang tau
aku : insyaallah saya datang =)


senyum aku atas motor sampai balik rumah, memang tak terfikir lansung akan dijemput
ke majlis walimah akak kedai top up tu dan tak bajet lansung rupanya memang dia dah kawen..
.... aku bajet akak tu saja pakai sebab memang kebiasaan org melayu pakai inai even 
bukan sebab nak berkahwin, ada juga orang memakai inai sekadar suka-suka 
tak kurang jua untuk berubat......

aku dengan kak kedai top up tu bukannya rapat pon, tapi mungkin
disebabkan niat aku kesana bagi membantu perniagaan orang melayu makanya allah 
hubungkan selaturrahim kami dan mungkin sebab aku ni ramah kot =P so akak tu
mungkin selesa mengajak aku ke majlisnya (mesti ada hikmahnya)

majlis tersebut bakal berlansung pada 16 mac 2013/4 jamadilawwal 1434H. Jom readers 
kita doakan  semoga akak ni, semoga dia diberi kebahagiaan didunia dan akhirat...

akak ni slalu bagi diskaun kalau aku beli barang dia atau fotostat kertas bebanyak
semoga beliau dimurahkan rezeki insyallah =) 



loghat orang utara: 

#tuleh = tulis
#ataih = atas
#sat gi = sebentar lagi @ nanti
#melawak = bergurau
#buh = masuk @ isi semula
#teruih = terus
#peqakk = buat-buat tak tahu, melihat sesuatu seolah-olah tidak pernah melihatnya sebelum ini, cth  
                  peribahasa:  seperti rusa masuk kampung
#barakallahulakuma....... adalah doa yang nabi ucapkan semasa menghadiri kenduri walimah 
sahabat baginda



 hah ini lah kad undangan perkahwinan akak kedai top up tu
owhh nama dia nurul fadillah


oleh kerana dia punya kedai tu, so memang tak da masalah lansung la nak cetak 
seberapa banyak mana pun kad undangan walimah ni......
kedai tu juga menyediakan khidmat design kad kawen, cyber cafe, fotostat dan print  


comeii pulak nengok kartun penganti naik vespa hehehe
akak tu pun memang comel, ada tanjak Tizz zakiah *serius dohh 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...