Selasa, 19 Mac 2013

tips memilih pasangan mengikut frekuensi diri


Assalamualaikum readears yang ku sayangi...
tajuk pun dah rasa macam tak boleh blah kan...... bukan apa sebenarnya 
tengah terasa hati dengan seseorang nih..... maklum la
aku anak orang miskin hang anak Tan Sri, aku redha kita tak dak jodoh..... =P



Kebanyakan manusia sudah terlalu tenggelam dengan sifat dunia yang fizikal, kecantikan luaran menjadi titik tolak dalam memilih pasangan dan disebabkan oleh itulah manusia semakin lama semakin menghias diri. Yang menutup aurat pun seperti telanjang kerana siapa akan perasan pinggangku yang ramping dan dadaku yang montok jika aku memakai pakaian yg longgar, lelaki juga tidak ketinggalan tetapi dengan lebih kepada duit, pangkat dan harta.





Melalui tv dan filem manusia teruja dengan kecantikan fizikal, kebanyakan hero dan heroin semuanya handsome dan cantik-cantik belaka jadi disebabkan kesan hipnosis tv itulah , manusia semakin lama semakin memandang kecantikan luaran. Budaya melayu sendiri menitik beratkan kecantikan fizikal pasangan, sebab itu pengantin dikatakan “bak pinang dibelah dua”. Tetapi realitinya ada pasangan yang tidak sepadan rupa parasnya, adakah ukuran fizikal menjadi syarat untuk menjadi pasangan yg sesuai dan hidup bahagia? Walaupun mungkin ramai yg berkata “aku tidak memilih rupa dan harta”, akan tetapi pada hakikatnya itu selalunya menjadi pilihan utama.


(nak masuk sains cket)
Badan kita terbina dari berpuluh trillion sel-sel, dan sel-sel ini pula terbina dari molekul-molekul, jika dikecilkan lagi akan sampai ke tahap atom, apa yg tinggal selepas atom itu pula hanyalah tenaga. Ya,kita hanyalah tenaga yang dizahirkan. Ilusi “fizikal”nya kita ini hanyalah didunia yang sementara ini sahaja. Tenaga ini boleh dinamakan “roh” yg akan hilang apabila kita mati. Umpama jam yg berhenti berfungsi apabila kuasa bateri atau springnya hilang. Tenaga yang dimiliki oleh badan anda itu pula mempunyai gelombang frekuensi tertentu yang tidak boleh dilihat oleh manusia tetapi boleh dirasai. Setiap apa yg kita fikirkan, setiap emosi yg kita rasakan, setiap perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif yang akan mencorak gelombang-gelombang tertentu dari diri kita ini.



 Kekuatan dan frekuensi tenaga diri kita ini juga berkait rapat dengan dosa dan pahala yang dimiliki. Jenis dan sekuat mana gelombang frekuensi yang kita miliki dan pancarkan itu akan menjadi sebagai “label” diri kita untuk bertemu dengan pasangan yang serasi.Sebab itu ada kalanya bila kita bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali, walau pertama kali jumpa kita sudah boleh berbicara dgn selesa kerana kita berada didalam frekuensi yg sama, seolah-olah sudah lama kenal, “aku ngam la dgn dia”. “Ngam” itu disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dengan sahabat yang baru dikenali tadi. Jadi didalam bab memilih pasangan juga akan mengikut gelombang apa yg kita sendiri pancarkan, yg mana tanpa kita sedari.



Kewujudan frekuensi ini sudah terbukti dibidang sains, contohnya EEG (Electroencephalograph) yang mana gelombang frekuensi otak diukur dgn meletakkan alat pengesan dikulit kepala. Satu lagi teknologi mengesan frekuensi ini adalah MEG (Magnetoencephalograph) yang mengukur gelombang magnetik yang terhasil oleh otak. Dari otak anda juga isyarat tersebut akan disampaikan kesegenap tubuh anda baik dari sistem saraf mahupun endokrin anda (kimia emosi). Bagi manusia kebanyakan, pengetahuan mengenai wujudnya gelombang fikiran ini amat terhad dan tidak dihebahkan dengan meluas, mungkin kerana tidak dapat dilihat kaitannya dengan kehidupan, akan tetapi salah satu misteri alam yg diketahui melalui quantum fizik menyatakan yang kita semua berkait (entanglement) dengan satu ruang tenaga (energy field) yang tidak boleh dilihat. Bagaimana kita berinteraksi dengan ruang tenaga ini adalah dengan gelombang yang terhasil dari diri kita ini.





Berdasarkan rajah , katakanlah anda sedang mencari pasangan dan anda memilih cirri-ciri fizikal iaitu rupa, pangkat dan harta sebagai syarat utama, katakanlah anda mempunyai gelombang X (1), anda bertemu dengan insan Y yg mempunyai frekuensi yang sama, apabila anda bertemu (2), gelombang yang terhasil menjadi semakin kuat (3). Sebab itulah pasangan yg bercinta ingin sering bertemu, ketika inilah amat terasa hebatnya percintaan dan semuanya indah-indah belaka, apa yang buruk pada pasangan pada ketika itu tidak kelihatan kerana frekuensi untuk rupa dan harta menjadi lebih dominan.





Bagaimana pula jika anda bertemu dengan insan yang memilih ciri yang zahir iaitu keimanan dan ketakwaan dan anda tidak? Gelombang A & B apabila bertemu ianya menidakkan antara satu sama lain (3), tidak memberi makna. Sebab itu ada ketikanya anda bertemu dengan insan yang menarik fizikalnya tetapi anda tidak berkenan dihati. Bagaimana pula jika anda bertemu dengan insan yang beriman dan anda tidak berkenan? Mungkinkah keimanan anda tidak sama dengan dirinya?



Didalam al-Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik sahaja adakah ia bermaksud baik dengan tingkah laku yang boleh dinampak sahaja? Contohnya bila berhadapan dengan seseorang yang kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura-pura). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yang meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yang sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dengan perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yang sifat dan sikap tidak serasi.



Rupa paras, pangkat dan harta adalah ciri-ciri fizikal yang apabila kita sudah lali dengannya maka ia tidaklah lagi sesuatu yang dapat dirasai lagi. Umpama pertama kali anda memandu kereta baru, terasa canggihnya berbanding kereta lama, lama kelamaan sudah menjadi benda yang biasa. Begitu juga apabila mencari pasangan, kegembiraan yang dirasai diawal perkahwinan (memilih rupa dan harta) lama kelamaan akan luntur dan yang sifat-sifat yang buruk makin lama akan menyerlah. Sebab itu tahun awal-awal perkahwinan dikatakan zaman toleransi, cuba bertolak ansur dan cuba saling memahami. Akan tetapi dizaman yang penuh keegoaan yang mana banyak ilmu rumah tangga dipelajari dari media TV dan filem, lancangnya mulut menjatuhkan talak atau menuntut cerai bukanlah perkara yang asing lagi.



Perceraian adalah sesuatu yg dibenci oleh Nabi, kerana apa? Kerana anak-anak yang akan menjadi mangsa. Anak-anak yang membesar dengan keadaan terbiar dan kurang perhatian tidak akan membesar menjadi insan yang hebat, mungkin tidak semua akan tetapi majoritinya golongan anak beribu bapa tunggal inilah yang akan selalu mempunyai jiwa dan kehidupan yg tidak bahagia apabila dewasa. Jadi disebabkan pentingkan diri sendiri dan ego baik lelaki dan wanita, anak-anak yang menjadi mangsa. Anak-anak ini yang menjadi generasi masa depan dan mereka juga akan cenderung kearah yang sama, kahwin dan cerai. Makin lama rosaklah generasi manusia itu sendiri.








Didalam hadis Nabi berpesan, pilihlah pasangan dari segi rupa, pangkat, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi (Sahih Bukhari). Rupa, pangkat dan harta adalah cirri-ciri fizikal duniawi yang boleh dilihat dan dinikmati akan tetapi keimanan adalah sesuatu yg terlindung. Kita boleh nampak si dia itu kelihatan baik tetapi bagaimana pula dengan isi hatinya? Tanamkan niat memilih agama sebagai pilihan utama dan berbahagialah dunia dan akhirat.


(nak masuk la siket pasai psikologi ,...baru aci kan)
Kita akan tertarik dengan insan yang mempunyai frekuensi gelombang yang sama dengan diri kita sendiri. Minda sedar mungkin berkata yang saya inginkan pasangan yang baik, jujur, berakhlak mulia dan sebagainya tetapi besar kemungkinan minda separuh sedar kita inginkan rupa, harta dan pangkat. Ini ditanam secara halusnya kedalam minda separuh sedar ketika manusia berada di dalam keadaan ter”pukau” (hypnogogic trance) semasa menonton TV dan filem. Seseorang itu boleh berkata “aku tidak memilih rupa dan harta” akan tetapi minda separuh sedar besar kemungkinan tidak. Jika minda separuh sedar berpuluh-puluh ribu kali lebih hebat dari minda sedar, adakah pasti pilihan kita itu dari minda sedar yang inginkan agama berbanding rupa dan harta? Ada pasangan artis yang terkenal apabila ditanya wartawan, adakah rupa dan harta menjadi penentu, selalunya dinafikan, akan tetapi jika kedua-dua mereka tidak berada didalam frekuensi gelombang yang sama, mereka tidak akan bersama. Yang sedihnya pasangan yang menjadi ramai peminat itu bercerai akhirnya, satu contoh yang tidah baik untuk peminat-peminat semua.



Semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yang kita miliki? Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? Sebelum menyenaraikan ciri-ciri pasangan yang ingin dimiliki, senaraikan juga sifat-sifat diri sendiri,(tengok diri sendiri dulu) berusaha mengubahnya agar menyamai ciri-ciri pasangan yang diinginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia. Jika perkahwinan sekarang sedang goyah, ingat kembali atas dasar apa perkahwinan dahulu? Kita boleh berbohong dengan manusia lain dan berlakon berlagak baik lain tetapi tidak pada diri sendiri. Adakah insan yang kita cintai dahulu sudah berubah atau rupa, pangkat dan harta yang anda pilih dahulu sudah menjadi biasa lantas keburukan yang menyerlah?



Rupa paras, pangkat dan harta belum tentu menjamin kebahagiaan, hanya keimanan dan amal perbuatan yang baik sahaja yang akan berkekalan. Umpama dosa dan pahala yang tidak boleh dilihat, gelombang tenaga baik atau buruk yang dimiliki itu tidak boleh ditutupi dengan kepura-puraan. Inilah janji Allah bahawa lelaki yang baik itu hanya untuk wanita yg baik sahaja (dan sebaliknya), akan tetapi bukan baik dari satu sudut sahaja tetapi baik secara keseluruhan, dari gelombang tenaga yg dimiliki. Ikutlah pesanan Nabi agar memilih agama agar anda menjadi golongan yang beruntung, tetapi ini tidak bermakna pasanganku mesti insan yang solat lima kali sehari tetapi aku tidak.


(ok aku mula nak keluar loghat utaqa)
bagi aku, bila kita nak pilih pasangan tu  aku sarankan pilihlah pasangan yang 
layak dengan kita, layak yang macam mana tu..??? layak disini maksud aku yang sekufu la... janganlah
hampa duk pikir nak tumpang senang dengan harta orang lain...kalau tak memang kena reject kaw kaw
punyalah percayala cakap aku ni, tak payah la nak menumpang harta orang lain, klau nak sangat harta
usahakan la sendiri lagi senang, berkat pun berkat.... :'( 
*terkenang kisah lama




lagi saranan aku kalau hampa nak pilih pasangan, pilihlah yang boleh jadi cermin hampa...
cermin yang bagaimana tu....??? cermin yang boleh memantulakan semula siapa diri hampa yang sebenar..
bukanlah cermin yang menipu.... hampa pakai baju kurung melayu tetiba bila tengok cermin nampak
pakai baju peplum.... kalau hat lagu tu tak payah lah, hampehhhh......... apa pon tak boleh
maksud aku kat sini selalunya jodoh kita kelakuannya tak jauh dengan diri kita...
let see klau hampa kaki ronggeng dapat la suami atau isteri yang kaki club, dan
klau hampa orang alim hampa dapat la jodoh dengan orang yang sama alimnya.... itu mksud
cerminnya...... wallahua'lam


kalau hampa nak copy entri haku nih, hampa copy je lah.....
aku memang murah hati nak kongsi ilmu cket denga hampa semua...
 tapi amaran keras aku, bila dah copy tu kena la habaq noh(tak habaq pon hampa copy jugak kan)....
klau dak ilmu tak berkat cheq oiiiiii.... letak ja dalam kotak komen tu...
 aku teramatla menghargai mereka yang suka berkonsi ilmu ni yerrrr..... 
semoga bermanfaat dan pahala ini diperolehi bersama......


#bahasa melayu aku memang kekadang tunggang langgang.... so buat2 faham je la  =,=



READEARS YANG KU SAYANGI TOCEY SEBAB SANGGUP BACA ENTRI AKU NIH
SAMPAI AKHIR TITIK....... >___@


2 ulasan:

  1. penulisan yang sangat bersahaja, tapi mampu memberikan ilmu.... sangat mengagumi anda... good job blogger... mohon share

    BalasPadam
  2. tahniah...sy tertarik. sy bukannya seorg yang 'wara' sgt pun, tp still tertarik ngn penulisan yg santai ni..

    BalasPadam

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...