Rabu, 27 Februari 2013

Malu Sebakul


Assalamualaikum (^__^)v
*kalau tak jawab dosa, kalau jawab AWESOME
(ayat blogger  fakhruru)


hehe... bukan apa cam best je ayat dia, so aku pon kopipes la...... hehe kredit untuk dia sebab 
memang aktif dalam dunia blogging.....  


Al-kisah terjadilah sebuah kisah dimana berlakunya kisah dan kejadian ini semasa aku
nak gi hantar kawan aku ke stesen bas, coz dia nak balik negeri dia bercuti katanya....


Kisahnya bermula apabila aku parking keta dekat parking lot, time tu tinggal 2 minit setengah je
lagi bas nak jalan, bas dia pukul 8.30 malam, aku pon drive dah macam org gila dah
takut dia ketinggalan bas huhuu..... dia pun satu hal, dah tahu bas pukul 8.30 pukul 8.00
baru nak pakai tudung, aduii na......


aku pun parking la dekat sebelah keta ni, sebelah kiri ada keta, tapi sebelah kanan kosong..
then aku pun buka la bonet nak keluarkan barang2 dia tu termasuklah
pinggan, cawan, budu, kicap mudim, beg tentera dia tu, aduh dah macam nak gi
camping dah aku tengok dia bawak bekal......


aku pun dengan baik hati ni tolong la angkat beg bagasi dia tu.... mak aiii bawak batu ka apa....
berat sungguh laaaa beg dia ni..... mujur beg tu ada roda, klau tak memang boleh patah tulang belulang
aku nihh... hehehe saja buat terouk...... aku pun lock alarm keta (utk keselamatan)

berjalan la kami ke kaunter tiket untuk buat pengesahan tiket dan no plat bas tu...
setel semua tu, dia pon naik la bas.... mujur bas tu tunggu klau tak memang menangis la hang kat
stesen bas tu.... makkkkk sop sop sop ='(


setelah dia pon selamat naik bas dan sesi berpelukkan dan plot melambai tangan (biasala pompuankan)
pastu aku pun nak balik la..... lupa nak cakap kami pergi berempat, yang nak balik tu
sorang je, yang teman tu 3 orang... huhuhu bukan apa takut jugak nak balik
sesorang, almaklumla time tu dah malam, so terpaksala bawak hulubalang-hulubalang beta untuk
menjadi peneman.....


lepas tu bila nak balik dan sampai je kat keta, aku tekan la unlock alarm... bunyi.....
aku pun bukak pintu..... 'eh pasai pa nih'...... tekan 2 kali lagi.... buka pintu lagi....
tak bolehh...... 'weii hang pasai pa tak mau bagi aku masuk ka'.... tekan lagi lock....
'ehh ada bunyi, tapi awat ketat,... ini mengundang kemarahan'....... aku pun dengan
hangat ati menyepak pintu keta...' buka la weyyy'

pastu datang la mamat ni entah daripada mana.....' cik ni keta saya cik.... keta cik kat sebelah'


perrrrghhhhh aiseyy men malunyaaa, rona merah muka aku........ 'owh'..... terkepil-kepil bijik mata
aku tahan maluu.... 'eh sori-sori ^__^||  hehe.....ingatkan keta saya tadi' maap lerr.....


aku pun dengan slumber badaknya masuk dalam kate sambil  tersengah kat brother tu....perrgghh
hensem jugak mamat nih, tapi sayang dia dah ada bini arrr........

aku pun drive keta meluncur keluar parking lot.... dalam keta tu, pecah perut kami gelak..
adoiii macam mana la boleh salah keta.... yang seronok tu sorang pon tak perasan
itu keta orang lainn, almaklum la keta sama jenama, sama warna,
parking pulak sebelah menyebelah, waktu malam pulak tu....
 mak aiiii kesalahan ini sukar dimaafkan diatas kelakuan tidak sopan itu...
 by the way peristiwa ini akan jadi kenangan buat kami sampai bila-bila


bila ingat balik, gelak tak habih kot.... hakhakhak (malu sebakoii)

ingat lama owwww bila nak naik keta, aku akan pastikan keta tu memang keta aku.....
ku kuatiri kejadian lama kembali berulang dan pisang berbuah dua kali

~~~peaceyall~~



lebih kurg macam ni kot cara kami parking keta





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...