lelaki super awesome adalah lelaki acuan al-quran
Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,
Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi... ..
Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,
Lelaki Acuan Al-Quran ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku memohon pdMu Ya Allah,
Engkau terimalah segala amalku, doaku, taubatku
Ku pohon pdMu semoga aku akan tergolong
dalam golongan hambaMu yang soleh...
Ku pohon pdMu Ya Allah
semoga Engkau merahmati hidup aku sekeluarga
Semoga kami semua tergolong di kalangan
wanita dan lelaki acuan al-Qur'an..
Amin...Amin...Amin...
Ya Robbal Alamin...
P/S = Lelaki yang super awesome macam ni memang susah nak cari sementelah kita sendiri pun bukannya baik sangat... selidiki lah diri sendiri macam mna... susah nak cakap sebab diri sendiri je yg tahu tahap keimanan masing-masing.... Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur :26)
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti? dan ingatlah kawan dan diriku sendiri bahawasanya janji allah itu pasti benar, allah tak pernah memungkiri janjinya,... yang selalu mungkir janji ni kita tapi bukan sang pencipta...
kalau dapat pasangan baik itu bonus bagi kita.... tapi klau tak ini mungkin cubaan dan ujian bagi diri kita....
selalunya dalam cerita melayu banyak kes2 yang macam ni... am i right???
Wallahu A'lam..... semoga ada kebaikannya yg kita bakal perolehi bersama insyallah =)
sumber: nasyidees.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan