Jumaat, 20 Disember 2013

sanah helwah asma





Sanah Helwah bermaksud selamat ulang tahun kelahiran..Sanah Helwah asma ucap ku buat diri sendiri...

Menyambut ulang tahun kelahiran bermaksud meraikan juga usia ku yang semakin singkat, bertambah hari maka berkuranglah juga umur ku didunia ini, dalam fikiran aku yang tersurat sememangnya aku gembira dengan penambahan umur, aku juga mendapat ucapan ulang tahun daripada rakan-rakan taulan namun di sebalik yang tersiratnya pula memberi petanda bahawa dekat pula aku dengan kematian.


Dihitung segala amalan aku sepanjang hari, minggu, bulan dan tahun, aku kira belum cukup untuk melayakkan aku ke syurga allah yang sangat mahal itu.... Namun aku ada misi dan azam diulang tahun aku yang ke 22 ini dan misi aku ini akan aku cuba laksanakan semampu aku sebelum memasuki ulang tahun aku yang 23 tahun hadapan

misiku:

1. berusaha mengumpul duit ke mekah untuk mengerjakan umrah atau haji
2.  berusaha menjadi pekerja dan pelajar yang baik
3. berusaha menjadi anak yang baik
4. mengembara di beberapa buah negara
5. berusaha menjadi perawat yang baik
6. berusaha menjadi manusia yang berguna untuk islam, keluarga dan masyarakat
7. menolong mereka yang memerlukan dan aktif dalam NGO
8. nak kumpul duit beli kamera NIKON DSLR
*kalau boleh nak kawen muda


hehehe..... insyallah, doakan saya ya kawan =)







Khamis, 19 Disember 2013

sebenarnya apa benda yang kita cari dalam hidup ini?



ADA orang serabut kepala pakai KERETA MEWAH tapi berhutang.
ADA orang hidup selesa pakai KERETA KECIL tapi dibayar cash

ADA orang RUMAH BESAR tapi hidup tak aman
ADA orang RUMAH KECIL tapi rasa bahagia

ADA orang GAJI 3,000 sebulan tapi rasa macam tak cukup
ADA orang GAJI 1,200 sebulan tapi rasa macam lengkap keperluan hidup

ADA orang  ANAK SEDIKIT tapi rasa membebankan
ADA orang ANAK RAMAI tapi mereka membanggakan ibu bapa

Kita selalu merungut diberi gaji yang kecil
Kita selalu memandang hina mereka yang miskin
Kita selalu riak dengan usaha yang sedikit
Kita selalu berbangga dengan kemewahan diri



Sebenarnya apa yang kita cari dalam hidup ini?? 
Aku pernah bertanyakan satu soalan kepada seorang kawan, tentang cita-cita dan siapa dia 10 tahun akan datang. Sebenarnya aku sengaja tanyakan dia begitu kerana aku ingin tahu apa matlamat hidupnya. Dalam kata-kata dan ucapan dia mengagumkan aku dan ayat terakhir sekali buat aku ingat dia sampai sekarang katanya: 'yang saya cari itu redha allah'

kata-katanya buat aku tersentap dan berfikir, sebenarnya kemahuan kita banyak namun pada akhirnya apa sahaja pekerjaan yang kita lakkukan seharusnya kita dahulukan redha allah, selalu soal diri kita, apa allah redha dengan  pekerjaan yang kita lakkukan


Seharusnya dan sebenarnya yang kita cari itu adalah redha allah, bukanya redha manusia


Aku sayang semua sahabat-sahabat aku kerana allah, lelaki dan perempuan itu sama sahaja tidak pula aku bandingkan, sayang aku kerana aku ingin memiliki sayang allah... semoga allah merahmati sahabat aku yang sorang ini Ameen.



di suatu petang




Petang tadi sengaja aku jalan-jalan ke pekan Jitra untuk nak beli hadiah manalah tahu kalau ada barang yang elok dan sesuai untuk aku hadiahkan kepada kawan-kawan aku yang lahir di bulan disember ni dan juga kepada seorang kawan baik aku yang baru melahirkan baby girl. Aku dah aku ishtiharkan padanya yang aku akan menjadi ibu angkat anaknya. Anak dia itu bererti anak aku juga.

 Aku pun menghentikan my lovely baby myvi dekat tepi jalan, parking penuh dohh... Aku yang berpakaian tak semegah mana dengan T-shirt, seluar track dan tudung  berjalan macam orang nak cari gadoh menuju ke tingkat 3 bangunan ANEKA... first tempat yang akan aku tuju sudah semestinya kedai buku, aku perhatikan sekitar kawasan kedai dan buku-buku macam tak best dan aku pun keluar terus menuju ke kedai cenderahati.. aku pusing sana sini perhatikan jika ada barang yang sesuai untuk aku jadikan hadiah dan poskan kepada mereka. Puas aku belek namun tiada satu pun yang berjaya menambat hati aku.

Aku pun keluar dan nak balik... masa aku tengah berjalan nak balik tu aku perhatikan ada sebuah pusat game yang dipenuhi dengan anak muda melayu khususnya sedang leka dengan game yang di tandingkan.... Terus timbul rasa sedih yang teramat sangat dalam hati kecil aku melihat anak muda kita sebaya adik aku memenuhi kawasan permainan video tersebut, tu belum termasuk pusat karoke dan pusat snuker lagi.. dan sememangnya ramai anak muda bangsa aku yang memenuhinya


Hati kecil aku berkata, 'Ya allah bertapa sia-sianya hidup mereka, hidup tidak bermanafaat buat diri sendiri dan agama mereka'


Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Kata Nabi Daud singkatnya umur itu umpama masuk rumah pintu depan keluar pintu belakang. ada riwayat menyatakan baginda hidup lebih drp 900 tahun...... tak takut kah mereka pada pandangan allah dan murka allah?? tak pernahkah mereka berfikir apa allah redha mereka begitu??

Wahai sahabat,
Carilah pahala untuk bekalan hidup diakhirat, moga-moga bila kita balik disoal di padang mahsyar nanti ada jawapan apabila allah bertanyakan: "apa yang dah kita dah buat untuk islam?" "apa semasa hidup kamu, kamu sudah menjalani hidup sebagi seorang islam yang sebenar?? "masa muda kamu sudah kamu habiskan kemana??" ... Jangan pula kita balik bertemu dgn allah taala dalam keadaan bankrup, dalam keadaan kosong tanpa amal,... nauzubillah

cuba bayangkan kita mati dalam keadaan lalai dalam mengingati allah, selalunya manusia mati dalam keadaan kelaziman yang dia lakkukan, mati dalam tidur sambil dengar lagu di earphone, mati dalam keadaan berzina, mati merempit, mati masa tengah karoke, mati ditembak kerana merompak, mati kemalangan, mati tengah berjoget, mati minum arak atau mati dalam sujud... fikir-fikirkan lah


orang perempuan selalunya jarang menggunakan akal untuk berfikir, jesteru wahai kaum seperti aku, gunakanlah akal untuk berfikir, banyakkan diam daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah dan menyakiti orang lain, tuntutlah ilmu dan lazimilah guru... insyallah berkat


kesedihan itu hanya allah saja yang tahu, mungkin perasaan ini seakan sama sebagaimana yang baginda nabi rasa tentang umatnya, .... 'ya rasullah syafaatkan kami'


Sekadar peringatan buat diri sendiri juga agar tidak terus terleka dengan dunia yang sementara dan tidak menjanjikan apa-apa kesenangan

JAUHILAH PERKARA YANG SIA-SIA











Ahad, 8 Disember 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih


Assalamualaikum

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour



kekawan selamat mencuba la yee..

tekan sini----> TEKAN



hikmah 'tiada jodoh'




Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni kan..

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dengan kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah-pernah diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam-macam sebab lagi. Itu cumalah asbab.

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja


Ya allah didalam mencari redha-Mu terkadang aku merasa cukup susah, payah dan lelah... Namun ya tuhan dalam kepayahan itu engkau masih berikan aku kesempatan untuk terus mengingatimu walau dalam keadaan leka dan hina..... Ya tuhan aku hamba-Mu yang hina, pandulah aku untuk menuju cinta mu yang abadi




Ahad, 1 Disember 2013

sahabat ingatlah daku dalam doamu



Sahabat-sahabatku sekalian bacalah sejenak..

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersamNANTI.i di Syurga-Mu"

SAUDARAKU..
Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..


آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ


Ya Allah

Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah PERSAUDARAAN kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga & jalan-jalan kebaikan.

WAHAI SAUDARAKU SEKELIAN

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI




Dato Tuan Ibrahim Tuan Man



Ahad, 24 November 2013

hari yang mendebarkan sudah berlalu... tapi






Hari yang dinantikan sudah sampai namun hari yang mendebarkan itu sudah pun berlalu.....


AKU KECEWA.... AKU KECEWA..... AKU KECEWAAA!!!!!

DAH DUA MINGGU AKU BERTUNGKUS LUMUS FOKUS KEPADA HAFALAN SAMPAI TAK MAKAN DAN MINUM (menipu),  NAMUN TERNYATA AKHIRNYA AKU GAGAL JUGA  MENYUDAHKAN AYAT YANG TERAKHIR KERANA TERLUPA...


punya lah aku semangat tadi ni datang awal ke kelas semata-mata yakin dapat menyudahkan hafalan tapi bila sampai di meja pentasmek tu, terus hilang habis dan lupa apa yang ada dalam kepala.... geramnya allah saja yang tahu, sebabnya ketaq terlampau sampai parkinson la sat tadi ni

memoir yang melucukan tadi ni, ada la seorang rakan seperguruan aku ni asal jumpa muka aku terus dia tanya asma dah hafal habis?, ish saya takut la sat lagi lupa bila jumpa muka ustaz... minta-minta tak ada apa la noh.... dalam duk ketaq kepala lutut tu dia lah yang mula-mula berjumpa dengan ustaz. dah tu hafal sampai habis pula sampai satu buku.... hamboiiiii tadi kata ketaq kepala lutut, taw taw dia dah perabih hafalan sedas sampai satu buku.... cisss mangkuk tingkat betoii!!! 
tapi yang bagusnya dia ni bila selesai hafalanya terus sujud syukur sebab dah lepas semua.... jadi terpegun aku tengok dia tadi, aku tak hebat macam tu rasanya, hebat usaha dia sampai katanya tak tidur malam dia menghafal sampai satu buku


aku pula tak sampai satu buku pun, cuma separuh sahaja... itu lah peristiwa yang mengecewakan bagi aku pada hari ini.... so aku terpaksa postpone pada hari yang lain pula dan lagi berat kerana hari yang ditangguh itu adalah hari yang sama dimana ujian herba diadakan... dah la kena hafal dah tu kena hafal nama-nama herba lagi.... MATAINA IKAU (bahasa sungai)


ada lagi 3 minggu untuk aku buat persiapan, diharap usaha aku tidak lagi sia-sia, semoga allah bantu.. kalau tak memang  tak boleh konvo la aku bulan 12 nanti di langkawi


AKU NAK KONVO JUGAK OIIIIII......!!!!!



dalam waktu terdekat ini aku tak rasa yang aku akan aktifkan semula FB mahupun twitter aku tapi kalau blog aku akan aktif juga mungkin sekadar nak kongsi life aku yang tak berapa nak ohsem pon... mungkin sehingga aku selesai mengingat semula semua yang aku dah lupa barulah aku akan mula.... kawan2 kalau nak cari tu just call fon atau mesej la ehh



Jazakallahu khairan kathira sahabat, aku sayang kamu kerana allah!!
 thankz sebab sudi klik dan baca entri ni 








Khamis, 21 November 2013

nak OFF pesbuk 3 hari...




Assalamualaikum readers, secret admire, kawan-kawan, roomate dan semualah

PENGUNGUMAN PENTING!!

BAHAWASANYA AKU BERMULA DARIPADA SEKARANG AKAN MENGHENTIKAN SEGALA KEGIATAN AKU YANG BERKAITAN DENGAN INTERNET UNTUK BEBERAPA HARI  KERANA AKU BAKAL MENGHADAPI UJIAN HAFAZAN PADA HARI SABTU INI..

DENGAN INI AKU TIDAK AKAN MENGUPDATED SEBARANG STATUS FB (aku dah deactive dah pon) SEHINGGALAH SELESAI TEMPOH UJIAN TERSEBUT


hahaha ..... pengunguman ni macam la penting sangat kan, macam la ada orang yang caring sangat pasal aku... ahh gasak la orang nak cakap apa yang penting aku nak fokuskan kepada hafalan aku yang cuma tinggal dua jenis lagi..... mohon hampa semua doakan saya lancar hafalanya na kalau dak tak leh konvo la saya ni .... ameenn



aku ni kalau bab menghafal  straigh dalam buku sememangnya lembab siket, so aku akan tulis semula ayat tu dan terjemahan maksudnya.... alhamdulillah aku tiada masalah dengan menterjemah balik ayat even tak la pro sangat prosak ada lah.... aku jenis yang kena buat peta minda atau kena buat kotak macam ni baru nak ingat... tulisan pulak tu kena besar-besar nanti klau aku lupa tengah jalan aku akan bayangkan bentuk tulisan tu... sememangnya kaedah visual dan audio yang aku belajar dalam kelas psikologi aku dulu ni ada bagusnya kan

debaran mula terasa, minta-minta la bukan pentasmik yang lepas, kalau tak memang salah banyak la bacaan aku.... semuanya diambil kira termasuklah tajwid dan fasohah .... huhh so scary merry


DOAKAN AKU SEMUA!!!








bolehkah manusia menguasai jin?



sebenarnya manusia tidak mempunyai sebarang kelebihan ghaib sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Ini kerana sabit sebuah sirah dan hadis rasullah pernah diganggu syaitan semasa baginda sedang solat. Baginda nabi sudah membacakan ayat-ayat al-quran namun syaitan tersebut masih degil. Lalu baginda nabi mencekek leher syaitan tersebut dengan kuat sehinggakan terkeluar leher sehingga belakang tangan dan rasullah merasa sejuk diatas tangan. Selesai sahaja baginda solat baginda melempar syaitan tersebut dan berkata 'celakalah' sebanyak 3 kali... lalu para sahabat bertanya apakah yang telah baginda lakkukan dan mengapa berkata demikan.. lalu jawab baginda nabi: 'Jika bukan kerana aku menghormati hak saudaraku sulaiman nescaya sudah aku kerat-kerat mereka dan biarkan dia menjadi mainan kanak-kanak madinah.

didalam islam hanya ada seorang sahaja yang allah kurniakan kelebihan dalam menguasai jin, memenjarakan jin, membunuh jin dan sebagainya. Orang itu adalah baginda Nabi Sulaiman as kerana Nabi Sulaiman pernah memohon doa kepada allah untuk dapat menguasai bangsa jin, angin, binatang dan manusia. selain baginda sudah tidak ada lagi melainkan kerja-kerja tukang sihir.

Rasullah sendiri tidak melakkukanya kerana menghormati nabi sulaiman, mengapa pula kita sebagai umatnya tidak mencontohi baginda?



'Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman.' [surah Al-Naml ayat 15] 


Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api Neraka. [surah saba ayat 12]


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [albaqarah 102]



waallahu'lam jangan percayakan kata-kata saya tapi percayalah apa yang dijelaskan oleh al-quran dan hadis.. panduan sepanjang zaman








Rabu, 20 November 2013

betul ke jin mengetahui alam ghaib?


Kalau lah anda pernah dengar bahawa seseorang itu boleh mengetahui alam ghaib melalui jin:-
sebenarnya Jin itu tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib sebenarnya pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput lalu jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah wafat.

Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina. [surah saba ayat 14]


didalam ayat ini jelas menyatakan bahawa manusia mahupun jin tidak tahu sama sekali akan alam ghaib. Jika ada orang yang menyatakn bahawa beliau bisa ke alam ghaib itu sememangnya jika sabit ayat al-quran ini jelas bahawasanya dia berbohong dan rekaan semata-mata untuk menyakinkan mereka yang mendengarkan dan memujinya hebat

waallahu'lam




Amalan-amalan kebatinan yang mengelirukan


Berkaitan dengan amalan kebatinan, didapati bahawa antara mereka yang banyak terlibat dalam hal kebatinan ini adalah sebahagian pengamal silat. Bahkan apabila dirujuk kepada fatwa, didapati bahawa banyak aliran silat yang difatwakan sebagai haram kerana amalan dan pengamalanya menyalahi aqidah islam yang sebenar. Sebagai contoh dalam fatwa yang diwartakan oleh jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) menyenaraikan ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahap diri (kuasa ghaib) seperti yang diajarkan dan diamalkan oleh Nasrul Haq, Budi Suci Sejati, Jawa Faradin, Silat Sunda pukulan ghaib, Tusuk Hikmat, Ilmu kebatinan, Potong Maya, Naluru, Kaula, Haqqulah, Silat pukulan Jarak Jauh, ilmu tenaga dalam hikmat dan seumpamanya adalah menyeleweng daripada aqidah islam yang sebenar

Selain itu, terdapat juga amalan kebatinan yang melibatkan penggunaan zikir-zikir dan amalan tertentu. Contohnya mempelajari 'ilmu isim'. Dalam satu persoalan yang dikemukakan pada ruangan agama akhbar Mingguan Malaysia, terdapat seorang lelaki yang menyatakan bahawa beliau mempelajari  ilmu isim iaitu menyeru nama-nama syeikh-syeikh tertentu yeng digabungkan dengan ayat-ayat al-quran. Selepas diamalkan, beliau mendapati sesuatu yang menggerakkan badannya sehingga memberi kelebihan kepada dirinya dengan kebolehan bersilat, boleh mengubati pesakit dan sebagainya.

Dalam kes yang lain pula, seorang pemuda mengatakan bahawa beliau satu jenis zikir setelah diijazahkan oleh gurunya. Kombinasi zikir tersebut adalah bacaan istigfar, dua kalimah syahadah, selawat, membaca surah al-fatehah dan dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, iba bapa, semua wali allah, rijalul ghaib, syeikh-syeikh, guru-guru serta kaum muslimin dan muslimat. Setelah beramal dengan zikir tersebut beliau mengalami keadaan sukar untuk melakkukan solat. Bahkan, beliau juga sukar untuk menuturkan kalimah 'Allahu Akbar', sukar membaca al-fatehah dan ayat-ayat al-quran yang lain seolah-olah terdapat sesuatu yang menghalang lidahnya membaca ayat-ayat tersebut dan menekan dadanya. Kemudian beliau juga sering mendengar bisikan-bisikan sama ada ketika solat atau di luarnya.

Demikian juga terdapat pandangan ulama menerangkan kesesatan tok guru latihan ilmu pertahankan diri atau silat, dimana antara perkara yang diharamkan oleh syarak dilakkukan adalah seperti:

1.Melalui kaedah mubai'ah yang disertakan dengan kalimah Qasam atau sumpah yang bertujuan untuk mendapat hikmat atau kejadian luar biasa
2. Melalui syarat seperti makanan, minuman, alatan senjata, pakaian, perkataan, perbuatan dan alatan bunyi-bunyian
3. Melalui petua-petua kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara luar biasa.
4. melalui petua-petua kaedah yang berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi atau doa-doa tanpa mengharapkan pertolongan allah SWT
5. Tidak tahu asal usul ilmu dan amalan yang dipelajari  dan yang diajar kepada orang lain



waallahu'lam

sumber:
fatwa yang telah diwartakan, Nombor Rujukan: JAWI/A/145; PN. (PU) Akta/Enakmen: seksyen 41, Negeri:WP Kuala LUmpur.

laman web : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-dan-ilmu-kebatinan-tahap-diri-kuasa-ghaib-0

Akhbar mingguan Malaysia, Ruang Agama bertarikh 15 April 2001  

buku Rawatan Penyakit Akibat Sihir Jilid 5. Tuan Guru Haron Din m/s114







Khamis, 14 November 2013

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY




nak dapat t-shirt tak??
JOM JOIN SEGEMAN NI!!!!

GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG



Assalamualaikum readers hye hye hye....

jom support giveaway blog tengku butang ni, hadiah pon macam masyuk taw, nak tahu hadiah tekan sini

http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/giveaway-1-year-blog-tengkubutang.html


butang ni sebenarnya nama kucing dia... hehe comel kan

JOM JOIN CONTEST NI!!!!!

 last sampai 20 disember sahaja, my birthday tu =)






Dain Giveaway By Akma!!!



Assalamualaaikum sahabat blogwalking

sebenarnya aku jarang nak join mana2 giveaway drp mana2 blogger malaysia, malas plus kekangan masa itula masalahnya, tapi kali ni rasa macam rajin la pulak nak bagi support pada blogger malaysia memajukan diri cewahh....

tak harap pun nak menang tapi kalau menang alhamdulillah


second giveaway yang aku join =)

Rabu, 13 November 2013

cara guna twitter bagi mereka yang baru buka akaun



Assalamualaikum readers

Aku rasa ramai kat luar sana yang tak tahu nak guna twitter kan... kalau facebook tu tahulah... ok lah disini aku nak ajaq hampa semua cara nak guna twitter tapi fahaman facebook... hah macam mana tu? maksud aku cara penggunaan facebook dan bagaimana untuk diaplikasikan semasa guna twitter... ok meh tengok sini aku tunjukkan istilah yang berbeza tapi penggunaannya sama



welcome to my astronomy twitter


twitter = facebook

HOME = NEWS FEED
@CONNET = NOTIFICATION
#DISCOVER = bar ni adalah bar hashtag
ME = PROFIL atau kalau nak tengok tweet-tweet yang lepas
TL = TWEET LIST
RT = RETWEET
REPLY= KOMEN
RETWEET=SHARE
FAVOURITE=LIKE
DM(directed messege, ada gambar mcm sampul surat)= PM(personal messege)
EXPAND = yang ni macam kalau korang nak tengok tweet2 yang dah di komen dan mention atau lanjutan drp tweet..... alah senang sebut macam conversation la

yang lain tu sememangnya korang boleh tahu sendiri fungsinya, mampoih la kalau nak habaq semua, pandai2 la hampa nak guna ambooiiii melampao nihh....


Dalam twitter ni korang tak semestinya bila dah follow seseorang tu so diorang pon wajib follow korang. benda ni terpulang la samada diorang tu nak follow balik ke tak.. dalam perkara ni twitter tak sama dengan FB. kalau dalam FB tu bila korang dah accept bermaksud korang akan saling dapat info diantara satu sama lain kan..... tapi selalunya kalau yang mesra alam tu memang diorang akan follow balik.... kalau korang nak minta diorang follow korang balik so korang boleh mention nama dengan menekan '@' kemudian nama pengguna tu contohnya: @asmanaini09 follow me back =).... atau korang boleh buat ayat tak malu siket cth: sy dah follow awak, boleh awak follow saya balik wink wink ^__^ ..... atau ayat2 yang sememangnya batak followers


fakta dalam twitter ni kalau korang nak tahu kebanyakkan penggunanya atau twitterian (nama gelaran bagi pengguna twitter) adalah budak sekolah...

kelemahan twitter ni satu jelah kot. dia punya tweet limit tu sampai 140 aksara je.... kedekut betolll  

perkara yang annoying tu bila ada twitterian yang sikit-sikit nak tweet, tak keluar  rumah tweet, nak tengok tv tweet, nak terberry pon nak tweet jugak euww....

kebanyakkan ahli politik, artis, ahli sukan, salebriti diantara penggunanya

sememangnya twitterian ni suka cakap sorang2 macam aku jugak,merepek tak ketahuan hala

ayat-ayat lucah dan makian dah jadi kebiasaan twitterian so kalau korang tak tahan sila deactive akaun twitter anda atau block je orang tu macam kes lana nordin, retis seksi tu


so pesanan aku disini kita main tweet leklok na jangan duk bagi ayat maki sana maki sini, ada pulak kes maki mak bapak sendiri dan islam lepas tu dapat banyak followers..... itu batak followers namanya ada faham??? jangan duk tweet ayat nonsense la nohh, buat malu mak bapak dan keturunan ja....

follow la hakku ni asmanaini09 sebagai syarat untuk ilmu tu dapat berkat



Ahad, 10 November 2013

bagaimanakah kamu boleh tinggalkan benda baik yang dulu kamu pernah kamu lazimi?


jika dulu, semasa di alam persekolahan, bersama2 sahabat di asrama/rumah sewa, ada yang mampu membaca sejuzuk al-quran setiap hari sementara menunggu solat isyak berjemaah di masjid..

jika dulu, ikhtilat nya terjaga, sekarang main hentam saja, melayan yang tiada kena mengena, di mana 'stand' kita yang pernah dahulu menjadi benteng di jiwa?

jika dulu, usai subuh dan asar berjemaah, dapat kita alunkan zikir mathurat bersama2, usrah pula menjadi tunjang kekuatan kita,

jika dulu, menjadi kebiasaan membaca surah yassin beramai2 di dataran perhimpunan sekolah, membaca asma ul husna sebelum kelas bermula, membaca doa penerang hati bersama2, kenapa tidak sekarang? sudah terlalu dewasa agaknya..

jika dulu, bacaan al-mulk akan kedengaran antara jam 11 ke atas, tapi sekarang suasana sepi di iringi bunyi cengkerik sehinggalah malam berlabuh dengan begitu sahaja..

jika dulu, seawal jam 4 pagi, sudah terdengar bunyi percikan air, ada yang bersiap sedia untuk berjumpa kekasih abadi, namun malangnya kini, jam 6.45 pagi, lantai di bilik mandi masih kering lagi..

jika dulu, ada yang terpaksa menutup aurat, melonggarkan pakaian, melabuhkan tudung kerana peraturan sekolah, takut di denda guru disiplin agaknya? mengapa tidak di hayati sehingga meresap ke dalam hati??

jika dulu, kita lah antara penggerak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) yang giat menjalankan amar makruf nahi mungkar..mungkin sekarang ada yang sedang di uji dengan kata2 yang pernah dituturnya sendiri..

ayuh tempelak diri, demi kepentingan di kemudian hari...
kenapa ada yang telah jauh lari, dari landasan yang telah di gariskan Ilahi..
tidakkah kau merindui, saat diri di tarbiyyah untuk mengikut acuan agama yang suci?
carilah kembali biah solehah yang pernah dahulu sebati dengan diri,
sebelum diri jauh menyimpang, ingat diri kita sentiasa di 'perhati',
segala amalan akan tercatat dalam buku yang bakal di bentangkan nanti,
istiqamah itu amat sukar, bagi hati yang telah 'mati'..
..........................

mood : terkenang zaman muda remaja..


oleh indahnya berpurdah



Sabtu, 2 November 2013

yang luhur itu adalah kamu


Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...

Pribadi yang BERDZIKIR ITU INDAH : ..
Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH ...
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR ...
Setiap NAFASNYA adalah TASBIH ...

Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT ...
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA ...
Setiap FIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ...

Setiap GERAK HATINYA adalah DOA ...
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH ...
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD ...

Kekuatannya adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah. .. 
dan 
bersihkan hati dalam menuju redha allah

AMEEN...



.

Jumaat, 1 November 2013

Apabila sangka kala ditiup


Bismillahir-Rahmaanir-Rahim..Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Wallahu’alam bishshawab


copy paste





ketika dua hati menyatu, puisi buat ayu



Saat dua hati berjanji
Untuk harungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia

When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When life in love and try
When life in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quiteness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray 
And I do I pray


buat sahabat baik ku Nurul Ain Fadira, puisi ini buat dirimu yang baru melansungkan perkahwian.. dimana pun engkau berada, walau jauh dimata namun engkau dekat dihati, wahai sahabat aku menyayangi mu kerana allah.... semoga kebahagian mengiringi engkau setelah banyak keperitan yang telah engkau alami... usah engkau risau, ada namau mu disetiap doa ku.... bersabarlah sahabat allah ada bersama mu




bulan baru



Assalamualaikum sahabat pembaca......


Hari ni dah masuk bulan sebelas bagi tahun 2013 bermaksud aku masih ada lagi sebulan setengah saja untuk menghabiskan hafalan ruqyah dan menghafal jenis2 herba.. Hmmm agak susah hati jugak aku  bila memikirkan benda ni.... dah macam2 kaedah yang aku dah buat termasuklah ulang tulis dalam kertas setiap ayat supaya senang nak ingat.... aku suka belajar sambil menggunakan teknik visual dan audio.... so aku lebih suka melihat ayat dan mendengar ayat yang sama berulangkali, dan sememangnya cara ini berkesan


Masuk bulan ini jugak lah dah banyak kad walimatul urus yang aku dapat, ishh maklum la musim orang berkahwin dah sampai... 


sahabat baik aku Nurul Ain Fadira pon sudah melansungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, 



dalam bulan ni jugak aku akan berusaha keras nak kumpul duit nak melancong ke indon, hehe..... itu impian aku sebelum aku melangkah ke fasa yang baru, fasa bekerjaya, fasa dewasa belia dan fasa perkahwinan... ishh sebut pasal kawen ni aku rasa macam tak da keinginan pon, bukan tak ada yang tanya tapi aku awal2 lagi dah cakap kat mak, mak saya dah ada pilihan sendiri, bukan apa aku tak nak dia susah2 nak carikan calon la segala bagai,... remaih taw dak


Dah lama tak menulis entri pasal diri sendiri rasanya, ishh aku bukan apa... sejak dua menjak ni malu la pulak aku bila ada silent readers yang senyap-senyap buka blog aku then baca post entri aku yang merapu dana.... cuba bayangkan dibuatnya yang tengok tu org yang aku kenal macam kekawan, sepupu, jiran, anak buah, secret admire ke..... aduhh malu malu


so aku buat keputusan nak kurangkan bercerita tentang diri sendiri yang tak memberi manfaat buat pembaca dan fokus aku pada penulisan kreatif.... ishh dah lama menulis benda alah tu tapi sampai sekarang belom habis lagi..... eeee penyakit pemalas melanda diri


banyak pulak ishhhh dalam ni nampak sangat negativ thinking mula menghasut


ok la jumpa di entri yang lain ye.... assalamualaikum
sollu a'la nabi



Isnin, 28 Oktober 2013

neraka bukan hanya panas, tapi juga dingin membeku


Yang perlu diimani tentang neraka, ia bukan hanya panas yang membakar, tetapi juga dingin yang membeku. Jika ada hawa yang amat panas, maka itu didapati dari panasnya neraka. Sebaliknya jika ada hawa yang begitu dingin, maka itu berasal dari dinginnya neraka. Inilah yang mesti direnugkan bagi yang mendapati musim dingin (winter) saat ini.

Hal ini dapat kita lihat pada surat An Naba’, AllahTa’alaberfirman,

لَا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا (24) إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا (25) جَزَاءً وِفَاقًا (26)

“Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan ghossaq, sebagai pambalasan yang setimpal.” (QS. An Naba’: 24-26).

AllahTa’alajuga berfirman,

هَذَا فَلْيَذُوقُوهُ حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ

“Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin (ghossaq).” (QS. Shaad: 57)

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Yang dimaksud ghossaq adalah dingin beku dari neraka, dan seseorang seperti terpanggang dengannya.” Mujahid rahimahullah berkata, “Ghossaq adalah sesuatu yang tidak mampu seseorang sentuh karena begitu dinginnya.” Ada ulama pula yang mengatakan, “Ghossaq adalah dingin yang baunya begitu busuk”.

Faedah

1- Neraka bukan hanya panas, juga mengalami dingin (yang amat dingin).

2- Hawa yang amat panas, itu adalah dari panasnya neraka. Hawa yang amat dingin, itu adalah dari dinginnya neraka.

3- Cuaca yang amat panas dan dingin seharusnya mengingatkan kita akan neraka, sehingga kita pun seharusnya meminta perlindungan pada Allah dari siksanya yang begitu mengerikan.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari siksa neraka.

Kitab Lathoif Al Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hambali, Al Maktab Al Islam, hal. 574-576.

Subhanallah....


#dzikir cinta

Ahad, 27 Oktober 2013

Beruntunglah orang yang pelik


Assalamualaikum readers....

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
 [Hadith Muslim no. 145].



Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam. Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati jenih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas denganNya.

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Ketika ramai orang di sekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing, tudung disingkat-singkatkan, baju semakin nipis, seluar semakin ketat, kain semakin sendat, fesyen moden semakin dahsyat, tetapi anda masih mengekalkan cara pemakaian Islam yang sebenar. Anda disinis, ditertawa, diperlekehkan. Pernahkah??

Ketika ramai kawan-kawan menjerumuskan diri dalam cinta duniawi, ber’couple’ sana sini, huha huha dengan lelaki, bergelak dan bermesra dengan teman sehati, menonton wayang bersama pasangan sendiri, bergayut di telefon sehingga lewat malam tanpa arah tujuan, bermanja-manjaan, tetapi anda masih berpegang dengan pendirian al-Quran dan as-Sunnah. Anda Pelihara Mukadimah Zina. Anda dipulau, dikutuk, dijadikan bahan umpatan, digelak tawa bersama teman. Pernahkah anda lalui semua ni?

 Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Saat zina dan arak berleluasa, rasuah dan riba’ bermaharajalela, pergaulan bebas semakin melata, tapi anda masih lagi teguh dengan keimanan terhadap Allah. Anda dicaci, dihina, diherdik. Pernahkah anda punya pengalaman sebegini??

Jika PERNAH, maka berbahagialah!

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Diakhir zaman, mereka yang mengikut sunnah dilihat pelik manakala mereka yang jauh dari apa yang diajarkan nabi dijulang tinggi. Diakhir zaman lelaki yang menyimpan janggut dikatakan serabai, selekeh dan sebagainya.. Namun tahukan mereka menyimpan janggut itu memberi banyak kebaikan kepada lelaki.


Wallahua'lam




kita kan sampaikan pada mereka dengan cinta


puisi

kita kan sampaikan pada mereka dengan cinta
Tuhan adalah Allah semata
tak satupun yang dapat menyamai
Dialah Pencipta semesta

kita kan sampaikan pada mereka dengan cinta
Allah tiada sekutu bagii-Nya
Maha Suci dari yang menyerupai
Dia tak berputra, tak beribu-bapa

suamiku, inilah buah cinta kita
amanah tak ternilai dari-Nya
kan tibalah saat Allah bertanya
kemanakah mereka telah kita bawa?

kita kan sampaikan pada mereka dengan cinta
tentang teladan hidup mereka
insan utama  rasulullah tercinta
sampaikan salawat dan salam kepada-Nya

kita kan sampaikan pada mereka dengan cinta
berbaktilah pada ayah bonda
hadirkanlah mereka di setiap doa
sebagai tanda syukur hanya pada-Nya



Khamis, 24 Oktober 2013

Pengembaraan Imam Muhammad Abduh


Assalamualaikum readers....

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda pemudi kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.

Kejadian ini yang berlaku ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Beliau dipanggil untuk melawat ladang ternakan babi. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Beliau diperlihatkan akan suasana yang sistematik dan bersih didalam ladang ternakan babi tersebut

Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahawa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandungi cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan moden, dengan kebersihan terjamin dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya?" Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas.

Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghairah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain dan membiarkannya tanpa rasa cemburu dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."



ada hikmat disebalik pengharaman babi, apa yang allah perintahkan haram didalam al-quran pasti ianya memberi kemudaratan kepada manusia...

# babi @ khinzir






Rabu, 23 Oktober 2013

pilih mak atau anak?



Pilih Ibu atau Anak???

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah
akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.

Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan
bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar
dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal.
Si ibu sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu..

"Jadi bagaimana doktor ...?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya,
tapi masih ada harapan.

Kami hanya punya satu pilihan,
menyelamatkan si ibu atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat
untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan
nada sayu...

"Doktor, saya sangat bingung. Saya serahkan sepenuhnya
kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia
sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal
seperti ini.

Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------

Kisah ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan
terhadap agama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik ia akan berusaha
menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim,ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar,
tapi itulah jalan terakhir dan muktamad..

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa
dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".

Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa.

Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat iaitu
penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun
sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu.

Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk
dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya..

Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka.
Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah.

Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu,
kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka.

Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat
kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi
dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik,
yang lebih soleh.

Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan,
biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.

Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan
didunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak
menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat
untuk memastikan agama doktor tadi.

Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan.

Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang
kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang DOKTOR MUSLIMAH!!





contoh perbezaan diantara akhlak dan moral


1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu lumrah bagi masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.

3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.


via fetri yahya





Ahad, 13 Oktober 2013

Misteri Segitiga Bermuda versi islam




Segitiga bermuda yang juga biasa disebut segitiga setan terletak di wilayah lautan samudera atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4 juta km2 yang membentuk garis segita antara wilayah2 teritorial britania raya sebagai titik di sebelah utara, puerto rico teritorial amerika serikat titik di sebelah selatan dan miami negara bahagian florida amerika serikat sebagai titik disebelah barat.

Pasti pernah dengar kan peristiwa-peristiwa aneh di sana yang sering terjadi kapal-kapal hilang baik laut mahupun udara secara misteri. Ada yang cakap segitiga bermuda itu adalah tempat mangkalnya alien dan ufo. Ada yang menyatakan itu adalah pusat magnet terbesar didunia. Ada juga yang menyatakan itu pusat bumi dan terdapat black hole yang mampu menyedut apapun yang melintas. Lalu apa pendapat islam tentang segitaga bermuda ?

Ada hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerau sehingga sebahagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu” dikatakan larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan. 


Jadi apa kaitannya dengan segitiga bermuda ?

Alasannya kerana segitiga bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bahagian utara dan Afrika. Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadis ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda. Perkara-perkara aneh yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, bahawa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal. Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawapan untuk semua pertanyaan.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupakan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yang meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabi Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut. Syaitkh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu ? Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tak boleh mendekati pusat kawasan agung itu, maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencuba untuk memasuki kawasan agung itu (segitiga bermuda). Kerana sesungguhnya barang siapa yang bisa sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yang sesungguhnya.

Banyak orang-orang zaman dahulu yang telah mencuba kepusat Segitiga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya. Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencoba masuk ke kawasan agung itu. Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.

PS: waallahu’alam… Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga bermuda itu.


Semoga Bermanfaat


sumber: ustaz yusuf mansur

Isnin, 30 September 2013

signal untuk bangun tahajud


Assalamualaikum readers, 

segala puji bagi allah tuhan yang menciptakan langit dan bumi berserta seluruh isinya, Selawat dan salam keatas junjungan mulia nabi muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda...


Readers pernah tak korang mengalami perkara ini...
kadang-kadang punya lah allah nak bagi signal pada kita dengan sengaja allah kejutkan kita pagi-pagi buta dalam pukul 2-4 pagi suruh bangun gi tandas, kadang-kadang tu terasa dahaga kita pon bangun la gi buka peti ais cari air. Dan lepas tu ntah kenapa kita dah tak boleh nak tidur balik(selalukan jadi mcam tu).... baring atas katil pon ke kiri kekanan tetap tak boleh tidur.... pastu kita ni pon buka lap top online fb, kalau tak pon ambil remote buka astro tengok bola.... punya la TAK SEDAR DIRI!!! sebenarnya allah sengaja kejutkankan kita pagi-pagi buta semata-mata nak bagi peluang pada kita bertahajud, bermunajat, zikir untuk buat bekalan akhirat, tapi itu pon kekadang kita tak sedar lagi masyallah....

Dalam hidup ini,
punya lah banyak nikmat allah bagi tapi kita lansung tak tahu nak bersyukur, kalau pon berasa tak nak buat tahajud, apa ka nak salah gerakkan sedikit mulut tu beristiqfar.... itu pon dah kira aci lah... tahajud bukan susah, kita qada solat subuh yang lepas-lepas pon dah dikira tahajud

tapi kita ni bukan setakat berat nak buat tahajud, nak sebut la illaha ilallah pon kedekut... masyallah... sebab apa nak tahu??? maaf aku cakap sebab kita ni JAHIL AGAMA. Bahasa sedap sikit BODOH, sampai buta mata hati daripada melihat nikmat allah yang melimpah ruah... dikurniakan  mata, telinga, hidung, suara dan yang paling besar nikmat iman dan islam...

dah la kita amalan tak banyak, selalu bergaduh dengan orang, duk perang mulut maki orang tu, kutuk orang ni... ada pulak tu sengaja dajalkan orang lain demi keuntungan diri sendiri... tak usah la nak sebut satu-satu perkara aib sendiri sebabnya memang memalukan diri sendiri...


dalam sebuah hadis Riwayat al-bukhari dan muslim:

"Setiap umat ku diberi keampunan oleh allahSWT melainkan orang yang mujahirah. Yang dikatakan orang mujahiran itu ialah dia melakkukan sesuatu amalan yang aib pada malam hari, kemudian pada waktu pagi dalam  keadaan allah menutup keaibanya dia berkata, wahai polan aku telah melakkukan perbuatan itu dan ini malam tadi.. sedangkan allah SWT telah menutup aibnya pada malam hari, sebaliknya apabila pagi dia menghebahkan pula perkara yang allah telah tutupkan untuknya."



INGATLAH  sahabat hidup ini sementara, kesenangan, kegembiraan, kesihatan, umur, anak pinak, harta kita itu semua allah akan tanya diakhirat, ibaratnya seperti kata2 nabi idris dunia ni seperti 'masuk pintu depan keluar pintu belakang'. (betapa singkatnya hidup)

 Jika kita kaji kisah nabi idris, baginda dikurniakan umur yang panjang selama 950 tahun, ada setengah riwayat menyatakan selama 900 tahun, namun baginda masih menyatakan bahawa kehidupan didunia ini adalah singkat. Sementelahan, cuba pula kita fikir bagimanakah pula kita yang lahir di zaman kenabian muhammad SAW yang hanya panjang umurnya sekitar 50-60 tahun sahaja??  wahai sahabatku setiap apa yang telah kita miliki semuanya akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak, setiap deru nafas kita juga  akan disoal di hari akhirat, juga ianya hari  yaumallazilla illa zillih iaitu hari dimana tiada naungan lain selain daripada naungan allah...


aku bukanlah seorang yang baik ataupun alim, aku sekadar seorang hamba biasa yang senentiasa melakkukan dosa, hidup ku juga tidak pernah terlepas daripada melakkukan dosa...... tapi sebagai seorang hamba yang hina yang sentiasa mengemis rahmat allah apa aku masih perlu sombong dengan ilmu yang ciput ini??? apakah masih perlu aku bersuka ria dengan hidup yang sementara ini?? atau apakah tidak ada suatu jalan yang aku boleh salurkan untuk golongan muda seperti aku untuk dijadikan bekal tika aku mati kelak???


sentiasa menyesali diri yang hina..... hanya allah yang maha sempurna, tempat memohon pertolongan.... muhasabah diri selalu semoga kita semua diselamatkan daripada azab kubur yang maha dahsyat ..... ameen


'wahai reader mohon doa kalian buat diri ku, kerana aku yakin pada kekuatan doa'



Antara mengikut Islam atau mengikut perasaan




Ramai muslimah, terutamanya anak-anak gadis era internet menghadapi kes perceraian yang amat tinggi dan masalah rumahtangga. Punca perceraian no. 1 yang tertulis di dalam borang permohonan cerai di mahkamah Syariah ialah 'TIADA PERSEFAHAMAN'.

Kenapa tiada persefahaman ?

Aljawab, selagi tidak tinggal sebumbung, sekatil dan serumah maka amat susah dan mustahil bagi kita untuk mengenal peribadi seseorang apakah dia serasi atau tidak untuk menjadi pasangan kita.

Namun setelah tinggal bersama barulah mendapati suami tidak serasi dengan kita atau suami tidak memahami perasaan kita, suami tidak romantik, suami tidak seperti yang diharapkan, suami tidak seperti dalam novel 'Suami aku Ustaz', suami tidak seperti Syeikh Abd Rahman Sudais, suami tidak seperti Rasulullah salallahualaihiwassalam atau persis dalam hadith-hadith Nabi.

Ramai berkata, ingatkan suami sebelum kahwin begini....rupanya begitu...Ada pula yang berkata dulu sebelum kahwin, atau ketika awal-awal kahwin dia tak macam ini....bla2.

Bagaimana hendak mengelak hal ini dari terjadi ?

Justeru apakah mesti setiap lelaki dan perempuan itu berpacaran, ber'couple', tinggal serumah lalu baru dapat menilai apakah wujud keserasian, kesesuaian dan kebolehan untuk tinggal bersama ? Setelah terbukti dan puas hati barulah berkahwin ?

Itulah yang barat lakukan. Bersekedudukan selama dua-tiga tahun, setelah rasa serasi barulah mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Dalam Islam tidak boleh begitu. Memandang lawan jantina sahaja pun sudah tidak boleh lalu bagaimana mahu mengenali apakah si 'Dia' itu sesuai atau tidak untuk menjadi pasangan kita ? Tempoh percubaan tidak wujud dalam agama ini.

Firman Allah SWT ;

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” [Al-Israa : 32]


Bagaimana mahu buat untuk mengelakkan diri dari rasa tertipu ? terpedaya, tertindas dan tersilap memilih pasangan ?

Aljawab,

Islam datang membawa wahyu dari Allah yang memberitahu bahawa hidup kamu wahai wanita bukanlah untuk menjadi puteri yang dilayan manja. Tetapi Islam datang membawa janji bahawa kiamat itu benar, mati itu pasti dan setiap amalan dan perbuatan kamu akan dihisab dan diberi balasan.

Justeru ;

1. Kita memang tidak akan tahu sebelum bernikah apakah suami, bakal suami, pasangan kita itu serasi, sesuai atau tidak dengan kita. Sebaliknya kita disuruh berdoa, bertawakal dan kemudian berusaha memperbaiki hidup dan rumahtangga kita dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan al-sunnah. Justeru, kalau dapat suami yang baik dan serasi maka 'Alhamdulillah' dan jika tidak maka bersabar dan redha lalu berusaha memperbaiki hubungan dan menjadi isteri solehah sehingga suami itu mati atau diganti oleh Allah.

Asiah, walau bersuamikan Firaun masih sahaja masuk ke syurga.

Isteri Nabi Luth walau bersuamikan Rasul masih sahaja ke neraka.

Suami cuma wasilah, bukan matlamat utama. Kahwin sahaja dengan sesiapapun asalkan dia beragama, secara zahirnya berpegang kepada Islam maka itu sudah memadai. Serahkan bakinya kepada Allah untuk mengatur kehidupan dan masa depan yang kamu tidak tahu.

2. Barat dan orang kafir, meletakkan kepercayaan kepada diri mereka sendiri dan usaha mereka. Sebab itu mereka jadi gila, minum arak, hisap dadah atau ambil pil anti-stress apabila keadaan diluar kawalan mereka. Mereka tidak ada tempat pergantungan dan terpaksa berusaha sendiri untuk cari bahagia yang tak kunjung tiba.

3. Tidak payah jadi 'detective', penyiasat yang menyiasat latar belakang lelaki sehingga keterlaluan kerana itu bukan jaminan walau ianya boleh dijadikan 'guideline' kerana manusia boleh berubah dalam sekelip mata.

4. Jangan terlalu banyak berangan dan mengadu konon suami tidak memahami perasaan isteri, tidak mengambil berat dan tidak pandai jaga hati isteri kerana itu bukan JANJI dari Allah bahawa kamu akan dapat apabila bernikah. Sebaliknya Allah menjanjikan 'peluang', 'ruang', 'medan' untuk kamu mendapat bahagia, rahmat dan keampunan jika kamu dapat memanfaatkan perkahwinan dan berusaha membina rumahtangga mengikut syariat Allah.

5. Jangan tertipu pandang kebahagiaan orang lain kerana boleh jadi apa yang kita pandang itu cuma ilusi yang memperdaya. Kita nampak luaran orang lain bahagia rupanya mereka lebih menderita dan terseksa dari kita. Justeru bersyukurlah kerana kita masih punyai suami sedangkan ramai gadis dan wanita diluar sana yang tidak ada lelaki.

6. Sebelum menyalahkan 'tidak serasi, tidak sesuai, tidak sehaluan, tiada persefahaman' lebih baik kita muhasabah diri apakah benar untuk rumahtangga bahagia itu harus sehaluan, sefahaman dan satu fikiran ?

- Allah izinkan lelaki beriman menikahi wanita ahli kitab. Maksudnya lelaki Muslim boleh menikahi wanita Kristian dan Yahudi yang masih berpegang kepada al-Kitab. Ini lagi tiada persefahaman dan tiada keserasian tetapi kenapa Allah izinkan nikah juga ?

Aljawab, keserasian itu dibina, dibentuk dan kebahagiaan itu diperolehi dari hasil usaha kerja keras, bukan dapat percuma atau pakej sekali dengan akad nikah. Ramai berharap apabila bernikah maka pakej 'serasi, bahagia, romantik, sehaluan itu terus dapat sekali. Apabila tidak dapat maka mereka tidak mahu susah-payah jadi pilih bercerai agar tidak perlu berusaha memperbaiki hubungan mereka.

7. Setiap wanita yang bernikah, dia layak bahagia cuma jalan dan ujiannya tidak sama. Ada yang susah, ada yang senang dan ada yang perlu berjuang. Justeru sebelum menyalahkan orang lain maka hendaklah kita muhasabah diri, apakah perpisahan itu hanya satu-satunya jalan untuk mendapat keredhaan Allah ? Atau ianya cuma demi mahu menutup kelemahan diri dan lari daripada masalah ?


وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
“Janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Shaad : 26)


oleh ustaz Emran Ahmad


Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...