Aku Asma... Daku menulis kerana tak ingin memori zaman kecilku dilupakan sabit peningkatan usia
Rabu, 20 November 2013
Amalan-amalan kebatinan yang mengelirukan
Berkaitan dengan amalan kebatinan, didapati bahawa antara mereka yang banyak terlibat dalam hal kebatinan ini adalah sebahagian pengamal silat. Bahkan apabila dirujuk kepada fatwa, didapati bahawa banyak aliran silat yang difatwakan sebagai haram kerana amalan dan pengamalanya menyalahi aqidah islam yang sebenar. Sebagai contoh dalam fatwa yang diwartakan oleh jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) menyenaraikan ajaran dan amalan ilmu kebatinan, tahap diri (kuasa ghaib) seperti yang diajarkan dan diamalkan oleh Nasrul Haq, Budi Suci Sejati, Jawa Faradin, Silat Sunda pukulan ghaib, Tusuk Hikmat, Ilmu kebatinan, Potong Maya, Naluru, Kaula, Haqqulah, Silat pukulan Jarak Jauh, ilmu tenaga dalam hikmat dan seumpamanya adalah menyeleweng daripada aqidah islam yang sebenar
Selain itu, terdapat juga amalan kebatinan yang melibatkan penggunaan zikir-zikir dan amalan tertentu. Contohnya mempelajari 'ilmu isim'. Dalam satu persoalan yang dikemukakan pada ruangan agama akhbar Mingguan Malaysia, terdapat seorang lelaki yang menyatakan bahawa beliau mempelajari ilmu isim iaitu menyeru nama-nama syeikh-syeikh tertentu yeng digabungkan dengan ayat-ayat al-quran. Selepas diamalkan, beliau mendapati sesuatu yang menggerakkan badannya sehingga memberi kelebihan kepada dirinya dengan kebolehan bersilat, boleh mengubati pesakit dan sebagainya.
Dalam kes yang lain pula, seorang pemuda mengatakan bahawa beliau satu jenis zikir setelah diijazahkan oleh gurunya. Kombinasi zikir tersebut adalah bacaan istigfar, dua kalimah syahadah, selawat, membaca surah al-fatehah dan dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, iba bapa, semua wali allah, rijalul ghaib, syeikh-syeikh, guru-guru serta kaum muslimin dan muslimat. Setelah beramal dengan zikir tersebut beliau mengalami keadaan sukar untuk melakkukan solat. Bahkan, beliau juga sukar untuk menuturkan kalimah 'Allahu Akbar', sukar membaca al-fatehah dan ayat-ayat al-quran yang lain seolah-olah terdapat sesuatu yang menghalang lidahnya membaca ayat-ayat tersebut dan menekan dadanya. Kemudian beliau juga sering mendengar bisikan-bisikan sama ada ketika solat atau di luarnya.
Demikian juga terdapat pandangan ulama menerangkan kesesatan tok guru latihan ilmu pertahankan diri atau silat, dimana antara perkara yang diharamkan oleh syarak dilakkukan adalah seperti:
1.Melalui kaedah mubai'ah yang disertakan dengan kalimah Qasam atau sumpah yang bertujuan untuk mendapat hikmat atau kejadian luar biasa
2. Melalui syarat seperti makanan, minuman, alatan senjata, pakaian, perkataan, perbuatan dan alatan bunyi-bunyian
3. Melalui petua-petua kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan perkara-perkara luar biasa.
4. melalui petua-petua kaedah yang berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampi atau doa-doa tanpa mengharapkan pertolongan allah SWT
5. Tidak tahu asal usul ilmu dan amalan yang dipelajari dan yang diajar kepada orang lain
waallahu'lam
sumber:
fatwa yang telah diwartakan, Nombor Rujukan: JAWI/A/145; PN. (PU) Akta/Enakmen: seksyen 41, Negeri:WP Kuala LUmpur.
laman web : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-dan-ilmu-kebatinan-tahap-diri-kuasa-ghaib-0
Akhbar mingguan Malaysia, Ruang Agama bertarikh 15 April 2001
buku Rawatan Penyakit Akibat Sihir Jilid 5. Tuan Guru Haron Din m/s114
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pertama kali memasak
Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...
-
Ellis terkenal dengan terapi kaunseling Rasional Emotif Behavioural Theraphy(REBT). Terapi ini hanya sesuai bagi remaja kerana terapi ini...
-
Assalamualaikum readers Aku rasa ramai kat luar sana yang tak tahu nak guna twitter kan... kalau facebook tu tahulah... ok lah disini ak...
-
"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih d...
Assalam.. Perkongsian yg bermanfaat. Semoga kita semua terhindar dari perkara2 yg sesat & mensyirikkan ini.. aamiin.
BalasPadamwassalam, terima kasih dan semoga bermanafaat ameen
Padam