Khamis, 21 November 2013

bolehkah manusia menguasai jin?



sebenarnya manusia tidak mempunyai sebarang kelebihan ghaib sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Ini kerana sabit sebuah sirah dan hadis rasullah pernah diganggu syaitan semasa baginda sedang solat. Baginda nabi sudah membacakan ayat-ayat al-quran namun syaitan tersebut masih degil. Lalu baginda nabi mencekek leher syaitan tersebut dengan kuat sehinggakan terkeluar leher sehingga belakang tangan dan rasullah merasa sejuk diatas tangan. Selesai sahaja baginda solat baginda melempar syaitan tersebut dan berkata 'celakalah' sebanyak 3 kali... lalu para sahabat bertanya apakah yang telah baginda lakkukan dan mengapa berkata demikan.. lalu jawab baginda nabi: 'Jika bukan kerana aku menghormati hak saudaraku sulaiman nescaya sudah aku kerat-kerat mereka dan biarkan dia menjadi mainan kanak-kanak madinah.

didalam islam hanya ada seorang sahaja yang allah kurniakan kelebihan dalam menguasai jin, memenjarakan jin, membunuh jin dan sebagainya. Orang itu adalah baginda Nabi Sulaiman as kerana Nabi Sulaiman pernah memohon doa kepada allah untuk dapat menguasai bangsa jin, angin, binatang dan manusia. selain baginda sudah tidak ada lagi melainkan kerja-kerja tukang sihir.

Rasullah sendiri tidak melakkukanya kerana menghormati nabi sulaiman, mengapa pula kita sebagai umatnya tidak mencontohi baginda?



'Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman.' [surah Al-Naml ayat 15] 


Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api Neraka. [surah saba ayat 12]


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [albaqarah 102]



waallahu'lam jangan percayakan kata-kata saya tapi percayalah apa yang dijelaskan oleh al-quran dan hadis.. panduan sepanjang zaman








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...