Rabu, 17 April 2013

tips putus cinta/kecewa


Assalamualaikum...

baru-baru ni asma dapat call daripada kawan lama asma...
dia call sebab nak luahkan sesuatu yang mungkin perkara tersebut bakal merosakkan
dirinya dia jika terus dipendam, masa tu dah pukul 1.32 pagi..... 
mula tu memang rasa nak marah, 'hang ni pasai pa aku mengantuk tau dak
esok dah la aku kheja, hang tak reti tengok jam ka budak.... haishh??'


tapi itu cuma dalam hati je lah.... dah  orang call asma layan je apa masalahnya dia call...
dia ngadu pada asma yang dia putus cinta... dek kerana rasa teramatlah kecewa dia sanggup
nak kelar tangan dia..... aduh  asma bila ada orang cakap macam tu, asma pon suspen la.....
asma suruh dia istiqfar bebanyak n bawak mengucap.......

asma mula berfikir mungkin ada ramai lagi individu yang berada diluar sana memerlukan
guide bagi menghilangkan rasa putus cinta/kecewa
so my friend check this out :


tips putus cinta :-


1. menangis sepuas-puasnya

menangis sebenarnya adalah satu terapi, menangislah sepuas-puasnya kerana selepas itu anda akan menjadi lebih kuat dan tabah ..... menangis jangan kerana ditinggalkan tapi menangislah kerana dosa yang pernah anda lakkukan  dahulu


2. baca al quran dan mentaddaburnya

buka kembali al quran. bacalah ia dan fahamilah isinya kerana disebalik kekecewaan yang anda alami adalah kerana anda menjauhi kalam allah... dan disebalik kekecewaan itu sebenarnya allah sedang berbicara kepada kita supaya kembali taat kepadanya.....


3.  disiplin

hakikatnya memang bukan senang untuk melupakan seseorang yang sudah berada dalam hati sejak sekian lama tapi anda boleh mencuba untuk melupakan dia, so jika anda ingin melupakan kekasih lama, anda mestilah mendisiplinkan diri dalam melupakan kenangan pahit tersebut....

analoginya disiplin disini asma analogikan seperti anda sedang berpuasa, start pukul 11 pagi anda tengok ada minuman atas meja.  contohnya milo ais, bila anda asyik menghadap milo ais tu dengan sendirinya anda memegang straw, bila anda mula memegang straw anda akan main-main sedut, bukan nak minum tapi sengaja nak menyedut.... saja gatal..... analoginya sebegitulah

 jika anda sendiri tidak dapat mendisilpinkan diri sendiri melupakan kekasih anda, asyik melayan kenangan lama, asyik memikirkan kekasih anda, asyik mendengar lagu-lagu yang membuai perasaan anda, asyik tengok cerita korea yang penuh dengan angan-angan, asyik termenung asma tegaskan disini


'YOU ARE THE TRUE PRISONER'

kamulah banduan hati yang sebenar..... so keluarkan diri anda daripada 
penjara hati.... move on kawan banyak benda lagi yang boleh difikirkan selain
masalah cinta haiyaaaaa 


4. rileks

cuba bawak bertenang, elakkan daripada risau yang berlebihan, caranya di dalam islam anda boleh membaca surah yang ke 94 di dalam al quran iaitu  surah al insyiroh.....  baca surah ini sebanyak 7 kali atau lebih secara ganjil, insyallah ketenangan akan dicapai.... anda juga boleh juga melakkukan perkara yang anda rasa sesuai bagi merilekskan diri.......


5. bersyukur

bersyukurlah dengan apa yang anda sedang miliki sekarang, syukur masih lagi diberi 5 deria rasa oleh allah, bersyukur masih mempunyai ibu dan bapa, atau bersyukurlah masih ada lagi insan yang baik yang menyayangi anda seikhlas hati, bersyukurlah dalam segala hal kerana pastinya ada hikmah disebalik peristiwa tersebut....


6. memaafkan 

walaupun agak sukar untuk menerima kenyataan bahawasanya hati ini sudah disakiti, memaafkan DIA adalah jalan terbaik untuk anda mulakan hidup yang baru tanpanya..... jangan berdendam..... kerana dendam bakal menghancurkan anda....

#pada sesetengah individu terutamanya perempuan sukar baginya jika kekasih lama bertukar menjadi sahabat.... apa-apa pun ianya terpulang kepada anda 


7. ubah fikiran

jika dahulu anda merasakan bahawaanya dialah jodoh anda yang terbaik, sila ubah persepsi anda SEKARANG.....!!!!! fikirkan bahawasanya dia bodoh kerana meninggalkan manusia sebaik anda...... 


8. ketawa

hilangkan rasa duka anda itu dengan ketawa, tontonlah sitkom senario ke, maharaja lawak ke atau apa-apa
sahaja yang boleh mendatangkan senyuman dibibir manis anda.....


9. keras hati

keraskan hati untuk tidak mahu  mengetahui lagi tentang DIA dengan cara padam segala mesej, number fon, block atau remove akaun social network DIA.. kalau dah susah sangat tutup je akaun social network anda tu.... 


10. menyendiri

mungkin ada orang kata individu yang baru putus cinta tidak sesuai menyendiri kerana dikhuatiri akan melakkukan perkara yang mungkin menyalahi agama dan akhidah.... namun dengan menyendiri anda akan dapat memikirkan semula jalan terbaik bagi anda melupakan DIA dan mula memikirkan masa depan anda....


11. Jual atau buang

jual atau buang barang-barang yang pernah diberikan oleh DIA kepada anda suatu ketika dahulu..... untuk apa disimpan jika ia boleh membuatkan anda semakin mengingati DIA sedangkan DIA sudah melupakan anda,...... jual lah kepada sesiapa yang sudi membeli

P/S: if anda dah jual barang kepunyaan DIA, wang yang anda perolehi hasil jualan barang tersebut anda boleh guna untuk shopping.... huh biar dia tahu rasa hehe   


12. tulis atas kertas

sediakan A4 dan anda tuliskan 10 kebaikan DIA dan 5 keburukan DIA..... anda akan dapat mengenalpasti sebab musabab kenapa anda perlu meninggalkan dia...... elakkan daripada menulis perkara yang sama


13. cuba sibukkan diri

menyibukkan diri disini bukanlah bermaksud kena kerja sampai 24 jam..... maksudnya setiap waktu anda isikan dengan melakkukan aktiviti yang berfaedah contohnya bersukan, menghadiri kuliah agama, beriadah, menziarahi kawan-kawan....... tapi AWAS...!!! cuba elakkan diri daripada melakkukan perkara yang sama sewaktu bersama dengan DIA dahulu


14. dengar lagu semangat

anda boleh mencuba mendengarkan lagu-lagu yang boleh menaikkan semangat anda.... contohnya lagu insyallah dendangan maher zain, nasyeed islamic dan sebagainya supaya anda lebih teransang untuk berubah...... AWASSS....!!!!! elakkan daripada mendengar lagu-lagu jiwang karat yang tidak memberikan sebarang faedah dalam diri anda a.k.a lagha .....


15. hindari daripada membuat keputusan yang besar

di permulaan putus cinta, anda dinasihatkan supaya tidak membuat keputusan yang besar yang mana kelak akan merugikan diri anda seperti perkahwinan dan sebagainya..... dek kerana kecewa anda sanggup menerima orang lain yang anda anggap apabila anda mengahwininya anda akan berjaya melupakan DIA, itu sama sekali bukan keputusan yang bijak...... ELAKKAN

berfikirlah sematang-matangnya akan keputusan yang anda bakal lakkukan tersebut bakal memberi kesan pada masa hadapan anda.....


16. berbicaralah dengan orang yang anda percayai

anda boleh mendatangi kaunselor untuk meminta nasihat daripada beliau tentang perkara tersebut atau anda boleh mendatangi tokoh agama yang diyakini dapat menjaga rahsia anda sekemas-kemasnya atau anda juga boleh menceritakan masalah anda kepada sahabat anda yang anda yakini dapat memberikan nasihat kearah kebaikan kepada anda

namun awas jika anda salah memilih kawan, andai kata suatu hari anda mempunyai krisis dengannya, kemungkinan besar dia akan menggunakan masalah anda sebagai senjata untuk menjatuhkan anda suatu hari nanti.......

disini asma nasihatkan adalah lebih baik meminta nasihat daripada tokoh agama ataupun kaunselor.....


17. eratkan hubungan silaturrahim

keluar la dengan kekawan lama anda, pergi makan-makan ke, memancing ke, berbasikal ke, jogging dan sebagainya lah..... lakkukan semula aktiviti yang dahulunya anda suka buat bersama teman anda dan nikmatilah keseronokkan tersebut.......


18. komplimen dengan diri sendiri

hargailah diri anda, hargailah individu yang berada disekeliling anda, hargailah alam sekitar, pokoknya hargailah apa yang ada dihadapan mata anda..... insyallah jiwa anda akan terubat dengan sendirinya



 doa untuk anda yang kecewa

allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya 
(surah Ar-Ra'ad ayat 39)

caranya adalah letakkan tapak tangan pada dahi atau dada anda kemudian baca ayat
diatas. setelah selesai membaca ayat ini genggam tapak tangan kemudian 
buat isyarat membuang....
(darussyifa)



sahabat readers yang asma kasihi, ingatlah bahawasanya setiap kekecewaan yang 
kita alami itu sebenarnya tarbiah daripada allah, secara halus allah berbicara kepada kita
tentang keikhlasan..... allah sedang menguji kita apakah kita redha akan sesuatu yang dipinjamkan 
kepada kita cuma untuk sementara..... tak kurang juga sebagai kaffarah dosa kita yang dahulu
mensyirikkan allah... syirik yang asma maksudkan disini adalah syirik meletakkan kecintaan kita kepada
 manusia melebihi cinta kita kepada allah..... setiap keterlanjuran yang telah kita lakkukan, memohon ampunlah kepada allah  kerana sesuangguhnya hanya allah tempat kita memohon pertolongan



sebesar mana pun dosa yang telah kita lakkukan ingatlah bahawasanya rahmat
allah teramatlah luas 


andai kata dosa kita setinggi gunung jangan dilupa bahawasanya rahmat allah itu seluas lautan








1 ulasan:

  1. good story tentang moving on. supaya lebih seru, yuk ikut berbagi dan sharing dengan teman-teman lainnya yang patah hati di Berbagi (Tentang) Luka & Move On.

    ditunggu ya partisipasinya. :)

    BalasPadam

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...