Assalamualaikum......
maaf entri ini berkisarkan tentang diri aku sendiri.... so jika anda rasa tidak penting
anda boleh buka tab baru dan kembali search ok sayang.....
Dalam dunia ni nak cari seseorang yang faham kita ternyata bukan senang,
kenal lama pun kadang-kadang boleh lagi salah faham dengan kita,
kadang-kadang aku sengaja nak buat gila sebab nak uji respon dia ......
ternyata itu cuma palsu semata-mata,
cuma sekadar nak ambil hati je semua tu...
sumpah tak percaya dah lepas ni....
bukan nak kutuk sesiapa cuma geram siket dengan sikap dia yang begitu....
tapi bila memikirkan semula, diri ini pun bukannya memahami
sangat orang, mungkin sebab tu kot tiada orang yang cuba faham tentang kegilaan diri aku ni.....
at least aku cuba memahami orang lain dan positifkan minda aku tentang dia dan sesiapa pun jua....
betul kata orang tua-tua, individu yang kawannya tak ramai, mesti dia
punyai besties yang rapat dan individu yang ramai kawan kemungkinan besar tiada kawan baik..
aku dalam kategori yang kedua.... kategori yang mana aku ada ramai kawan tapi miskin
kawan baik/rapat...... nak dikatakan kawan yang baik ada juga tapi bukan 'rapat'.....
hidup aku ni banyak merantau dan berkelana..... punyai rumah namun lebih
suka berkelana...... ya aku lebih suka berpetualang dan mengembara....
memang adat pertualang kawannya dimerata-rata.......
prinsip aku berkawan biar beribu, bermusuhan tidak sama sekali.....
dan
biar susah diri sendiri janji jangan menyusahkan orang lain.....
kawan ku bersepah dimana-mana, semuanya aku jadikan kawan, tapi mentality side aku,
aku dah setkan aku tidak akan mudah terpengaruh dengan orang tapi orang itulah
yang sepatutnya terpengaruh dengan aku..... buktinya kawan-kawan ku yang berlainan negeri
apabila bercakap dengan aku pasti mereka yang akan ikut rentak aku berbicara.....
turut berdialek utara.....
tapi ada jugak kes yang aku terpaksa ikut rentak mereka ketika berbicara.....
bukan apa takut tak faham pulak nanti dialek pekat utara aku ini......
dan lagi bukti mereka terpengaruh dengan aku adalah
apabila keluar dengan aku mesti mereka malu alah dan akan bertudung, tak danya nak
bawak couple-couple segala bagai...... kerana aku tegas dalam hal itu...
well.... lelaki dan perempuan aku jadikan kawan tapi bukan bermaksud aku ni sosial...
itu tidak berlaku sama sekali..... aku tahu batasan berkawan.... tapi kalau ada
yang nak gatal dengan aku, itu bukan salah aku okey.....
kawan ku ramai sangat...... baik yang suka bersosial mahupun alim ugama....
dalam kalangan aku ada dua tiga orang yang pernah melahirkan anak diluar nikah, yang
mengambil pil kuda, penagih dadah, penzina, kaki perempuan, kaki judi, kaki karaoke,
yang pernah ajak aku buat benda-benda yang tak sepatutnya pun ada nauzubillah....
tapi alhamdulillah aku berpegang dengan prinsip,
biar beribu batu aku berlayar, tali allah aku genggam sekuatnya...
ada juga yang baik akhlaknya, selalu baca alquran, ustaz dan ustazah, guru agama,
daie, pendakwah, orang masjid, hafiz dan hafizah alquran, ada juga yang bekerja dalam bidang
profesional seperti bidang kejuruteraan, akauntan tapi dalam kategori budak baik.....
ada jugak spesis yang suka menganggur tapi aku kawan jugak dengan dia......
aku memahami perasaan pengganggur sebab aku pun pernah mengganggur jugak dulu.....
aku berkawan bukan dasar kecantikan,pangkat atau harta tapi aku berkawan kerana allah taala.....
aku berkawan kerana tugas berdakwah/tabligh itu tugas setiap manusia....
jika kita merasakan jijik dengan orang yang ingin berubah, selamanya
mereka dalam kesesatan.....
cuba fikir amalan apa yang akan kita akan bawa apabila bertemu dengan allah nanti...???
cuba bayangkan di mahkamah allah nanti jika allah tanyakan kita, telah datang seorang
yang memerlukan bantuan kamu untuk berubah apakah yang telah kamu lakkukan...????
masa tu sekurang-kurangnya ada juga bukti untuk bela kita dikala itu
aku dekati mereka tidak lain dan tidak bukan semata-mata kerana ingin menyeru
amar maaruf nahi mungkar tapi dengan menggunakan cara aku sendiri.....
biar santai asalkan berkesan...... alhamdulillah berkesan
aku ambil sirah nabi sebagai rujukan, rasulallah tidak pernah marah atau membenci manusia
walaupun yang datang kepadanya adalah penzina, kaki botol, pembunuh anak perempuan
dan macam-macam lagi..... jika rasulallah menolak mereka nescaya syiar islam tidak
akan berkembang pesat.......
diantara sebab kenapa aku ambil jurusan diploma psikologi adalah kerana ini lah....
niat aku ingin membantu generasi muda kita menuju kearah kebaikan, sebelum berdakwah aku kena kenal dahulu manusia baru lah aku boleh berdakwah mengikut keperluan dirinya....
setiap manusia mempunyai tahap mantality yang berbeza so kita kena berdakwah mengikut keperluan
individu.....
dalam sirah rasulallah, telah datang beberapa sahabat bertanyakan rasulallah amalan yang paling
afdal, jawapan rasulallah berbeza-beza sedangkan soalannya sama, jawapan
mengikut keperluan diri mereka...
pergi lah kamu yang tidak pernah fahami aku, cuma sekadar menilai aku dari mata kasarmu....
aku tidak kisah pun, aku tahu siapa aku dan allah lebih tahu kerana dia yang menciptakan
diriku dan diri mu......
untuk yang perempuan sahaja yee... lelaki no way men
P/S: jangan mengaku memahami seseorang sedangkan itu sebenarnya nonsense..... SEKIAN
merindui setiap detik untuk kesana..... ya allah murahkanlah rezeki kami...
pilihlah kami untuk menjadi tetamu mu ya khalid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan