assalamualaikum semua blogwalking sekalian... apa habaq??
dah seminggu tak tulis entri terbaru nih, hah kali ni nak share la kepada
sekalian blogwalking tentang ciri2 suami sederhana awesome tapi boleh la
dikira hebak
'biar nampak biasa dimata orang tapi dimata isteri abang la paling hebak'
wokeh kita mulakan penjelajahan mencari mencari suami sederhana hebak : -
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantaq ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat cket kayuh kalau dari Jitra ke Alor Star. Sebaik-baiknya ada kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan. Kancil pun jadilah
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain (mandi jenazah ke).
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tak dak lah sampai nak menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu lorr. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpa, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. seriously, la ni hat ada PhD pon belom tentu matang bila nak buat keputusan'
11. Kalau dia jenis diam tak daklah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadak lah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, apa lagi lamar la lelaki jenis ini!hehe.. :)
jeles nengok imam muda nazrul ngan isterinya... huhu semoga bahagia till jannah
bcoz sharing is caring ^__^v
Tiada ulasan:
Catat Ulasan