Assalamualaikum wahai kekawan blogger yang sudi ziarah i punya blog yang awesome ni
hakhakhak..... *awesome kerrr...
ahhh..... biarkan la apa pown orang nak mengata haku, ada orang cakap blog aku ni macam
budak2 sekolah, kartunn penuh blog tak padan dengan umur huahahah...
...ahh ada aku khessahh.... yang penting haku bahagia dengan ke katun2 comel haku
ni yang aku curi daripada blog orang lain cik dil ..... hikhikhik
tapi aku kasi tahu ok, kiranya pencuri yang bermaruah jugak la kan sebab bagi tahu
tuanya kan kan kan kannnnn....... peaceyall
tajuk tak boleh belah aku hari ni rasanya korang pon dah tahu kan
agak familiar je bunyinya an an an an.....
bukan apa dalam twitter AKU ni daripada atas sampailah bawah,
sekali aku scroll je penuh tweet pasal cinta cinta cinta tak kesudah
aku pon dah naik meluat, sekali baca macam menyampah tapi
bila dua kali baca terasa macam kena dengan diri sendiri la pulak.... huhuhuhu
oleh kerana itu la aku terasa terpanggil untuk bagi siket la perkongsian <3 <3 <3
Cinta ni memang best sebenarnya dan sangat terindah jika kita bijak meletakkan kepada siapa
yang selayaknya mendapatkan cinta kita....... ramai orang yakin dan percaya bahawasanya
cinta pada allah adalah cinta yang sebenarnya, ya... aku tak nafikan benda ni. Dan sememangnya
hanya cinta pada allah sahajalah cinta yang sebenarnya...... Tapi berapa orang yang ambil benda
ni sebagai pegangan hidup atau cinta mati..???? tak payah susah2 nak tengok orang lain,
check diri sendiri sudah la... sejauh manakah kita menyahut seruan allah berbanding seruan fon..
yang mana kita capai dulu samada fon atau sejadah...
Bagi aku cinta tak semestinya harus miliki dan suka tak semestinya perlu...
sebab apa aku kata cam gini, sebabnya kekadang benda yang kita suka tak semestinya
benda itu perlu dan sesuai bagi kita....sebab allah saja yang tahu
apakah yang terbaik buat kita berdasarkan keperluan kita sebab DIA yang
menciptakan kita....
contohnya: kita jalan2 kat TESCO, pastu ternampak sepasang baju kemeja yang tersangatlah
cantik... terasa nak baju tu tapi kita tak beli, mungkin sebab tak cukup duit
ataupun kerana kita tak perlu pun baju tu..,... baju dalam wardrop kat umah pon
dah bersepah tak terpakai nak tambah lagi ka...?????
see nampak tak apa yang aku nak sampaikan ni ......
bagi cinta pulak, cinta antara manusia tiada yang kekal... tambahan pula cinta monyet
story cinta monyet ni just masa sekolah je, pastu dah x da dah bila tamat sekolah.....
"cinta pada manusia, manusia akan mati"
Islam ni sebenarnya cukup menjaga hati umatnya sehinggakan tak mahu pun sesiapa daripada
umatnya merasa terluka, sebab itulah kenapa islam mengharamkan couple
dan menghalalkan nikah.....
Lelaki dan perempuan ada batasan dalam pergaulan.... haram bagi mereka untuk bergaul bebas
tanpa ada keperluan penting..... kalau diri sendiri pon tak setia jangan nak
minta pasangan kita untuk setia sebab allah balas cash macam
kata2 omputeh 'what you give you get back'... nak skeeping(speaking) cket huhu
islam banyak beri panduan dalam menjalani hidup even daripada dalam perut ibu lagi
sampailah ke liang lahat semuanya lengkap dalam Al-Quran..... cuma manusia ni sahaja yang sombong
tak nak ambil quran sebagai panduan hidup.... mereka ini teramat la rugi
Kalau ada jodoh tak akan kemana...... tapi orang zaman sekarang takut tak boleh kawen
atau takut jodoh tak ada even baru berumur 20. Aku tak respect lansung manusia yang
masa mudanya dihabiskan dengan memikirkan cinta yang tak kesampaian, walhal
soal jodoh ni kerja allah... sejauh mana kita mengejar DIA andai kata dia bukan
jodoh kita, kita tak akan bersama dia...... kekadang orang yang kita benci dulu itulah yang
tup tup jadi pasangan kita.... well tak ada siapa boleh jamin apa yang akan jadi esok...
Sultan Murad al-Fateh semasa usia 18 tahun sudah berani berperang dan berazam
menawan konstantinopel sedangkan dia anak sultan, boleh saja jika dia nak bermegah2
dengan kekayaan dia sebab dia mampu tapi tidak dan salahuddin al-ayubi semasa usia
muda telah mengepalai bala tentera
mengatur strategi hebat bagi menawan jerusalam... tapi apa yang boleh kita
lihat anak muda melayu kita ni terlampau selesa dengan
keamanan yang kita miliki sampai ada lagi masa memikirkan nak buat
benda2 yang tak berfaedah sehinggakan lagha dengan cinta dunia dan takut mati...
Aku ni bukanlah baik sangat sampaikan tak pernah buat salah ataupun nak bajet
jadi budak baik ke apa ke..... tapi ni just perkongsian dan nasihat bersama untuk hampa semua dan
bagi diriku juga...semoga kita tak hanyut dengan cinta dunia semata2..... so buat masa ni
apa kata if you all join my club 'kelab bujang'... haha keahlian percuma hehe
#ingat yang kekal hanya cinta pada allah
aku sebenarnya nak kongsi video ni..... dengar lagu ni dalam radio
masa tengah drive sesorang, terasa
macam kena pulak dengan diri sendiri ni so just chill out you guys ok
tapi dengan syarat jangan lagha jerr....
Bcoz sharing is caring ^_^v
Tiada ulasan:
Catat Ulasan