Khamis, 6 Jun 2013

Antara CARA Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat




1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail akan datang bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan bila-bila masa kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan secara langsung mewujudkan cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana apabila perut terlalu kenyang, ia akan membuat kita berat dan mengantuk. Maka malaslah kita untuk bersolat.

13. Datang awal ke masjid.


sumber: daripada status muka buku saudara Azka Rafi'uddin


Selasa, 4 Jun 2013

lirik seismic- penantian



Assalamualaikum sahabat blogwalking sekalian

jujur first time dengar lagu ni asma menangis kot, maklum la masa tu tengah rasa berasa kecewa yang
amat sangat, kecewa dengan hidup, kecewa dengan orang tu, rindu dengan kekawan dan banyak
benda yang bersarang dalam otak suci asma ni..... lepas dengar lagu ni terasa ada harapan lagi,
kiranya termotivasi la jugak....... sebenarnya dah lama asma dengar lagu ni, sekarang bila emosi 
dah stabil baru la terasa nak kongsi siket dengan readers semua 


betul apa yang diucapkan didalam lirik lagu ni   iman itu tak hanya diucapkan tapi perlu dizahirkan
maka allah menguji kita dengan pelbagai ujian termasuk la perasaan kecewa supaya kita 
kembali mengingati-NYA


adakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu tidak pernah diuji?


Lirik Nasyid :

Penantian adalah satu ujian,
tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
karena keimanan tak hanya diucapkan,
adalah ketabahan menghadapi cobaan,

sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam asa diri menjemput berkahMu,
tibalah ijinMu atas harapan ini,

Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini,
Berikanlah cahaya terangmu selalu,
Robbi segala upaya hambaMu ini
hanyalah bersandar semata kepadaMu

Robbi ridhoilah penantianku ini
hadirkanlah ketentraman di dalam hati
Robbi hanya padaMu lah doaku ini,
Duhai tempat mengadu segala rasa diri.


Penyanyi : Dan's seismic
Tajuk lagu : Penantian




anda boleh free download disini:


download  SINI






semoga segala pengharapan kita disandarkan kepada allah.... cuma allah tempat kita bergantung harap
dan bila kita kuat bergantung harap pada robbi , insyallah hati akan tenang dan tak da la nak memberontak
semoga dakwah melalui nasyid ini dapat memberi kebaikan kepada mereka yang berkehendak
kepada jalan mujahadah melawan nafsu  <3




Isnin, 3 Jun 2013

penipuan sejarah




Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 30:
            “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-baqarah:30)

            Persoalannya, apakah perkara yang dimaksudkan oleh allah yang tidak  diketahui oleh para  malaikat?. Persoalan tersebut telah dijawab oleh ayat seterusnya.

“Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.”
(surah al-baqarah: 31)          
            Setelah Nabi Adam mengetahui akan ‘nama-nama’tersebut maka bersujudlah para malaikat tanda penghormatan kepada manusia. Kecuali iblis kerana sombongdan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakkan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun telah diajarkan mengenai ‘nama-nama’ oleh tuhannya. Kerana itu,dia enggan sujud dan telah berikhrar sehingga hari kiamat untuk membuktikan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakkan dan menumpakkan darah walaupun telah mengetahui akan ‘nama-nama’ tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘nama-nama’ tersebut? Kerana ‘nama-nama’ tersebutlah penyelesaian kepada setiap kerosakkan dan penumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat.
Kita sering menyangka sejarah ketemadunan manusia bermula pada zaman batu, yang kononnya manusia pada zaman dahulu tidak tahu apa-apa dan malahan tidak tahu bercakap. Tidak ada bahasa. Tetapi sedikit demi sedikit mencapai kemajuan sehinggalah memasuki zaman moden sebagaimana kita berada sekarang. Itulah sejarah yang dipercayai oleh majoriti manusia zaman sekarang. Tanyalah kepada sesiapapun pasti mereka akan menyatakan begitu. Dan apabila disebut sahaja zaman purba pasti terlintas difikiran kita akan manusia pada zaman tersebut tinggal di dalam gua. Tetapi adakah kita lupa bahawa kaabah dan masjid Al-aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam sebagaimana yang telah dikatakan rasullah dalam hadis baginda?. Dan ini bererti manusia pertama (Abu Basyar@ Nabi Adam ) sudah pandai membina bangunan. Apakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang?. Malahan Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian, dan bertindak seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.
 Adakah nabi adam diturunkan allah berada dalam keadaan sehina itu tanpa sebarang ilmu?. Nabi Nuh pula sudah pandai membuat bahtera yang besar. Cuba kita lihat piramid di Mesir, istana petra di jordan, stonehenge di london dan lain-lain binaan yang dipahat seperti sphinx, adakah perkara ini dilakukan oleh ‘orang gua’?.  Sebuah artifak yang yang begitu unik berbentuk seperti pasu telah dijumpai dalam tamadun Babylon, dan setelah dikaji, ia merupakan sebuah bateri. Ini menunjukkan bahawa kerajaan kuno Babylon sudah pandai menggunakan tenaga elektrik berjuta-juta tahun sebelum kita lagi. Sebuah lukisan yang terpahat di dinding piramid Giza pada zaman mesir purba menunjukkan gambaran seolah-olah sebuah helikopter. Ini menunjukkan zaman batu tidak pernah wujud begitu juga zaman gangsa.
 Paleolitik serta mesolitik hanyalah sebuah istilah khayalan dan dongengan. Dalang di sebalik kesemuanya penipuan sejarah ini adalah Charles Darwin dan semua penyokong teori Evolusi. Dan tersangatlah penting bagi kita untuk mengenali sejarah yang sebenarnya. Al-quran hanya menggunakan nama-nama para nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah.
 Contohnya:
                                i.            ‘.........di masa kerajaan Sulaiman.....’ (Baqarah 102)
                              ii.            ‘.........sesudah Musa.......’ (Baqarah 246)
                            iii.            ‘.........sesudah Nuh.......’ (Isra 17)

Kerana para nabi ini adalah wakil kepada tempat, waktu dan zaman ketamadunan yang tertentu. Maka inilah cara yang  sebenar untuk mengkaji sejarah. Mengkaji berdasarkan nabi-nabi yang telah diutuskan allah dan seterusnya kita akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut serta bagaimanakah ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh hancur dalam sekelip mata sahaja sehingga kita menyangka bahawa mereka berada di ‘zaman batu’.
Firman allah taala:
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian- kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di atas muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).”
(Surah al-Imran:137)

Mereka ini bukanlah orang gua yang hanya tahu makan dan minum sahaja akan tetapi mereka ini telah membina sebuah ketamadunan yang begitu hebat malahan kecanggihan mereka lebih hebat berbanding kita pada hari ini. Ilmu pengatahuan mereka ini begitu hebat sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang dilangit(ilmu falak) lebih hebat berbanding kita sekarang. Tetapi kekufuran yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka ini maka Allah menghancurkan mereka ini hanya dalam satu malam sahaja, sehingga kita percaya bahawa mereka ini adalah manusia zaman batu yang tidak pernah menciptakan apa-apa. Begitulah bagaimana sejarah berulang tetapi hanyalah sedikit sahaja yang mengambil pengajaran.
            Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut nabi-nabi yang diutuskan. Dan apabila nabi yang terakhir diutuskan maka ini bermakna sejarah manusia sudah mulai sampai ke fasa yang terakhir. Fasa ini adalah fasa terpenting bagi makhluk yang bernama iblis. Kerana iblis sudah berjanji kepada Allah sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah. Mengikut hadis Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa sebagaimana hadis rasullah;
“ masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak allah, kemudian allah mengangkatnya apabila menghendakinya untuk mengangkatnya.”
“ selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikut jejak kenabian (khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah) adanya atas kehendak allah, kemudian allah mengangkaynya apabila dia mengangkatnya”
“ seterusnya masa kerajaan yang menggigit (mulkan ‘adhan) adanya atas kehendak allah, kemudian allah mengangkatnya apabila dia menghendakinya mengangkatnya”
“setelah itu. Masa kerajaan yang menyombong (mulkan jabariyyan)adanay atas kehendak allah, kemudian allah mengangkatnya apabila dia menghendakinya.”
“ Selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikut jejak kenabian (khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah)”
‘Kemudian baginda diam’
[hadis riwayat Ahmad & Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah]

Mengikut rasulallah, fasa pertama bagi umat ini adalah kerika Nabi masih hidup. Zaman ini sudah berlalu. Kemudian, datang pula zaman di mana zaman pemerintahannya mengikut cara kenabian. Pada zaman ini kita dapat melihat umat islam diperintah oleh 4 Khulafa’Rashidin dan zaman ini juga sudah berlalu. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang ‘menggigit’ dalam hadis tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan mereka kepada keturunan mereka sahaja. Kita dapat lihat pada fasa ini kerajaan umayyah, abasiyyah dan uthmaniah yang berkuasa menggunakan sistem monorki dan zaman ini juga telah berlaku.
            Kemudian datang pula satu zaman dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela dan fasa itu ialah zaman sekarang. Apabila sudah berlalu fasa ke-4 maka datang pula fasa yang ke-5. Fasa ke-5 dunia kembali diperintah mengikut cara nabi berasaskan syariat islam. Setelah habis rasullah bercerita tentang fasa ke-5 tiba-tiba rasulallah terdiam dan diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.

            Rasullah pernah mengingatkan umatnya yang hidup pada fasa ke-4 ini bahawa akan kedatangan satu fitnah yang maha dahsyat.  WALLAHUA’LAM


#manusia perlu banyak belajar dan menkaji sejarah agar tidak mudah ditipu dakyah manusia penderhaka  nikmat


Jumaat, 31 Mei 2013

kata-kata hikmah buya hamka





"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji"


 "Kalau tuhan tidak menjadikan perbudakan, tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan. Memang kalau tiada kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan. Oleh karena itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan"


 "Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan cara menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir"


 "Cinta bukan mengajarkan kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajarkan kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"


 "Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya"


 "Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia"


 "Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merusak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan itu tidak membawa selamat dan jiwa yang bahagia"


 "Kalau benar bahwa harta benda tidak dapat menangkis sakit, tidak dapat menolak demam, tidak dapat menghindarkan maut, maka betul jugalah bahwa kesusahan yang menimpa orang kaya, serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin"






Khamis, 30 Mei 2013

ciri pendamping setia



  • Sedia menerima kamu apa adanya.
  • Selalu menghargai apa yang ada dihati dan fikiran kamu.
  • Selalu berusaha untuk tidak mnyakiti dan mngecewakan kamu.
  • Selalu berusaha memberikan yang terbaik
  • Selalu ada buat kamu.
  • Tidak prnah menuntut kamu utk mengikuti semua kemahuannya.
  • Selalu menjaga hubungan agar tetap diredhai sampai akhir hayat.
  • Dia menjaga amanah yang dikirimkan kamu kepada dia
  • Kuat menyimpan rahsia keburukan dirimu
  • Dia akan menutup kelemahan dirimu
  • Apabila seseorang bertanyakan tentang kamu kepadanya, tidak lain hanyalah kebaikan kamu sahaja yang diceritakan
  • Dia akan menjaga pemberian kamu seperti nyawanya


yang setia sangat sukar dicari, namu jika sudah bertemu insan yang mempunyai ciri-ciri tersebut
hah janganlah pula kamu cuba permainkan kesetiaanya, jangan pula nak sakiti hatinya
tanpa sebab... mereka ini lah insan satu dalam sepuluh ribu



tips cara timbang blog


Assalamualaikum ....


hmm pernah tak korang mengalami situasi apabila masuk je satu blog ni terasa mak aii lambat
bebenor la.... ok sebagai blogger asma nak kongsikan  cara nak timbang blog. Jom check diet blog anda disini. Kalau blog anda lebih 200KB, ini akan menyebabkan peratus untuk memasuki blog anda semakin rendah kerana tak semua orang menggunakan Internet Berkelajuan Tinggi kan 



Sepertimana manusia, blog juga mempunyai berat yang ideal. Berat paling ideal untuk blog adalah bawah 100KB. Berat sebelum ni pun lebih 200KB, satu hari adik sasma yang juga blogger ada tegur asma supaya kurangkan berat blog. Alhamdulillah, selepas beberapa kali mengubah suai blog, akhirnya berat blog asma yang terkini berjaya dikurangkan kepada 179.57KB agak berat jugak tu huhu

Tak tahu berat blog anda? Jangan risau, masukkan url blog anda dibawah kemudian klik "check".




Dah timbang? Berat tak? Kalau berat, asma ada caranya untuk kurangkan:
Cuba ikuti cara-cara dibawah untuk mengurangkan berat blog anda :

Kurangkan bilangan post anda pada satu page
#Buang widget-widget yang tak penting dan bersifat personal
# Jangan letak widget lagu-lagu yang bersaiz di blog.
#Jangan letakkan video player di blog.
#Gunakan template yang tidak complicated.
#Kurangkan upload gambar-gambar yang beresolusi tinggi di header, sidebar dan entry.

Alternatif lain untuk menjadikan proses loading blog lebih cepat adalah dengan meringankan blog dengan jQuery Lazy Load. Boleh cari di google macam mana nak guna cara ni ok?


Selamat mencuba, semoga berjaya mendapat berat yang ideal ^____^


Rabu, 29 Mei 2013

tips check blog jika ada malware atau tak


 Assalamualaikum.....



Bagi yang biasa blogwalking, mesti perasan ada sesetengah blog bila korang masuk ada notice beritahu yang blog berkemungkinan ada malware. Ada sesetengah tu tunjuk gambar lone ranger. Geng blogger pun tak terlepas daripada diserang malware suatu ketika dulu. Jadi, entri ini akan bagi cara dan tips untuk scan dan buang malware pada blog dan pastikan blog korang bebas malware.




Biasanya malware ini berlaku disebabkan oleh hidden code yang diletak pada hacker bila hack blog korang dan juga kerana korang menggunakan script daripada sumber laman web yang disarangi malware. Jadi untuk check,korang klik pada link atau gambar kat bawah ni







Selepas scan, jika tiada malware, korang scan pula menggunakan unmask parasites untuk mencari hidden code yang suspicious. Jika korang scan, report akan menunjukkan script mana yang ada malware, maka terus delete script berkenaan ok  selamat mencuba  ^____^



my sassy girl - chun hyang




Assalamualaikum.... hai hai hai


huhu.... ntah kenapa kali ni entri aku rasa macam nak story mory pasal
sebuah citerr korea ni yang memang dah berpuluh-puluh kali aku nengok nyerr tapi 
still tak jemu-jemu, tajuknya 'MY SASSY GIRL CHUN HYANG'..... nak kata hensem hero dia ni tak jugak, kiranya boleh laaa... tapi heroin dia comel
citer lain aku tak minat sangat citer ni aku suka suka suka <3



mesti dalam kalangan korang yang peminat tegar citer korea ni wajib pernah tonton citer ni kan kan..
haha aku ni tak lah minat mana pun citer korea ni tapi dengan satu citer ni aku minat habis lah
best gilerr wa cakap sama lu, semua perasaan aku rasa dalam drama ni baik sedih, gembira, lucu, keras perut, rasa macam nak bunuh orang, menyampah sampah, geram dan banyak lagi la...
memang best sesangat bagi aku arrrr,... orang lain aku tak tahu lak...


alkisah nya citer ni bermula apabila keluarga lee myong rong berpindah ke kawasan pekan kecil namwon,
bapa myong rong adalah seorang ketua balai polis seoul terpaksa ditukarkan ke balai polis namwon..
sejak dibangku sekolah lagi myong rong ni memang nakal, selalu kasi ayahnya naik angin..

sung chun hyang seorang remaja yang baik, bijak dan cantik... dalam citer ni dia memang
gadis independent dan matang. Masa sekolah lagi dia dah buat kerja sambilan untuk menampung
perbelanjaan harian dan untuk kos masuk universiti.

mula pertemuan mereka semasa myong rong  tertangkap gambar memalukan chun hyang dan akhirnya berlaku insiden bertukar-tukar telefon bimbit diantara mereka. Akibatnya, mereka sentiasa berhubung dengan satu sama lain dan mengetahui mereka menghadiri sekolah yang sama. Mong-Ryong sentiasa membuli Chun Hyang dan  akibat gurauan beliau akhirnya membuat dia jatuh sakit. Mong Ryong rasa bersalah dan berhajat melawat beliau di rumah. Mong Ryong tersilap minum wain kerana beranggapan ia adalah jus.

 Mong Ryong kemudian tertidur di rumah Chun Hyang, sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku,
Namun dalam usaha untuk menyelamatkan keluarga mereka dan reputasi sekolah daripada tercemar, mereka terpaksa berkahwin satu sama lain. Mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin antara satu sama lain selepas  Hong Chae-Rin menolak cinta Mong Ryong


Selepas putus dengan bf, Chae-Rin mendapati Mong-Ryong bakal berkahwinan dan dia cuba untuk mendapatkan perhatian Mong Ryong semula. Terdapat juga masalah Byun Hak-Do iaitu pengarah agensi  perfileman yang sangat berjaya yang jatuh cinta dengan Chun-Hyang.

Dalam usaha untuk membantu Mong Ryong untuk masuk ke dalam universiti yang berprestij, Chun-Hyang membantu Mong-Ryong dalam pelajaran dengan mencabar Myong Ryong. Akhirnya kedua-duanya berjaya dan diterima masuk ke universiti seoul, tetapi selepas ibu Chun-Hyang  ditipu sejumlah wang besar, Chun-Hyang tidak dapat melanjutkan pelajarannya, namun dia tidak mendedahkan perkara tersebut kepada keluarganya, Chun Hyang telah menipu Mong Ryong dan keluarga mertuanya bahawa beliau akan menggunakan belanja sendiri bagi melanjutkan pelajaran dan telah menbuat janji bahawa akan menemui mereka semasa hari pendaftaran.

 Apabila Mong-Ryong akhirnya tidak jumpa Chun-Hyang, dia cuba mencari Chun Hyang dimana-mana. Namun gagal dan mendapat tahu bahawa chun hyang tidak mendaftar sebagai pelajar disana. Chun Hyang menghilangkan diri sejak daripada itu


mati la aku klau nak citer semuanya dalam ni, apa2 pon korang boleh tonton citer ni dalam NTV7 jam 1200.
dan kalau malas nak tunggu boleh arr beli CD kat kedai.. serius best gilerr, memang tak jemu aku ulang tengok citer ni. Citer ni mula ditanyangkan tahun 2005 kalau tak salah aku. hah bilang la dah berapa tahun dah citer ni kan. aku tengok sejak zaman sekolah menengah lagi ni. Yang best tu mungkin sebab dalam
citer ni status diorang dah kawen dan aku suka sangat gaya Mong Ryong tu layan isteri dia, sweet sangat, dah la nakal tapi baik hati dan caring yang penting setia. setiap wanita pastinya impikan pasangan yang sentiasa ada bersamanya disaat susah senang dan berasa selamat bila bersamakan...


hahahah..... terpengaruh betul aku dengan citer ni, klau dalam realiti tobat lahum nak jumpa orang macam nikan, apa apa pon ini cuma sekadar hiburan  yang tak sama dengan realiti... berpijak la dibumi yang nyata.
tak salah nak berangan cuma jangan la sampi lebih-lebih pulak, nanti kalau jatuh parak ok, daaa...


just enjoyed dengan lagu ni
v
v
v


Haeng Bok Ha Gil Ba Rae





MI AHN HAE YA HA NEUN GUH NI








part ni aku rasa macam wah bergayanya suami dia hohoho..... ^o^




Isnin, 27 Mei 2013

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah SWT





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :

Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.

Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.

Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.

Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’

Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.

Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan daripada hadis di atas , dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang beriman dan bertakwa akan mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT di hari akhirat nanti ketika itu tidak ada perlindungan lain yang akan dapat menyelamatkan manusia.

Golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.

Seorang pemipin akan ditanya di akhirat nanti adakah mereka memimpin dengan adil, amanah ,jujur dan sentiasa berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah.

Maksud adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, tidak boleh di katakan adil selagimana seorang pemimpin itu tidak menggunakan neraca Islam dan neraca Allah SWT di dalam setiap keputusan dan perlaksanaan di dalam pemerentahannya. Tidak ada undang-undang dan peraturan yang lebih adil melainkan ianya datang dari Pencipta manusia dan alam semesta iaitu Allah SWT.

Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.

Pemuda (rijal) adalah golongan penting di dalam masyarakat Islam, kerana merekalah yang akan mewarisi kepimpinan negara akan datang. Sesuatu umat akan menuju kepada kehancuran apabila pemuda-pemudinya telah rosak akidah dan akhlaknya , lemah daya pemikiran dan intelektualnya dan hilang semangat jihad.

Pemuda yang menjadi ahli ibadah ini, yang terpilih mendapat naungan Allah adalah mereka yang hati dan jiwanya sentiasa mengingati Allah , kuat imannya dan baik akhlaknya dan sentiasa berterusan dan istiqamah dalam menjalani proses tarbiah dan dia juga berusaha mengajak pemuda lain untuk duduk dalam Jemaah Islam dan melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.

Mesjid adalah tempat ibadah , di sinilah tempat umat Islam berkumpul untuk melaksanakan ibadah khusus terutama solat, membaca al-Quran , berzikir , tempat majlis-majlis ilmu di jalankan dan tempat perhimpunan dan perbincangan umat Islam untuk menyelesaikan masaalah mereka.

Para malaikat mendoakan dan mohon rahmat kepada Allah SWT. kepada ahli-ahli mesjid yang menunaikan ibadah dan menuntut ilmu di sini. Di zaman Rasulullah SAW  mesjid berfungsi menjadi tempat semua urusan umat Islam (pusat pemerentahan, ibadah dan majlis ilmu).

Mereka-mereka yang terpaut hati dengan mesjid dan melaksanakan semua fungsi tadi akan mendapat naungan Allah di akhirat nanti.

Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Apabila dua orang saudara muslim bertemu adalah semata-mata untuk mereka merapatkah rasa ukuwah dan kasih sayang, saling nasihat menasihati, lengkap melengkapi dan merancang sesuatu atas tanggung jawab macamana cara-cara untuk menyelamatkan umat ini daripada hanyut di bawa arus jahiliyah dan terselamat daripada mendapat azab Allah SWT.

Bagaimana penyebaran Islam , kerja-kerja dakwah dan tarbiah dapat di jalankan dengan berkesan dan memenuhi sasarannya. Mereka berpisah adalah semata-mata kerana Allah di sebabkan masing-masing kembali ketempat asal mereka untuk memenuhi tuntutan dakwah dan tarbiah , walaupaun berjauhan namun perasaan ukuwah dan kasih sayang tetap berterusan.

Allah SWT. akan memberi pahala dan ganjaran yang besar apabila seluruh masa, tenaga dan wang ringgit di curahkan semata-mata untuk menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi. Di atas usaha-usaha yang berterusan seperti ini , bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. memang sesuailah mereka mendapat naungan Allah SWT di akhirat nanti.

Dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan di dalam Kitab Al-Muwattha' Imam Malik, Nabi S.A.W telah bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermkasud: "Kasih-sayangKu lebih utama untuk mereka yang berkasih-sayang pada jalanKu, golongan berhimpun dan berkelompok semata-mata keranaKu, golongan yang saling ziarah-menziarahi keranaKu, dan golongan yang sentiasa berbelanja dijalanKu"

Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’

Perbuatan zina adalah satu perbuatan yang keji dan hina. Zina boleh merosakkan keturunan , menimbulkan pergaduhan dan perpecahan dalam keluarga dan masyarakat. Seseorang yang melakukan zina, dan hasil daripada zina ini apabila mendapat anak , ia sanggup membunuh bayi yang tidak berdosa atau pun membuangkannya merata tempat tanpa belas kasihan semata-mata untuk menutup malu pada keluarga dan masyarakat. Peribadi seperti ini kedudukannya lebih rendah dari haiwan kerana haiwan pun mempunyai perasaan kasih sayang pada anak-anaknya.

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Dan siapa-siapa yang berzina dengan seorang perempuan, sewaktu berbangkit dari kuburnya kelak, sesungguhnya ia merasa sangat haus.”

Oleh kerana betapa besarnya mudharat zina ini, Allah SWT. akan memberi ganjaran pahala yang besar dan memberi naungan-Nya di akhirat nanti kepada sesiapa sahaja di kalangan hamba-hamba-Nya yang sanggup menolak ajakan zina oleh perempuan cantik dan berpangkat dengan kata-kata, “Sesungguhnya aku takut kepad Allah.” seperti mana Nabi Yusof a.s. menolak ajakan isteri pembesar Mesir ketika itu untuk melakukan zina.

Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.

Harta adalah salah satu komponan penting di dalam pembinaan masyarakat Islam.Tanpa ada harta dan kekuatan darisegi ekonomi sesebuah negara Islam itu tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan diri daripada musuh-musuhnya. Dengan adanya harta dan kewangan yang kukuh dapat mempertingkatkan pertahanan negara dengan senjata dan peralatan yang cangih , mempertingkatkan pembangunan dan ekonomi negara.

Islam menggalakkan sedekah dari golongan kaya kepada golongan miskin , supaya jurang perbezaan di antara mereka dapat di kurangkan.Di dalam hadis yang lain Nabi SAW ada menyatakan bahawa salah satu golongan yang akan masuk syuraga bersama-sama golongan yang mati syahid dan ulama adalah dermawan yang menyumbangkan hartanya di jalan Allah semata-mata mencari keredan-Nya. sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di berikan oleh tangan kanannya. Dari sumbangan golongan yang berharta ini , di berinya tanpa di canang-canangkan di dalam akhbar , akan mengharmonikan hidup bermasyarakat dan membantu mengukuhkan kekuatan negara. Insan budiman lagi dermawan ini akan mendapat naungan Allah SWT  di akhirat nanti.

Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya.

Doa dan munajat adalah senjata orang mukmin. Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa orang berdoa, tatkala dia berdoa kepada-Ku, justeru sahutlah seruan-Ku.” (Surah al-Baqarah ayat 186).

Orang mukmin pada siang harinya dia menjadi ‘singa’, bekerja bersungguh-sungguh dalam semua urusan . Dalam urusan kerjayanya mencari nafkah, dalam urusan dakwah dan tarbiah dan dalam urusan membantu masyarakat. Tetapi pada malam hari menjada abid , membaca al-Quran , berzikir , bersolah tahajud dan berdoa kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Dia rasa diri ini kerdil dan terlalu banyak dosa-dosa yang di lakukan, sekiranya tanpa belas kasihan Allah SWT dia merasakan dia tidak dapat menyelamatkan diri dari azab Allah di hari akhirat nanti.Peribadi mukmin seperti ini akan termasuk dalam golongan ketujuh iaitu golongan yang mendapat naungan Allah SWT. di hari akhirat nanti.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan amal ibadah dan amal soleh kita semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Jalan keselamatan untuk terselamat dihari akhirat telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua iaitu tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Arasy Allah SWT, oleh itu berusaha dan berdoalah semoga kita menjadi salah satu golongan yang dipilih oleh-Nya untuk mendapat perlindungan-Nya nanti.



sumber: Facebook ustaz Abu Basyer




lelaki dan perempuan siapa yang lebih cantik??





teringat kisah masa zaman sekolah dulu...

masa saya tingkatan 5 ada seorang ustaz muda tanyakan kami soalan cepumas di dalam kelas, masa tu subjek tauhid kalau tak salah saya ... soalannya : 'diantara lelaki dan perempuan siapa yang lebih cantik dan kenapa?'

- masa tu ada yang cakap 'perempuan lagi cantik ustaz, sebab lelaki boleh lentok dengan pujuk rayu pmpn ustaz!!'.... yang lelaki pulak tak nak mengalah, mereka katakan lelaki yang lebih cantik tapi tiada sebab, cuma sekadar mengaku cantik sebab ramai marka duk bekenan kat depa, surat cinta berbakoi-bakoi la konon....

jawapan ustaz = diantara lelaki dan perempuan sebenarnya lelaki yang lebih cantik

-kami pelajar perempuan dengan nada tak puas hati tanyakan ustaz kenapa?

alasannya =
pertama: cuba perhatikan ada tak wujudnya pertandingan ratu cantik untuk lelaki?? tiada bukan.... maksudnya lelaki semuanya cantik, perempuan pulak ada yang cantik dan ada yang tidak....

kedua: didalam al-quran tercatit bahawa nabi yusuf dikhabarkan bahawa memiliki kecantikan yang luar biasa sehinggakan isteri para pembesar mesir tanpa disedari telah terpotong jari kerana terpegun dengan kecantikan wajah yusuf dan zulaikha sendiri tak tahan dengan godaan nafsu dan pernah mengajak yusuf untuk berzina...... dan ustaz katakan lagi jika didalam peratusan carta pai, ada 100% kecantikan, 50% daripada cantik itu dimiliki baginda nabi muhammad s.a.w , 15% nabi allah yusuf dan bakinya ditebarkan kepada seluruh manusia dimuka bumi ini termasuklah orang afrika, uganda, arab, kazakstan, iran, melayu dan sebagainya..... kita ni dapat ciput ja


P/s: jika allah kurniakan pada kita rupa paras yang cantik, jangan pula menghina mereka yang kurang... pujian cantik itu selayaknya ditujukan kepada allah the best creator

#asma tak tahu adakah kekawan kelas masih lagi ingat soalan ini
#soalan pelik tu yang ingat lama owww.... muehehehe







Khamis, 23 Mei 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu





1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.


sumber : prof muhaya klik sini

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.





Ahad, 19 Mei 2013

aku anak kampung dan aku sangat bangga


Assalamualaikum readers tersayang.... hai hai hai

Aku anak kampung..... yess aku anak kampung
Jauh tu... ayer hitam kedah..
Tempat banyak lintah, tempat biaknya pacat..
Tidur malam dengan alunan tari tikus...
Bangun pagi dengan hilai tawa cengkerik...
Sedut udara tanahnya selut...
Depan belakang kiri kanan sawah padi..
Perghhh......pelagi beb...


Kalau dah namanya sawah padi...
Ular dan jebon small matter la...
Ulat cacing buat tenyeh-tenyeh atau main-main jer
Tok wan yang 2 kali kena strok pun gagah lagi bunuh ular...
Tak payah panggil JPAM pun... apalagi bomba...
Hebat kan orang kampung..


Tapi orang bandar(kononlah bandar) tak tahu..
Tanpa lampu jalan pun kami berani redah malam
Tanpa cctv pun kami slumber badak tinggalkan rumah
Tanpa pintu pagar pun kami tak kesah..
Hahaha...

Yang orang bandar tahu...
Orang kampung ni tak open minded..
Orang kampung ni susah nk adapt benda baru
Orang kampung ni sensitif...
Hek eleh...


Bukan kami tak open minded derrr...
Tapi mind kami ada batasan..
Batasannya agama ALLAH...
Bukan kami tak nak adapt benda baru..
Tapi sebenarnya tak de yang baru pun untuk di adapt..
Semuanya sudah dikabar dalam hadis Rasul..


Bukanya kami sensitif..
Cuma jangan usik dengan hak-hak kami...
Jangan main-main dengan persaudaraan islam kami..
Ooopppsss...
Siapa bandar siapa kampung ni...???
Rasa-rasanya yang bandar sangat tu pun asalnya kampung...



meh sini kiterrr tunjuk siket kampong kiter macam mana  ok....



ye orang kampung is the best la.... tahan lasak....
korang kena ingat ok rasulallah jua pernah dibela dan mendapat pendidikan
awal oleh halimatus saadiah dikampung selama 5 tahun... 
so orang bandar kau tak payah nak berlagak lah...
orang kampung kau jangan jadi poyo sangat lah...
ke tanah jugak kita semua nanti.......


ok my friend saja suka suki menulis kerana aku menulis sesuka  hati dan sesedap rasa tea o ais limau



Sabtu, 18 Mei 2013

ceramah ustazah fatimah syarha







Assalamualaikum sahabat ini ada asma sertakan beberapa link untuk sahabat
download ceramah ustazah fatimah syarha di media fire....
ustazah fatimah syarha memang terkenal dengan
motivasi cinta untuk para remaja yang menginginkan cinta berpandukan al-quran dan sunnah
beliau dan suami juga mengeluarkan beberapa novel cinta mengikut panduan syariah...













Rabu, 15 Mei 2013

perumpamaan cinta dan sayang



Perumpamaan 1
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!




Perumpaan 2
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Perumpamaan 3
Jika kamu memancing ikan.. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga.. Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya.. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...


sumber : facebook pakar diari hati







Selasa, 14 Mei 2013

Simple GiveAway Bintang Mencari Cinta By Cik Akak







ayat cun :-

padamu ku kutitipkan secuil rasa
kubiarkan selaksa bahagia
padamu, kuharap setitis embun cinta kau limpahkan samudera cinta,
agar dapat melukis hasrat ku  
kekasih, taruh bibirmu seperti bintang dilangit
kata-katamu satu ciuman dalam malam yang hidup
dan deras lengan mu memeluk daku
seperti suatu nyala bertanda kemenangan
mimpiku pun berada dalam benderang dan abadi


maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
seakan-akan bidadari itu seperti permata Yajut dan Marjan
 maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula
(Ar-rahman 57-60)


Assalamualaikum, 
hmm.... ini penyertaan kali kedua... ntah apa ke mimpi la asma nak join giveaway ni
seriously klau benda yang banyak terma n syarat ni asma macam malas siket nak join
tapi oleh kerana tertengok dalam blog apit macam terasa nak join la pulak...
saja nak sokong blogger2 malaysia.... menang kalah balakang kira
chill je



rakan blogger













Shaqzspixca First GiveAway (GA) untuk 10 Pemenang Bertuah!












Assalamualaikum....

hai hai hai....... tekan pi tekan mai, ternampak ada ada giveaway ini ...
macam best ja... asma first time kot join giveaway ni... sebelum ni klau ada yang offer pon
asma pandang sebelah mata ja... malas nak susah payahkan diri nak join benda2 alah ni


tapi kali ni tertengok hadiah macam masyuk ja, so tetiba hati ni bekenan la pulak dengan
alat make up dan lampu tidur tu... so asma join je...
mula-mula tu follow 2 blog diorang ni dan buat ikut terma & syarat yang ditetapkan


ok selamat mencuba yerr wallak    ^__^v


kalau korang nak join klik sini
nak tengok hadiah klik sini






Isnin, 13 Mei 2013

lelaki terakhir masuk syurga





Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang apa yang terjadi dari hisab Allah terhadap hamba-hambanya pada hari kiamat dan perjalanan manusia atas titian, kemudian baginda bersabda: "Setelah Allah selesai dari mengadili hamba-Nya, tinggal lagi seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke neraka. Ia adalah ahli syurga yang terakhir memasukinya."

Ia keluar dari neraka dengan merangkak-rangkak sepertimana yang disebutkan didalam sebahagian hadis dan wajahnya masih tetap menghadap ke neraka.

Lelaki itu berkata: "Wahai Tuhanku, palingkanlah wajahku dari neraka kerana wapnya benar-benar menampar mukaku dan nyalanya membakarku." Ia terus memohon kepada Allah sepuas-puasnya.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Adakah kamu akan terus meminta sekiranya Aku menunaikan permintaanmu itu?" Lalu ia menjawab:"Tidak, demi keagongan-Mu, aku tidak akan meminta lagi dariMu sebarang perkara lain."

Allah lalu memperkenankan permohonannya itu dan memalingkan mukanya dari neraka ke syurga. Apabila lelaki itu melihat syurga, ia terus terpegun. Ia mengingati janjinya kepada Tuhannya untuk tidak meminta lagi selain yang telah dimintanya, akan tetapi keinginannya untuk menghampiri syurga dan berjinak dengan penghuninya semakin besar dalam dirinya, ia lalu memohon kepada Allah dengan berkata: "Wahai Tuhanku hampirkanlah aku ke pintu syurga." Maka Allah lalu mencelanya: " Tidakkah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi perkara lain dari-Ku, celaka sungguh wahai anak Adam betapa khianatmu."

Lelaki itupun menjawab: "Tidak, demi keagongan-Mu, aku tidak akan meminta lagi selainnya kepadaMu." Dan ia pun berjanji tidak akan meminta lagi perkara lain.

Allah memperkenankan permintaannya itu dan mendekatkannya ke pintu syurga seperti yang diminta. Setelah ia berdiri diambang pintu syurga, terbukalah pintu syurga dengan seluas-luas untuknya sehingga ia dapat melihat dengan jelas segala keindahan dan kesenangan yang terdapat di dalamnya, ia melihat sungai-sungainya mengalir, taman-tamannya yang indah dan barangkali ia didatangi udaranya yang nyaman dan baunya harum dan melihat nikmat yang sedang dikecapi ahlinya. Ia diam terpegun untuk seketika. Akhirnya ia hilang sabar lalu menyeru Tuhannya yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani agar memasukkannya ke dalam syurga.

"Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam syurga, Maka Allah berfirman kepadanya: "Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain perkara yang telah Aku berikan? Celaka engkau wahai anak Adam betapa khianatmu." Lelaki itu lalu menjawab: "Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak mahu menjadi makhlukMu yang paling malang. Ia terus berdoa kepada Tuhannya tanpa berputus asa sehingga Allah ketawa melihatnya lalu berfirman kepadanya: "Masuklah kedalam syurga. Setelah ia memasuki syurga, Allah berfirman kepadanya: "Mohonlah lagi," maka lelaki itu terus memohon kepada Tuhannya dan terus meminta sehinggalah Allah mengingatinya dengan beberapa perkara.

Setelah habis permintaannya, Allah pun berfirman: "Itu bagimu dan padanya seluas dunia."

Pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah:

Allah bersifat Maha Pengasih, Pengampun dan Maha Penyayang
Manusia selalu lupa dan sering mengkhianai perjanjiannya
Setiap manusia tidak boleh berputus asa dari rahmat Allah
Setiap manusia dikehendaki sentiasa berdoa kepada Allah setiap masa dengan tidak merasa jemu dan penat



sumber : blogger cinta yang satu

Memori pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...