Assalamualaikum.... hye hye hye semua.....
SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu awesome diluar sana
dalam dunia ni semua orang ada ibu, ibu pulak ada banyak spesis dan jenisnya termasuklah
ibu pejabat, ibu rumah, ibu negeri, ibu negara, ibu ayam, ibu kolegen, ibu tunggal, ibu duit,
ibu bapa, ibu saudara, ibu susuan, ibu angkat, ibu jari, ibu rambut DLL...
hah banyak gilerr kan ibu ni.... fuhh hehehe
tapi dalam entri ni aku nak ceritakn tentang seorang insan yang aku paling hormati sedunia dan
menyayangi beliau seluas saujana mata memandang.... beliau adalah my mak yang sangat suka makan...
huhuhu......
dah kalau kita sayang seseorang tu pastinya kita akan tahu setiap tabiat orang yang kita
sayang tu.... sama la dengan situasi aku nih.... huhuhu sebagai anak aku memang
tahu sangat lah kegemaran mak dan tabiat mak tercinta
ok tak percaya aku buktikan yang aku memang tahu kegemaran mak aku ni apa :-
1. mak suka makan ais cream - mula tu mamang la macam pelik siket, wanita umur 50 tahun keatas suka makan ais kan, tapi hakikatnya memang mak aku suka makan ais nak pulak ais cream coklat mat cool ... hmmm memang tak akan ditolak punya lah... wallak
2. mak suka makan buah durian - ada satu kisah ni bila mana masa tu aku tengah drive bawak mak dan ayah balik rumah dari mana ntah aku lupa, then kami lalu pasar malam...... masa tu mak tengah berleter, asal nampak je buah durian tu terus hilang leter dia. ayat mak "huishhhh..... sedapnya durian tuuuu"
3. mak kuat solat pagi : mak lah diantara orang yang kuat solat diwaktu pagi, mak akan bangun area 4 pagi untuk solat sunat tahajjud dan solat sunat yang lain...
4. mak kuat merajuk : mak kalau dengan aku je kuat sangat dia merajuk, dengan adik beradik lain tak ada pulak nak merajuk,..... mungkin diantara aku dan adik beradik yang lain aku lah yang paling rapat dengan mak so memang nasib aku laaa... tapi sekejab je tu, merajuknya memang tak lama, macam aku jugak hehe... aku pujuk pakai trick siket ja terus dah baik.. buat apa belajar psikologi kalau pr lemahkan kikihh
5. mak guru paling ikhlas : mak aku mengajar quran kepada budak-budak kampung yang datang rumah tanpa minta sebarang bayaran setiap malam... datang je rumah tak payah bayar, mak akan ajar dengan ikhlas. murid mak tak pernah putus sejak 30 tahun dulu.. mak mengajar sejak anak dara lagi dan kami semua 6 beradik tak pernah belajar mengaji al-quran pada orang lain, mak saja lah guru al-quran kami
bila mana sebut belajar dengan mak ni, faham-faham saja la paha aku ni dah berapa kali kena cubit dan kena rotan dengan dia.... fuyooo sedap beb kena rotan, bebirat peha aku....
6. mak suka ambil makanan manis: dalam sehari mak boleh habis kan 2 jug air manis dan bergula, sampai kami nak tumpang minum pun tak boleh... haiyaaa memang mengundang kencing manis beb.... tapi mak balance, buah-buahan pun mak makan jugak... alhamdulillah diabetes mak masih lagi under control
7. mak penasihat wanita-wanita kampung : dalam kawasan kejiranan kami ni, mak adalah seseorang yang dihormati. ramai jugak la yang datang meminta nasihat mak termasuklah yang ada masalah rumah tangga..
8. mak selalu ke masjid : mak dan ayah memang selalu ke masjid, masjid pun depan rumah, rugi kalau tak pergi kata mak.... mak akan ke masjid tiap-tiap malam jumaat dan sabtu sebab akan ada majlis bacaan yassin dan kuliah agama
9. mak suka tidur : kalau dalam kuliah mak suka tidur, mungkin sebab letih... mak memang banyak kerja tapi masih lagi gagahi diri untuk ke masjid berjemaah....
10. mak kuat politik : kalau ada sahaja yang tak kena dengan parti politik ni dia akan bebel tak henti.... bila sebut je nama seorang ahli politik ni dalam tv ke radio ke panas je telinga dia... huishhh
11. mak pandai masak : mak memang teror masak kari ikan... bau kari tu mamang dalam periuk lagi dah bau, gerenti tak kan kena tolak punyalah
12. mak pandai buat bisnes : mak memang suka buat bisnes makanan, dah banyak kali orang tempah kat mak untuk buat kek kukus coklat dan kuah rojak... setakat ni siapa yang makan kuah rojak mak memang diorang kata sedap...
13. mak perawat dipercayai : mak juga seorang perawat wanita darussyifa yang dipercayai... mak akan ke klinik setiap petang khamis dan sabtu untuk merawat pesakit yang terkena saka, santau atau sihir... aku baru berjinak-jinak dengan benda ni
14. mak simple person : mak sangat simple dalam berpakaian mahupun dalam kelansungan hidup... mungkin kerana mak pernah hidup susah sewaktu kecil makanya mak jenis yang tak kisah dan sangat sederhana orangnya, macam aku jugak hehehe wekk =p
15. mak tak suka bawak kereta : selalunya aku dan ayah sahaja yang memandu... mak akan jadi mam besar kat belakang
my mum is the awesome mother that allah give to me...
tiada siapa pun dapat gantikan mak di hati ku...
mak lah ibu yang terbaik......
mak lah insan yang sentiasa membantu aku dikala aku susah.....
mak saja yang akan bersedih jika aku sakit, orang lain tak da hari nak buat macam tu...
to my belove mother, i love you so much....
mak dan abang syukri di majlis konvokesyen kolej universiti insaniah
mak this song dedicated special for you
even mak tak tahu anak mak ni ada blog sendiri tak mengapa lah mak janji ada
nama cheq dalam setiap doa mak.... sayang mak selamanya =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan