Rabu, 31 Julai 2013

sekadar perkongsian: sistem muamalah




bila sebut pasal 'akad' semua orang akan fikir pasal kawen/nikah, tapi tahukan anda bahawa dalam sistem jual beli atau muamalah juga ada akad dan tidak akan sah proses jual beli tersebut tanpa lafaz akad. contoh lafaz penjual: 'aku jual barang ini dgn harga ..... dibayar tunai' dan jawab pembeli 'aku beli barang ini tunai kerana allah taala'

sedar atau tidak sedar kita dipengaruhi dengan sistem dajjal dan perkara ini sudah lama kita di brainwash oleh yahudi cuma kita tak perasan kerana jahil hukum...... wah bagaimanakah itu???

1.)baik contohnya kita melakkukan pembelian secara online, barang dan duit itu kita tidak nampak secara realiti, hanya melalui gambaran pada screen komputer manakala proses jual beli juga secara atas angin maksudnya penjual dan pembeli saling tidak berjumpa.... disini juga terhapusnya sistem akad tersebut

2.) pembelian secara kad kredit... yahudi ni memang pandai bab nak mengbankrupkan golongan muda, walaupun kad kredit ia mempunyai limitasi atau had penggunaanya tapi dengan penggunaan kad ini secara tidak lansung akan mengajar terutamanya golongan muda  supaya membeli secara berhutang

3) kurangnya penggunaan emas/dinar/dirham.... kalau dulu pada zaman rasulallah sistem jual beli menggunakan dinar atau dirham. harga emas setabil, jika kita simpan emas maka andai kata sistem wang kertas di bank jatuh bankrup maka kita tidak akan jatuh bersamanya (nak cerita tak pandai tapi sy tahu)


andai kita nak selamat daripada di brainwash yahudi maka ikutilah sunnah bukalah alquran dan banyakkan membaca kitab karangan salafussoleh, kerana salafussoleh banyak dianugerahkah kepada mereka ilmu laduni yg tiada pada kita manusia biasa...

bukan tak boleh beli online tapi proses itu haruslah ada akad dan syarat2 jual beli itu kena lah sah dan ada barang ... sy sendiri pon ada jga beli online cuma klau bole fleksiblekan ia supaya ada lafaz akad, kan ada no fon tepon sajalah....

satu lagi ini penting apabila kita nak membeli adalah lebih baik beli dengan orang islam, sebab apa kalau kita beli dengan orang islam depa bayaq zakat, hasil zakat tu nanti boleh pada kita balik kan,.... takkan hampa xpernah minta zakat kot hehehe..



Selasa, 30 Julai 2013

kisah uwais al-qarni dan ibunya



Uwais al-Qarni adalah seorang daripada kalangan tabi’in yang hidup selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, dan dapat bertemu dengan para sahabat. Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa. Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah.

Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga sangat taat melakukan ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah SWT.

Rasulullah ﷺ pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali KaramAllahu wajhah (k.w.): “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”


Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah ﷺ menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah kata-kata Rasulullah ﷺ Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Setelah puas menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya mereka bertemu juga dengan Uwais al-Qarni.

Jika dilihat dari pandangan mata kasar orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal dan dianggap sebagai seorang yang kurang waras, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui..

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya bertompok putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Walaupun beliau seorang berpenyakit sopak, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya dan beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya dan setia menjaga ibunya yang sudah uzur dan lumpuh sampai beliau dewasa.

Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Makkah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Makkah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Makkah menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Makkah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’ iaitu sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun harganya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan yang sedemikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin tua dan uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah pondok (rumah kecil) di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat pondok untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas ‘Tilal’. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari ‘Tilal’ tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras. Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.

Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Makkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan sekitar 50 kilogram.

Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Makkah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Makkah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa ibu.”

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah SWT hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah SWT menyembuhkan tompok putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Namun kerana beliau takut masih ada dosa pada dirinya, beliau berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang tompok putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Maka, Allah SWT segera memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah ﷺ kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.

Disebut Rasulullah ﷺ kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan ditinggikan martabatnya di sisi Allah sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

Apabila Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ, mereka berdua pun meminta supaya Uwais mendoakan supaya dosa mereka diampunkan Allah SWT.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah ﷺ kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?”

“Kufah”, jawab Uwais.

Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”

Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.


Firman Allah SWT :
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
  “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.”  (Surah Al-Isra’, ayat 23) 
 .
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)




sumber : shafiqolbu


Rabu, 24 Julai 2013

tips terdesak tak nak keluar malam




jika anda kehabisan tenaga bateri AA (karbon shj) yg hampa beli kat kedai dgn harga RM1 tu telah kehabisan cajnya... kiranya klau hampa terdesak nak guna sesangat lakan, caranya pi ambik hammer ketuk kat beteri tu atau pun ketuk lah kat mana2 yg boleh kemekkan sedikit bateri tu (hempuk pun boleh gak) dan cuba pasang pada alatan yang anda gunakan, tengok sama ada boleh guna lg atau x. cthnya: lampu suluh, jam, mainan budak2 dan sebagainya la

#sharing is caring ^___^
#cer try cer try..... petua mak cik2 ni kekadang berkesan jugak





Selasa, 23 Julai 2013

Jom main catur





Assalamualaikum sahabat readers semua...
hye hye hye.....


siapa pernah main catur cer angkat tangan..... ehh aku sorang je ke yang pernah main catur???..
hak hak hak macam la aku nampak kan korang angkat tangan ke tidak.... huhuhu

 ish tetiba pulak puasa-puasa ni teringat kenangan zaman sekolah masa tingkatan 5 dulu ni,
dulu masa aku sekolah menengah aku selalu arr bawak catur main dalam kelas, masa tu kalau tak aku yang bawak mesti kak cik (farhana) yang akan bawak... catur yang kami bawak tu bukanya besar sangat, readers pernah tengok tak catur yang ada magnet kat bawah tu.... ala catur tu kecik je, ada la dalam saiz sebuah  kalkulator saintifik... hehe kami bawak yang kecik je so senang la kalau nak bawak main ke mana-mana kan sebab fleksible, klau kena rampas pon tak la rasa terkilan sangat.... tak padan dengan pengawas

 dulu masa sekolah aku selalu la beat dengan kak cik farhana, sebab diantara ramai-ramai kawan aku hanya dialah yang boleh challenge aku dalam main catur..... kekadang aku yang menang dan kekadang dia yang menang..... kami main sekadar suka-suka sahaja....


main catur ni is about strategies, macam mana kita nak tumpaskan pihak lawan itu kita kena ada strategi yang mantap, barulah boleh checkmate......

lama suda tak main catur rasanya dah 5 tahun dah tinggalkan benda tu, dah tak da strategi dah kot... starategi pon dah terkubur layu hahahahahahah......




ada ke sapa-sapa yang nak main catur dengan aku..????? jommm arrrr lama dah ni tak main, tapi mesti la ikuti syarat aku, syarat-syaratnya adalah:

1. lelaki atau perempuan 
2. berumur lingkungan 12 tahun hingga 25 tahun
3. belum pernah menyertai mana2 pertandingan(sama la dgn aku)
4. jujur dan bukan kaki kelentong
5. jangan kerap menang, kasi change la kat aku, dah lama tak main kot
6. berkebolehan main dam aji, bukan apa bila dah jemu asyik kalah je 
so bole la tukar main dam pulak kan



so ada ke yang berminat dengan syarat2 aku ni, kalau berminat jomm arrrr kita main.....
 hehehe just kidding










Isnin, 15 Julai 2013

cinta alat cinta matlamat



bila raja yang bernama HATI itu baik dalam kerajaan diri, soal cinta mudah diuruskan, soal cinta ini akan merujuk panduan tuhan kenal mana haram mana yang halal.... perasaan manis/nikmat itu takkan dapat diperolehi pada mereka yang tak biasa dekatkan diri dengan allah, misalnya: cepat-cepat  tunaikan ibadah bila tiba masa ibadat, selalu baca wahyu allah dan ternanti-nanti waktu untuk berdating 2/3 malam bersama allah


diantara manusia yang mendapat naungan allah di hari 'yaumalazilla illa zillih', hari dimana tiada naungan lain selain daripada naungan allah iaitu Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah


ramai orang menyatakan YA cinta yang sebenarnya adalah hanyalah cinta pada allah
namun hakikatnya berapa ramai  manusia  yang benar2 meletakkan cinta hakiki tu pada tempat yang sewajarnya yakni dalam hati hmmmm..... muhasabah diri selalu, kita manusia biasa tidak ada yang sempurna namun boleh berusaha untuk kearah kesempurnaan




boleh dengar ceramah ustazah fatimah syarha setiap malam selasa di radio ikim jam 10 malam




semoga ada kebaikan insyallah



9 jenis personaliti asas



Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.








Jawapan:

Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)


1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.


2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.


3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.


4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.


5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.


6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.



7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.


8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.


9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan






Khamis, 11 Julai 2013

Dear diari :ramadhan day 2 (suspicious log in detected)



dear diari......



siapa la pulak yang nak dajalkan aku ni, mujur la encik google cepat bertindak... alhamdulillah email, blog, you tube, twitter dan google massenger aku tak kena block.... oh ho my mr google mujur la kau hantar mesej  masuk ke inbox fon murah aku tu  menyatakan ada bahaya 'suspicious log in detected' so boleh la aku cepat-cepat bertindak dengan menukar password..... ntah bila masanya aku log in dekat emiriah arab bersatu ni  ntahh... 


haiii macam-macam la karenah manusia bila dah pandai it ni.... identiti orang pun nak dicurinya, nanti tak pasal-pasal bila kau buat jenayah orang lain yang kena tangkap.... woooo dah la link google aku ni  bersangkut paut dengan banyak portal, penting pula tu... kalau la dirampas orang mau tak ke nangis aku hilang banyak data, dokumen, gambar la segala bagai aduhhhh..... email cinta dari buah hati pun lesap camtu je aduhhh.... ehhh aku ada buah hati ke??? ehe rahsia maa....



hari ni akak dan abang ipar aku balik berbuka bersama kami sekeluarga, semalam kami bertiga je berbuka, malam ni dah bertambah 2 orang....  hmm sedih la pulak masatu aku mula la teringat kekawan kolej... masa belajar dulu selalu time nak berbuka je kami ramai-ramai berkumpul buat bulatan duduk sekali dan makan bersama... hmm rindu korang taw..... i miss my villa cempaka..


walaupun hostel kami tak semegah mana pon tapi ukhwah kami kuat, sampai sekarang kami masih berhubung even dalam FB... dah setahun berlalu tapi kami masih lagi boleh bergurau tanpa rasa janggal dan sentiasa terasa dekat diantara satu sama lain.... nak nangis rasa bila teringat kekawan  


ntah bila lagi boleh berjumpa  kalian dan berkumpul sama-sama.....ukhwah fillah ni kita mesti gengam sekuatnya wahai sahabat :)


mula la aku nak pasang lagu ni bila teringat kekawan


forheart - perlukah





Rabu, 10 Julai 2013

dear diari : ramadhan day 1 (tikus rumah)


DEAR DIARI......



Alhamdulillah syukur ramadhan hari pertama ini berlalu dengan baik,
syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya doa aku pada tahun lepas sudah termakbul jua...
Doa aku tahun lepas masa last ramadhan adalah supaya dapat bertemu lagi ramadhan pada tahun ini telah terlaksana.... alhamdulillah syukur sangat2



first of all hari ini aku kira salah satu dosa aku  sudah terhapus dek kerana seekor tikus.... ehh tikuss??? aha dek kerana seekor tikus rumah yang sederhana besar melintas atas kaki aku masa aku tengah basuh pinggan selepas sahur pagi tadi....... cisss nak dijadikan ceritanya selepas sahur pagi tadi aku angkat la pinggan atas meja makan tu, bajet macam nak basuh la pinggan-pinggan kotor aku tu.. masa  tu aku agak pelik la sebab selalunya bila aku duduk atas kerusi menghadap meja makan pasti akan ada si kucing hitam yang super garang mengiau minta sedikit makanan dihujung kaki aku.....

 so pagi tu masa nak sahur tikus tak sekolah tu berjaya menggantikan kucing hitam aku bermain2  atas kaki aku..... lepas makan aku angkat la pinggan masuk singki, then aku ambil la sabun dan jaring bajet macam nak basuh la, lepas tu aku terasa ada benda berhenti atas kaki aku aku ingatkan kucing tapi bila tengok bawah woiii tikus la aku apa lagi melompat macam tak cukup tinggi, time lompat tu pulak tersadung kepala lutut aku ni kat tombol kabinet,.... adoiiiii sakit woiiiii,,..... terasa sampai sekarang woooo


tu arr hadiah hari pertama ramadhan tahun ni....

masa berbuka tadi aku terasa nak minum air nira fresh daripada pokok nipah belakang rumah aku... tapi alik-alik tak jadi la pulak sebab bila fikirkan semula sunnah sebenarnya kita makan benda manis-manis setelah berbuka hmmm so aku ingat lepas terawih sajalah aku minum....

hidangan berbuka pun tak banyak sebab aku dah tegah mak beli makanan banyak-banyak... maklum la mak aku ni kategori  individu yang suka makan, hampir semua makanan dia nak belasah, aku jugak la yang selalu pesan minta mak jaga kesihatan.... yang peliknya mak kuat makan tapi badan aku pula yang makin membesar..... oh hoiiii sungguh merunsingkan


ok la esok la pulak menulis,... jom terawih


kalau kena gaya toreh air ni akan jadi lagi jernih taww.... hmmm dap dap



Sabtu, 6 Julai 2013

maher zain- ramadhan lirik



Aku adalah diantara peminat tegar lagu-lagu maher zain, tapi aku bukan peminat fanatik.....
 hampir kesemua lagu yang dinyanyikan beliau aku suka, seolah-oleh kena dengan jiwa aku ni yang sukakan keamanan.... dalam lagunya banyak lirik berberbentuk ketuhanan dan sangat harmoni apabila diperdengarkan .... lagi best kalau dimainkan didalam kereta rasa aman je perjalanan

ini lagu terbaru beliau menjelang ramadhan almubarak tahun 1434H




You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus:-
Ramadan Ramadan, Ramadan ya habib
(Ramadan, Ramadan, Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan, Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan, How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus

I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies

Corus

Oh Ramadan!



boleh download lagu via mp3  di sini index mp3 atau search free
video versi bahasa  malay version dan arabic version






Jumaat, 5 Julai 2013

Sajak buat mursi





Yahudi tersenyum riang, 
Bashar ketawa girang,
Saudi duduk senang,
Amerika tertawa wenang! 
Dan kau Mursi, mengenang-ngenang,
Nasibmu yang disepak terajang.

Dahulu ketika kau menang,
Membawa harapan rakyat yang malang,
Pabila si Firaun Mubarak kecundang,
Ramai yang bersorak riang,
Menepuk bahumu tanda sayang,
Berjanji bersamamu susah dan senang. 

Namun musuhmu nan petualang,
Tidak bisa duduk senang,
Melihat Mesir semakin garang,
Sempadan Palestin dibuka terang,
Syria tidak lagi dipandang,
Buat Yahudi jadi berang!

Perjuangan Islam kau canang,
Keadilan Islam kau perjuang,
Kalimah Allah kau gebang,
Kemuliaan agama kau tayang,
Ayat-ayat chentaNya kau pegang,
Seerah Nabi kau tak pernah curang! 

Itulah dosamu yang paling gampang,
Menjadi alasan dirimu diganyang,
Menjadi sebab dirimu diperang,
Musuh-musuhmu menunggu peluang,
Tidak sabar melihat dirimu kecundang,
Mereka merancang dan terus merancang. 

Makar jahat jadi belerang,
Adu domba sebagai senapang,
Bertubi-tubi kau diserang,
Walhal dirimu ikhlas berjuang,
Akhirnya kau terpaksa berundur belakang,
Musuh mambang terbahak riang!

Wahai Mursi jalan ini masih panjang,
Bersabarlah ini sunnah jalan pejuang,
Tatkala syaitan bersorak girang,
Malaikat di langit menangis terkenang,
Biar di dunia kau tidak menang,
Asal sorga menyambutmu senang!

Kami bermunajat dari belakang,
Tembakan doa kami layang,
Buatmu Mursi wahai abi sayang,
Dirimu terkorban menjadi bayang,
Buat masa hadapan yang lebih terang,
Islam mulia yang pasti menang!


semoga allah merahmati keatas kamu wahai pejuang islam


Ahad, 30 Jun 2013

Cara Mengatasi Masalah Tidur




Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

1)  Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara

Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.

2)  Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam

Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.

3)  Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa

Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.

4)  Elakkan Dari Bunyi Bising

Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.

5)  Tutup Semua Sumber Cahaya

Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

6)  Baca Doa Sebelum Tidur

Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.

Khamis, 27 Jun 2013

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh




Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:

Melancarkan peredaran darah 
Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.


Kulit lebih lembut dan halus 
Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


Meningkatkan kesuburan
Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


Mengurangkan risiko darah tinggi
Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.


Mengurangkan tekanan serta tenang 
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.


Meningkatkan sel darah putih 
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.



Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.  Masalah ini terjadi atas beberapa sebab, antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas untuk bangun waktu subuh.



p/s: Jom ikut sunnah…




Rabu, 19 Jun 2013

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat




Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara tujuh hingga lapan jam setiap hari. Namun tidur awal memang sukar untuk mendisiplinkan diri untuk mempunyai jadual waktu tidur awal setiap hari.

Terutama student yang masih belajar, lagi la mengalami masalah untuk dapatkan tidur awal.

Orang yang selalu dan suka berjaga malam akan cepat merasa lapar dan cenderung untuk makan di waktu makan.

Nak mudah dan cepat makan Maggi.Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.



Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat


Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

1)  Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama

2)  Tidak buang air kecil di pagi hari.

3)  Terlalu banyak makan.

4)  Tidak mengambil sarapan.

5)  Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

6)  Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.

7)  Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

8)  Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.



Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.

Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

Tapi lain pula jadi, kalau waktu tidur anda terlalu lama.

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur anda.


daripada sinar harian



Isnin, 17 Jun 2013

5 pesan tanah untuk manusia.



1. Silakan kalian manusia berjalan di punggungku, tapi ingat nanti kalian pasti akan masuk ke perutku.

2. Silakan kalian makan apapun yang kalian suka, tapi ingat nanti kalian akan dimakan oleh belatung di dalam perutku.

3. Silakan kalian tertawa di punggungku, tapi ingat nanti kalian akan menangis di dalam perutku.

4. Silakan kalian berbahagia di punggungku, tapi ingat nanti kalian akan sedih ketika didalam perutku.

5. Silakan kalian berbuat dosa sesuka kalian di punggungku, tapi ingat nanti kalian akan disiksa ketika di dalam perutku.

Pesan ini mengingatkan kita bahwa kekayaan, jawatan, dan apapun yang kita miliki tidak akan berguna di dalam kubur, oleh sebab itu jangan menyombongkan yang kita miliki,, karena kita semua akan mati .., perbanyak amal, dan sedekah karena itulah yang kita bawa sampai ke dalam kubur.. Aamin…

Khamis, 13 Jun 2013

Entri ke-100



Assalamualaikum..... uitt uitttt....

akhirnya sampai jua aku menulis entri yang ke-100 ni, bertemankan secawan kopi dan beberapa bungkus
keropok tam tam perisa ketam kesukaan lidah dan tekak aku.... hehehehe


ok la disebabkan entri ini adalah entri yang ke-100 aku merasakan betapa bahagia menyelubungi dalam hati
kerana dengan istiqamahnya aku berjaya menulis sampai 100 jenis cerita suka, duka, perit,
pengalaman sendiri, perkongsian dan banyak lagi la termasuk la ayat merapu aku.....


hahahhah..... aku kalau datang masa tak siuman tu mula la nak buat kerja gila..... 
so dalam blog aku ni agak mustahil aku akan kongsi cerita sedih, dalam blog peribadi aku ini hanya
akan aku publish kan tentang pengalaman best sahaja yang berlaku dalam hidup dan tak lupa 
perkongsian ilmu yang boleh digenapkan menjadi sebagai saham akhirat aku.....  


to all my readers yang selalu menerjah blog aku, aku ucapkan terima kasih bebanyak dan maaf ok...
bukan apa, dah la korang masuk terjah blog aku ni siap hantar komen dan tinggalkan jejak 
dalam shoutbox lagi tapi aku haremmmm tak terjah balik..... hehehe.... ehh sebenarnya aku
ada terjah balik la cuma tak bagi tahu je....



7 KALIMAT yang disukai ALLAH




1) Kalimat “Bismillah”, yang haruslah kita ucapkan pada setiap kali kita hendak melakukan sesuatu.

2) Kalimat “Alhamdulillah” yang diucapkan pada setiap kali selesai melakukan sesuatu.

3) Kalimat “Astaghfirullah” yang diucapkan jika lidah terselip perkataan yang tidak patut atau ada tindakan kita yang tidak sepatutnya.


4) Kalimat “Insya Allah”, yang kita ucapkan jika merencanakan untuk berbuat sesuatu.

5) Kalimat ”La haula wala kuwwata illa billah”, yang diucapkan jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai ataupun yang tidak diingini.

6) Kalimat “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”, yang diucapkan jika menghadapi dan menerima musibah.

7) Kalimat “La ilaha illa Allah ” yang diucapkan sepanjang siang dan malam, hingga tidak terpisah dari lidah kita dan hati kecil kita.


Semoga catatan kecil ini dapat kita amal dan sampaikan.


Wallahu'alam (7 KALIMAT yang disukai ALLAH).



70 cabang iman



Maksud sepotong hadis Rasulullah s.a.w,"Keimanan itu 70 cabangnya, yang afdhalnya ialah 'Laa ilaha illallah' dan yang terendahnya ialah menolak (membuang) akan sesuatu yang menyakiti dari tengah jalan dan malu itu cabang dari iman yang terpenting."

1. Beriman dengan Allah s.w.t dan tidak berlaku syirik kepadaNya.
2. Selain Allah s.w.t. semuanya adalah ciptaanNya dan Dialah yang kekal buat selama-lamanya.
3. Beriman dengan Malaikat.
4. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah.
5. Beriman dengan utusan-utusan Allah.
6. Beriman dengan takdir Allah, sama ada baik dan buruk semuanya dari Allah.
7. Beriman dengan hari qiamat.
8. Beriman dengan adanya syurga.
9. Beriman dengan adanya neraka.
10. Mencintai Allah dengan sebenar-benarnya.
11. Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah.
12. Mencintai Baginda Rasulullah s.a.w.
13. Ikhlas.
14. Taubat.
15. Takut kepada Allah.
16. Mengharapkan rahmat Allah.
17. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
18. Bersyukur.
19. Menepati janji.
20. Bersabar.
21. Tawadhuk.
22. Mengasihi dan bersikap lemah lembut.
23. Redha dengan apa yang ada.
24. Tawakkal.
25. Jangan sombong.
26. Menjauhi kemarahan.
27. Berperasaan malu.
28. Menjauhi iri hati, dengki dan hasad.
29. Menjauhi kekecohan, seperti buruk sangka dan tipu daya.
30. Jangan terlalu mencintai dunia.
31. Mengucap kalimah tayyibah (syahadah)
32. Membaca al-Quran.
33. Mempelajari ilmu agama.
34. Mengajar ilmu.
35. Berdoa dan bermunajat.
36. Mengingati Allah dan beristighfar.
37. Menjauhi kesia-siaan dan perkataan yang melampau batas.
38. Kebersihan, pada badan, pakaian dan tempat tinggal.
39. Melakukan ibadah solat dengan bersungguh-sungguh.
40. Sedekah dan berzakat.
41. Puasa.
42. Haji.
43. Iktikaf.
44. Meninggalkan kampung halaman untuk menegakkan agama /berjihad.
45. Menunaikan nazar dan kifarah.
46. Menjaga amanah.
47. Menutup aurat.
48. Berkorban.
49. Menyempurnakan jenazah.
50. Menjelaskan/membayar hutang.
51. Membaiki muamalah dan mencari harta dengan cara yang baik.
52. Menjadi saksi terhadap perkara yang benar.
53. Wajib wara' dalam makan minum dan menjauhi perkara yang tidak halal.
54. Menjauhi perzinaan.
55. Menunaikan hak anak dan isteri, hamba dan lain-lain.
56. Menunaikan hak kedua ibubapa.
57. Memberi didikan agama kepada anak-anak.
58. Menghormati orang yang lebih tua dan jiran tetangga.
59. Mempereratkan silaturrahim.
60. Memerintah dengan adil.
61. Menyertai jamaah.
62. Mentaati hakim (yang hukumnya tidak bertentangan dengan agama Islam).
63. Membaiki keadaan sesama secara sukarela dan untuk keredhaan Allah semata-mata.
64. Menyuruh melakukan kebaikan dan menegah kemungkaran.
65. Membantu seseorang ke arah kebajikan.
66. Memelihara batasan Allah.
67. Membelanjakan harta di tempat yang diredhai Allah, tidak membazir,boros dan kedekut.
68. Menyelamatkan penduduk dunia dari kerugian dan penderitaan.
69. Bersalam-salaman dan mengucapkan 'Yarhamkumullah' bila orang bersin.
70. Menolak dan membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang yang lalu lalang.


sumber : blog dik wina



Ahad, 9 Jun 2013

10 hadis palsu





Pertama:  Tuntutlah ilmu walaupun hingga  ke negeri China.

Kedua:  Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

Ketiga:   Tidur selepas subuh/ waktu pagi menghalang rezeki.

Keempat:  Kisah sahabat Nabi bernama Sa’labah ثعلبة  yang tidak membayar zakat.

Kelima:  Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.

Keenam:  Kebersihan itu separuh daripada iman.

Ketujuh:  Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.

Kelapan:   Sabar itu separuh daripada iman

Kesembilan:  Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu.

Kesepuluh:  Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput.




penipu jalanan




Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh jadi lelaki yang bertanggungjawab, saya sedia terima”.
Ayat-ayat Sebenar: “Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh TANGGUNG saya, sudah cukup.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Itu abang angkat saya.”
Ayat-ayat Sebenar: “Itulah boyfren saya yg ANGKUT saya ke sana ke mari.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yg selalu bagi kejutan.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang selalu bagi HADIAH YANG MAHAL-MAHAL.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yang memahami. Jika memiliki kekasih yang memahami, hubungan akan kekal.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang memahami kehendak saya. Jika memiliki kekasih begini saya sanggup utk BERSAMA LAMA. Satu kerana dia tahu apa beg kesukaan saya. Kedua dia tahu saya suka makan di mana dan dia akan belanja saya. Dan yang paling penting dia tahu belikan mana satu jenama baju kegemaran saya!”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat, supaya saya boleh KIKIS SIMPANAN mereka!”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya tak boleh reply, kredit habislah bang. Tadi call mak di kampung. Nak top-up duit takde. Abang boleh top-upkan?”
Ayat-ayat Sebenar: “Kredit dah habis sebab bergayut dengan jantan lain tadi. Abang boleh top-up kan?”






Khamis, 6 Jun 2013

1001 eksotik india


India adalah sebuah negara cantik umpama syurga yang perlu dilawati. Negara ini mengalami enam musim iaitu musim panas, luruh, sejuk, bunga, monsun panas dan monsun sejuk.



Apakah yang paling cantik di India selain pemandangan yang indah pada musim bunga?



Jawapannya…tentulah gadis-gadisnya. India sebenarnya mempunyai ramai wanita tercantik di dunia sehingga pernah menjuarai lima kali gelaran Miss World pada 1966 diikuti Aishwarya Rai (1994), Diana Hayden (1977), Yukta Mookhey (1999) dan Priyanka Copra (2000).



Shusmita Sen dimahkotakan anugerah Miss Universe (1994) dan Lara Dutta (2000). Apakah yang menarik selain gadis-gadisnya? Tentulah banyak.



Seperti kita semua sedia maklum bahawa India merupakan pengeluar filem terbesar di dunia. Filem-filem Bollywood semuanya adalah berpusat di Mumbai yang bermaksud ‘Kota Impian’.



Hampir kesemua filem Bollywood adalah sama sejak dulu sampai sekarang iaitu berbentuk drama muzikal yang diisi dengan aksi lawak jenaka, saspens, disulami nyanyian dan air mata serta diakhiri dengan kebahagiaan.



Jika anda ingin tahu, huruf B pada awal perkataan ‘Bollywood’ diambil sempena nama Bandar Bombay, nama asal Mumbai.



Apa lagi yang menarik di India? Banyak lagi…Antaranya, India merupakan sebuah negara yang mengeluarkan akhbar harian kedua terbesar dari segi edarannya di dunia selepas China. Kira-kira 99 juta naskhah akhbar dijual sehari. Lebih 200 juta orang membaca akhbar setiap hari dan 19 daripada 100 akhbar terkemuka di dunia diterbitkan di India termasuk The Times of India.



Lagi fakta menarik mengenai India.



Tamadun India kuno bermula di sekitar Sungai Indus (sekarang Pakistan) sekitar 5000 sebelum masihi. Kerajaan awal tamadun Lembah Indus ini lebih besar dan hebat daripada kerajan lain, termasuklah tamadun Mesir dan Mesopotamia.

India negara ketujuh terbesar di dunia memiliki keluasan sepertiga saiz Amerika Syarikat tetapi India memiliki penduduk kedua terpadat di dunia dengan jumlah 1.166 bilion orang.

Bahasa Hindi dan bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi di India tetapi mengiktiraf 17 dialek bahasa yang lain (Assam, Benggali, Gujarati, Nepal, Manipuri, Konkani, Kannada, Kashmir, Malayalam, Marachi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Sindhi, Tamil, Telugu dan Urdu). Kira-kira 1,652 dialek dituturkan di negara itu .

Berlian ditemui pertama kali di kawasan Sungai Golconda. India lebih kurang 4,000 tahun lalu. Sejak 1896 hingga sekarang, India merupakan satu-satunya negara pengeluar berlian di dunia.

Susharta dianggap sebagai bapa pembedahan India. Kira-kira 2,600 tahun lalu, Susharta bersama pasukan perubatannya telah melakukan pembedahan kaki palsu, katarak dan batu karang.

Lebih daripada sejuta penduduk India adalah jutawan tetapi purata pendapatan penduduk India kurang dari dua dolar Amerika sehari. Dianggarkan 35 peratus penduduk India hidup dibawah paras kemiskinan.

India adalah tempat asal bermulanya permainan catur. Makna ‘Chess’ bahasa Sanskrit bermaksud ‘empat anggota pasukan’

Kain kapas pertama kali di pintal di India. Maharaja Rom menggelar kain kapas India sebagai ‘angin tenunan’ manakala Maharaja Moghul menggelarkan kain ‘embun pagi’ dan ‘kain air mengalir’

India mempunyai kira-kira 150,000 pejabat pos dan merupakan rangkaian pos terbesar di dunia. Namun begitu, surat-surat yang di pos tiba ke destinasi kurang dari dua minggu meskipun jaraknya cuma 50 kilometer.

Agama-agama yang terdapat di India mewakili seluruh agama yang terdapat di dunia. Malah, agama Hindu, Buddha, Jaini dan Sikh semuanya berasal dari India.

80 peratus penduduk India menganut agama Hindu, Penganut Muslim pula merupakan panganut paling sedikit iaitu sebanyak 13 peratus dari keseluruhan penduduk India. Menariknya, populasi penduduk beragama Islam di India merupakan yang terbesar di dunia selepas Indonesia dan Pakistan.

Bunga teratai adalah bunga suci bagi penganut agama Hindu dan Buddha. Bahkan, kuil Baha’i yang dikenali sebagai ‘Lotus Temple’ di Delhi berbentuk seperti bunga teratai dengan seni rekabentuk 27 kelopak besar bunga teratai yang diperbuat daripada marmar.

Cendekiawan India pada zaman purba memberi sumbangan terhadap ilmu matematik, trigonometri dan algebra. Sistem perpuluhan juga tercipta di India pada sekitar tahun 100 sebelum masihi. Malah, angka sifar sebagai nombor juga di cipta di India.

Buah kebangsaan India adalah buah mangga, manakala burung rasmi negara pula ialah merak.

Sungai memainkan peranan penting dalam budaya popular di India dan dari cerita-cerita rakyatnya, sungai disembah sebagai Dewi kerana ia membawa air ke tanah kering. Mandi di Sungai Gangga dipercayai dapat menghapuskan dosa seseorang. Tetapi tidak digalakkan untuk menabur abu mayat seseorang yang dicintai ke dalam Sungai Gangga.

Razia Sultana adalah pemimpin wanita pertama di India. Beliau dianggap sebagai pemimpin besar walaupun hanya memerintah selama tiga tahun sebelum dibunuh.

Kebanyakan orang India membasuh tangan, kaki dan muka sebelum makan. Seseorang itu dianggap sopan apabila makan dengan tangan kanan manakala kaum wanita pula makan selepas semua orang selesai makan. Membazir makanan dianggap sebagai berdosa.

Pada hari kemerdekaan India iaitu 15 Ogos 1947, Negara India berpecah menjadi India dan Pakistan. Jumlah pelarian dari kedua-dua pecahan itu seramai 1.27 juta orang dan menyebabkan kematian beberapa ratus ribu sehingga sejuta orang.

India merupakan pengeluar kacang kering terbesar di dunia seperti kacang merah dan kacang kuda. Selain kacang kering, India pengeksport pisang kedua terbesar di dunia selepas Brazil.




sumber : blogger cinta pada yang satu



Memori pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...