Khamis, 11 Oktober 2012

Diari sehari bersama DAW 5450



Assalamualaikum readers yang ku sayangi
hayp haypp..... this is base on the true story.... serius aku cakap
ni memang pengalaman aku dengan kekawan satu bilik..... 
diorang ni student Medical Assistant Officer (MA)
kalau dalam bahasa melayu ni mereka adalah  pembantu pegawai perubatan, mereka ni bawah
siket daripada doktor.... orang kampung panggil diorang ni dresa......  



Diari sehari bersama DAW 5450, Adilah dan Akma. Bermula kes jam 9.30 pagi sampai 6.38 petang. Cerita bermula apabila kawan aku ni akma dan adilah bakal keluar praktikal selama setahun, so bagi 
menghargai rakan sebilik aku yang memang tak lokek ilmu dan wang ni aku pun dah diorang ajak
keluar so aku pun dengan rasa senang hati join la diorang.....



Akma telah menyewa sebuah kereta produa kancil milik abang long(aku sebenarnya tak tahu apa ke namanya, dah orang panggil dia abang long so aku pun panggil abang long jgak la)... Abang long ni 
memang buka kedai kereta sewa pun... dan kereta sewanya memang tip top la
dari segi penjagaannya.... tapi kali ni kami dapat keta yang cermin depannya 
 retak dan radio pulak bisu..... kekuatiran mula menyelubungi diri



Pagi tu sebelum kami keluar 'dating' bertiga diorang minta aku tolong hantarkan barang-barang peribadi diorang ke rumah saudara Adilah di Besut.... so aku dengan baik hati ni pun menolong mereka menjadi driver.... dalam kami bertiga nih hanya aku seorang sahaja yang mempunyai lesen memandu.... Akma boleh memandu tapi tak da lesen yang ada 'lesen agung' katanya..... hehe  



setibanya kami disana, kami disambut ramah oleh tuan rumah... dah datang pagi so tuan rumah jamu kami makan free..... aku baru tahu kebiasaan orang besut memang suka makan makanan berat walaupun pagi, maksud aku diorang dah makan nasi even pukul 9 pagi... beza dengan aku yang jarang ambil
sarapan, tapi dah orang jamu, aku belasah je lah mana yang ada.....



lepas dah satel makan dan angkut barang simpan dalam rumah, kami pun nak angkat kaki cabut... selesai sesi salam menyalam so kami pun berangkat ke kota bharu.... diantara besut ke kota bharu mengambil
masa selama sejam perjalanan..... kalau daripada hostel aku ke kota bharu cuma 40 minit dan masa yang
diambil kami ke besut selama 20 minit perjalanan dengan kelajuan 90km/j


Sepanjang perjalanan ke kota bharu kami kena dua  kali kena road block. satu daripada polis muda hensem tapi mengada-ngada, sampai giliran kami kena check abang polis tu minta turunkan cermin kereta, 
aku pun turunkan la cermin..... dia tunduk sambil perhatikan kami, disebelah aku adalah adilah dan akma dibelakang, bermula la dialog kami:


polis: adik-beradik ke? (dia maksudkan aku dan adilah)
aku: aha adik-beradik (mentang-mentang la kami sama saiz)
polis: bak sini lesen..

(aku pun menyerahkan lesen aku kepada abang polis yang super hensem tu)

polis: hmmm.... bak sini kad pengenalan, awak sekali(merujuk kepada adilah)
         ehh.... ni bukan adik-beradik nih...... nah ambik balik.... ok awak boleh jalan
aku : aha memang kami bukan adik-beradik pun, cuma sedara seislam hehe..(mula cakap keling)
         terima kasih bang.....


selepas 20 minit perjalanan kami menemui road block kedua di depan pejabat jpj di simpang ke binjai,


masa turn kami berhenti kereta tu, aku bajet pak cik jpj ni mesti ramah tak macam abang polis tadi ngada-ngada.... sekali aku berhenti dan menurunkan cermin kereta, aku dengan rasa bahagia senyum kepada pakcik jpj tersebut sampai ke telinga, sekali pak cik tu balas dengan muka masam macam tin sardin kepek daa.... perrrggghhh terasa malu sebab senyum sorang-sorang.... bermula la dialog kami:


aku: Assalamualaikum encik..... ada apa buat road block hari ni?
pak cik jpj: tak ada apa, biasala dah kerja....
aku: owh....
pak cik jpj: ni kereta awak ni cermin gelap sangat ni, nanti bagi tahu suami kasi kurangkan tinted tu, kalau tak 
                 akan kena saman.....
aku : owh, aha yelah nanti saya bagi tahu suami saya minta dia kurangkan tinted keta ni sambil memandang
       adilah, terima kasih encik...



kami pun meneruskan perjalanan kami ke kota bharu, Kota bharu jam teruk, kami terperangkap dalam traffik selama sejam setengah.(aku pun tak tahu apa yang gempak sangat la kat kota bharu hari tu)...
destinasi pertama kami di kota bharu adalah Parkson, parkson adalah satu bagunan dengan pasaraya Giant.. sampai di sana aku pun sibuk mencari parking dah macam org gila bawak keta (2 kali pusing jalan yang sama...adoi na)


6. Dalam parkson terserempak dengan jejaka idaman malaya (iqram dinzly,piere andre,zaidi gerak khas,feroz khan,linda anak betong dan stu lagi artis saya tak tahu la apa ke nama dia tapi femes dengan ayat pelawok...pelawok filem hantu kak limah)..... sempat bergambar dengan piere andre n zaidi.

7. Tak tahu pulak diorang tengah shooting kat butik jefferson.

8. Sesat dalam parkson semata-mata nak cari kedai 'sox world' je (nk cri sarong kaki je pon)

9. Semasa nak cari jalan keluar ke parking lot, saya lalu skali lagi di butik jefferson dan terserempak lagi dengan iqram dinzly.  Bajet nak bergambar dengan dia tapi dia cbuk memilih baju.(dgn slumber rocknya dia salin depan kmi dan depan awek cun yang berkerja di butik itu. pastu kami terus cancel nak bergambar dengan dia ....... ceh hampeh betoi)

10. Bertolak ke kb mall, tetiba rasa dahaga la plak so kami pon ke food court tingkat atas. Terpaksa pulak beratur panjang hanya untuk secawan air yang berharga RM1.50(lenguh kaki kami doh).

11. Masuk Syarikat Muda Osman (SMO). Disebabkan saya suka sangat baca buku oleh itu saya ditinggalkan mereka sorang-sorang dalam smo (pandang kiri kanan tahu-tahu saya ditinggalkan sorang-sorang....huhuhuhu).  Masuk pulak popular terjumpa dengan sebuah buku yang saya dah lma cari...huhuhu novel pnyiasatan sherlock holmes.

12. (klimaks) masa on da way nak balik tetiba plak aii keta mampos tengah jalan, dah la tengah jam trafik light pulak yang tadi kitorang tunggu lama time tu la nak hijau. Depan hayaki n master skill, adoi na kena hon bertubi-tubi dengan keta belakang (amat memalukan).

13. Kami panik dan saya terus tekan butang kecemasan... tetiba datang dua orang hero menyelamatkan kami dengan menolak keta kmi ketepi (dah x thu nk letak muka ni kat mna). Thankz to abang hayaki, budi mu akan ku kenang sampai bila-bila.

14.setelah potkan keta ketepi.  check punya check rupanya minyak keta habis derrr  (padan muka sapa suruh isi mnyak 10 henggit klau dah tahu nak jalan jauh).

15. Saya dan akma ambil keputusan untuk jalan kaki sejauh 3 km mencari stesen minyak.(letih mcm nak tercabut kaki, pas tu lalu plak depan kubo,seram wehhhh...... nasib siang klau mlammmm aisey)

16. Alhamdulillah, keta berjaya dihidupkan. on da way balik tapi oleh kerana fobia masih ada kami sanggup tak  pasang aircond walaupun hujan (panas gila, peluh masin).

17. Lagi 6km je  lagi nak sampi hostel tetiba je radio yang tadi bisu tetiba bunyi dengan sendirinya.......(berhantu betol la DAW 5450).

18. Lastly kami dengan selamatnya menyerahkan keta pada tuanya.



amacam hensem tak dia ni...????

Petua menanggani darah gemuruh



Setiap daripada kita punya perasaan gemuruh, baik ketika berdepan dengan khalayak yang ramai atau pembentangan di hadapan ketua atau sesiapa sahaja. Sebenarnya perasaan gemuruh atau gementar ini adalah perkara biasa, tetapi jika keterlaluan dan di luar kawalan ia mampu menggugat prestasi anda di hadapan di ketua. Kebiasaannya ia datang ketika kita mahu melakukan perkara yang penting berkaitan kerjaya mahupun apa sahaja. Untuk mengelakkan ia menjadi sesuatu yang buruk, anda perlu bijak mengawal dan mengatasinya. Apa yang anda boleh lakukan ialah :


1. Sentiasa Bersedia
  Jika anda mempunyai pembentangan yang penting seeloknya anda lakukan sedikit persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan ketika sesi pembentangan yang akan bermula esok pagi. Tambahan pula jika anda akan mengetuai pembentngan tersebut. Anda perlu tahu siapa yang akan menjadi audien anda. Adakah ia disertai oleh orang penting(VIP) atau tidak. Ini ada membuatkan ada lebih bersedia dan dapat mengurangkan gementar di hati.


2. Bertenang 30 Minit Sebelum Berlangsung
  Bertenang seketika sebelum memulakan pembentangan dapat mengembalikan rasa positif dalam minda. Lakukan pernafasan yang betul dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Cara begini boleh mengembalikan degupan jantung kepada tahap yang normal. Kebiasaannya gementar akan lebih terasa apabila perasaan anda berada dalam gelisah. Setelah anda berasa lebih berkeyakinan jadi mulakanlah pembentangan anda di hadapan ketua dengan penuh rasa yakin. Sesekali jangan hilang kawalan terhadap perasaan gementar.


3. Menggambarkan Dengan Cara Yang Positif
  Gambarkan apa sahaja yang berlaku ketika sesuatu perkara itu berlangsung dengan cara yang positif. Elakkan memberi gambaran yang negatif kerana ia membawa kepada perasaan yang gementar apabila minda terbayangkan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun kebanyakan daripada kita lebih gemar membayangkan perkara negatif berbanding positif. Jadi ubah imaginasi anda mulai sekarang supaya perasaan gementar yang sentiasa menghantui anda akan hilang dengan segera supaya anda boleh melakukan pembentangan kertas kerja dengan lancar.


4. Memberi Lebih Tumpuan
  Cara lain untuk menghilangkan rasa gementar anda ialah dengan memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku sahaja. Jangan fikirkan mengenai perkara lain yang belum selesai. Contohnya sedang memikirkan pembentangan yang akan berlangsung pada petang hari sedangkan yang sedang dihadapi belum selesai. Pusatkan pemikiran pada tempat kejadian dan selepas selesai satu perkara barulah fikirkan yang lain pula.
Ini dapat menghilangkan rasa gemuruh dan gementar anda kerana perasaan ini datang disebabkan banyak perkara. Sama ada anda tidak bersedia ataupun terlalu banyak perkara yang berada di dalam minda anda.


5. Datang awal
  Datang awal ke tempat pembentangan sedikit sebanyak dapat menghilangkan darah gemuruh kerana jika anda datang lewat datang ke sidang, anda mungkin akan lebih berasa gementar.


6. Bertegur sapa
  Sebelum memulakan pembentangan anda cuba berbual-bual dengan rakan yang berada berdekatan dengan anda. Bincangkan isu yang simple  supaya anda tidak terfikirkan perasaan gemuruh anda.


7. Duduk sebentar
  Duduk di mana-mana kerusi dalam dewan dan cuba bayangkan yang anda sedang melihat diri anda sedang membuat pembentangan. Cuba imaginasikan anda yang sedang duduk di kerusi audien sedang melihat sesi pembentangan anda sendiri.


8. Nombor tengah
  Cuba elakkan mengambil angka giliran yang terlalu awal atau terakhir. Ini kerana jika anda berada yang pertama orang lain akan menjadikan anda sebagai contoh dan sebaliknya jika anda mendapat nombor terakhir anda mungkin akan lebih bertambah rasa gemuruh.


9. Elakkan pegang kertas
  Elakkan memegang kertas sebaliknya cuba mengingati setiap perkara yang anda bentangkan.  Ini dapat mengelak daripada audien mengetahui bahawa anda sedang gementar. Mungkin sesetengahnya akan mentertawakan anda tanpa anda sedari. 


10. Mulakan dengan lafaz Bismillah
  Doa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Mula dengan bismillah dan susuli dengan bacaan doa.





Isnin, 8 Oktober 2012

pengertian cinta


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah cinta menarik.
Selamat membacanya.

Sebuah bandar telah menganjurkan sebuah karnival.
Sebuah pertandingan melibatkan kanak-kanak telah diadakan.
Dalam pertandingan tersebut, kanak-kanak itu telah  diminta memberi
maksud cinta daripada sudut pandangan mereka.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang hebat dan pelbagai jawapan
yang telah diterima. Masing-masing mempunyai jawapan tersendiri
dalam mentakrifkan maksud cinta. Ada yang lucu dan ada yang
menampakkan kematangan cara mereka berfikir.
Walaupun masih kanak-kanak, mereka mampu memberi maksud cinta dengan begitu baik.

“Adik apakah maksud cinta pada adik,” tanya pengacara pertandingan itu.

“Cinta adalah di mana lelaki dan perempuan akhirnya ingin berkahwin.”
Zulkefli

“Cinta adalah tarikan antara satu sama lain.”
Amin

“ Cinta merupakan suatu perasaan misteri yang berlaku apabila usia semakin dewasa.”
Aini

“Cinta merupakan perasaan yang tidak dapat dielakkan. Kita semua memerlukannya.”
Fatin

“Saya begitu gilakan aiskrim dan saya rasa itu adalah salah satu cinta.”
Dina

“Cinta adalah perasaan antara lelaki dan perempuan yang saling suka menyukai.”
Deva

“Emak sering bercakap bahawa kerana cintanya kepada abah maka lahirlah saya di dunia.”
Yasmin

“Saya harap saya dapat menyayangi seseorang di mana saya dapat melindung dan saling memahami antara satu sama lain.”
Lim

Pelbagai jawapan telah diterima. Semuanya mempunyai takrifan masing-masing.
Sebahagian mereka dapat menafsirkan definisi cinta dengan baik.
Walaupun tidak tepat, tetapi daripada respon yang diterima,
mereka sebenarnya memahami apa itu cinta dengan baik.
Dalam semua jawapan yang diterima, pihak penganjur telah
sepakat untuk memberi kemenangan terhadap jawapan seorang kanak-kanak ini.

“Pakcik jiran rumah saya baru kehilangan isterinya. Saya begitu
sedih melihatnya yang asyik termenung. Saya hanya mampu duduk di
sebelahnya dan menangis.”

Apakah pendapat anda? Indah bukan jawapan kanak-kanak tersebut.
Cinta bukan pada  apa yang ingin diberikan. Ianya adalah tentang
saling memahami. Cinta itu tidak dapat ditafsir kerana ianya adalah
 satu perkara yang tidak dapat dilihat. Tetapi perasaanya dapat dirasai.
Semua orang inginkan cinta. Hatta penjenayah sekalipun ingin cinta.

Cinta itu bukanlah buruk seperti yang disangka. Cinta itu bagaikan pisau.
Jika digunakan pada jalan yang salah, ia mampu memakan tuannya.
Hirisan yang tajam mampu  mengalirkan darah si pengguna.
Kesakitan diterima kesan penggunaan yang salah. Tetapi jika cinta
itu digunakan pada jalan yang betul, ia mampu membawa kepada
jalan yang indah. Seperti pisau yang digunakan untuk memotong.
Cinta itu ada baik dan buruknya.Ianya bergantung pada si penggunanya.

Cinta itu satu yang suci.Ianya embun yang jatuh ke bumi.
Jika ianya jatuh pada tanah yang subur.Maka hijaulah dataran tersebut.
Tetapi jika ianya jatuh pada tanah yang tandus, maka sia-sialah ia.

Mari hargai percintaan anda.


AISHITERU, SARANGHEA, WO AI NI, I LOVE U

AKU MENCINTAI DIRI MU.......CEWAHHH



cinta itu suci yang di kurniakan allah kepada hambanya dan sangat dekat dengan hati insan..




come back


Assalamualaikum,

   Rasanya sudah lama aku tidak menulis sebarang entri untuk di poskan dalam blog aku ini.... hmmm  maklumlah sibuk sangat dengan latihan praktikal aku di UiTM, Perlis sampai lupa sekejab pasal nak up date entri dalam blog ni. Lagipun x da cerita yang menarik sangat nak di kongsi. Ada tu adala cuma masa nak  taip je terus hilang dalam otak suci aku ini...hah mengaku huhuhu..... 


   Dalam entri kali ni rasanya nak ditujukan kepada kekawan yang aku yang sentiasa dalam hati, walau jauh dimata ini namun, hati ku senentiasa terkenangkan perhubungan akrab kita..

   Jujur wahai sahabat selama 2 tahun 3 bulan  pengajian kita di sini (Kolej Islam Sains dan Teknologi) aku merasai pelbagai pengalaman dan perasaan yang aku sendiri tidak dapat aku gambarkan mahupun aku unkapkan dengan kata-kata. Banyak perkara yang kita lalui bersama. Ingatkan kamu saat kita berada di semester 1 sehinggalah habis semester 7. Kehilangan demi kehilangan teman seperjuangan kita satu demi satu. Ada yang berhenti, ada yang  kahwin, ada yang extand dan yang paling menyedihkan adalah saat menerima kematian sahabat kita Mohd Dzulhafizi Azrie. 


Ingatkah kau tatkala malam kita sama-sama menerima berita itu. Kita lansung tidak dapat melelapkan mata terkenangkan nasib beliau yang sedang bertarung nyawa di klinik bachok. Aku kira disaat itu akulah orangnya yang paling marah sekali kerana kebodohan dan kelambatan pihak pengurusan klinik membawa arwah ke hospital. Disebabkan kelemahan mereka telah menyebabkan arwah tidak dapat diselamatkan kerana mengalami luka dalaman dan dalam masa yang sama lelah. Aku menyumpah-nyumpah pengurusan klinik. Tapi akhirnya aku sedar bahawa ajal maut ditangan allah. Kita hanya mampu merancang allah jua yang menentukanya. Aku masih ingat bahawa kita berkonvoi sebanyak 10 biji kereta menuju ke rumah arwah bersama pensyarah. Mata yang menitiskan air mata ini usah dibilanglah memang laju. Kesedihan ditambah lagi ketika waktu itu kita menyertai pertandingan choral speaking. Ketiadaan arwah yang ikut jua menyertai pertandingan itu amat memilukan kita.


Ingat lagi ketika kita sama membuat persembahan dan pada akhir persembahan aku memberikan ucapan dengan suara yang sebak memohon audien mendoakan kesejahteraan arwah di sana. Mulanya kita ingin membatalkan penyertaan tetapi kita teruskan jua kerana arwah pernah bilang yang beliau ingin menjejakan kaki ke pentas final. Kita teruskan hajat arwah dan alhamdulillah kita Berjaya mendapat tempat yang kedua, syukur.  Sungguhpun bukan hadiah yang kita cari tetapi sebagai tanda ingatan kita terhadap arwah dan bakal menjadi kenangan kita yang terakhir terhadap dirinya.


Ingatkah lagi sahabat tatkala kita sama-sama bergembira di Resort Permai, pantai telong? Aku pada saat itu cukup letih dan pening dengan pelbagai tugasan  yang terpaksa aku lakkukan secara serentak. Jika aku tidak salah aku ada 5 perkara yang sama-sama penting untuk dilakkukan secara serentak. Aku lah yang peling sibuk dalam kalangan kita. Aku cukup mencumburui kelapangan kamu. Tetapi aku cuba untuk melakukan yang terbaik agar dapat memuaskan hati kalian.  Aku cuba mencuri masa tidur ku bagi menyiapkan aktiviti kita di sana. Tetapi aku cukup memuji kalian kerana sungguh sporting dan memberi kerjasama kepada aku. 


Ingat lagi disaat kita menerima kehadiran anak baru yang membuatkan ramai yang terkejut termasuklah aku. Heheh…. Cumel sekali budak kecil itu. Anak kita semua kan


Bagi diriku secara personaly aku amat menghargai kalian kerana banyak menyokong aku dari belakang. Sewaktu perlantikan aku sebagai Timb. Presiden persatuan pelajar psikologi, aku meraih undian yang paling tinggi itu kerana provokasi kalian menyuruh intake lain mengangkat tangan. Aku menang dengan majoriti undian. Aku kira waktu itu waktu sukar bagi aku kerana memegang amanah adalah sesuatu yang amat berat sekali untuk dilakkukan. Bermula saat itulah aku menjadi pelajar yang sangat sibuk. Meeting tak berhenti. Aduh letih sekali.
Aku masih ingat ketika aku menyertai pertandingan debat di antara kos. Kalian  jualah yang banyak menyokong aku sehinggalah aku sampai ke pentas final seterusnya menjuarai pertandingan tersebut sebanyak 2 tahun berturut-turut. Kalianlah yang menyokong aku dengan meriuhkan suasana. Sungguh tidak malu hehehhe…… tetapi itulah yang menjadikan aku bersemangat untuk terus bercakap dan bercakap lagi. Aku banyak turun berat badan disebabkan pertandingan ini. waaaaa.... i da kurus sekarang taw tapi x la slim sangat.... =P


Banyak sangat jika aku ingin ceritakan semua sekali, saat kita BBQ di pantai irama bachok, join pertandingan koir, sama-sama buat kain rentang untuk hari psikologi, meniru masa formatif(biasalah student), dinner bersama pelajar psikologi KIST CT, join kempen membaca di library kandis(ingatkan jauh la rupanya hmm… hampeh), kena kaunseling kumpulan percuma oleh Pn. Irnida dan yang paling menyedihkan lagi apabila salah faham yang berlaku di antara kita semasa semester akhir. Semuanya adalah kerana salah faham yang pada akhirnya telah menyebabkan masam muka. Aku terpaksa menjadi orang tengah bagi menenteramkam keadaan. Setelah aku selidiki dan mendengar masalah dari 4 pihak maka aku tahu bahawa kesalahan ini bukannya terletak pada kita. Semuanya salah faham.

 
Banyak sekali kisah kita bersama yang mungkin aku tertinggal untuk diceritakan di sini. Apa sekalipun yang terjadi pada masa lalu aku harapkan kita tidak putus hubungan. Kabel kita mesti kena kuat. Buang yang keruh ambillah yang jernih. Jika ada antara kita memerlukan bantuan segeralah hulurkan jika tidak mampu banyak sedikit pun jadilah sekadar yang mampu sahaja. Jikalau ada jarum yang patah jangan disimpan di letakkan di dalam peti, kalau ada silap dan salah janganlah disimpan di dalam hati. Sekian dari aku yang menyayangi kalian seikhlas hati ini.  PRESTOOOO....... =D


 Bergambar masa kenduri kahwin rumah Nabila di Rantau Panjang


 Masa ni kita lipat brosur ramai2 dgn muka masing2 sengal belaka....




kelas kita di Giat Mara....last day kot......x aci gambar aku x da....




mood nak exam semester akhir..... ohho go go chaiyuk 

ini Azrie, arwah dulu pendiam orangnya....



 Pantai irama, Bachok Kelantan...








geng psikologi jun 10, jangan kita putus hubungan pulak..... kabel kita mesti kuat punya... kenang lah daku dalam doa kalian...... i'm gonna miss u olss =D


Sabtu, 14 April 2012

Persiapan diri ke arah pelajar cemerlang.

  Belajar apa yang senang. semuanya memerlukan usaha daya yang jitu untuk merialisasikan impian individu. tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha semaksima mungkin. Disini Asma kirimkan beberapa cara untuk kearah pelajar cemerlang di dunia dan akhirat insyallah :-


  • Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka masa panjang yang perlu dicapai.
  • Rancangkan pelan bertindak yang berkesan dan mulakan dari sekarang.
  • Kenal pasti kekawan yang mempunyai matlamat yang sama. Bentukkan satu kumpulan study.
  • Senaraikan kelebihan dan kekurangan yang ada  dalam diri anda.
  • Buatkan jadual harian supaya aktiviti harian anda tersusun.
  • Kirakan berapa pelajar memperuntukkan masa untuk tidur. Berdasarkan umur sendiri, tentukan sama ada masa itu berlebihan atau tidak.
  • Amalkan doa harian yang boleh membantu untuk memberkati ilmu yang dipelajari.



Jumaat, 13 April 2012

sifat seorang egois


Di sini asma sertakan beberapa ciri-ciri seorang egois. kekawan awasilah sifat ego, kerana sifat ego inilah menjadikan iblis kufur kepada tuannya, wallahua’lam.

1. Diberi jawatan terasa seronok dan terhibur dan jika tidak dilantik terasa tidak senang
2. Jika dia adalah pemimpin arahan selalunya kasar dan mesti dipatuhi dan jika dia adalah pengikut payah untuk taat.
3. Emosional dan mudah tersinggung dengan perlakuan orang lain serta mudah marah    dan cepat melenting.


4. Suka berkawan dengan orang bawahan, bukan kerana untuk bermesra tetapi supaya   dirinya tertonjol dari orang lain.
5. Payah baginya menerima Pandangan orang lain yang ternyata benar.
6. Dalam majlis , dia berasa tidak tenang jika orang lain memberikan Pandangan.
7. Dalam majlis, suka memotong cakap orang.
8. Mahu Pandangannya sahaja diterima.
9. Berasa tidak senang jika kehebatan dan kemajuan tercetus dari tangan orang lain, bercakap sesuatu dengan suara yang tinggi dan tidak boleh dicabar.
10. Tidak mahu berdoa kepada allah memohon pertolongan seolah-olah dia lebih hebat daripada tuhan.
11. Sembahyang lewat tanpa sebab yang munasabah.




*Nau’zubillah…….moga kita sama-sama menghayati peringatan ini dan dapat istiqamah dengan segala perlakuan kita…..ameen.


Memori pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...