Sabtu, 16 September 2023

Memori pertama kali memasak

 

Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku'


Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bukanlah dari golongan senang. Kami bukan dari keluarga berada. Sehari  mak akan masak nasi dan lauk tengah hari, dan lauk itulah yang kami akan makan sehingga malam. Masa kecilku aku tak pernah dapat permainan. Seingat aku tak pernah ada patung atau apa saja mainan yang dibeli di kedai. mainan aku macam budak lelaki. Kami berlari di bendang, kami main wau, kami main tempurung kelapa. Bila diingat kembali lucu rasanya. Masih aku ingat semasa umur aku 3 tahun, aku, enun dan tehah main masak-masak dalam tempurung kelapa. Aku ambik tempurung tu  pastu letak atas batu yang kami susun tiga. Masa tu ada telur ayam kampung baru ja lepas bertelur. Aku cari daun kering dan kayu ranting, aku kemudian cari guris api utk cucuh api dan pecahkan telur. Lepas beberapa minit telur tu pon jadi beku dan keras. Itulah pertama kalinya aku memasak. Masa tu tak tahu lagi kena letak minyak. Ya itulah kali pertama aku memasak.... mainan masak-masak kali masa kecil. 


Tempat yang selalu jadi port operasi kami tu ada dua. Satu belakang rumah, dekat pokok buluh runcing tok nab. Satu lagi depan rumah sebelah pokok belimbing bintang. Pokok belimbing tu jarang berbuah. Bila dia berbuah terus jadi buruk sebab kena tebuk dengan ulat. sebelah pokok buluh tu ada pokok lawa. Daun pokok tu macam daun pokok nyoq tapi jenis kecik. 


Aku duduk rumah tok nab sejak lahir. Tehah duk di jalan lot. Masa kecik aku selalu tidur rumah mak teh sabariah. Mak teh ni garang dengan anak-anak. Bab sembahyang memang dia garang dengan anak-anak. Tu yang sepupu aku jadi tak tinggai sembahyang sejak kecik. Aku kalau tidor rumah mak teh wajib bangun sembahyang subuh. Aku pernah dengar mak cerita, mak teh bariah satu hari pernah baling baju depa ni atas jalan sebab depa tak lipat baju... uishh ganas. Rumah mak teh sentiasa kemas. Arwah mak pernah cakap yang masa kecik depa dulu ni, arwah tok yam (tok maryam) selalu bagi kerja kat mak teh bariah ni kemas rumah dan pada arwah mak ni buat masak makan. Jadi sebab tu lah mak suka memasak dan mak teh bariah suka berkemas. 


Moral yang aku dapat melalui mereka, tak kenal maka tak tahu. Kadang-kadang sesuatu perkara itu hendaklah kita alami sendiri barulah kita akan mengetahuinya. Itulah sebesar pengetahuan melalui pengalaman.






Selasa, 5 September 2023

Daku tak ingin memori ini dilupakan

 

Daku tak ingin semua memori zaman kecil aku ini dilupakan...


Bismillahirahmanirahim... lama sungguh daku tidak menulis didalam blog ini. Kini usia ku sudah mencecah 32 tahun. Sedang menjalani cuti semester 4. Ya aku sambung pengajian aku di Ijazah Sarjana Muda Psikologi UKM, Bangi. Salam kenal semua.


Hari ini, terdetik dihatiku untuk berkongsi rasa hati ku dan daku juga tidak ingin memori zaman kecil ku ini berlalu pergi. Aku rasa inilah penangan YB Sanusi Menteri Besar Kedah sekarang 2023. Meneruskan kerjanya setelah memang pilihan raya negeri ke-15. Parti PAS menang 33 kerusi dari 36 kerusi ADUN. Hebat PAS.


Sebentar tadi daku scroll tik tok. Dalam tik tok tu ada cerita pasal YB Sanusi ke mesir. Dalam ceritanya, katanya: dia rasa nak 'terajang' satu org ustaz ni yang main-main waktu belajar. Bapak orang ni capik. Hujung bulan pak dia ni seha pi jumpa YB nak minta sumbangan nak bagi duit kat anak di mesir nak belajar. Anak pulak main-main waktu belajar. Tak dan habis belajar lagi dah bawak balik bini mai rumah kat kampong nuh. Tak kata kat dia, aku pon geram gak dengar pon.


Memori aku zaman belajar, dulu tiap bulan aku call ayah minta duit buat belanja makan dan lain-lain masa diploma dulu. Duit PTPTN bukan dapat banyak pon rasanya dalam seratus lebih ja kot baki dia lepas tolak yuran dengan buku apa bala semua tu lakan. Ayah tak pernah tak bagi. ada ja duit dia bagi tak kurang RM200 kat aku tiap bulan. tapi hat aku heirannya  abang sopi mengaji muster, abg li buat degree, enon baru ambik diploma dan diyak tengah SPM. Kami adik-beradik lahir dekat-dekat. Kak ena dengan abang sopi beza setahun, abg sopi dgn abg li beza 2 tahun, aku pon beza dengan abg li 2 tahun. Sama juga enon dengan diyak pon 2 tahun. Beza umur kami tak jauh. Jadi masa kami belajar memang ayah struggle nak sara kami adik-beradik yang sambung belajar.


Aku terus call ayah, tapi ayah tak jawab. Tak lama lepas tu ayah call balik. tanya ayah dia duk buat apa sebab biasanya ayah asyik call ja dia duk mesyuarat kat masjid. Tapi kali ni ayah tengah bawak keta pi beli nasi kandar batu 9 kot. Lapar katanya. Sejak mak meninggal ayah pon tak berapa jaga bab makan minum dia. Ayah pon tak mau nyusahkan orang. Ayah beli bungkus ja tak makan kat kedai. segan katanya.


Aku tanya ayah: Ayah dulu masa ceq ngaji, ayah ada pinjam org ka? sebab seingat ceq ayah bela kami semua nak kena pakai duit tu? Abang pi buat muster UTM, Abang li kat INSANIAH ijazah Usuluddin, aku diploma dan adik aku tingkatan 6 dan baru masuk ngaji jugak. Diyak pon nak SPM kot masa tu. Ayah cakap 'yala, betoi la tu, tak kan ayah nak habaq kat hampa, hampa nak mengaji. Kes tu la ayah buka kedai jual cekelat depan rumah tu. Duit bendang beda hampa mengaji, duit joi cekelat tu beda beli ikan.' 


Ya allah sedih aku, itulah pengorbanan ayah pada kami semua adik-beradik. Andai saja orang tahu kami memang sudah dulu, mak guru agama. Masa tu gaji cuma Rm350 ja, ya.....siapa aku sekarang semua itu jasa kedua orang tua aku. Akan aku bersaksi di hadapan Allah bahawa, mereka sudah menjalankan tanggungjawab kepada kami dengan baik. Tempatkanlah mak dan ayah di maqam tertinggi disisi mu ya allah atas ihsan dan pengorbanan mereka kepada ku ini.


SUNGAI UDANG, MELAKA  05.09.2023





Ahad, 8 September 2019

Aku buat comeback...!!!!

Assalamualaikum  warahmatullahiwabarakatuh


Dear diari,

Haiii semua, lama tak menulis.... 4 tahun lebih rasanya tak menulis. ehh rasanya macam dah 5 tahun lebih. Apa khabar semua kawan-kawan  bloger ...?? haha masih menulis ke hampa-hampa semua ... ka dah kawin then beranak pinak dah semua pastu tak buka dah akaun hampa tu kan.


Aku masih aku yang dulu cuma status dah berubah, cara hidup ada sedikit berubah, tempat tinggal pon ada sikit dah berubah. Dulu aku di kajang then now aku di Sungai Udang Melaka. Dah berkahwin dan happy dengan life sekarang. 


hmm dah malam kot sekarang jam 12.19 malam 8 september 2019 .... aku chau dulu. ada masa aku menulis lagi bye uols

Ahad, 27 September 2015

Imam Syafie kepadanya muridnya

Diantara wasiat2 Imam Syafie kepadanya muridnya dan umumnya kepada kita ialah..

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah..

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.





KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Khamis, 14 Mei 2015

Aku kerja dipenjara







   Salam semuanya sahabat blogger, ehem lama sudah rasanya tak menulis entri, dah kekok pulak rasanya aku nak menulis semula entri  dan updated untuk tatapan sahabat ...... nak jugak  aku tahu apa kabar sahabat semua. Sihat ke??? ....... Kalau  tak salah aku last aku tulis entri iaitu bulan 10 tahun lepas...... Hahahaha  bapak lama uhh.



ok aku bukan sengaja tak nak menulis atau dah merajuk ke apa ke, cumanya ini satu good news yang aku nak share kepada korang semua. Aku sebenarnya dalam training inspektor penjara di Maktab Penjara Malaysia, Kajang. Aku start kerjaya aku bulan 12 tahun lepas dan aku dapat posting di Penjara Wanita Kajang. Lepas sebulan aku bekerja aku pon masuk training, keja penjara  ni tak sama dengan kerja polis. Dengar pon dah gerun...oitt duduk dengan banduan kerr??? Aha memang aku keja jaga banduan pon... SO WHAT??

keja ni tak glamour pon macam polis tapi kau tahu tak keja ni la banyak pahala yang boleh aku kutip yang akan menjadi saham aku diakhirat kelak insyallah.... membetulkan pesalah yang berdosa perrrggghhhh besarnya pahala...... aku pernah berdoa yang aku sesangat memohon supaya allah letakkan aku seumur hidup ditempat yang dimana aku boleh kutip pahala ibadah dengan dakwah. Tapi aku tak pernah terfikir yang allah akan letakkan aku ditempat yang sebegini. Alhamdulillah allah makbulkan doa aku juga berkat doa orang tua aku...


Tapi kau tahu tak keja penjara ni banyak risikonya. Biasa la kan keja apa yang tak da risiko... hurmmm aku serahkan urusan hidup dan matiku hanya pada allah. Aku sangat percaya dengan qada dan qadar, sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah yang aku tak dapat lihat sekarang tapi akan dilihat dihari kemudian atau mungkin dipadang mahsyar kelak..

terbaru dari aku copp copp, wink wink





hurmmm ini la gambaran aku yang terbaru.... nak updated selalu tu rasanya lepas ni mungkin tak selalu kot sebabnya aku nak bawak broadband pon adalah dilarang didalam maktab. Katanya Artikel Larangan


ok laa aku nak tutup kes kat sini jer.... nant insyallah andai ada peluang aku nak update aku akan ceritakan perkembangan terbaru aku dalam entri yang akan datang yepp


Assalamualaikum,... bye bye  (^__^)v






Khamis, 16 Oktober 2014

Dunia Sementara Akhirat Selamanya





Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja

Sihat sementara
Sakit sementara
Tampan sementara
Cantik sementara
Hidup sementara
Bahkan Matahari yang kita lihat terbit di ufuk Timur setiap hari dan tengelam di ufuk Barat itupun Sementara saja
Suatu Hari nanti Pasti.. Pasti.. dan Pasti Allah akan hancurkan itu Matahari!

Sungguh Bodoh apabila kita mencintai sesuatu yang Sementara
Mencintai Dunia yang akan Allah hancurkan
Alihkanlah Cinta kepada kampung Akhirat
Tempat kehidupan yang Abadi selama - lamanya

Kaya Selamanya dan tidak akan Miskin-Miskin lagi
Jadi Raja selama-lamanya yang tidak akan diganggu oleh demonstran
Cantik selama-lamanya yang tidak akan Tua-Tua lagi, bahkan Hidup di sana Selama-lamanya

Dikumpulkan seluruh Kenikmatan-Kenikmatan yang ada di seluruh Dunia kemudian di bandingkan dengan Kenikmatan yang Allah berikan kepada satu orang Ahli Surga itu seperti kita mencelupkan ujung jari telunjuk kita ke Samudera yang Luas dan lihatlah Satu Tetes Air yang menempel di Ujung jari kita itulah Kenikmatan Dunia.

Begitu juga seluruh penderitaan-penderitaan di Dunia dikumpulkan kemudian dibandingkan dengan satu ahli Neraka maka seluruh Penderitaan Dunia bagaikan satu biji Zarah saja.. tidak ada apa-apanya..

Masalah di Dunia bukanlah masalah yang Sesungguhnya, masalah kita nanti yang Sesungguhnya adalah di Akhirat.

Oleh: Derry Sulaiman





Selasa, 2 September 2014

kenapa hati menjadi keras??





Dalam satu hadis RasuluLLAH s.aw. yang mulia, Baginda ada menyebut kepada kita,,
“Kurangkanlah kita daripada bercakap selain daripada berzikir kepada ALLAH SubahaanaLLAhu Ta’ala, kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras”,
Dan di hujungnya hadis tu NAbi S.AW sambung,
“Dan orang yang paling jauh daripada ALLAH, adalah orang yang hatinya keras…”

  Teman-teman yang dikasihi sekalian, dalam kehidupan kita, kita sebagai seorang ibu, ayah, bos, majikan, pekerja, rakan sekerja, kita tak lari daripada bercakap, tapi persoalannya, kita nak muhasabah diri kita hari ini, kita cakap…. cakap kita itu mengingati ALLAH atau tidak? Bukan kata kita kena berzikir 24 jam, kalau boleh buat begitu bagus, alhamduliLLAH, tapi kita manusia biasa, kita kena sedar, kita manusia biasa kita tak mampu buat begitu… jadi, apa yang kita boleh buat, ialah kita cakap seperti biasa.

   Tapi macam mana percakapan biasa kita itu, nak dijadikan zikir mengingati ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala. Contoh yang mudah, kita berbual, kita bersembang, ada tak, kita mengaitkan perbualan kita dengan ALLAH SubhaanaLLAHu Ta’ala? Kita mengatakan,

“AlhamduliLLAH kita berjaya buat, syukur… AlhamduliLLAH,  ALLAH telah memudahkan segala urusan kita, masyaALLAH.”

Itu adalah salah satu kalimah zikir. Teman-teman, dalam perbualan kita mengenai makanan contohnya,

MasyaALLAH sungguh sedap makanan ini. ALLAH bagi kita dapat rasa makanan ini..

Tapi persoalan kita hari ini, nak muhasabah… kita cakap dengan kawan, cakap dengan majikan, cakap dengan mak ayah, adik beradik… ada tak kita selit perkara-perkara yang mengingatkan kita kepada ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala. Dan andai kata kalau kita bercakap benda yang sia-sia, saya berpesan kepada diri saya, saya pesan kepada saudara-saudara saya, kalau kita bercakap dengan percakapan kita dan kita yakin kita ni banyak cakap, banyak gelak yang sia-sia… ingat, ini nabi passport clear yg nabi bagi kita berpotensi menjadi orang yang hati keras.


   Persoalannya kalau nabi tak kata apa-apa tentang hati keras, tidak apa.. Tapi Nabi kata, di akhirat nanti  orang yang paling jauh dari ALLAH adalah orang yang hatinya keras… itulah yang paling saya takut untuk diri saya dan kita semua.. Saya lagi banyak bercakap, hari-hari saya bercakap dan berjumpa dengan ramai orang… Tapi saya tak tahu samada percakapan ini bermanafaat atau tidak, tapi saya berharap agar ALLAH menjadikan percakapan saya ini sebagai satu kebajikan….


Dalam cakap kita yang kita sampaikan, cuba elakkan daripada gosip, cuba elakkan daripada mengumpat, mengata, semua ini akan menbuatkan hati keras, dan orang hati keras, orang itu paling jauh dengan ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala…. Sedangkan kita sentiasa mengharapkan ALLAH sentiasa dekat dengan kita, untuk kita doa supaya ALLAH dengar, ibu ayah nak doa untuk anak, supaya anak berjaya, anak doa agar ibu sentiasa dijaga oleha ALLAH Ta’ala dalam kesihatan dan iman, suami nak doa untuk kebahagiaan keluarga, majikan nak doa untuk kesejahteraan perniagaannya…       Jadi semua orang perlukan doa, jadi kita mengharapkan ALLAH dekat dengan kita. Tapi macam mana ALLAH nak dekat dengan kita dalam keadaan hati kita keras, kategori orang yang dekat dengan ALLAH itu tiada.....


Cuba kita renung sekejap. Tanya diri kita macam nak buat biar percakapan kita menjadi satu zikir yang sentiasa mengingati ALLAH SubahaanaLLAH Ta’ala? Mulut kita mengeluarkan kata-kata, dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak, telinga kita mendengar kata-kata kita, dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak… dan semua itu akan menjadi saksi dalam keadaan mengatakan kepada ALLAH, andai kata kita banyak bercakap yang sia-sia "orang ni banyak bercakap duhai allah, orang ini dia jauh darimu wahai allah"….

Adakah kita termasuk dalam golongan hati keras itu? Kita sama-sama muhasabah diri… Moga ALLAH lembutkan hati-hati kita semua… Ameen, Moga kita sentiasa dekat dengan ALLAH. Moga ALLAH meredhai kita semua. Ameen




kuliah ustaz don daniyal 


Ada dua mata yang tak menangis diakhirat



1.mata yang berjaga dijalan Allah
2. mata yang menangis kerana takut kepada Allah.

Tanda hati seseorang itu keras adalah susahnya nak menangis.
Kalau barang yang disukainya hilang, menangis.
menangis sebab hatinya terbegantungan kepada benda-benda meterial.

Ciri Orang yang beriman itu hanya Allah tempat bergantungannya.
Ketawalah kamu didunia ini sedikit, dan banyakkanlah menangis.
Orang yang kurang ketawa, hatinya lembut mudah menangis.
Orang yg banyak ketawa itu hatinya keras, susah nak menangis.

Ulama' membahagikan akhirat kpd dua.
Ada hari akhirat kecil, ada hari akhirat yg besar.
Yg kecil adalah mengikut individu, yang besar semua sekali termasuk semua alam.
Yg kecil adalah ajal, yang besar Hari Kiamat.

oleh: Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Selasa, 1 Julai 2014

Betulkah syaitan dibelengu pada bulan ramadhan??





Dulukan masa aku kecik-kecik, aku ni penakut. Nak pergi tandas tu.. masyallah... bilik air rumah kampung dulu kan lagilah, ya allah dah la dekat luar. Gerun semacam ja weh. Masa tu lebih baik kencing atas tilam daripada pi tandas.. Bila bulan puasa ja mak aku mesti cakap, sebenarnya itu helah mak aku nak escape teman aku ke tandas,


"Alaaaa hang nak takut apa ema??. bulan-bulan puasa ni, takdak hantu haihh! setan semua dah kena tangkap. Kena ikat."


Aku pon percayala bulat-bulat. Memang aku berani gila. jalan mendabik dada tanda akulah paling berani pergi tandas sorang-sorang, berani sebab takda hantu time bulan puasa. Kerek gila mukakan. Pergi tandas tanpa rasa takut ada hantu skodeng. Mesti pernah punya, siapa yang mencicit lari balik dari surau ke masjid, mesti relax ja jalan sorang-sorang sebab tahu setan dengan hantu dah kena tangkap.


Tapi bila aku dah besar-besar galah ni, aku tertanya sendiri.. Betulka syaitan ni diikat? dibelengu bila kalanya tiba bulan Ramadhan. Lepas puas mencari, nah inilah kesimpulan yang aku buat.



Ada 3 pendapat tentang benarkah syaitan ini dirantai atau diikat atau dibelengu.


1) Syaitan tidak dibelengu atau diikat, tetapi masih bebas bergerak cuma terbatas dan terhad.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi saw telah bersabda: '"Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai @ dibelengu para syaitan"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)


Benarkah pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan para syaitan dibelengu?


Terdapat 2 pendapat,


Pendapat pertama dikemukakan oleh al-Hulaimi. Beliau mengatakan  “ada kebarangkalian bahawa maksud  “syaitan  dibelenggu” ialah  “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan  berzikir”.Ini boleh disamakan dengan ungkapan “dalam sistem diktator, rakyat ditutup mulut dan  digari”.Ungkapan ini membawa makna  “rakyat tidak sepenuhnya dapat bersuara dan bebas melakukan aktiviti yang dianggap menggugat  kerajaan” disebabkan sekatan undang-undang.

Pendapat kedua pula dikemukakan oleh al-Qadhi  ‘Iyadh.Beliau berkata : “Ada kebarangkalian ungkapan  “pembelengguan  syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan  manusia”.

Jadi kalau pendapat ini dijadikan pegangan, tak wujudlah kemusykilan mengapa masih wujud maksiat di bulan Ramadahan. Para syaitan tidak dibelengu tetapi masih bebas bergerak, cuma kemampuan aktiviti mereka untuk menggoda dan menghasut dalam serba kebatasan dan terhad.



2) Syaitan benar-benar dibelengu. ( pelampau syaitan )


Ada ulama' mengatakan bahawa, hanya sebahagian syaitan sahaja diikat iaitu pencuri berita-berita dari langait atau pelampau-pelampau syaitan. Kira ketua yang jahat sangat-sangatlah. (taiko setan) Ada juga yang mengatakan semua syaitan diikat.


Hadis yang dikeluarkan oleh Imam  Nasa’ie dari Abu Qilabah dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi  “…dan dibelenggu padanya(yakni pada bulan Ramadhan) pelampau- pelampau  syaitan”.


Hadis riwayat Imam  Nasa’ie ini memperincikan hadis riwayat Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari yang dibicarakan ini.Dalam erti kata lain, hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari datang secara umum.Ia hanya menyebut “dibelenggu  syaitan-syaitan” tanpa diperincikan.Manakala hadis Imam Nasa’ie ini datang dalam bentuk yang lebih detail, dimana dijelaskan jenis syaitan yang dibelenggu pada bulan Ramadhan.Oleh itu, hadis Imam  Nasa’ie ini-pada pandangan sebahagian  ulama’- dianggap sebagai pentafsir kepada hadis Imam Bukhari.



3) Semua syaitan diikat.


Imam Qurtubi berpegang kepada hadis Imam Bukhari di mana para syaitan diikat tanpa pengecualian. Namun di situlah timbulnya kemusykilan. Kalau dah semuanya kena ikat, macam mana ramai yang boleh lagi dengan selamba buat maksiat tanpa rasa segan silu?

Kemusykilan itu dijawab oleh Imam Qurtubi, “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan  manusia”.

Manusia sendiri mempunyai hawa nafsu yang boleh menyebabkan kita melakukan pelbagai perkara maksiat. Belakunya sesuatu maksiat bukanlah hanya disebabkan hasutan syaitan semata, tetapi dikait rapat dengan hawa nafsu manusia yang kotor. Ada orang cakap, selama 11 bulan nafsu berguru dengan syaitan, maka sebulan tanpa syaitan pun sudah boleh menjadikan nafsu itu raja dalam diri kita.Maka, dengan itu.. renung-renungkanlah. Segala maksiat dan kejahatan datangnya dari diri kita yang hina ini juga. Jauhkanlah sebaik mungkin, dengan hanya menyucikan hati InsyaAllah Nafsu yang selama ini tunduk pada syaitan akan beralah lalu menuju ke arah kebaikkan.


Kiranya kalau kita semua ni, lebih kepada ke arah pendapat Al-Qurtubi la kan? sebab seingat aku, dulu-dulu time sekolah memang belajar yang bulan puasa ni syaitan tak ada tapi nafsu ada. Aku selalulah kalau rasa nak minum time posa tu kan.. aku ingat, cikgu cakap setan takde.. yang tinggal nafsu dalam diri kita. Jadi yang jahat bukan setanlah tapi kalau aku minum maksudnya aku lah yang jahat. eeeiiiiissssshhhhh..... terus aku tak jadi minum. hee.







Selasa, 17 Jun 2014

kesultanan melayu dan sistem monorki


Ganti demokrasi ialah kesultanan (monarki) dan itu tidak dapat kita nafikan. Sebab itu British sanggup datang dari kejauhan menyambung legasi rakan sekutu mereka. Adakala nampak mereka itu macam seteru tetapi mereka tetap bersekongkol dalam memisahkan Islam dari sistem pengaturannya yang sempurna.

Dari tahun 1511 kita dijajah oleh Portugis lalu 1614-1825 berganti tangan kepada Belanda lalu bertukar pula kepada British. Wilayah Kesultanan Melaka asalny adalah satu wilayah yang sangat gagah dan luas kekuasaannya, dari Selatan Filipina sehingga ke Lautan Hindi. Empayar Kesultanan Islam Melaka menjadi tulang belakang kepada kemasyhuran kerajaan kekhalifahan yang pada ketika itu baru beralih paksi dari Mesir ke Turki Ottoman. Dari mana unsur kekuatan itu? tentunya dari sistem beraja yang asli dan Islamik.

Kemaraan musuh Islam di Timur Tengah dan wilayah-wilayah di Eropah mula dilemahkan dengan nasionalisme yang mempromosikan kemerdekaan sehingga wilayah Islam terpecah dari satu pengaturan khalifah menjadi apa yang digelar ‘merdeka’. Kemerdekaan itu ditiupkan kepada wilayah-wilayah Islam yang mengecil dan berselerak agar Islam kurang kuat jadinya.



RAHSIA SEJARAH

Bertahun-tahun kami mengkaji dan meneliti. Bukan untuk mendapat harta, pangkat atau sebarang imbuhan diri. Bukan juga untuk mendapatkan degree maupun PhD. Kami gali semua rahsia ini untuk mencari di mana sebenarnya punca kejatuhan umat ini. Anak cucu yang bakal ditinggalkan harus tahu ke mana haluan harus dituju.

Semua misi menjatuhkan Islam tidak akan terlaksana sekiranya “Abang Besar” yang menjadi hub Tamadun Islam Nusantara iaitu Melaka beraja itu tidak dilumpuhkan. Maka 5 kuasa besar dunia iaitu Portugis, Perancis, Belanda, Sepanyol, British semua digembeling untuk menekan Melaka (Nusantara) agar tidak lagi mampu bangkit melawan semula kejatuhan Islam di Timur Tengah yang juga mereka taja.

Pelayaran melalui pesisiran untuk ke Tanah Khalifah sudah tidak mungkin berlaku kerana Syarikat Belanda dan Syarikat Hindia Timur Inggeris telah berjaya bertapak menjadi GATE KEEPER di laluan utama untuk memintas sebarang kebangkitan membela empayar Ottoman jika ia dijatuhkan.

Sejarah di sekolah tidak selengkap jika kita dapati dari buku-buku catatan penjajah juga. Sejarah itu hanya kita pelajari untuk menduduki peperiksaan dan bukan untuk kita kenal jatidiri kita sebenar. Kuasa besar yang bersekutu itu telah melumpuhkan 'pembela utama Islam' yang kemudian berjaya mereka robohkan dengan penawanan Kota Melaka.

JIKA ROBOH KOTA MELAKA, PAPAN DI JAWA 'KAMI' DIRIKAN.

Memang benar, inilah sirah Nusantara yang menuntut penyatuan, secara 'kami', bukan AKU. Dari kejatuhan Melaka sebagai pusat ketamadunan Islam Nusantara, ia telah berpindah ke Demak di Tanah Jawa. Akhirnya, Islam terus dilemahkan dengan pengutusan seorang Mubaligh dari Laden University Belanda, bernama Snauck Hurgronje atau mulia dengan panggilan Kiyai (palsu) Haji Abdul Ghafur.

Beliau telah berjaya memikat hati penguasa Islam ketika itu sehingga dirinya (yang bukan Islam) dilantik menjadi mufti. Metodologinya mudah,mereka PISAHKAN ISLAM DENGAN SAINS kerana jika kedua duanya bersatu maka majulah Islam dan mereka tidak akan dapat menaklukinya. Umat Islam disogok sampai percaya kepada perkara tahyul dan hanya menghitung-hitung pahala semata-mata.

Kerana itu, amal sudah bukan lagi untuk mencari mardothillah tetapi untuk mengambarkan bilangan pahala virtual untuk dibawa ‘pulang’ selepas mati nanti. Islam ketika itu berjaya dibawa hanya gemilang RITUALNYA di masjid dan surau tetapi tidak secara sains AKTUALnya, samada teologi, ekonomi, sosiologi maupun teknologi.

Ujian akhir kepada Islam ketika itu ialah dengan mengeluarkan fatwa bodoh iaitu “tanam terung boleh masuk syurga”. Itu juga diikuti buta-buta oleh orang Islam yang tertipu ketika itu akibat taksub, mengikuti doktrin berdasarkan PARAS dan PERSONALITI penyampainya saja. Menggunung terung di buangan sampah kerana terung ditanam untuk dapat pahala, untuk masuk syurga, bukan untuk dimakan. Itu satu kejayaan Snauck. Misinya berjaya lalu beliau pulang semula ke negara asal sebagai seorang mubaligh Kristien semula.

Hari ini juga berlaku, pantang berjubah dan berjanggut serta bertanda sujud di dahi, sudah dipanggil ustaz, apatah lagi yang suara sedap dan pandai melawak dan menyanyi. Apa sahaja yang dikatakan semuanya diterima sebagai betul, tanpa merujuk Quran dan hadis lagi.

Islam jadi rendah pada hari ini kerana semuanya sekadar memikirkan magik semata-mata. Kita tidak fikir yang Nabi Muhammad SAW juga cedera parah semasa berdakwah atau pertempuran perang. Tiada magik seperti yang berlaku seperti hari ini. Dalam perang pun ada siasahnya, jika diukur tidak sesuai kekuatannya Allah perintah kita berundur dahulu. Nabi SAW berhempas pulas menegakkan agama, berhabis harta, tenaga dan jiwa. Bukan sekadar BILANG TASBIH, nyanyi-nyanyi dan ceramah politik sahaja.

Hari ini, umat Islam boleh sengaja merempuh kereta kebal lengkap bersenjata api. Terasa kuat dan berani dengan melaungkan “Allahuakhbar” lalu digilis dengan kereta kebal itu atau dibedil. Mati lagi dan lagi orang Islam yang mengharapkan magik semata. Walhal kuasa Allah itu wujud setelah kita lakukan yang terbaik. Jika sekadar mengharap kuasa Allah, nanti orang Islam bakal jadi tuan, dan Allah pula menjadi orang suruhan manusia (nauzubillah).

KESULTANAN DIGANTI DEMOKRASI

Kekhalifahan Islam mewariskan monarki yang perlantikan Maliknya (raja) adalah melalui syuro ulamak. Ulamak mereka pula bukan macam ulamak sekarang di mana satu orang individu sudah boleh jadi ulamak dan sibuk mengeluarkan fatwa. Ulamak itu sendiri bermaksud “orang-orang alim” yang bermajlis. Ia satu kata PLURAL (jamak) dan bukan singular.

Ulamak dahulu terdiri dari ORANG-ORANG ALIM. Siapa itu orang-orang alim? Alim itu BERILMU dan orang-orang alim itu mudahnya ialah PAKAR-PAKAR. Jemaah pakar dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, perniagaan, politik, sosiologi, pelayaran, pertahanan, perubatan dan macam-macam lagi akan mengadakan syuro bagi memilih dan menasihati Malik (Sultan).

Sultan itu pula akan membawa suara syuro sebagai pemutus dan bukan diktator. Ingat semula sejarah. Mengapa sewaktu British datang campurtangan di Tanah Melayu, perkara pertama mereka serang ialah INSTITUSI BERAJA? Kerana mereka tahu di situ ada KUNCI kekuatan JEMAAH ULAMAK mereka yang dibawa oleh Sultan.

Akhirnya penyelewengan dan huru hara sengaja dicetus dan ditaja. Kemudian mereka datang sebagai pendamai lalu melantik diri menjadi RESIDEN BRITISH yang menasihati raja dan nasihat itu WAJIB dipatuhi. Raja mula menjadi boneka British apabila kuasanya dihadkan kepada Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu sahaja. Residen British juga berjaya mengambil alih fungsi majlis syuro yang mengatur raja menjadi majlis residensi.

Itulah permulaan Raja yang hilang kuasa, sekadar menjadi perlambangan ketuanan Melayu dan mengurus ritual agama sahaja. Itupun, pada hari ini ada perjuangan politik yang mahu memansuhkan satu-satunya lambang yang tinggal tanpa kajian mendalam. Seperti sebuah kereta mercedes yang kini hanya tinggal lambangnya sahaja sedang keretanya semua sudah tidak lagi berfungsi.

Scenario itu telah sekian lama menyerap ke dalam amalan kita sampai kini kita sudah tidak tahu lagi di mana puncanya. Golongan muda yang tidak berpeluang mengenali sejarah lebih teruk lagi. Itulah mereka yang beraksi sebagai keyboard warrior, yang telah hilang akhlak dan tatasusila kerana mereka hanya belajar melalui skrin komputer dan alam maya. Apa itu disiplin TALAQQI sudah tidak mereka ketahui.



Generasi ini telah dirosakkan melalui sistem pendidikan yang ditaja dengan jayanya melalui prinsip demokrasi sehingga hilang jatidiri. Mereka ada kalanya jadi brutal dan amat kurang ajar sekali. Ilmu boleh mereka dapat, namun keberkatannya tiada. Mereka jadi pemberontak dan mudah hilang pertimbangan. Api kemarahannya amat mudah menyala.

Sedarlah wahai bangsa Malaysia, khususnya umat Islam semua. Demokrasi telah menjadikan kita menjadi liar berhujjah dan hilang jatidiri. Ia menaja penubuhan parti dan perpecahan (part), menyemarakkan ketaksuban, api kemarahan dan menggalakkan rasuah serta salahguna kuasa.

Kemudian demokrasi dan penajanya akan datang dan menjadi pengadil. Kita buat provokasi sehingga berlaku perbalahan, kemudian kita kata sana zalim, sini jahat. Kita taja perpecahan dan kita seru penyatuan. Kita hulur rasuah lalu kita kata mereka pecah amanah. Kita beri wanita, kita rakam dan kita dedahkan untuk mengatakan mereka kaki seks. Kita suruh orang berpuasa, tapi atas dasar demokrasi kita sendiri mengaut laba dan membazir dana. Begitulah 1001 macam tajaan demokrasi yang merosakkan.

SISTEM ISLAM MEMERLUKAN FUNGSI MONARKI - MELAYU TIDAK HILANG, CINA/INDIA TIDAK RUGI

Pengembalian FUNGSI dari Sistem Beraja yang 'sebenar' sudah mula terbit. Raja-raja muda yang menaiki takhta menggantikan generasi bapa-bapa mereka sebelum ini kelihatan agak agresif, terpelajar dan berprinsip. Kita sudah nampak beberapa istana negeri yang tiba-tiba tegas berdiri menentukan siapa Memanda Menteri Besar negeri pilihannya. Contoh ini telah berlaku di Terengganu, Perak dan Perlis.

Sultan Kelantan contohnya, juga berjaya meniupkan satu revolusi raja yang disenangi rakyat dengan sifatnya yang merendah diri dan bergaul ke peringkat tanah dan lumpur. Tuanku Sultan Dr. Nazrin Shah juga satu ikon yang sebelum ini berani menyatakan pendangan politik beliau menyokong yang benar dan menolak yang tidak. Kini Sultan Johor pula bangkit untuk menuntut kembali hak Pulau Batu Putih. Ketegasan Sultan Brunei sudah sememangnya jelas di mata.

Ya memang ada kelemahan sebelumnya, namun mereka juga manusia yang perlu ISLAH, perlu dididik, dibimbing dan dibina. Kami lihat itu semua dari sudut positif. Sultan yang dahulu hilang kuasa eksekutif mula menunjukkan yang mereka juga berkeinginan untuk turut sama dalam membangunkan agama dan negara, bukan sekadar ritual sahaja. Mereka juga manusia yang berpendidikan dan mempunyai pendedahan yang luas dan menginginkan kekuasaan Islam itu bertapak semula.

Revolusi itu semakin ketara sekarang, iaitu kebangkitan raja-raja untuk kembali kepada sistem monarki tulen bertonggakkan masjlis syuro ulamak yang ikhlas dan berwibawa. Itu akan mampu jadi pengganti kepada demokrasi yang mem’parti’kan manusia atau mudahnya memecahkan manusia untuk tidak bersatu. Itu BUKAN ISLAM kerana Islam adalah agama penyatuan. UMMATUN WAHIDAH.

Kita sedih bila dimomokkan dengan perangai raja-raja yang berpoya-poya dan menghabiskan wang negara. Dahulu hanya bukan Islam sahaja yang suka mengutuk raja, itupun secara curi-curi. Sekarang ia lantang dilaungkan oleh umat Melayu Islam sendiri secara terbuka. Kita semua lupa, Sistem Demokrasi hanya meletakkan mereka menjadi lambang tanpa portfolio pentadbiran. Siapapun di tempat itu akan merasa bosan tanpa kuasa eksekutif untuk merubah landskap dunia yang memeningkan hari ini.

Kembalikan monarki tulen, bukan lagi dengan sistem residen British, tetapi dengan majlis syuro yang mampu melantik, menasihat dan melucutkan kuasa raja. Kuasa itu ialah KUASA JEMAAH. Semuanya terkawal, terpantau dan adil.

Ingat semula, selepas British berjaya tukarkan majlis syuro kepada sistem residen. Kemudian mereka tinggalkan kita untuk tidak kembali kepada monarki bersama syuro ulamak ini. Mereka INSTALL kepada kita DEMOKRASI. Kemerdekaan diberi setelah mereka lihat pemimpin kita sudah lunak dengannya dan sanggup mengikut telunjuk mereka. Bukan kerana kita telah bebas untuk menentukan sistem pentadbiran kita sendiri. Demokrasi tidak mungkin akan menyatukan manusia...tidak mungkin sama sekali.

KESIMPULAN

Mana mungkin budaya DEBAT yang saling mencari kesalahan itu lebih baik dari kemurnian SYURO yang bertujuan untuk mencari penyelesaian dan penyatuan pendapat. Sama-sama kita fikirkan.

Kami dapat lihat bayangan kebangkitan Raja-raja yang bakal mengembalikan kekuasaan Islam dengan Raja yang adil kerana perjalanannya dibentuk oleh Syuro Ulamak yang tiada kepentingan dan agenda peribadi selain agenda Islam itu sendiri.

Jangan risau wahai saudara kami yang bukan Islam. Sejarah membuktikan bahawa sistem kerajaan Islam sangat membela dan memberi keselesaan hidup kepada mereka yang bukan Islam juga. Ini berbeza dengan negara bersistem selain Islam yang menganak-tirikan agama-agama selainnya. Islam itu bermakna sejahtera (salam) dan pasti kalian juga mahukan kesejahteraan melalui kesyumulan pemerintahan Islam yang sebenar.

Islam untuk umat dunia – jadi jangan khuatir ia akan rasis.
Islam itu adil dan menentang asobbiyah (puak-puak) – jangan takut tertindas.
Islam mematlamatkan perpaduan – hanya dengan penyatuan sahaja kita akan jadi kuat dan mampu hidup bekerjasama, saling tolong menolong dan berkasih sayang. Yang bukan Islam tidak sesekali akan dipaksa beragama dengannya.


Daulat Tuanku
WARGA PRIHATIN

P/S: BEBERAPA ARTIKEL SEBAGAI RUJUKAN TAMBAHAN





Jumaat, 13 Jun 2014

12 kaum yang dibinasakan Allah SWT




1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh. (Surah Al-Ankabut: 14)

2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa. (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13)

3. Kaum Nabi Salleh
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka. (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12)

4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri. (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12)

5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44)

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14)

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir. (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92)

7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina. (Surah Al-A’raaf: 163)

8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah. (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12)

9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT. (Surah Alburuuj: 4-9)

10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras. (Surah Yaasiin: 13)

11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air. (Surah Addukhan: 37)

12. Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Surah Saba: 15-19)

* Sumber dari  selasihhijau.blogspot.com






Jumaat, 6 Jun 2014

bila mak dah buka mulut



susah betul nak cakap dan tak tahu nak cerita macam mana... mak mula bertanya, sama ada dah ada pilihan hati, alahai mak soklan cepumas tu... bukan mak saja yang sibuk bertanyakan soalan tu bahkan kekawan pun asyik tanya... asma bila nak kawen? kak asma tak nak kawen ka? kak asma ada orang suka kat kak asma.... ishh aku direct termenung dan tak tahu nk bagi jawapan apa bila disoal akan benda ni.... lekk arr aku  baru 23 kot.... susah nak cakap, kalau orang cakap aku memilih tu hakikatnya memang kita kena memilih yang paling sesuai... mana bole tangkap muatkan sebab ni melibatkan masa depan dan kebahagiaan....

sebenarnya......
semua lelaki orang boleh jadi iman,
semua lelaki boleh jadi penghafal al-quran,
semua lelaki boleh jadi pembaca al-quran yang bagus,
semua lelaki ada potensi untuk beri nafkah pada isteri,
tapi bukan semua lelaki ada softskill untuk jadi suami yang baik, masalahnya tentang 'AKHLAK'... bukan semua lelaki boleh jaga AKHLAK, bukan semua lelaki bijak ambil hati isteri, bukan semua lelaki boleh berakhlak dengan manusia lain selain dirinya, bukan semua lelaki boleh kuasai komunikasi bersama, bukan semua lelaki boleh terima kekurangan atau kelebihan isteri dan yang paling penting suami yang redha, serta yang betul-betul faham apa itu tauhid dalam jiwa dia..

macam mana nak cerita ehh..??? aku bukan minta seseorang yang berperwatakkan ustaz tapi kalau boleh yang biasa-biasa saja pun dah ok macam ayah.... ayah bukan ustaz tapi ayah sayang kami semua, sebolehnya nak seseorang yang macam ayah..... tak kerja besar pun tak apa janji dia bertanggungjawab

minta tolong pada allah saja, kerana DIA lebih tahu isi hati manusia..


*bila orang tua dah mula buka mulut... gena nak lari nii??
"lek lu mak, ceq mana boleh langkah bendul".. 'boleh jawab gitu?? -_-

masalah arrr.... pening arr :3

masalah betul la bila kita suka orang tu tapi dia tak suka kita, pastu orang yang kita tak suka pulak yang suka kita adoiii.... sebenarnya kalau dah jodoh tu 2 hati ini bila bertemu akan timbul satu perasaan yang lain dan tak sama bila bersama dengan orang lain.... bagi aku bila hatiku dah berbicara bahawa itu dirinya maka itulah jodoh ku

masalah arrr.... pening arr :3




Ahad, 1 Jun 2014

buka matamu.... maka kamu akan melihat keajaiban



Salam sahabat yang aku kasihi kerana allah....
mari melihat disekeliling kamu dah fikirkan....




Lihat sekeliling dirimu 
Tidak bisakah kamu melihat keajaiban disekeliling kamu 
Penyebaran dan aturan yang sangat sempurna
Awan di langit tergantung mengambang putih tanpa wujudnya tiang
Langit yang jelas dan biru tanpa cemaran 
Planet berjalan mengelilingi orbit tanpa berlanggar diantara satu sama lain,
Bulan dan matahari terbit dan tenggelam mengikut masa yang ditetapkan
Sangat harmoni dan sempurna sekali semua ciptaan....


Mari kita mulai pertanyaan dalam diri kita 
Adakah bukti ini tidak cukup bagi kita?? 
Atau kita begitu buta 
Untuk menolak semua keajaiban ini .. 

TIDAK....

Kita cuma perlu 
Membuka MATA, HATI dan FIKIRAN 
Berfikirlah setelah melihat tanda-tanda kekuasaan... 
Kita tidak boleh terus bersembunyi dari kebenaran....

(Katakan itu semua milik Allah..) 


Tidakkah kamu terfikir bagaimana kejadian manusia??
Bagaimana boleh terjadinya percantuman dua air mani manusia yang berbeza jantina
lalu disenyawakan dan ditiupkan ruh, 
lalu ia membesar dan mengembang fizikal janin dalam rahim ibu hari-demi hari....


Ketika bayi lahir 
Mereka sangat tidak berdaya dan lemah
tapi tidakkah kamu terfikir...
siapa yang mengajarkan mereka bagaimana untuk memberitahu ibu ketika mereka lapar?? 
Dan kau mengamati mereka membesar hari demi hari....

Jadi mengapa masih menolak?? 
Segala keajaiban yang berlaku di depan mata anda 
Keajaiban terbesar dalam hidup .. 

Cuba perhatikan gerak perjalanan darah.... bagaimana ia berlaku???
tidakkah kamu terfikir bagaimanakah otak mampu memberi isyarat kepada jantung untuk 
mengepam darah..... 
Siapakah yang mengarahkan mereka untuk bergerak sendiri??
Perhatikan bagaimana pergerakkan atom... tidakkah mereka bergerak ikut arah lawan jam
sebagaimana tawaf??


Tanyakan diri kamu adakah ianya terjadi secara sia-sia??

KATAKAN TIDAK.....


Kemudian.....
Lihat pula dalam diri kamu, 
Seperti ada sebuah pengaturan yang sempurna 
Ianya bersembunyi di dalam dirimu 
Ia  berjalan di nadimu...

JELASKAN....
Bagaimana datangnya perasaa cinta, kemarahan dan kesakian.....?? 
Dan semua perasaan yang anda rasai 
Bolehkah anda menyentuh mereka dengan tangan anda? 
Jadi, apakah mereka benar-benar ada?
Jika ia ada, lantas dimana ia berada??

Jika kamu letakkan tangan didadamu dan kamu katakan disitu perasaanmu
Lalu ketahuilah itu dadamu dan bukan perasaan kamu....
Tidakkah kamu perasan akan keajaiban itu????
Lalu  nikmat yang mana kamu mahu dustakan??


 Mari kita mulai pertanyaan dalam diri kita 
Adakah bukti ini tidak cukup bagi kita?? 
Atau kita begitu buta...????
Untuk menolak semua kebenaran akan keajaiban ini .. 

TIDAK....

Kita cuma perlu 
Membuka MATA, HATI dan FIKIRAN 
berfikirlah setelah melihat tanda-tanda kekuasaan 
Kita tidak boleh terus berdolak-dalih dari kebenaran 

(Katakan itu semua kuasa Allah...) 

Allah .. 
Engkau menciptakan segalanya 
Kami milik engkau wahai tuan ku 
Ya Robb kami mengangkat tangan kami
ya allah kami bersyukur dengan kurniaan mu 
Selamanya kami  berterima kasih .. 
Alhamdulillah ..



perkembangan bayi












Rabu, 21 Mei 2014

11 HAL YANG HARUS KAMU INGAT SEBELUM MENGELUH


1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, Pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, Pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, Pikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.
5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu. Pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, Pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, Pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, Pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, Pikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan
10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, Pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
ﻓﺒﺄﻱ ﺍﻻﺀ ﺭﺑﻜﻤﺎ ﺗﻜﺬﺑﺎﻥ
(Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kau dustai ??)
Maka bersyukurlah..
Alhamdulillahi Rabbil’alamiin..

Khamis, 3 April 2014

Pentingnya Sanad Ilmu


Ada yang bertanya kepadaku.."kalau mencari ilmu melalui internet dan buku2 sahaja, tak boleh kah?"
Ana tak kata tak boleh..tapi lihat kepada kata2 seorang ulama' Ahlul Sunnah Waljamaah ini iaitu Imam Abdullah Ibn Al Mubarak pernah berkata yang bermaksud :
"Sanad adalah sebahagian dari agama, kalaulah tidak ada sanad maka semua orang akan berbicara dengan apa yang mereka kehendaki"..
Sanad adalah mata rantaian ilmu..andai tiada mata, mana mungkin ilmu itu brjalan dengan betul..apabila ilmu tidak berjalan dengan betul, maka amal lagilah bertambah tidak betul..maka sesatlah itu..wal iyya dzubillah..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dia (Nabi Muhammad S.A.W) diajari oleh Malaikat yang sangat kuat (Malaikat Jibrail)".
(Surah An-Najm ayat 5)

Kenapakah Allah tidak terus sahaja memberi ilmu kepada Rasulullah S.A.W?
Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..
Sesungguhnya gerak geri, perbuatan dan segalanya dari Rasulullah S.A.W itu sunat di contohi atau wajib di contohi..
Maka, carilah ilmu dan pelajarilah ilmu dari "guru" yang "ahlinya"..
Kemudian, beramalah di dalam dalam kehidupan kamu..
wallahua'lam.

Selasa, 1 April 2014

SEJARAH 'APRIL FOOL'




Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga.
Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.
Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar.
Apabil mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya



apa-apa pun april fool adalah haram untuk disambut.. sekian



AKHLAK & SIFAT-SIFAT SEORANG PIMPINAN



 Dalam islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah organisasi atau persatuan. Gagal atau berjayanya sesebuah organisasi itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya pemimpin organisasi berkenaan. Firman Allah swt :



يدَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَـكَ خَلِيفَةً فِى الاٌّرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدُ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ الْحِسَابِ



Bermaksud, “Hai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Surah Shaad ayat 26.)



Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah yang mesti dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat RA ketika Abu Zar Al Ghaffari meminta jawatan, baginda SAW menjawab: " Wahai Abu Zar..sesungguhnya ini amanah, engkau amat lemah, apabila engkau tidak menunaikan haknya ia akan memberikan penghinaan kepadamu di akhirat nanti.." (maksud Hadis).



Tindakan Saidina Abu Bakar apabila mendepani kewafatan Rasulullah SAW, tindakan utama yang dilakukan oleh beliau sebelum menguruskan jenazah baginda SAW ialah bermesyuarat untuk memilih Khalifah sebagai pengganti Rasulullah SAW.



Sifar-sifat Seorang Pemimpin



1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong dan lain-lain.



2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya menganalisa pelbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Ia mestilah bukan seorang yang kerap lupa(pelupa) atau tertutup pemikirannya.



3. Mesti bersifat dan berakhlak lemah-lembut, berbelas kasihan dan mudah berurusan. Pimpinan akan terdedah kepada pelbagai ragam manusia. Oleh itu pimpinan perlu memudahkan urusan manusia lainnya dan jangan menjauhkan dan menjarakkan diri daripada pergaulan dengan masyarakat.



4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Alangkah bahayanya ke atas jamaah jika terdapat pimpinan yang penakut dan bertindak membuta tuli. Dasar keberanian ialah ketetapan hati dan kepercayaan terhadap Allah serta kosong hati dari sifat wahan, iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Keberanian yang dituntut ialah berterus terang dalam menyatakan kebenaran, menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan, dan berlapang dada.



5. Tawaddhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Kesombongan adalah penyakit yang menyebabkan hati tertutup untuk didekati. Inilah penyakit yang paling sukar diubati oleh pimpinan.



6. Menunaikan janji dan perjanjian. Akhlak ini adalah antara akhlak yang paling dituntut ke atas umat Islam secara umum dan bagi mereka yang bekerja dalam jamaah secara khusus. Akhlak ini akan mewujudkan suatu suasana kerja yang damai, penuh dengan kepercayaan, ketenangan dan kerjasama. Menunaikan janji adalah suatu tuntutan agama dan mengingkari janji akan memahatkannya sebagai calon ‘munafik’.



7. Sabar. Pimpinan adalah golongan yang paling banyak diuji dengan perkara kesabaran. Pimpinan perlulah golongan yang paling banyak bersabar di dalam menghadapi karenah ahli-ahli dalaman serta ancaman luaran. Kerana kesabaran pimpinan akan menjadi ukuran kepada anggota bawahan untuk terus cekal dan istiqamah dalam perjuangan.



8. Suci diri dan mulia. Antara ciri-ciri seorang pemimpin adalah orang yang mampu mengawal diri daripada mengikut tuntutan hawa nafsunya dan keseronokan dunia. Ia perlulah mampu mengawal diri dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh orang bawahannya.



9. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri.  Pemimpin perlu bersikap adil dan saksama. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya dan membuat keputusan dengan adil walaupun ia akan merugikan dirinya sendiri.



AKHLAK DAN ADAB SEORANG PENGIKUT

Di sini secara ringkas dibentangkan adab dan akhlak seorang pengikut:



1. Beriman dan rajin beribadah

2. Mengutamakan kepentingan jamaah lebih daripada dirinya dan memberikan komitmen sepenuhnya.

3. Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh jamaah.

4. Beriltizam dengan kefahaman yang betul dan menyeluruh terhadap Islam.

5. Menjadi orang yang setia(tidak khianat) dan amanah terhadap tugas yang diberikan.

6. Menguatkan diri dengan jihad di jalan Allah.

7. Melatih diri untuk berkorban di jalan Allah dengan diri, harta, masa dan tenaga.

8. Merasa hormat (thiqah) terhadap pimpinan dan sesama ahli yang lain serta merasa kasih sayang terhadap sesama ahli yang lain.

9. Sentiasa peka dengan suasana sekeliling.



Rujukan :

- Model Kerajaan Islam (Y.B Dato’ Haji Haron Taib)

-  Pra Syarat Kemenangan Kita ( Ustaz Hj Nasruddin Hassan At Tantawi)

-  Manhaj Daurah Tadribiyyah

- Jalan Da’wah : Antara Qiyadah dan Jundiyyah. Mustafa Masyhur. Dewan Pustakan Fajar.Shah Alam: 200

Khamis, 6 Mac 2014

Kisah Dzun Nun Al Masri



Pada suatu hari ada seorang putra bersama rombongannya lalu di hadeapan Dzun Nun Al Misri ketika ia berada di depan masjid. "Tak ada seorang pun yang lebih bodoh daripada orang lemah melawan yang kuat," kata Dzun Nun Al Misri.

"Apa maksud kata-kata itu ?" tanya sang pangeran.

"MANUSIA ITU LEMAH tapi dia suka melawan Allah Yang Maha Kuat." jawab Dzun Nun Al Misri.

Seketika pucat wajah putra, ia bangkit lalu pergi. Besoknya dia menemui Dzun Nun Al Misri. "Bagaimana caranya berjalan menuju Allah ?" tanya pangeran.

"Ada jalan kecil dan jalan yang besar." jawan Dzun Nun Al Misri. "Jika engkau menginginkan jalan yang kecil, lepaskanlah dunia dan tinggalkan perbuatan dosa. Dan jika engkau ingin jalan yang besar, tinggalkanlah segala sesuatu selain Allah, dan kosongkanlah hatimu dari segala sesuatu selain Dia."

"Kalau begitu aku pilih jalan yang besar saja." jawab sang pangeran.

HR. Ahmad : Wahai anak Adam ! Berdirilah kepada Ku, niscaya Aku berjalan kepadamu. Dan berjalankan kepada Ku dan Aku (Allah) niscaya berlari kepadamu."

Dari buku "DIALOG SUARA HATI" oleh Hamim Thohari




Rabu, 26 Februari 2014

tahun sibuk 2014



Salam sahabat blogwalking yang aku rindu, maaf la kalau aku dah lama tak update entri baru. Rasanya boleh bilang berapa saja entri aku dalam tahun ni. Itu pun yang ada mujur aku dah sediakan awal-awal entri yang aku simpan dalam draf, cuma menunggu untuk di publishkan pada kawan2 blogwalking semua... sorry ehh

Masuk tahun 2014 sememangnya tahun meletihkan bagi aku, bekerja dan dalam masa yang sama aku belajar. Kiranya memang banyak tanggungjawab aku, tanggungjawab dengan mak ayah, dengan keja, dengan belajar, dengan aktiviti perawat, dengan NGO, dengan kawan-kawan..... kekadang aku rasa dah macam YB dah aku ni sebab tak lekat kat rumah, hahahaha just joking ok


ada beberapa tawaran kerja sambilan yang aku terpaksa tolak termasuklah ada jemputan menjadi refree netball dekat sekolah lama aku. Diorang sebenarnya nak ambil aku jadi coach budak2 tu tapi aku lah masalahnya yang tak dapat nak bagi komitmen. well tahu sajalah aku busy


Disaat ini aku mula merasakan bertapa aku bersyukurnya fizikal aku yang sedikit berisi dan sihat dapat membolehkan aku bertahan daripada dapat serangan penyakit akibat terlalu lama bekerja... weiii aku dah naik kilo 60+++++ kot hahahaha.... tapi tetap alhamdulillah even berisi tapi aku sihat. daripada kurus tapi sakit tak guna jugak kan,...... aku tak gemokk ok, nabi tak suka umatnya gemuk sebab gemuk tandanya malas...

Dalam masa yang sama dimana-mana sahaja jika berpeluang akan aku jadikan masa itu sebagai peluang aku untuk berdakwah.  Contohnya peristiwa kelmarin, ada seorang budak perempuan ini yang attitudenya sememangnya menyakitkan hati. Bila bercakap memang ayatnya tersangatlah tajam. Setelah perhimpunan pagi selesai kami pun berhinjak masuk ke dalam bengkel. Aku pegang belakangnya bertentangan dengan hatinya dan aku minta supaya dia duduk. Dia seolah-olah takut, lalu aku backan surah toha ayat 1 sehingga 5 lalu aku hembuskan ke telinganya. Sejurus itu dia merasakan ada ketaran didadanya... mungkin kesan mukjizat alquran menjurus masuk ke dalam dadanya. wallahua'lam 

Surah toha ayat 1 sehingga 5 adalah ayat pelembut hati. Sebagaimana yang berlaku pada saidina umar setelah mendengar ayat tersebut lalu dia beriman dan mengucapkan syahadah dihadapan baginda nabi muhamad s.a.w.  Aku doakan supaya hatinya menjadi lembut dan tak mudah marah-marah.

satu lagi peristiwa dimana pengurus meminta aku secara peribadi supaya meminta meruqyahkan air supaya dijadikan air penerang hati. Aku agak sedikit terkejut kerana tak pernah menjangkakan penerimaan sebegitu. So aku fikir ini juga jalan dakwah aku. lalu aku ruqyahkan dan aku katakan, bukan atas tangan saya atau air ini yang menyembuhkan sakit tapi allah yang memberikan kesembuhan. Air ini hanyalah alat, tanpa air seseorang itu juga boleh sembuh namun ianya sebagai satu bentuk ikhtiar dan kuasa penyembuhan itu hanyalah daripada allah. Air yang telah dirugyahkan molekulnya baik, dan kepada si peminumnya air itu akan membentuk peribadi selaras dengan apa yang dioakan didalam air tersebut.... air adalah satu makhluk allah yang hidup 


Ada juga kawan-kawan aku yang meminta pandangan aku tentang sesuatu perkara yang mereka musykilkan melibatkan hukum halal dan haram.... aku ni tak la pandai sangat tapi alhamdulillah ilmu yang aku perolehi sepanjang aku belajar di sekolah menengah agama dapat aku gunakan sepenuhnya


subhanallah, aku terasa amat dihargai oleh orang sekeliling aku....











Selasa, 18 Februari 2014

beriman bukan sekadar dimulut tapi iman itu wujud dalam hatinya




orang yang bila bercakap kesemuanya menjurus kepada hari kiamat hatinya lain,.. hatinya takkan sama dengan hati-hati manusia biasa, orang yang macam ni hatinya bersih dan yang dicarinya hanya redha allah. bercakap sahaja membuatkan jiwa yang mendengarkan itu ketar...

sebut saja beriman kepada allah, semua org akan bercakap "aku beriman kepada allah" tapi sejauhmana perkataan itu mampu diterjemahkan dalam hati?? siapa yang dalam hatinya tauhid cukup kuat pada allah..?? persoalan itu hanya allah sahaja yg tahu tapi manusia lain boleh mengecam melalui baiknya akhlak orang itu...

bercakap saja 'aku beriman dengan allah',.. tapi bila urusan rezeki kadang2 masih tak yakin pada allah.. orang yang kaya adalah orang yang berasa cukup dalam hatinya walaupun org lain memandangnya miskin. bila bersih hati, jiwanya akan jadi qanaah...

orang yang sebegini bila tidak mendapatkan sesuatu maka tidak pula ia kecewa dan tidak pula meratap namun jika dia mendapatkan sesuatu maka dia merasakan gusar..

bercakap sahaja boleh tapi bila nak melakkukannya itu yang payah, orang yang hebat tauhidnya pada allah orang itu merasakan dirinya rendah, dia sedar siapa dirinya, dia kenal benar siapa dirinya, dia sedar martabat dirinya setara mana. tak pernah pula dia menganggap dirinya mulia tapi merasa dirinya dimuliakan kerana allah yang menutup aibnya....

apa guna kerja yang kita buat jika perbuatan itu tiada nilai disisi allah, kita datang daripada allah dan akhirnya kita kembali ke sisi allah... buatlah kerja apa2 pun yang paling penting kita cari redha allah... orang ini selalu menjadi bicara buah mulut dan terkenal dalam kalangan penduduk langit..

nafsu dan ego itu perlu ada cumanya jangan melampau dan jangan sampai berahi sangat dengan dunia, dunia tak menjanjikan apa2, akhirat juga yang pasti

psikologi manusia ni dia suka pada ganjaran, buat solat tahajud malam akan diberi ganjaran syurga, tapi bagi orang ini dia beramal kerana cintanya pada allah dan bukan nampak pada ganjaran pahala. bukan bermaksud tidak boleh beramal kerana ganjaran pahala tapi hati orang ini lain. apa yang dia buat yang dia nmpak hanya allah semata-mata, rindunya tak mampu ditafsirkan dengan kata2. hatinya kuat pada allah... disisi allah martabatnya cukup tinggi

benar hidayah itu milik allah, tapi hidayah itu juga perlu dicari. yakinlah dengan allah dengan sejazam-jazamnya secara 100% ...... siapa yang tak pernah berniat didalam hatinya untuk mati syahid maka matilah dia dalam keadaan jahiliah, waallahua'lam

"ya allah sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri, jika bukan kerana rahmat engkau ya allah maka jatuhlah kami kedalam golongan manusia-manusia yang rugi"

semoga kita dapat minum air daripada telaga kausar yang dapat menghilangkan dahaga selamanya, dan air itu diceduk menggunakan tangan mulia junjungan baginda nabi muhammad s.a.w.... ameenn













Memori pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...