Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku'
Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bukanlah dari golongan senang. Kami miskin tapi tidaklah sampai melarat. masih boleh makan. Sehari mak akan masak nasi dan lauk tengah hari, dan lauk itulah yang kami akan makan sehingga malam. Masa kecilku aku tak pernah dapat permainan. seingat aku tak pernah ada patung atau apa saja mainan yang dibeli di kedai. mainan aku macam budak lelaki. Kami berlari di bendang, kami main wau, kami main tempurung kelapa. Bila diingat kembali lucu rasanya. Masih aku ingat semasa umur aku 3 tahun, aku, enun dan tehah main masak-masak dalam tempurung nyoq. Aku ambik tempurung tu pastu letak atas batu yang kami susun tiga. Masa tu ada telur ayam kampung baru ja lepas bertelur. Aku cari daun kering dan kayu ranting, aku kemudian cari guris api utk cucuh api dan pecahkan telur. Lepas beberapa minit telur tu pon jadi beku dan keras. Itulah pertama kalinya aku memasak. Masa tu tak tahu lagi kena letak minyak. Ya itulah kali pertama aku memasak.... mainan masak-masak kali masa kecil.
Tempat yang selalu jadi port operasi kami tu ada dua. satu belakang rumah, dekat pokok buluh runcing tok nab. Satu lagi depan rumah sebelah poko belimbing bintang. Pokok belimbing tu jarang berbuah. Bila dia berbuah terus jadi buruk sebab kena tebuk dengan ulat. sebelah pokok buluh tu ada pokok lawa. Daun pokok tu macam daun pokok nyoq tapi jenis kecik.
Aku duduk rumah tok nab sejak lahir. Tehah duk di jalan lot. Masa kecik aku selalu tidur rumah mak teh bariah. Mak teh ni garang dengan anak-anak. Bab sembahyang memang dia garang dengan anak-anak. Tu yang sepupu aku jadi tak tinggai sembahyang sejak kecik. Aku kalau tidoq rumah mak teh wajib bangun sembahyang subuh. Aku pernah dengaq mak cerita, mak teh bariah satu hari pernah baling baju depa ni atas jalan sebab depa tak lipat baju... uishh ganas. Rumah mak teh sentiasa kemas. Arwah mak pernah cakap yang masa kecik depa dulu ni, arwah tok yam (tok maryam) selalu bagi kerja kat mak teh bariah ni kemas rumah dan pada arwah mak ni buat masak makan. Jadi sebab tu lah mak suka memasak dan mak teh bariah suka berkemas.
Moral yang aku dapat melalui mereka, tak kenal maka tak tahu. Kadang-kadang sesuatu perkara itu hendaklah kita alami sendiri barulah kita akan mengetahuinya. Itulah sebesar pengetahuan melalui pengalaman.