Selasa, 2 September 2014

kenapa hati menjadi keras??





Dalam satu hadis RasuluLLAH s.aw. yang mulia, Baginda ada menyebut kepada kita,,
“Kurangkanlah kita daripada bercakap selain daripada berzikir kepada ALLAH SubahaanaLLAhu Ta’ala, kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras”,
Dan di hujungnya hadis tu NAbi S.AW sambung,
“Dan orang yang paling jauh daripada ALLAH, adalah orang yang hatinya keras…”

  Teman-teman yang dikasihi sekalian, dalam kehidupan kita, kita sebagai seorang ibu, ayah, bos, majikan, pekerja, rakan sekerja, kita tak lari daripada bercakap, tapi persoalannya, kita nak muhasabah diri kita hari ini, kita cakap…. cakap kita itu mengingati ALLAH atau tidak? Bukan kata kita kena berzikir 24 jam, kalau boleh buat begitu bagus, alhamduliLLAH, tapi kita manusia biasa, kita kena sedar, kita manusia biasa kita tak mampu buat begitu… jadi, apa yang kita boleh buat, ialah kita cakap seperti biasa.

   Tapi macam mana percakapan biasa kita itu, nak dijadikan zikir mengingati ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala. Contoh yang mudah, kita berbual, kita bersembang, ada tak, kita mengaitkan perbualan kita dengan ALLAH SubhaanaLLAHu Ta’ala? Kita mengatakan,

“AlhamduliLLAH kita berjaya buat, syukur… AlhamduliLLAH,  ALLAH telah memudahkan segala urusan kita, masyaALLAH.”

Itu adalah salah satu kalimah zikir. Teman-teman, dalam perbualan kita mengenai makanan contohnya,

MasyaALLAH sungguh sedap makanan ini. ALLAH bagi kita dapat rasa makanan ini..

Tapi persoalan kita hari ini, nak muhasabah… kita cakap dengan kawan, cakap dengan majikan, cakap dengan mak ayah, adik beradik… ada tak kita selit perkara-perkara yang mengingatkan kita kepada ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala. Dan andai kata kalau kita bercakap benda yang sia-sia, saya berpesan kepada diri saya, saya pesan kepada saudara-saudara saya, kalau kita bercakap dengan percakapan kita dan kita yakin kita ni banyak cakap, banyak gelak yang sia-sia… ingat, ini nabi passport clear yg nabi bagi kita berpotensi menjadi orang yang hati keras.


   Persoalannya kalau nabi tak kata apa-apa tentang hati keras, tidak apa.. Tapi Nabi kata, di akhirat nanti  orang yang paling jauh dari ALLAH adalah orang yang hatinya keras… itulah yang paling saya takut untuk diri saya dan kita semua.. Saya lagi banyak bercakap, hari-hari saya bercakap dan berjumpa dengan ramai orang… Tapi saya tak tahu samada percakapan ini bermanafaat atau tidak, tapi saya berharap agar ALLAH menjadikan percakapan saya ini sebagai satu kebajikan….


Dalam cakap kita yang kita sampaikan, cuba elakkan daripada gosip, cuba elakkan daripada mengumpat, mengata, semua ini akan menbuatkan hati keras, dan orang hati keras, orang itu paling jauh dengan ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala…. Sedangkan kita sentiasa mengharapkan ALLAH sentiasa dekat dengan kita, untuk kita doa supaya ALLAH dengar, ibu ayah nak doa untuk anak, supaya anak berjaya, anak doa agar ibu sentiasa dijaga oleha ALLAH Ta’ala dalam kesihatan dan iman, suami nak doa untuk kebahagiaan keluarga, majikan nak doa untuk kesejahteraan perniagaannya…       Jadi semua orang perlukan doa, jadi kita mengharapkan ALLAH dekat dengan kita. Tapi macam mana ALLAH nak dekat dengan kita dalam keadaan hati kita keras, kategori orang yang dekat dengan ALLAH itu tiada.....


Cuba kita renung sekejap. Tanya diri kita macam nak buat biar percakapan kita menjadi satu zikir yang sentiasa mengingati ALLAH SubahaanaLLAH Ta’ala? Mulut kita mengeluarkan kata-kata, dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak, telinga kita mendengar kata-kata kita, dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak… dan semua itu akan menjadi saksi dalam keadaan mengatakan kepada ALLAH, andai kata kita banyak bercakap yang sia-sia "orang ni banyak bercakap duhai allah, orang ini dia jauh darimu wahai allah"….

Adakah kita termasuk dalam golongan hati keras itu? Kita sama-sama muhasabah diri… Moga ALLAH lembutkan hati-hati kita semua… Ameen, Moga kita sentiasa dekat dengan ALLAH. Moga ALLAH meredhai kita semua. Ameen




kuliah ustaz don daniyal 


Ada dua mata yang tak menangis diakhirat



1.mata yang berjaga dijalan Allah
2. mata yang menangis kerana takut kepada Allah.

Tanda hati seseorang itu keras adalah susahnya nak menangis.
Kalau barang yang disukainya hilang, menangis.
menangis sebab hatinya terbegantungan kepada benda-benda meterial.

Ciri Orang yang beriman itu hanya Allah tempat bergantungannya.
Ketawalah kamu didunia ini sedikit, dan banyakkanlah menangis.
Orang yang kurang ketawa, hatinya lembut mudah menangis.
Orang yg banyak ketawa itu hatinya keras, susah nak menangis.

Ulama' membahagikan akhirat kpd dua.
Ada hari akhirat kecil, ada hari akhirat yg besar.
Yg kecil adalah mengikut individu, yang besar semua sekali termasuk semua alam.
Yg kecil adalah ajal, yang besar Hari Kiamat.

oleh: Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...