Selasa, 17 Jun 2014

kesultanan melayu dan sistem monorki


Ganti demokrasi ialah kesultanan (monarki) dan itu tidak dapat kita nafikan. Sebab itu British sanggup datang dari kejauhan menyambung legasi rakan sekutu mereka. Adakala nampak mereka itu macam seteru tetapi mereka tetap bersekongkol dalam memisahkan Islam dari sistem pengaturannya yang sempurna.

Dari tahun 1511 kita dijajah oleh Portugis lalu 1614-1825 berganti tangan kepada Belanda lalu bertukar pula kepada British. Wilayah Kesultanan Melaka asalny adalah satu wilayah yang sangat gagah dan luas kekuasaannya, dari Selatan Filipina sehingga ke Lautan Hindi. Empayar Kesultanan Islam Melaka menjadi tulang belakang kepada kemasyhuran kerajaan kekhalifahan yang pada ketika itu baru beralih paksi dari Mesir ke Turki Ottoman. Dari mana unsur kekuatan itu? tentunya dari sistem beraja yang asli dan Islamik.

Kemaraan musuh Islam di Timur Tengah dan wilayah-wilayah di Eropah mula dilemahkan dengan nasionalisme yang mempromosikan kemerdekaan sehingga wilayah Islam terpecah dari satu pengaturan khalifah menjadi apa yang digelar ‘merdeka’. Kemerdekaan itu ditiupkan kepada wilayah-wilayah Islam yang mengecil dan berselerak agar Islam kurang kuat jadinya.



RAHSIA SEJARAH

Bertahun-tahun kami mengkaji dan meneliti. Bukan untuk mendapat harta, pangkat atau sebarang imbuhan diri. Bukan juga untuk mendapatkan degree maupun PhD. Kami gali semua rahsia ini untuk mencari di mana sebenarnya punca kejatuhan umat ini. Anak cucu yang bakal ditinggalkan harus tahu ke mana haluan harus dituju.

Semua misi menjatuhkan Islam tidak akan terlaksana sekiranya “Abang Besar” yang menjadi hub Tamadun Islam Nusantara iaitu Melaka beraja itu tidak dilumpuhkan. Maka 5 kuasa besar dunia iaitu Portugis, Perancis, Belanda, Sepanyol, British semua digembeling untuk menekan Melaka (Nusantara) agar tidak lagi mampu bangkit melawan semula kejatuhan Islam di Timur Tengah yang juga mereka taja.

Pelayaran melalui pesisiran untuk ke Tanah Khalifah sudah tidak mungkin berlaku kerana Syarikat Belanda dan Syarikat Hindia Timur Inggeris telah berjaya bertapak menjadi GATE KEEPER di laluan utama untuk memintas sebarang kebangkitan membela empayar Ottoman jika ia dijatuhkan.

Sejarah di sekolah tidak selengkap jika kita dapati dari buku-buku catatan penjajah juga. Sejarah itu hanya kita pelajari untuk menduduki peperiksaan dan bukan untuk kita kenal jatidiri kita sebenar. Kuasa besar yang bersekutu itu telah melumpuhkan 'pembela utama Islam' yang kemudian berjaya mereka robohkan dengan penawanan Kota Melaka.

JIKA ROBOH KOTA MELAKA, PAPAN DI JAWA 'KAMI' DIRIKAN.

Memang benar, inilah sirah Nusantara yang menuntut penyatuan, secara 'kami', bukan AKU. Dari kejatuhan Melaka sebagai pusat ketamadunan Islam Nusantara, ia telah berpindah ke Demak di Tanah Jawa. Akhirnya, Islam terus dilemahkan dengan pengutusan seorang Mubaligh dari Laden University Belanda, bernama Snauck Hurgronje atau mulia dengan panggilan Kiyai (palsu) Haji Abdul Ghafur.

Beliau telah berjaya memikat hati penguasa Islam ketika itu sehingga dirinya (yang bukan Islam) dilantik menjadi mufti. Metodologinya mudah,mereka PISAHKAN ISLAM DENGAN SAINS kerana jika kedua duanya bersatu maka majulah Islam dan mereka tidak akan dapat menaklukinya. Umat Islam disogok sampai percaya kepada perkara tahyul dan hanya menghitung-hitung pahala semata-mata.

Kerana itu, amal sudah bukan lagi untuk mencari mardothillah tetapi untuk mengambarkan bilangan pahala virtual untuk dibawa ‘pulang’ selepas mati nanti. Islam ketika itu berjaya dibawa hanya gemilang RITUALNYA di masjid dan surau tetapi tidak secara sains AKTUALnya, samada teologi, ekonomi, sosiologi maupun teknologi.

Ujian akhir kepada Islam ketika itu ialah dengan mengeluarkan fatwa bodoh iaitu “tanam terung boleh masuk syurga”. Itu juga diikuti buta-buta oleh orang Islam yang tertipu ketika itu akibat taksub, mengikuti doktrin berdasarkan PARAS dan PERSONALITI penyampainya saja. Menggunung terung di buangan sampah kerana terung ditanam untuk dapat pahala, untuk masuk syurga, bukan untuk dimakan. Itu satu kejayaan Snauck. Misinya berjaya lalu beliau pulang semula ke negara asal sebagai seorang mubaligh Kristien semula.

Hari ini juga berlaku, pantang berjubah dan berjanggut serta bertanda sujud di dahi, sudah dipanggil ustaz, apatah lagi yang suara sedap dan pandai melawak dan menyanyi. Apa sahaja yang dikatakan semuanya diterima sebagai betul, tanpa merujuk Quran dan hadis lagi.

Islam jadi rendah pada hari ini kerana semuanya sekadar memikirkan magik semata-mata. Kita tidak fikir yang Nabi Muhammad SAW juga cedera parah semasa berdakwah atau pertempuran perang. Tiada magik seperti yang berlaku seperti hari ini. Dalam perang pun ada siasahnya, jika diukur tidak sesuai kekuatannya Allah perintah kita berundur dahulu. Nabi SAW berhempas pulas menegakkan agama, berhabis harta, tenaga dan jiwa. Bukan sekadar BILANG TASBIH, nyanyi-nyanyi dan ceramah politik sahaja.

Hari ini, umat Islam boleh sengaja merempuh kereta kebal lengkap bersenjata api. Terasa kuat dan berani dengan melaungkan “Allahuakhbar” lalu digilis dengan kereta kebal itu atau dibedil. Mati lagi dan lagi orang Islam yang mengharapkan magik semata. Walhal kuasa Allah itu wujud setelah kita lakukan yang terbaik. Jika sekadar mengharap kuasa Allah, nanti orang Islam bakal jadi tuan, dan Allah pula menjadi orang suruhan manusia (nauzubillah).

KESULTANAN DIGANTI DEMOKRASI

Kekhalifahan Islam mewariskan monarki yang perlantikan Maliknya (raja) adalah melalui syuro ulamak. Ulamak mereka pula bukan macam ulamak sekarang di mana satu orang individu sudah boleh jadi ulamak dan sibuk mengeluarkan fatwa. Ulamak itu sendiri bermaksud “orang-orang alim” yang bermajlis. Ia satu kata PLURAL (jamak) dan bukan singular.

Ulamak dahulu terdiri dari ORANG-ORANG ALIM. Siapa itu orang-orang alim? Alim itu BERILMU dan orang-orang alim itu mudahnya ialah PAKAR-PAKAR. Jemaah pakar dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, perniagaan, politik, sosiologi, pelayaran, pertahanan, perubatan dan macam-macam lagi akan mengadakan syuro bagi memilih dan menasihati Malik (Sultan).

Sultan itu pula akan membawa suara syuro sebagai pemutus dan bukan diktator. Ingat semula sejarah. Mengapa sewaktu British datang campurtangan di Tanah Melayu, perkara pertama mereka serang ialah INSTITUSI BERAJA? Kerana mereka tahu di situ ada KUNCI kekuatan JEMAAH ULAMAK mereka yang dibawa oleh Sultan.

Akhirnya penyelewengan dan huru hara sengaja dicetus dan ditaja. Kemudian mereka datang sebagai pendamai lalu melantik diri menjadi RESIDEN BRITISH yang menasihati raja dan nasihat itu WAJIB dipatuhi. Raja mula menjadi boneka British apabila kuasanya dihadkan kepada Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu sahaja. Residen British juga berjaya mengambil alih fungsi majlis syuro yang mengatur raja menjadi majlis residensi.

Itulah permulaan Raja yang hilang kuasa, sekadar menjadi perlambangan ketuanan Melayu dan mengurus ritual agama sahaja. Itupun, pada hari ini ada perjuangan politik yang mahu memansuhkan satu-satunya lambang yang tinggal tanpa kajian mendalam. Seperti sebuah kereta mercedes yang kini hanya tinggal lambangnya sahaja sedang keretanya semua sudah tidak lagi berfungsi.

Scenario itu telah sekian lama menyerap ke dalam amalan kita sampai kini kita sudah tidak tahu lagi di mana puncanya. Golongan muda yang tidak berpeluang mengenali sejarah lebih teruk lagi. Itulah mereka yang beraksi sebagai keyboard warrior, yang telah hilang akhlak dan tatasusila kerana mereka hanya belajar melalui skrin komputer dan alam maya. Apa itu disiplin TALAQQI sudah tidak mereka ketahui.



Generasi ini telah dirosakkan melalui sistem pendidikan yang ditaja dengan jayanya melalui prinsip demokrasi sehingga hilang jatidiri. Mereka ada kalanya jadi brutal dan amat kurang ajar sekali. Ilmu boleh mereka dapat, namun keberkatannya tiada. Mereka jadi pemberontak dan mudah hilang pertimbangan. Api kemarahannya amat mudah menyala.

Sedarlah wahai bangsa Malaysia, khususnya umat Islam semua. Demokrasi telah menjadikan kita menjadi liar berhujjah dan hilang jatidiri. Ia menaja penubuhan parti dan perpecahan (part), menyemarakkan ketaksuban, api kemarahan dan menggalakkan rasuah serta salahguna kuasa.

Kemudian demokrasi dan penajanya akan datang dan menjadi pengadil. Kita buat provokasi sehingga berlaku perbalahan, kemudian kita kata sana zalim, sini jahat. Kita taja perpecahan dan kita seru penyatuan. Kita hulur rasuah lalu kita kata mereka pecah amanah. Kita beri wanita, kita rakam dan kita dedahkan untuk mengatakan mereka kaki seks. Kita suruh orang berpuasa, tapi atas dasar demokrasi kita sendiri mengaut laba dan membazir dana. Begitulah 1001 macam tajaan demokrasi yang merosakkan.

SISTEM ISLAM MEMERLUKAN FUNGSI MONARKI - MELAYU TIDAK HILANG, CINA/INDIA TIDAK RUGI

Pengembalian FUNGSI dari Sistem Beraja yang 'sebenar' sudah mula terbit. Raja-raja muda yang menaiki takhta menggantikan generasi bapa-bapa mereka sebelum ini kelihatan agak agresif, terpelajar dan berprinsip. Kita sudah nampak beberapa istana negeri yang tiba-tiba tegas berdiri menentukan siapa Memanda Menteri Besar negeri pilihannya. Contoh ini telah berlaku di Terengganu, Perak dan Perlis.

Sultan Kelantan contohnya, juga berjaya meniupkan satu revolusi raja yang disenangi rakyat dengan sifatnya yang merendah diri dan bergaul ke peringkat tanah dan lumpur. Tuanku Sultan Dr. Nazrin Shah juga satu ikon yang sebelum ini berani menyatakan pendangan politik beliau menyokong yang benar dan menolak yang tidak. Kini Sultan Johor pula bangkit untuk menuntut kembali hak Pulau Batu Putih. Ketegasan Sultan Brunei sudah sememangnya jelas di mata.

Ya memang ada kelemahan sebelumnya, namun mereka juga manusia yang perlu ISLAH, perlu dididik, dibimbing dan dibina. Kami lihat itu semua dari sudut positif. Sultan yang dahulu hilang kuasa eksekutif mula menunjukkan yang mereka juga berkeinginan untuk turut sama dalam membangunkan agama dan negara, bukan sekadar ritual sahaja. Mereka juga manusia yang berpendidikan dan mempunyai pendedahan yang luas dan menginginkan kekuasaan Islam itu bertapak semula.

Revolusi itu semakin ketara sekarang, iaitu kebangkitan raja-raja untuk kembali kepada sistem monarki tulen bertonggakkan masjlis syuro ulamak yang ikhlas dan berwibawa. Itu akan mampu jadi pengganti kepada demokrasi yang mem’parti’kan manusia atau mudahnya memecahkan manusia untuk tidak bersatu. Itu BUKAN ISLAM kerana Islam adalah agama penyatuan. UMMATUN WAHIDAH.

Kita sedih bila dimomokkan dengan perangai raja-raja yang berpoya-poya dan menghabiskan wang negara. Dahulu hanya bukan Islam sahaja yang suka mengutuk raja, itupun secara curi-curi. Sekarang ia lantang dilaungkan oleh umat Melayu Islam sendiri secara terbuka. Kita semua lupa, Sistem Demokrasi hanya meletakkan mereka menjadi lambang tanpa portfolio pentadbiran. Siapapun di tempat itu akan merasa bosan tanpa kuasa eksekutif untuk merubah landskap dunia yang memeningkan hari ini.

Kembalikan monarki tulen, bukan lagi dengan sistem residen British, tetapi dengan majlis syuro yang mampu melantik, menasihat dan melucutkan kuasa raja. Kuasa itu ialah KUASA JEMAAH. Semuanya terkawal, terpantau dan adil.

Ingat semula, selepas British berjaya tukarkan majlis syuro kepada sistem residen. Kemudian mereka tinggalkan kita untuk tidak kembali kepada monarki bersama syuro ulamak ini. Mereka INSTALL kepada kita DEMOKRASI. Kemerdekaan diberi setelah mereka lihat pemimpin kita sudah lunak dengannya dan sanggup mengikut telunjuk mereka. Bukan kerana kita telah bebas untuk menentukan sistem pentadbiran kita sendiri. Demokrasi tidak mungkin akan menyatukan manusia...tidak mungkin sama sekali.

KESIMPULAN

Mana mungkin budaya DEBAT yang saling mencari kesalahan itu lebih baik dari kemurnian SYURO yang bertujuan untuk mencari penyelesaian dan penyatuan pendapat. Sama-sama kita fikirkan.

Kami dapat lihat bayangan kebangkitan Raja-raja yang bakal mengembalikan kekuasaan Islam dengan Raja yang adil kerana perjalanannya dibentuk oleh Syuro Ulamak yang tiada kepentingan dan agenda peribadi selain agenda Islam itu sendiri.

Jangan risau wahai saudara kami yang bukan Islam. Sejarah membuktikan bahawa sistem kerajaan Islam sangat membela dan memberi keselesaan hidup kepada mereka yang bukan Islam juga. Ini berbeza dengan negara bersistem selain Islam yang menganak-tirikan agama-agama selainnya. Islam itu bermakna sejahtera (salam) dan pasti kalian juga mahukan kesejahteraan melalui kesyumulan pemerintahan Islam yang sebenar.

Islam untuk umat dunia – jadi jangan khuatir ia akan rasis.
Islam itu adil dan menentang asobbiyah (puak-puak) – jangan takut tertindas.
Islam mematlamatkan perpaduan – hanya dengan penyatuan sahaja kita akan jadi kuat dan mampu hidup bekerjasama, saling tolong menolong dan berkasih sayang. Yang bukan Islam tidak sesekali akan dipaksa beragama dengannya.


Daulat Tuanku
WARGA PRIHATIN

P/S: BEBERAPA ARTIKEL SEBAGAI RUJUKAN TAMBAHAN





Jumaat, 13 Jun 2014

12 kaum yang dibinasakan Allah SWT




1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh. (Surah Al-Ankabut: 14)

2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa. (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13)

3. Kaum Nabi Salleh
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka. (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12)

4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri. (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12)

5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44)

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14)

6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir. (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92)

7. Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina. (Surah Al-A’raaf: 163)

8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.

Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (adapula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah. (Surah Alfurqan: 38 dan Qaf ayat 12)

9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT. (Surah Alburuuj: 4-9)

10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras. (Surah Yaasiin: 13)

11. Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air. (Surah Addukhan: 37)

12. Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Surah Saba: 15-19)

* Sumber dari  selasihhijau.blogspot.com






Jumaat, 6 Jun 2014

bila mak dah buka mulut



susah betul nak cakap dan tak tahu nak cerita macam mana... mak mula bertanya, sama ada dah ada pilihan hati, alahai mak soklan cepumas tu... bukan mak saja yang sibuk bertanyakan soalan tu bahkan kekawan pun asyik tanya... asma bila nak kawen? kak asma tak nak kawen ka? kak asma ada orang suka kat kak asma.... ishh aku direct termenung dan tak tahu nk bagi jawapan apa bila disoal akan benda ni.... lekk arr aku  baru 23 kot.... susah nak cakap, kalau orang cakap aku memilih tu hakikatnya memang kita kena memilih yang paling sesuai... mana bole tangkap muatkan sebab ni melibatkan masa depan dan kebahagiaan....

sebenarnya......
semua lelaki orang boleh jadi iman,
semua lelaki boleh jadi penghafal al-quran,
semua lelaki boleh jadi pembaca al-quran yang bagus,
semua lelaki ada potensi untuk beri nafkah pada isteri,
tapi bukan semua lelaki ada softskill untuk jadi suami yang baik, masalahnya tentang 'AKHLAK'... bukan semua lelaki boleh jaga AKHLAK, bukan semua lelaki bijak ambil hati isteri, bukan semua lelaki boleh berakhlak dengan manusia lain selain dirinya, bukan semua lelaki boleh kuasai komunikasi bersama, bukan semua lelaki boleh terima kekurangan atau kelebihan isteri dan yang paling penting suami yang redha, serta yang betul-betul faham apa itu tauhid dalam jiwa dia..

macam mana nak cerita ehh..??? aku bukan minta seseorang yang berperwatakkan ustaz tapi kalau boleh yang biasa-biasa saja pun dah ok macam ayah.... ayah bukan ustaz tapi ayah sayang kami semua, sebolehnya nak seseorang yang macam ayah..... tak kerja besar pun tak apa janji dia bertanggungjawab

minta tolong pada allah saja, kerana DIA lebih tahu isi hati manusia..


*bila orang tua dah mula buka mulut... gena nak lari nii??
"lek lu mak, ceq mana boleh langkah bendul".. 'boleh jawab gitu?? -_-

masalah arrr.... pening arr :3

masalah betul la bila kita suka orang tu tapi dia tak suka kita, pastu orang yang kita tak suka pulak yang suka kita adoiii.... sebenarnya kalau dah jodoh tu 2 hati ini bila bertemu akan timbul satu perasaan yang lain dan tak sama bila bersama dengan orang lain.... bagi aku bila hatiku dah berbicara bahawa itu dirinya maka itulah jodoh ku

masalah arrr.... pening arr :3




Ahad, 1 Jun 2014

buka matamu.... maka kamu akan melihat keajaiban



Salam sahabat yang aku kasihi kerana allah....
mari melihat disekeliling kamu dah fikirkan....




Lihat sekeliling dirimu 
Tidak bisakah kamu melihat keajaiban disekeliling kamu 
Penyebaran dan aturan yang sangat sempurna
Awan di langit tergantung mengambang putih tanpa wujudnya tiang
Langit yang jelas dan biru tanpa cemaran 
Planet berjalan mengelilingi orbit tanpa berlanggar diantara satu sama lain,
Bulan dan matahari terbit dan tenggelam mengikut masa yang ditetapkan
Sangat harmoni dan sempurna sekali semua ciptaan....


Mari kita mulai pertanyaan dalam diri kita 
Adakah bukti ini tidak cukup bagi kita?? 
Atau kita begitu buta 
Untuk menolak semua keajaiban ini .. 

TIDAK....

Kita cuma perlu 
Membuka MATA, HATI dan FIKIRAN 
Berfikirlah setelah melihat tanda-tanda kekuasaan... 
Kita tidak boleh terus bersembunyi dari kebenaran....

(Katakan itu semua milik Allah..) 


Tidakkah kamu terfikir bagaimana kejadian manusia??
Bagaimana boleh terjadinya percantuman dua air mani manusia yang berbeza jantina
lalu disenyawakan dan ditiupkan ruh, 
lalu ia membesar dan mengembang fizikal janin dalam rahim ibu hari-demi hari....


Ketika bayi lahir 
Mereka sangat tidak berdaya dan lemah
tapi tidakkah kamu terfikir...
siapa yang mengajarkan mereka bagaimana untuk memberitahu ibu ketika mereka lapar?? 
Dan kau mengamati mereka membesar hari demi hari....

Jadi mengapa masih menolak?? 
Segala keajaiban yang berlaku di depan mata anda 
Keajaiban terbesar dalam hidup .. 

Cuba perhatikan gerak perjalanan darah.... bagaimana ia berlaku???
tidakkah kamu terfikir bagaimanakah otak mampu memberi isyarat kepada jantung untuk 
mengepam darah..... 
Siapakah yang mengarahkan mereka untuk bergerak sendiri??
Perhatikan bagaimana pergerakkan atom... tidakkah mereka bergerak ikut arah lawan jam
sebagaimana tawaf??


Tanyakan diri kamu adakah ianya terjadi secara sia-sia??

KATAKAN TIDAK.....


Kemudian.....
Lihat pula dalam diri kamu, 
Seperti ada sebuah pengaturan yang sempurna 
Ianya bersembunyi di dalam dirimu 
Ia  berjalan di nadimu...

JELASKAN....
Bagaimana datangnya perasaa cinta, kemarahan dan kesakian.....?? 
Dan semua perasaan yang anda rasai 
Bolehkah anda menyentuh mereka dengan tangan anda? 
Jadi, apakah mereka benar-benar ada?
Jika ia ada, lantas dimana ia berada??

Jika kamu letakkan tangan didadamu dan kamu katakan disitu perasaanmu
Lalu ketahuilah itu dadamu dan bukan perasaan kamu....
Tidakkah kamu perasan akan keajaiban itu????
Lalu  nikmat yang mana kamu mahu dustakan??


 Mari kita mulai pertanyaan dalam diri kita 
Adakah bukti ini tidak cukup bagi kita?? 
Atau kita begitu buta...????
Untuk menolak semua kebenaran akan keajaiban ini .. 

TIDAK....

Kita cuma perlu 
Membuka MATA, HATI dan FIKIRAN 
berfikirlah setelah melihat tanda-tanda kekuasaan 
Kita tidak boleh terus berdolak-dalih dari kebenaran 

(Katakan itu semua kuasa Allah...) 

Allah .. 
Engkau menciptakan segalanya 
Kami milik engkau wahai tuan ku 
Ya Robb kami mengangkat tangan kami
ya allah kami bersyukur dengan kurniaan mu 
Selamanya kami  berterima kasih .. 
Alhamdulillah ..



perkembangan bayi












Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...