Selasa, 29 Januari 2013

shopping at wang kelian,

Assalamualaikum, sawadikap... kap pun kap..
arai na kap...?? hah apa aku mengarut nih
hehehe..... salam bahagia blogwalking semua...
huhu kali ni aku nak cerita tentang 'lawatan' aku ke wang kelian
syurga membeli belah di sempadan negara thailand-malaysia



al kisahnya aku yang keboringan dirumah ni telah diajak oleh abang 
aku ke sana, abang mana..?? apkos la abang yang baru kawen hari tu nih
dia ajak ke sana pon sebab nak beli barang rumah. Maklum la nak pindah rumah baru. 
Rumah baru tu pon satu habuk tak ada, yang ada cuma dinding, pintu, syiling, singki...
hurmmm yang tu je kot yang ada dalam umah dia kat ke el...


perrggghhh.... aku bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, mcam tak caya lak
nak ke 'luar negara' nih (pintu sempadan je pon)


tengah nak ambil gambar tetiba mak lampir ni lalu... tersnap gambar dia sekali


masa mula-mula sampai kat pintu sempadan tu ada la sekatan daripada UPP 
atau unit pencegahan penyeludupan. Dia tak buat apa pon just tengok pemandu, tengok aku
ok bereh boleh jalan, dia x da buat apa pon


last aku pernah ke wang kelian tu masa aku darjah empat kalau tak salah. Ayah aku
belikan aku jam tangan kat warna biru, sebab aku dapat number 3 dalam kelas. Aku ni
memang tak lepas angka number 3 kan... bila la nak dapat jadi champion.
 tak perr akan diusahakan kelak.... huhu


perjalanan kami cuma mengambil masa selama sejam setengah. Itu pon daripada 
rumah aku di Ayer hitam ke Wang Kelian. tak jauh rupanya. Cadangan aku 
kalau nak shopping kat sana la kan lebih baik pergi hari ahad selepas subuh.
Bukan apa kalau pergi tengah hari paneh cheqq oiiii... berapi tangan aku masa tu.
Jalan nak ke sana pulak mak aii macam ular kena bedal,
pening aku dalam keta hari tu. Mujur aku bawa limau buleh la aku
kunyah untuk hilangkan mual...


hah ni pulak gambar-gambar yang sempat aku snap masa kat sana


macam tak caya la pulak RM 6.00 je..... pergghhh murah2



cer tengok atas bumbung tu




yang ni aku tak tahu la sama ada ada ke kilang kat sana atau kena seludup


raga leh buh baju kotor


lesung batu, hah yang kayu ada yang batu pon ada bohh



rasa macam nak beli satu. pakai time nak tido je... tp x kesampaian hajat dihati
sebab tak dop pitih.... pitih molek2 nok beli bende laen (tubik kelate)



toto jual jual jual...... narita ada inova pon ada
perrgghhhh murah seyy satu cuma RM 37.00 je
kalau kat ke el nih rasanya mau dekat  RM90.00 kot



panjang pasar ni  dalam sekilo meter


perut lapaq jemput makan kupuk dulu



pak cik- pak cik nih duk cakap siam apa ntah... moto kat siam nih memang 
ada raga kat depan



comeii moto nih... teringat moto abang am 



abang dan akak beli pingan mangkuk... aku pulak kat luar jaga barang
panehh laaa



Star Asia tempat nih aku pon tataw apa fungsinya... yang aku tengok banyak
jual bawang besar.... tempat jual bawang kot hehe


wanita besi.... kalau kat indon orang sebut ojek tapi kalau kat siam nih
aku tak tahu la pulak apa ke benda diorang panggil...
Hebak la mak cik...


mat salleh duk check passport la kot


tengok bentuk pagar ni pon dah tahu dari siam... sawasdikap, kap pun kap




mangkuk tingkat ni nampak kawaii



pompes sebelum masuk siam


kami nak balik dah




okeyy jom balik


Isnin, 28 Januari 2013

mencari ciri-ciri suami sederhana awesome

assalamualaikum semua blogwalking sekalian... apa habaq??  
dah seminggu tak tulis entri terbaru nih, hah kali ni nak share la kepada 
sekalian blogwalking tentang ciri2 suami sederhana awesome tapi boleh la
dikira hebak

'biar nampak biasa dimata orang tapi dimata isteri abang la paling hebak' 


wokeh kita mulakan penjelajahan mencari mencari suami sederhana hebak : -


1. Solat fardu mestilah cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantaq ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat cket kayuh kalau dari Jitra ke Alor Star. Sebaik-baiknya ada kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan. Kancil pun jadilah

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain (mandi jenazah ke).

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tak dak lah sampai nak menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu lorr. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpa, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. seriously, la ni hat ada PhD pon belom tentu matang bila nak buat keputusan'

11. Kalau dia jenis diam tak daklah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadak lah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, apa lagi lamar la lelaki jenis ini!hehe.. :)




jeles nengok imam muda nazrul ngan isterinya... huhu semoga bahagia till jannah



bcoz sharing is caring ^__^v


Jumaat, 18 Januari 2013

8 amalan yang boleh merosakkan otak


Antara perkara yang boleh rosakkan otak adalah :


1. Terlebih makan
Makanan memang perlu untuk otak kita bekerja. Tapi kalau terlebih makan, ia akan membebankan pembuluh darah otak dan akan mengurangkan kuasa mental otak. Amalkan lah sunnah Rasulullah yakni berhenti makan sebelum kenyang.

2. Tutup muka ketika tidur
Amalan menutup muka ketika tidur akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Amalan ini boleh membawa kepada kerosakan otak.

3. Merokok
Asap rokok boleh mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'. Jadi, mulai sekarang, SAY NO TO ROKOK!!!

4. Banyak tidur
Tidur bagus untuk merehatkan otak. Akan tetapi, jika tidur terlebih-lebih boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Jadi, amalkan tidur enam jam sehari. Itu dah cukup untuk merehatkan otak kita.
5. Pencemaran udara
Otak kita merupakan organ yang paling banyak guna oksigen. Jadi, jika adanya pencemaran udara, ia boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan otak menjadi kurang aktif.

6. Kurang berimaginasi
Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun. Berfikir merupakan salah satu cara yang terbaik untuk melatih otak kita.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif?? 

7. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila kita skip sarapan kita, paras gula dalam darah akan jadi rendah. Makanya, akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikan otak kurang aktif. Jadi, kepada sesiapa yang on diet, jangan sesekali skip sarapan ye.

8. Jarang berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, adakan perbincangan dengan rakan-rakan tentang topik yang boleh menjana kecerdasan otak kita. Make sure topik yang dibincangkan itu boleh menambah keberkesanan otak kita. Jangan dok fikir benda-benda yang negatif. Tak moh tak moh. Itu boleh menyebabkan otak kita tidak sihat.

kesimpulannya, selalu lah amalkan perkara-perkara yang boleh menambah keberkesanan untuk otak kita bekerja. Jauhkan perkara-perkara yang boleh merosakkan otak kita.



Jumaat, 11 Januari 2013

KETIKA CINTA TAK BERJODOH


-Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain, hanya membuat rasa sakit dan pedih.

-Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak mungkin akan bersama dengan kita.

-Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Segala perih di hati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.

-Percaya lah pada kebesaran NYA. Bahwa DIA tau mana yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

-Jangan pernah anggap putus cinta dengan yang kita harapkan sebagai hukuman dari ALLAH.

-Percayalah, ada rahsia di balik rahsia dan di balik semua peristiwa pasti ada hikmahnya.

-ALLAH Subhanahu Wata'ala Berfirman:

"Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
(QS. Al Anfal: 63).

kita merancang dengan CITA-CITA, tapi ALLAH merancang dengan CINTA-NYA ^_^




#nampak pos ni dalam pesbuk..... macam sweet je ayat dierr so kopipes je la 






bcoz sharing is caring ^_^v

Rabu, 9 Januari 2013

Aku yang tersakiti

Assalamualaikum wahai kekawan blogger yang sudi ziarah i punya blog yang awesome ni
hakhakhak..... *awesome kerrr...


ahhh..... biarkan la apa pown orang nak mengata haku, ada orang cakap blog aku ni macam 
budak2 sekolah, kartunn penuh blog tak padan dengan umur huahahah... 
...ahh ada aku khessahh.... yang penting haku bahagia dengan ke katun2 comel haku
ni yang aku curi daripada blog orang lain cik dil ..... hikhikhik
tapi aku kasi tahu ok, kiranya pencuri yang bermaruah jugak la kan sebab bagi tahu
tuanya kan kan kan kannnnn....... peaceyall


tajuk tak boleh belah aku hari ni rasanya korang pon dah tahu kan
agak familiar je bunyinya an an an an.....
bukan apa dalam twitter AKU ni daripada atas sampailah bawah,
sekali aku scroll je penuh tweet pasal cinta cinta cinta tak kesudah
aku pon dah naik meluat, sekali baca macam menyampah tapi
bila dua kali baca terasa macam kena dengan diri sendiri la pulak.... huhuhuhu
oleh kerana itu la aku terasa terpanggil untuk bagi siket la perkongsian <3 <3 <3


Cinta ni memang best sebenarnya dan sangat terindah jika kita bijak meletakkan kepada siapa 
yang selayaknya mendapatkan cinta kita....... ramai orang yakin dan percaya bahawasanya
cinta pada allah adalah cinta yang sebenarnya, ya... aku tak nafikan benda ni. Dan sememangnya 
hanya cinta pada allah sahajalah cinta yang sebenarnya...... Tapi  berapa orang yang ambil benda
ni sebagai pegangan hidup atau cinta mati..????  tak payah susah2 nak tengok orang lain, 
check diri sendiri sudah la... sejauh manakah kita menyahut seruan allah berbanding seruan fon..
yang mana kita capai dulu samada fon atau sejadah...


Bagi aku cinta tak semestinya harus miliki dan suka tak semestinya perlu...
sebab apa aku kata cam gini, sebabnya  kekadang benda yang kita suka tak semestinya
benda itu perlu dan sesuai bagi kita....sebab allah saja yang tahu
apakah yang terbaik buat kita berdasarkan keperluan kita sebab DIA yang
menciptakan kita....

contohnya: kita jalan2 kat TESCO, pastu ternampak sepasang baju kemeja yang tersangatlah 
cantik... terasa nak baju tu tapi kita tak beli, mungkin sebab tak cukup duit
ataupun kerana kita tak perlu pun baju tu..,... baju dalam wardrop kat umah pon
dah bersepah tak terpakai nak tambah lagi ka...????? 
 see nampak tak apa yang aku nak sampaikan ni ......



bagi cinta pulak, cinta antara manusia tiada yang kekal... tambahan pula cinta monyet
story cinta monyet ni just masa sekolah je, pastu dah x da dah bila tamat sekolah.....

"cinta pada manusia, manusia akan mati"


Islam ni sebenarnya cukup menjaga hati umatnya sehinggakan tak mahu pun sesiapa daripada
umatnya merasa terluka, sebab itulah kenapa islam mengharamkan couple 
dan menghalalkan nikah.....


Lelaki dan perempuan ada batasan dalam pergaulan.... haram bagi mereka untuk bergaul bebas
tanpa ada keperluan penting..... kalau diri sendiri pon tak setia jangan nak
minta pasangan kita untuk setia sebab allah balas cash macam 
kata2 omputeh 'what you give you get back'... nak skeeping(speaking) cket huhu


islam banyak beri panduan dalam menjalani hidup even daripada dalam perut ibu lagi 
sampailah ke liang lahat semuanya lengkap dalam Al-Quran..... cuma manusia ni sahaja yang sombong
tak nak ambil quran sebagai panduan hidup.... mereka ini teramat la rugi



Kalau ada jodoh tak akan kemana......  tapi orang zaman sekarang takut  tak boleh kawen 
atau takut  jodoh tak ada even baru berumur 20. Aku tak respect lansung manusia yang
masa mudanya dihabiskan dengan memikirkan cinta yang tak kesampaian, walhal
soal jodoh ni kerja allah... sejauh mana kita mengejar DIA andai kata dia bukan
jodoh kita, kita tak akan bersama dia...... kekadang orang yang kita benci dulu itulah yang
tup tup jadi pasangan kita.... well tak ada siapa boleh jamin apa yang akan jadi esok...



Sultan Murad al-Fateh semasa usia 18 tahun sudah berani berperang dan berazam 
menawan konstantinopel sedangkan dia anak sultan, boleh saja jika dia nak bermegah2 
dengan  kekayaan dia sebab dia mampu tapi tidak dan salahuddin al-ayubi semasa usia 
muda telah mengepalai bala tentera 
mengatur strategi hebat bagi menawan jerusalam... tapi apa yang boleh kita 
lihat anak muda melayu kita ni terlampau selesa  dengan 
keamanan yang kita miliki sampai ada lagi masa memikirkan nak buat
benda2 yang tak berfaedah  sehinggakan lagha dengan cinta dunia dan takut mati...


Aku ni bukanlah baik sangat sampaikan tak pernah buat salah ataupun nak bajet
jadi budak baik ke apa ke..... tapi ni just perkongsian dan nasihat bersama untuk hampa semua dan 
bagi diriku juga...semoga kita tak hanyut dengan cinta dunia semata2..... so buat masa ni
apa kata if you all join my club 'kelab bujang'... haha keahlian percuma hehe


#ingat yang kekal hanya cinta pada allah 



aku sebenarnya nak kongsi video ni..... dengar lagu ni dalam radio 
masa tengah  drive sesorang, terasa 
macam kena pulak dengan diri sendiri ni so just chill out you guys ok 
tapi dengan syarat jangan lagha jerr....



Bcoz sharing is caring ^_^v


Rabu, 2 Januari 2013

F yang hansem


Assalamualaikum readers....

 entri baru di tahun baru, maka dengan ini bermakna bertambahla umur aku...... huuuaaarrrrgggghhhhh dah tuaaaa...... TIIDDDAAAKKK..... kau apa hallll..??? penampo nak...??  nak jerit pon tak guna bukannya ada orang kesah pon aku nak menggila kan... hmmm

           tetiba lak teringat kisah lama ditahun baru nih... tengah duk selak sana selak sini folder aku yang dah berabuk dalam lappy aku nikan aku ternampak la satu folder ni yang memang jarang2 aku bukak, apahal guna bahasa 'aku' pulak hari ni, ahhhh biarkan.... pastu ternampak la pulak gambar2 masa waktu skolah menengah dulu nihh.... haha muka masing2 tak boleh blah la.... cubby gila kot aku dulu... hehe beza dengan sekarang patot la orang cakap haku ni dah 'serah'. Kalau dalam dialek utaqa bermaksud dah kurus la tu..... tapi for your information haku ni tak da la kurus sangat, sedang2 ja.... cuma dah x cubby mcam dulu  wakaka..... mesti hampa rindu kan dengan kecomelan aku dimasa dahulu.... wakakaka  wekkksss


chubby tak aku dulu..??? zaman bam bam pipi... hitam siket maklum la 
slalu kena jemur tengah panas

          Bila sebut je zaman sekolah mula la otak suci aku ni teringat cinta lama, cinta la konon kan.... tak dala cinta, cuma rasanya suka-suka gatal zaman sekolah nak berkenalan dan mula la nak feeling memiling kan.... apa aku mengarut ni, penampar sekali.... pannnggg.... aduhh oooo dah ok dah hehe ^_^||..... dulu aku ni atlet sekolah main bola jaring, so banyak la pak we2 yang slalu kejip mata kat aku masa aku tengah main dulukan (perasan padahal mata dia masuk habuk).

     Mula kisah cinta aku(crush) nikan  nak dijadikan cerita dan kesnya adalah dulu ni masa jadi student ada satu taktik yang selalu aku buat untuk melarikan diri kalau rasa boring yang amat dalam kelas adalah aku akan berejam-rejam dalam tandas sampai waktu kelas tamat HA HA HA  .... masa on da way aku ke tandas tu la aku bertemu dengan cinta pertama ku(konon).......mana taknya asal aku ke tandas je mesti jumpa dia, asal aku ke tandas je mesti jumpa dia.... orangnya dah la hensem nama dia bermula dgan huruf 'F'.....

   macam dah berjanji la pulak waktu ni kau mesti keluar then kita jumpa selisih dekat terowong sebelah pejabat....... pastu mula la berangan bahawasanya dia tu memang telah ditentukan  buat aku...... bila selisih tu perrgghhh terpandang  manisnya senyuman dia, mahal tuu, dia ni kalau cakap tak pernah nak meninggi suara... tu yang aku bekenan tu.... so aku mula la admire dia since aku tingkatan 3 lagi...... wooooo lama tu aku simpan perasaan ni sampaila habis tingkatan 5, semua benda yang berkaitan dengan dia aku simpan, even kertas angka giliran masa exam PMR, SMRA dan SPM aku senyap2 tanggalkan dari meja dia masa tu aku curi2 masuk dalam dewan.... hahaha gila kan aku dulu,, aduh why la aku dilahirkan sebegini....... demi cinta lautan api sanggup aku kuak lentang hanya demi mu F.....


hahaha..... bukti2 yang aku masih simpan lagi tanda meja
 jejaka idaman ku ini sampai sekarang, saja buat kenangan, 
dah 7 tahun dah aku simpan benda ni, dah lama seyy


      Tapi itu semua kisah dulu, kisah lampau zaman remaja, bagi aku ianya tak lebih kepada cinta monyet zaman remaja sekolah.... haha normal la kan semua tu, aku bukanya budak nerd yang hanya tahu baca buku je memanjang.... aku pelajar aktif, paling aktif la dalam sekolah, kalau tak masakan aku pernah dapat anugerah tokoh pengawas dan tokoh kokurikulum..... hehe bangga jab.... kalau dalam akedemik pulak aku pernah la dapat  tempat ke-3 dua kali berturut2 dalam kelas A... ishhh memang susah la nak lawan kawan aku yang dua ekor tu.... tapi aku memag salute la, kami dulu study 21 subjek.... 11 subjek akedemik dan 10 subjek agama/azhari (silibus al-azhar). Otak depa ni macam komputer, kejab je dah boleh hafal, dah aku ni pulak jenis yang lambat pick up, kena baca banyak kali baru la nak ingat.

     
     Tapi semua tu dah jadi kenangan masa silam, yang dah jadi sejarah lipatan hidup aku, suka duka manis dan tawar zaman sekolah, sekarang kalau tengok dia pon dah tak da apa2 feeling dah.... betul apa yang mak aku bilang, zaman belajar la zaman yang paling best dalam hidup.... betoii mak cheq sokong tu..... apa-apa pon hidup mesti diteruskan, yang lalu izinkan la ia pergi... gampatee yeah



#sekolah aku ni dulu memang ketat dengan peraturan agama, lelaki dan perempuan tak dibenarkan bergaul bebas.... kalau nak diskusi boleh tapi tak boleh lebih daripada itu..... so zaman aku dulu mana ada istilah kapel mapel ni  ustaz kata haromm dan cuba jauhi zina terutamanya zina hati, nauzubillahimin zalik






bcoz sharing is caring ^_^v

Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...