Sabtu, 29 Disember 2012

Dalam ramai2 aku yang dipilih

          Assalamualaikum sahabat blogwalking sekalian alam.... hohoho... tetiba pulak ni gelak santa, bagi penampar sebijik baru tahu kot..... panngggg, adehh...  hmm alhamdulillah syukur dah elok dahh hehehe..

        Dalam ramai-ramai manusia ni asma yang dipilih allah untuk berjumpa dengan ulama terkenal. Sebenarnya bukan senang nak berjumpa dengan seseorang yang alim, warak, terkenal dengan ilmunya dan sentiasa sibuk. Siapa tu..???? hah beliau adalah Yang Berbahagia Datuk Dr Haron Bin Din. Tuan guru ni adalah pengasas pusat perubatan islam Darul Syifa... Hari ni asma dapat berjumpa secara live dengan tuan guru yang dikagumi semelaysia ni.... asma dapat berjumpa pun sebab ada majlis konvo pengijazahan perawat kepada pelajar yang dah mengikuti pengajian di darussyifa ni selamat setahun, saja ja join pi tengok depa dapat ijazah.....  wahhhhh tahniah... tahniahh... hehe...  hat dapat ijazah ni ada banyak peringkat umur, ada yang tua, muda, pertengahan dan warga emas pun ada macam mak asma la hehehe... tapi mak asma dah konvo tahun lepas, kiranya tengah tengok junior2 mak la yang naik pentas, mak jadi urusetia majlis a.k.a alumni..


         Weh bukan senang nak leh jumpa orang alim ni.. Dalam majlis ni asma perasan  ada dua tiga orang yang asma kenai dapat ijazah pada hari ni, macam ustaz Roslan bin nya lupa imam besar masjid zahir (bini dia org kampung cheq). Dia ni klau kami orang kampung slalu panggei Syeikh Lan. Syeikh Lan ni kalau baca quran memang suara macho la, nyaring hehehe... dulu pernah la belajar quran dengan syeikh lan ni, tu pon sekali ja asma pi, pastu tak pi dah hehehe...dua minggu sekali dia mesti turun kat masjid ayer hitam untuk mengajar bacaan quran untuk warga tua... tu la yang segan nak pi tu, semuanya golongan vateran belaka, cheq tak dak kawan la. Pastu adalah asma jumpa dengan penceramah bebas tabung haji  'aku' lupa jugak nama dia, banyak sebenarnya pelajar-pelajar ni adalah orang yang dikenali dalam masyarakat. Terasa kecik la pulak bila duk dalam kelompok depa nih, berasa kurang ilmu klau nak dibandingkan dengan depa ni....


       Teringat dengan amanat tuan guru tadi, tuan guru cakap kalau nak merawat orang mestilah dengan ikhlas dan tak minta bayaran. Seronok ja tengok orang lain dapat anugerah. Tahun depan asma nak masuk jugak la. Bukan nak jadi perawat pon cuma kalau boleh nak cari ilmu untuk diri sendiri. Al maklum la asma dalam bidang psikologi ni banyak bermain dengan teori barat, at least bila ada belajar boleh la dapat jadi benteng diri kan.



yang ni bukan syeikh lan ye


hat ni gambaq jelas la siket


amanat tuan guru. jangan mintak duit atau bayaran bila nak berubat


saat pelajar-pelajar ini membiat


hat ni pulak anak mak la katakan, anak besaq dari mak hehe... gambar tak berapa jelas cket 
maklum la geng vateran yang tangkap  hehe


#alhamdulillah kedah banyak tempat2 pengajian ilmu agama, bangga sat jadi anak kedah


lagu rasa nak pi dekat ja jumpa ngan tuan guru, tapi tengok ramai muslimin yang cuba menghampiri tuan guru... ishhh tak dak chan la nak bercakap dengan tuan guru... kalau laki rasanya dah lama asma pi salam n bergambar dengan dia hmmm tak pa la dah dapat tengok tuan guru pon dah cukup baik. Tak dapat berjumpa rasulallah tapi dapat berjumpa dengan soorang yang pernah bermimpi jumpa baginda pon dah cukup bersyukur alhamdulillah ya robb....


bcoz sharing is caring ^_^v

Khamis, 27 Disember 2012

Kepercayaan atau Belief



            Assalamualaikum wahai sahabat penziarah2 blogwalking..... hmmm pada entri kali ni asma nak bercerita pasal apakah yang dinamakan sebagai 'kepercayaan' atau belief... bukan senang bagi kita untuk mempercayai sesuatu yang tidak nampak dimata, namun hati yang celik sahaja yang dapat menilai sesuatu itu dan memberi kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan ini adalah sesuatu yang agak besar untuk diberi pemahaman kerana terlalu luas dan subjektif ... Ada kepercayaan yang terbit dalam jiwa dan hati berbicara bahawa aku boleh mempercayainya(tanpa sebab), ada juga mempercayai sesuatu perkara itu secara buktinya iaitu setelah melihat sendiri bukti-bukti kejadian itu dihadapan mata kepala sendiri (bersebab) dan ada pula mempercayai sesuatu perkara itu secara 'mengkhinzir buta' (ayat jozan).

        Namun apa sahaja perhubungan yang tidak diiringi dengan kepercayaan maka tidak ada maknalah perhubungan itu dijalinkan lagi..... rasulallah digelar al-amin kerana beliau sangat dipercayai oleh kaum quraish. Rasulallah tidak pernah menipu sesiapa pun dan perkara ini diakui sendiri oleh orang quraisy, tetapi diatas keegoan dan kesombongan mereka menolak ajaran yang dibawa oleh rasullah iaitu islam. Kepercayaan menjadi tunjang kekuatan terhadap sesuatu perhubungan tidak kiralah sama ada hubungan dengan pencipta yang dikatakan sebagai iman. Iman terbahagi kepada 6 rukun iaitu beriman kepada allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat dan qada qadar. Jika tiada iman dalam diri manusia maka tiadalah islam. Menidakkan satu daripada enam ini adalah tidak sempurna imanya kerana wajib mempercayai keenam-enam tanpa syak wasangka dan mengingkari satu daripada enam adalah dikira kafir.

         Dalam kepercayaan kekadang ada had dan batasnya seperti kepercayaan manusia terhadap manusia. Kerana itu kita sebagai manusia "never trust people 100 percent" kata Wan Azizah presiden parti keADILan. Pada saya betul sebagaimana yang dikatakan beliau. Manusia tidak seperti tuhan kerana manusia bersifat lemah. Termasuklah dalam perhubungan cinta, kita tidak perlu mempecayai pasangan secara total tanpa rasa ragu walaupun sedikit. Benar ragu-ragu adalah daripada syaitan yang suka benar menghasut kita kearah kebinasaan. tetapi mempercayai pasangan secara total adalah bodoh. Bagaimanakah andai suatu hari nanti mereka mengkhianati diri kita??  sudah pasti diwaktu itu kita akan merasa teramat kecewa terhadapnya kerana kita sudah menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada dia dan pada akhirnya kita dicuranginya...... see apa yang asma nak sampaikan..??

      Tetapi kepercayaan mesti ada dalam setiap perhubungan sama ada dalam hubungan cinta, persahabatan, diantara guru dan pelajar, ibu dan anak, doktor dan pesakit, pekerja dan majikan  dan sbagainya lah. Andai kata tiada kepercayaan dalam setiap perhubungan nescaya pasti sudah tiada makna sesuatu perhubungan itu terjalin lagi...... Jika mahukan perhubungan yang kekal lama resepinya adalah kepercayaan yang tulus ikhlas mempercayai. Kepercayaan ini tidak akan dapat belajar daripada buku ataupun daripada perpustakaan. Yang ada hanya perlu hati meyakini ia sahaja.





Rabu, 26 Disember 2012

40 Keistimewaan Wanita - Menurut Islam


1  Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.


 2  Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


 3  Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.


 4  Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.


 5  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.


 6  Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


 7  Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


 8  Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


 9  Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


10 Wanita yang ta'at berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11 Wanita yang ta'at akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia ta'at kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


12 Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap Suaminya?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”



13 Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta ta'at akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.


14 Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15 Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16 Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.


17 Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18 Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19 Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.


20 Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


21 Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.


22 Raka'at solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 raka'at solat wanita yang tidak hamil.


23 Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


24 Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


25 Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh Rahmat.


26 Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


27 Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


28 Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


29 Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.


30 Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


31 Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


32 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


33 Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


34 Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


35 Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


36 Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


37 Jika wanita memicit atau mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.


38 Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.


39 Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


40 Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Selasa, 25 Disember 2012

Gaya Pemikiran

Assalamualaikum sahabat blogwalker sekalian yang sudi ziarah blog asma...


        Hmm..... kali ni asma dapat permintaan daripada rakan blog asma yang minta asma letak entri baru pasal psikologi kognitif spesifik kepada pemikiran... baiklah dekat sini asma bagi penerangan pasal pemikiran manusia yang ramai tak tahu ciptaan allah yang paling hebat ni.... tahu tu memang tahu tapi nak bagi extra knowledge kepada blogwalker sekalian.... so check this out  (^^,)



PEMIKIRAN

     Dalam kehidupan seharian, individu sentiasa berfikir dalam membuat keputusan atau pilihan. Tak kirala sama ada nak pilih baju, nak beli ikan, nak cari calon suami/isteri, nak set tempat melancong ke apa ke kan semuanya memang kita perlu memikirkan dan menentukan aktiviti. Oleh itu pemikiran adalah penting dalam menentukan tingkahlaku dan kejayaan seseorang. Pemikiran adalah berkaitan dengan aktiviti mental yang berlaku dalam otak manusia. Pemikiran juga merupakan proses menyusun dan mempergunakan maklumat serta pengetahuan bagi bertujuan mencapai dan memenuhi sesuatu tujuan.

PROSES PEMIKIRAN: menghubungkan pelbagai idea, mengendalikan konsep dan membuat kesimpulan untuk mendapat pengertian baru daripada maklumat yang sedia ada. Semasa berfikir kita boleh menggunakan lambang seperti gambaran atau perkataan.

Pandangan tokoh- 

Ibnu Sina: Manusia adalah makhluk sebaik-baik kejadian, dikurniakan akal fikiran yang tidak terdapat pada makhluk lain.

Bruno(1966): pemikiran berlaku dalam 3 proses iaitu perolehan, perubahan dan pengujian. Ketiga-tiga proses ini berlaku secara serentak.

Dewey(1933): pemikiran berlaku dalam 4 peringkat iaitu ingin menyelesaikan masalah, membuat hipotesis, membuat deduksi dan menguji hipotesis. 


ARAS PEMIKIRAN: 1) Aras Khayalan 
                                   2) Aras Pemikiran Rasa Indah
                                   3) Aras perolehan Maklumat
                                   4) Aras Pemikiran Reflektif
                                   5) Aras Pemukiran Kreatif

Aras Khayalan: aras pemikiran yang peling rendah dimana kegiatan mental lebih cenderung berbentuk            melarikn diri dari dunia sebenar 

Aras Pemikiran Rasa Indah: pemikiran tertumpu kepada penghargaan terhadap nilai-nilai seni atau sukakan kepada kesenian

Aras Perolehan Maklumat: Tindakan mental berupaya meresap dan mengingati kembali sesuatu. Menyukai sesuatu yang baru dalam kenyataan dalam pengalaman-pengalaman baru.

Aras Pemikiran Reflektif: memberi tindak balas dalam menyelesaikan masalah dengan menberi pertimbangan dan mengingat semula semua pengalaman yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah.

Aras Pemikiran Kreatif: Aras yang paling tinggi dimana melibatkan aktiviti menyusun dan mengeluarkan pengalaman supaya idea-idea baru timbul seperti suka buat perkara atau benda yang luar kawalan atau benda yang baru.



JENIS PEMIKIRAN

  • Pemikiran kreatif - Berasal daripada perkataan latin iaitu Creare yang bermaksud 'membuat' dan daripada perkataan yunani yang bermaksud 'memenuhi'. pemikiran ini juga berkeupayaan menerokai pelbagai kemungkinan , menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai samaada bersifat abstrak, idea atau gagasan. 

         Antara cara pemikiran kreatif- 
         # membuat hipotesis - membuat pernyataan umum yang difikirkan benar bagi sesuatu perkara atau
            peristiwa.
         #mengitlak(penakulan) - membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan maklumat berdasarkan 
           pemerhatian
        #menganalogi - membuat pemahaman bagi memahami sesuatu yang abstrak dengan mengaitkan
          sesuatu konsep dengan konsep yang lain. dengan kata lain menyamakan/mencerita.
          contoh:- cikgu syanie gemuk seperti badak.
        #metafora - membuat gambaran mental atau bayangan mengenai sesuatu idea atau konsep.
          contoh:- Badak itu sudah datang (bermaksud cikgu syanie sudah datang).  


        Peringkat pemikiran kreatif-
        
         1) Persediaan - definisi masalah dikenalpasti, maklumat dan fakta dikumpulkan seberapa banyak
                                  yang boleh.
         2) Inkulasi - masalah difikirkan dan direnung oleh minda bawah sedar.
         3) Iluminasi - idea-idea asli  dan baru bagi menyelesaikan masalah terserlah dalam minda.
         4) Verfikasi - beberapa aktiviti dilaksanakan bagi melihat atau membuktikan sama ada apa yang
                              terserlah dapat menyelesaikan masalah yang sudah dikenalpasti.(pemikiran dilahirkan
                             dalam bentuk lukisan, penulisan, atau ciptaan seperti fesyen baju, kasut, jam dan lain-
                             lain)



  • Pemikiran kritis - merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai. individu ini mempunyai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.  
         Antara kemahiran:-
      
         #kemahiran mengelas - kemahiran mengumpul maklumat atau item yang mempunyai ciri-ciri, sifat
                                               dan kualiti yang sama.
        #menbanding dan menbezakan - mencari persamaan dan perbezaan sesuatu item atau objek.
        #mencirikan - mengenalpasti ciri-ciri, sifat kualiti yang ada pada item.
        #membuat urutan - menyusun item mengikut tertib.

  • Pemikiran penaakulan - berlaku apabila individu berupaya memproses maklumat yang diterima, menganalisis maklumat, menghuraikan dan membuat kesimpulan atau rumusan. Adalah pemikiran yang berada pada aras tertinggi dan ia boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu induktif dan deduktif.

  • Pemikiran strategik - banyak digunakan dalam organisasi dan ketenteraan. Juga diperlukan bagi menguruskan organisasi pendidikan, bilik darjah dan dalam proses pembelajaran. Satu cara berfikir dengan spesifik dan dapat dibezakan dengan jelas, memproses maklumat dengan menggunakan gerak hati dan kreativiti. contoh dalam proses ketenteraan seperti merangka plan baru buat serangan. individu yang memiliki pemikiran ini menggunakan minda bagi menghasilkan taktik untuk rancangan pada masa hadapan atau sebagai panduan menyelesaikan masalah, mencari makna, pemahaman dan penilaian.

  • Pemikiran reflektif - menggabungkanpelbagai idea berdasarkan pengalaman sedia ada bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul secara menyeluruh. juga disebut sebagai penyelesaian masalah iatu sebagaimana seseorang itu bertindak dalam menyelesaikan masalah.

          Antara langkah-langkah:-
          1) Mendefinisikan serta menganalisis masalah tersebut.
          2) Cara alternatif bagi menyelesaikan masalah
          3) Mengemukakan andaian2 awal yang memungkinkan masalah tersebut diselesaikan.
          4) Menguji andaian/ hipotesis supaya ada hanya satu jalan penyelesaian dicapai.



  • Pemikiran Celik Akal - Dikemukakan oleh ahli psikologi kognitif yang juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt iaitu Wolfgang Kohler (1925). pemikiran celik akal adalah pemikiran yang mana dapat menyelesaikan masalah secara mendadak atau tiba-tiba lengkap. Pemikiran ini berbeza pada setiap individu kerana ia amat bergantung pada keupayaan individu tersebut. Ia bergantung pada faktor umur, pengalaman dan pengetahuan sedia ada pada individu tersebut.



#Dah dua hari buat benda ni, cari info, semak balik nota-nota lama dan alhamdulillah dapat berkongsi ilmu dengan sahabat blogwalker sekalian, semoga info psikologi ni berguna pada sahabat sekalian dalam menilai kebesaran tuhan dengan anugerah pemikiran yang pelbagai kepada kita manusia biasa... bersyukurla say alhamdulillah



bcoz sharing is caring ^_^v


Rabu, 19 Disember 2012

Kisah Malaikat Maut Menyamar



Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya sele
sai makan, dia berkata : "Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu".

Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.

Pengawal menemui tetamu tersebut dan bertanya : "Apa maksudmu ?"

Tetamu menjawab : "Tolong panggilkan tuanmu".

Lantas pengawal istana menjawab : "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau". "Siapa engkau ?"

Kata malaikat Maut lagi : "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya".

Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tetamu.

Kemudian tetamu itu berkata lagi :"Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut"

Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :"Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)" Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil.

Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :"Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang"

Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya : "Semoga engkau dilaknat Allah SWT, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah"

Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab : "Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat berkahwin dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan utaupun dosa." Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati....


Sumber: kopipes pesbuk bcoz sharing is caring, semoga berkatnya diperolehi bersama...insyallah



Ahad, 16 Disember 2012

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah S.W.T


Sabda Rasullullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".


Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: 

"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1   Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2   Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3   Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4   Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5   Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6   Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7   Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8   Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9   Orang yang suka makan riba.

10 Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah AWT dan jauh dari Allah SWT".


Hassan r.a berkata : 


"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk".


Oleh itu, kita haruslah bertaubat ke jalannya..



Sabtu, 8 Disember 2012

Lirik HACKS - Farique Nadzir



Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu



#citer ni macam apa lg, maksiat je lebih.... dari awal citerr sampai kesudah... aduiii apa dah jadi ngan anak melayu la skrg ni.... cinta melebihi segalanya..... solo lagi baek.... jadilah macam diri ku kuiikuiikuii  solo molo...  





kelebihan bismillah



Bismillahirahmanirrahim

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”

Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan

Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :

“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”
Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-

1 Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.

2 Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.

3 Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.

4 Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.

5 Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.

6 Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.

7 Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

8 Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.

9 Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.

10 Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.

11 Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.



12 Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembahyang Jumaat dengan bersedekah semampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi. “Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ……. ” Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.

13 Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti : ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.

14 Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

15 Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.

16 Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.

17 Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

Rabu, 5 Disember 2012

Abang aku dah kawenn....


SALAM sahabat yang sudi ziarah asma.....


     pe khabo mike semue.... ate ade dok bunyie pelat perok nyer? hehe...... susah jugak ni hah menyebut nyerr agak tergeliat lidah huhuhu  ^_^v .... baru-baru ni abang asma yang sulung telah melansungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya sendiri..... kalau ikut kelahiran memang abang sofi anak kedua.... tapi oleh kerana asma ada dua orang abang so abang sofi jadi abag sulung la..... majlis berlansung pada  1 disember 2012 yang lalu di kediaman pengantin perempuan di sitiawan, perak..... hah itu la tetiba keluar pelat perak nyerrr.... dalam hati asma berharap dan berdoa agar kakak yang baru ni dapat menjaga abang asma sebaik mungkin dan berkekalan perkahwinan mereka sehingga akhir hayat ameen.... bukan apa abang asma ni dalam kategori peramah terlajak, cakap banyak dan susah nak mengalah  tapi asma tahu jauh dari hati dia, dia baik sebenarnya tapi itu la personalitinya yang susah nak diubah yang kekadang menyampah sampah jugak dgn dia ni sekor, rasa macam nak angkut geng kasi lebam je muka tu... hehe  *oppsss termengumpat pulak...... haha peace abang pi ^_^v


mula-mula tu gumbera la pastu hah baru nak tahu mau 
nak lucut jantung tu miahaha *gelak jahat 


ini abang Mohd Sofiuddin dan pasangan Asmah Munajah (nama agak serupa cheq ney)


mengikut sunnah si suami akan meletakkan tangan diatas kepala isteri sambil mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka (abang sofi ni kidal orangnya)



cantik juga baju pengantin depa neyy... segak aihh abang aku yang sorang neyy tapi masa nak ambil gambar tu nampak sangat keras (sejak bila pulak abang aku ni pemalu aisey konpius derr...)



uhuhu......tukan, nampak sopan je duduk(tetiba sopan)
 kata mak "abang hampa memang pemalu, mak taw la mak yang
beranak kat dia"  ^0^ 



hehe..... land lord pon nak masuk jugak, bersama hantaran yang
separuh daripadanya hasil tangan ku,  tangan keras arrrrr... blasah jerr miahaha.... :p



mamber dari perak, rupanya rumah dia area tu jugak, so asma pon contact la dia nak jumpa,.. 
dia ni mamber satu kampus dan satu hostel masa study dulu....
nyot~nyot  lama tak jumpa kaw adda.... gonna miss u 


     Asma tertengok mak asma  menitiskan air mata 2 kali.... first tu masa abang akad nikah dan yang second tu masa mak tengok abang pakai baju pengantin....  mungkin dalam hati mak, mak berat nak lepaskan anak emas dia ni pada orang lain kot atau mungkin sebab gembira anak lelaki sulung dia dah memulakan hidupnya yang baru..... apa-apa pon kami semua adik-beradik akan senentiasa mendoakan yang terbaik buat abang

#kakak asma juga sudah berkahwin tahun ini cuma tak banyak gambar, yang ada pon agak tak sesuai untuk di awankan kepada sahabat  =)





Pertama kali memasak

  Aku menulis dengan rasa sedih, aku menulis dengan rasa hiba..... 'masa kecilku' Aku anak ke-4 dari 6 adik-beradik. Keluarga aku bu...